Monday, August 31, 2009

4 JENIS MANUSIA HARAM DILANTIK PEMIMPIN

Daripada Malaysia HariIni

SEBAGAI suatu keperluan kepada kehidupan makhluk bernyawa yang tidak dapat memisahkan diri dari hidup bermasyarakat ialah kena ada pemimpin. Untuk menjadi pemimpin mahu tidak mahu mereka yang dipilih kenalah dari yang paling terbaik dari yang terbaik dan yang paling terpilih dari yang boleh dipilih.

Orang Islam kena berhati-hati dalam soal kepimpinan kerana ia adalah persoalan yang ada kaitan dengan soal iman dan akidah, bahkah ia merupakan intisari daripada kalimah tauhid yakni al-wala wal-bara'.

Jika silap silap membuat pemilihan dalam soal kepimpinan boleh mendatangkan mala petaka sepanjang masa, malah apabila ianya ada kemungkinan akan mati dalam keadaan kafir dan murtad.

Jika dipilih seorang pemimpin yang ingkar kepada hukum dan syariat Allah s.w.t. sedangkan kita dalam keadaan sedar, maka pada saat itu kita menjadi orang yang munafik dan zalim, maka murka Allah amat besar kepada kita sebagaimana firmannya yang bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditepatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" - An-Nisa': 145.

Menyedari peri pentingnya pemimpin dan kepemimpinan, maka Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran empat kategori manusia yang tidak boleh, yang haram diangkat menjadi pemimpin, yang tidak termasuk dalam keempat-empat kategori pastilah diboleh. Yang diharamkan ialah;

PERTAMA: Orang Yahudi dan Nasrani

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barangsiapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - Al-Maidah:51

KEDUA: Orang yang melebihi atau mengutamakan kekafiran daripada keimanan
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim". - At-Taubah:23.

KETIGA: Orang yang diluar kalangamu termasuk di dalamnya orang munafik
Allah berfirman, mafhumnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil sahabat yang setia selain dari golongan kamu, mereka tidak henti-hentinya berikhtiar mencelakakan kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesunugguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka adalah lebih besar lagi. Kami telah terangkan kepadamu tanda-tanda jika kamu mahu berfikir.

Ingatlah kamu ini mencintai mereka sedang mereka tidak mencintai kepadamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran, sedang mereka itu apabila bertemu dengan kamu, mereka mengakui: kami beriman, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari mereka lantaran marah bercampur benci kepadamu. Katakanlah kepada mereka: matilah kamu bersama kemarahan kamu itu. Allah mengetahui apa yang ada di dalam dadamu/hatimu". - Ali-'Imran:118-119.

KEEMPAT: Orang yang mengingkari Al-Quran dan hukumnya
Berhubung perkara ini adalah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan bagi Allah untuk menyiksamu?" - An-Nisa':144.

Rasulullah s.a.w. pula mengingatkan supaya kalangan yang berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin hendaklah jangan dilantik kerana ianya akan mendatangkan banyak masalah kepada pemimpin yang berkendekkan mennjadi pemimpin dan juga yang dipimpin. Sebaliknya jawatan hendaklah diberikan kepada orang yang dipilih dari kalangan yang tidak berkehendakkan sesuatu jawatan/menjadi pemimpin.

Iman Bukhari diriwayakan berkata bahawa Abu Zar mencerikatakan kepadanya bahawa beliau (Abu Zar) telah berkata kepada Rasulullah s.a.w "Wahai Rasulullah, tidakkah boleh Rasulullah melantikku ke sesuatu jawatan".

Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk bahu Abu Zar dan bersabda: "Wahai Abu Zar! Engkau lemah. Jawatan itu adalah suatu amanah, ia di hari kiamat adalah suatu kehinaan dan penyesalan kecuali orang menerimanya kerana berhak dan menunaikan tugasnya dengan betul"

Dalam Islam, jawatan bukanlah satu hak yang mesti diberi, apatah lagi jika diperolehi melalui apa jua cara bermaksud penjawatnya berkehendakkan jawatan itu seperti melalui sogokkan, bodekkan dan sebagainya. Sebaliknya jawatan adalah satu tugas, tanggungjawab dan amanah.

Rasululah s.a.w. tidak memberikan sesuatu jawatan/kepimpinan kepada orang yang memohon atau orang yang berhasat untuk mendapatkannya tetapi akan menyerahkan kepada mereka yang cukup layak menjawat sesuatu jawatan/memimpin tetapi tidak berhajatkan jawatan berkenaan.

Imam Al-Hakam meriwayat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang melantik menjalankan urusan umat Islam, maka ia melantik seorang tertentu sedangkan ia dapati ada yang lebih baik daripadanya, maka sesungguhnya ia mengkhianati Allah dan Rasul-Nya".

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Umar Al-Khattab berkata: "Sesiapa yang melantik bagi urusan kaum muslimin akan seseorang kerana hubungan persahabatan atau hubungan keluarga dengannya, maka ia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Islam seluruhnya".

Sunday, August 30, 2009

JALIL ROHAIZAT - EPISOD TUNDING JARI & KAMBING HITAM DI PERMATANG PASIR

Oleh pisau.net

GEORGE TOWN (NST): Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy.

"If he had informed me (about all this), I would have objected to his candidacy ... instead, he chose to keep the truth to himself. "He was not honest and has put Umno and the BN in a bad light." Jalil said the division should, therefore, not be blamed for the Barisan Nasional's defeat in the Permatang Pasir state by-election on Tuesday.


In this regard, the division would also review Rohaizat's position as the Permatang Pauh division secretary, he said.Jalil also pointed out that Rohaizat's candidacy was not decided by the division leaders.


Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.

Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.

Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini:

"DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini "
http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html

Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO. Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"

Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak. Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.

Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua. Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!

Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.

Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..

Sumber: Datuk Shamsudin Nawawi

Sunday, August 23, 2009

Penyelewengan Orang PAS Guna Duit Masjid Permatang Pasir

Daripada Pisau.net





























Pisau mendapat maklumat dari seorang pembaca blog menyatakan berlaku penyelewengan wang kutipan derma masjid jamek permatang pasir.Mereka ini telah menyalahguna keatas sumbangan wang orang ramai untuk aktiviti PAS.

Mereka ini adalah orang kuat Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir,di beritakan selagi PAS memegang Permatang Pasir mereka akan terus mengambil wang sumbangan orang ramai yang belum pun sempat dikira oleh pihak jawatankuasa masjid.

Pada 2005 selepas solat Aidilfitri ahli PAS telah mengambil wang kutipan derma jemaah masjid yang belum pun sempat dikira oleh,bukan hanya belum sempat dikira lebih teruk tok siak belum sempat kumpulkan duit terus dirampas oleh 2-3 orang PAS untuk digunakan aktiviti cawangan mereka.

Pisau telah melawat masjid jamek dan bertanya sendiri kepada salah seorang yang menjadi jawatankuasa masjid jamek permatang pasir,dan mereka sendiri mengesahkan perkara ini.

Kurang ajar,bongkak dan penyamun kampung puak PAS baru berkuasa satu adun dah jadi penyangak belum pun berkuasa satu negara.

Tapi mereka ini tidak kisah ,ada seorang tok guru nun jauh di pantai timur akan ampunkan dosa mereka.

kredit to komentor tok siak

Pisau kata " PAS penyamun tarbus"