Tuesday, December 8, 2009

MAHFUZ BERSUARA BAGI PIHAK SIAPA?

Tak tahu nak kata mengenai Mahfuz Omar ini.

Tiba-tiba sahaja beliau mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan dan membuat keputusan berkaitan organisasi berkenaan sepanjang tempoh tiga bulan notis pelepasan jawatannya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar itu, berkata pelantikan individu dalam PMBK bagi memangku jawatan Abdul Ariffahmi juga amat perlu, bagi memastikan CEO PMBK itu tidak membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan.

"Bagi saya tidak wajar untuk seorang CEO apabila dia telah menyatakan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan, beliau tidak boleh lagi melakukan perkara yang boleh beri implikasi kepada perbadanan seperti kewangan, keputusan mengenai apa-apa projek dan sebagainya.

"Kedudukan beliau sebagai CEO tidak boleh disamakan dengan seorang kerani biasa kerana seorang kerani yang beri notis letak jawatan tiga bulan boleh datang kerja lagi sebab dia tidak memberikan apa-apa kesan tetapi CEO ini melibatkan keputusan," katanya di lobi Parlimen semalam.

Abdul Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menyerahkan notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini berikutan pelbagai tekanan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sejak dilantik ke jawatan itu.

Agak mengejutkan tiba-tiba Mahfuz bersuara mengenai Ariffahami ini.

Apakah dia juga kini sudah sama taraf dengan Kickdefella yang menjadi Hang Jebat yang membela Hang Tuah, walaupun terpaksa derhaka?

Apakah Mahfuz turut sanggup menjadi orang suruhan dalam menyuarakan pendapat ‘tuannya’ pada ketika ‘tuannya’ itu cuba berlagak ‘telunjuk lurus, kelingking berkait?”

Atau untuk lebih jelas dalam bahasa Kelantan, “muko manih, jubo mase”. Kalau Mahfuz tidak faham, tanyalah makna perkataan itu dengan Datuk Husam Musa!

Monday, November 23, 2009

Lawan Umno tapi fikrah sendiri bonsai

Oleh Hishamuddin Rais

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan, mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakkan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini, kita ditakut-takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir sekali dengan api neraka.

Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.


Kalau anak kecil banyak bertanya, dia akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar, kita terima sebagai fakta. Apabila telah bersunat, bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai berasmara dan berinternet, maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah daripada pandangan karut-marut yang didengari ketika membesar.

Membuang dan membakulsampahkan segala karut-marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan menyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat, keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah seseorang bonsai.

Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.

Dalam suasana politik kita, budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya proses monolog – jalan sehala – apabila si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali.

Pelbagai sumpah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita di zaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk
menapis atau bertanya.

Sayugia diingatkan, ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat, untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau pengembangan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ia menjadi ejen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolog sehala tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong.

Lihat bagaimana monolog televisyen sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil daripada budaya mendengar ini, ramai warga terlali dan terlalai daripada membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir daripada susuk yang tidak lagi menggerakkan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah, maka mamai akan menyerang. Gejala ini tidak menghairankan.

Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai, maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion, bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan, bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk mengenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa-apa kerja politik.

Gagal mengenal kontradisi sosial, maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi. Justeru dalam kerja politik, wajib diketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekunder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa-larau dan porak-peranda – raba sana, pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan dibaca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud, berapa ratus kali pun diklik, yang muncul hanya angka 404. Inilah dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, ujikaji di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul.

Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang daripada mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama.

Begitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita, banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya, rakyat Sabah dan Sarawak ingin bebas daripada cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini kontradiksi di kalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita eksploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika sedang
mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru-harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak, maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan.

Semua ini adalah asas taktik dan strategi politik yang paling minimum.

Inilah pentingnya memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji, bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama.

Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika, bukan pendukung utama. Dalam politik, yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup.

Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama daripada sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digodam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu daripada kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan - tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu.

Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan burger kerana terdengar cerita adanya gelatin tidak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan MacDonald dan Burger King. Inilah tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tidak kesampaian untuk berfikir.

Saturday, November 14, 2009

ANWAR SEMBUNYIKAN PERTEMUAN DENGAN PAUL WOLFOWITZ DI JAKARTA

Entah apa sebabnya. Anwar sengaja menyembunyikan kehadiran beliau di dalam satu Forum Antarabangsa yang bertajuk "Democracy as a Regional Strategic Agenda" atau pun dalam bahasa melayu "Demokrasi Sebagai Agenda Strategik Wilayah (Asia Tenggara)" anjuran Habibie Center.

Di dalam blognya Anwar hanya menulis tentang kehadiran beliau secara umum di acara "Memantapkan Konsolidasi Demokrasi dan Mengakhiri Masa Transisi: Agenda Bangsa 2009-2014". Anwar juga turut menyebutkan di blognya beberapa acara yang dihadirinya pada ketika iaitu pertandingan debat mahasiswa, expo dan pertunjukkan seni serta majlis penyerahan Anugerah Habibie (Habibie Award). Tetapi beliau langsung tidak menyebut mengenai forum penting yang dihadiri beliau iaitu "Democracy as a Regional Strategic Agenda".

Seperti ingin melawan dan menunjuk-nunjuk kepada Perdana Menteri yang dikunjungi Presiden Indonesia semalam. Anwar sengaja menulis di dalam blognya tentang kemesraan beliau bersama Naib Presiden Indonesia,Boediono di majlis berkenaan. Walaupun sebenarnya beliau sanggup menunggu berjam-jam lamanya semata-mata untuk menemui naib Presiden Indonesia itu. Ini dibuktikan apabila beliau boleh pulang awal ke tanah air kerana majlis yang melibatkan beliau berakhir pada pukul 12 tengahari dan majlis yang melibatkan Boediono pula adalah pada sebelah malam. Lihat jadual di sini.

Cerita tentang Anwar tidak berakhir di situ, apabila siasatan Kumbang dan rakan-rakan akhirnya menemui sesuatu. Iaitu kenapa dan mengapa Anwar menyembunyikan kehadiran beliau di Forum Antarabangsa ""Democracy as a Regional Strategic Agenda"?

Persoalan ini terjawab apabila sebenarnya Anwar tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa forum ini juga disertai oleh 2 orang Yahudi terkemuka yang juga menjadi rakan karib Anwar iaitu Paul Wolfowitz bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Professor Bridget Welsh rakan pensyarah Anwar dari Universiti John Hopkins Amerika Syarikat yang sememangnya pengkaji Asia Tenggara di universiti yahudi itu.Klik sini untuk melihat bukti kehadiran Paul Wolfowitz dan Bridget Welsh.

Seperti Anwar tahu bahawa isu Iluminati dan Mata Satu serta yahudi kini hangat dikaitkan dengan beliau. Anwar memilih jalan selamat untuk tidak memberitahu rakyat tentang kehadiran dan forum yang melibatkan 2 orang yahudi ini untuk mengaburi mata rakyat.

Dalam pada itu forum yang bertajuk "Democracy as a Regional Strategic Agenda" atau pun dalam bahasa melayu "Demokrasi Sebagai Agenda Strategik Wilayah (Asia Tenggara)" ini menimbulkan persoalan tentang apakah yang sebenar dibincangkan Anwar dan rakan-rakan yahudi beliau itu. Apa yang Kumbang faham forum ini membincangkan tentang Indonesia sebagai contoh demokrasi dan hak asasi manusia di Asia Tenggara. Strategik agenda membawa maksud agenda yang terancang ke arah itu iaitu menjadikan semua negara di Asia Tenggara mencontohi Indonesia dari aspek demokrasi dan hak asasi manusia.

Jika difikirkan semula, adakah ini bermaksud Anwar dan Paul Wolfowitz ingin menjadikan Malaysia seperti negara Indonesia iaitu sebuah negara Republik,tanpa pemerintahan raja berpelembagaan serta demokrasinya kini ala Amerika?

Kumbang persilakan pembaca untuk menilai perkara-perkara ini.

Jika Anwar benar, kenapa main sembunyi-sembunyi?
Jika Anwar berani dan telus beliau boleh tayangkan video forum ini tanpa tapisan di blog beliau.

Itu jika Anwar berani..

Saturday, November 7, 2009

ULAMA SESAT, WAKIL-WAKIL RAKYAT BODOH YANG MEMALUKAN ISLAM

Ab Jalil Backer (myKMU.net)

Sejak tahun lalu saya dimaklumkan bahawa wakil rakyat PAS semuanya bersumpah cerai taklik bertalak tiga ke atas isteri mereka jika mereka keluar dari PAS. Saya anggap ini cerita-cerita karut yang sekadar cuba memburukkan PAS.

Namun apabila ia disahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dan khabarnya turut diakui oleh Timbalan Presiden PAS maka ia merupakan saat yang sangat menyedihkan kepada gerakan Islam di Malaysia keseluruhannya.

Mereka yang rakyat anggap sebagai ulama, tok guru dan yang berpengetahuan dalam ilmu agama menjadi talak sebagai bahan mainan politik. PAS mengarahkan wakil rakyatnya bersumpah jatuh talak tiga ke atas isteri mereka jika keluar parti. Apakah PAS lebih besar daripada Allah dan Rasul yang amat membenci penceraian?

Dengan menuntut sumpah cerai taklik talak tiga PAS mengesahkan bahawa mereka sanggup mepergunakan Allah, Rasul dan agama sehingga ke tahap apa pun demi menjaga kepentingan duniawi dan harta benda.

Sejarah negara sudah menyaksikan bagaimana sekumpulan penyokong PAS di Memali, Kedah menggunakan senjata menentang arahan Polis kerana percaya kepada ajaran PAS menentang kerajaan Barisan Nasional adalah jihad.

Suatu ketika dahulu kita juga sudah menyaksikan bahawa pernah berlaku penceraian, pernikahan dua kali, sembelihan yang diharamkan makan kerana dilakukan oleh ahli UMNO dan juga solat dua imam.

Kemudian kita juga mendengar fatwa Nik Aziz bahawa kita juga boleh mencarut dan memaki hamun kerana Allah juga melakukan dalam al-Quran. Ini dilakukan bagi mempertahankan beberapa orang penceramah PAS yang sukar mencarut, maki hamun dan bercakap kasar dalam ceramah mereka.

Sah lagi bahawa PAS sanggup menyamakan hak manusia dengan Allah hanya untuk kepentingan dunia.

Namun apabila PAS menyertai DAP dan PKR pada alaf baru kita beranggapan segala ajaran sesat, menyeleweng serta bersifat mempergunakan agama untuk kedudukan dunia akan ditinggalkan.

Rupanya yang berubah hanyalah kulit, isi masih sama.

Allah dan Rasul amat membenci penceraian. Penceraian hanyalah jalan terakhir sekiranya rumah tangga tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Itu hanya talak satu. Ini pula talak tiga yang dilakukan secara taklik untuk kepentingan kuasa dan kedudukan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, "Dalam banyak yang halal, penceraian merupakan sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah." (Riwayat Abu Dawud).

Seorang Sarjana Islam membuat kesimpulan yang sangat tepat mengenai mereka yang bercerai talak tiga ini,

Those Muslims who utter three divorce pronouncements at one time or in one statement are rebels against Allah's law and are deviating from the straight path of Islam. Once the Prophet (peace and blessings be upon him) was informed about a man who had pronounced three divorces at one time, he got up in anger, saying: "Is sport being made of the Book of Allah while I am (yet) among you?" As a result, a man stood up and said, "O Messenger of Allah, shall I not kill him?" (Reported by an-Nasa'i)"

Islam jenis apa yang berada di dalam PAS ini? Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran sesat yang bertopengkan Islam.

Khalid Samad berhujah Rasulullah dan para sahabat juga ada membuat sumpah. Memang benar tapi tunjukkan bukti rasulullah dan para sahabat pernah talak taklik terhadap Isteri kerana hal membabitkan pemerintahan dan pentadbiran atau apa sahaja hal yang di luar kisah hubungan suami-isteri.

Talak adalah isu perundangan keluarga yang sejak zaman rasulullah sehingga kini tidak pernah dijadikan sandaran untuk politik.

Ketika berlaku perselisihan dan peperangan antara puak saidina Ali dan Muawiyah pun tidak pernah sesiapa antara sahabat nabi ini yang menjadikan isteri sebagai alat sandaran sokongan untuk perjuangan mereka.

PAS mencatatkan sejarah kumpulan politik Islam yang terkeji pernah lahir di muka bumi ini kerana menjadi isteri dan keluarga sebagai galang ganti sokongan politik.

Untuk wakil rakyat PAS yang percaya sumpah tersebut akan menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri mereka cepat-cepatlah beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Mereka bukan sahaja mempermainkan hukum Allah malah memperjudikan isteri mereka kepada pemimpin politik. Apa akan terjadi kepada mereka jika esok PAS membuat keputusan yang merugikan Islam? Mereka terpaksa terus kekal dalam PAS kerana sumpah tersebut. Bukankah ini menyesatkan dan tidak selari dengan kehendak Islam?

Sumpah cerai taklik PAS sebenarnya bukan sahaja tidak sah malah menjurus ke arah kufur. Ini berdasarkan tulisan Sheikh Sayyed Sabiq dalam kitabnya, Fiqh As-Sunnah,

"Muslim scholars maintain that the one who divorces his wife three times in one occasion has committed a sin. It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) became very angry when he was informed that a man had divorced his wife by pronouncing it three times on one occasion."

Ini bermakna cerai taklik PAS tersebut tidak sah dan haram sifatnya. Bagaimanakan PAS boleh mengadakan sumpah cerai taklik talak tiga sedangkan talak tiga itu dibenci oleh rasulullah s.a.w.?

Taklik yang bertentangan dengan ajaran Islam juga dianggap batal dan tidak sah oleh jumhur ulama. Justeru apakah taklik yang dilafazkan oleh pemimpin PAS ini dak bertentangan dengan ajaran Islam?

Ini kerana nikah, cerai dan taklik merupakan kontrak antara suami dan isteri bukannya ditentukan oleh pihak ketiga seperti yang berlaku di dalam PAS.

Jika masih ada wakil rakyat yang masih percaya kepada ajaran sesat PAS ini mereka masih boleh meninggalkan parti tersebut kerana bukan semua ulama berpedapat lafaz cerai talak tiga sekaligus bermakna jatuh tiga talak dan tidak boleh kembali lagi.

Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim membawa pandangan bahawa lafaz talak tiga sekaligus sepatutnya dianggap satu talak sahaja.

[Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim are of the opinion that it should be counted as only one pronouncement of divorce. This is also reported by Ibn al-Munzir from `Ata', Tawus, Ibn Dinar. Ibn Mughith also reported this opinion of `Ali ibn Abi Talib, Ibn Mas`ud, `Abdur-Rahman ibn `Awf, Az-Zubayr from among the Companions of the Prophet (peace and blessings be upon him).

They quote the following hadith in support of their view: “Ibn `Abbas (may Allah be pleased with him) reports that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (peace and blessings be upon him) and that of Abu Bakr (may Allah be pleased with him) and two years of the caliphate of `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) was treated as once. But `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) said: "Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them (i.e. regard the divorce pronounced three times in succession as irrevocable divorce, it would have deterred them from doing so)!" So he regarded it as such. This latter view is believed to be the most correct." ]


Malahan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya, The Lawful and the Prohibited in Islam, menyatakan:

"The Muslim is allowed three chances, that is to say, three pronouncements or acts of divorce on three different occasions provided that each divorce is pronounced during the time when the wife is in the period of purity and he has had no intercourse with her."

Jika masih ada wakil rakyat yang masih kekal di dalam PAS selePAS diminta bersumpah taklik atas keluarga mereka memanglah mereka ini jenis manusia yang dayus dan mempermainkan hukum hakam Allah. Layakkah mereka terus menjadi wakil rakyat dan pemimpin umat Islam?


Wallahualam.

Saturday, October 31, 2009

MESEJ NIK AZIZ UNTUK PEMILIHAN AKAN DATANG?

Walaupun Jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mengadakan satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya muktamar khas bagi membincangkan kedudukan "dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah", namun isu sebenar tentang puak ini telah dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin PAS yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-UMNO.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan PAS kehilangan sokongan bukan Melayu.

"Beliau tahu PAS berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada PAS," katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan PAS berpecah.

"Sejarah menunjukkan PAS tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepimpinan PAS kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.

"Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal. Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak yang berbeza.

"Mereka mempunyai satu persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. PAS masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (rakan PAS dalam pakatan pembangkang)?" kata pemerhati itu.

Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihat kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.

"Malah kalau kita teliti betul-betul, dulu pun semasa isu (anggota exco Selangor daripada PKR) Elizabeth Wong, PAS secara keseluruhan memisahkan diri mereka daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada ideologi parti iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa berkesedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong oleh PAS," katanya.

Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat PAS Selangor, adalah sekadar untuk memuaskan hati sesetengah pihak.

"Mereka mungkin siasat tapi apakah keputusannya? Beranikah mereka menyingkirkan Dr Hasan Ali? Saya berpandangan isu ini juga lama-kelamaan akan didiamkan begitu saja," kata pemerhati itu.

Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan PAS akan berterusan tetapi parti itu mempunyai formula yang menyatukan mereka sekalipun berkrisis.

"Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan kepada asas penubuhan parti iaitu agama Islam dan para pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamer kepada umum sekalipun di dalam mereka berantakan," kata beliau.

Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz menggoncang bahtera PAS mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat ada dua tekanan yang dihadapi oleh PAS sekarang akibat daripada peningkatan sokongan terhadap Najib ini, iaitu ada puak yang mahu PAS bekerjasama dengan UMNO sekarang, dan ada puak yang mahu PAS kekal dengan pakatan pembangkang sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan UMNO sekarang mereka akan terlepas peluang kerana jika dilihat keadaan sekarang UMNO dan Barisan Nasional mungkin menang besar pada PRU 13 nanti.

"Tetapi pihak yang lagi satu pula mahu kekal dengan pakatan sekarang, dan saya melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama, sudah pasti mahu berpegang kepada janji beliau untuk setia dengan pakatan pembangkang," kata Asri, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau tidak menolak kemungkinan Nik Abdul Aziz diasak oleh kumpulan ulama profesional yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang Pas akan meninggalkan pakatan.

"Pada saya Pas sekarang berada di persimpangan dan mereka seharusnya mengambil langkah konkrit sama ada benar-benar komited dengan pakatan ataupun bekerjasama dengan UMNO," kata beliau.

Pandangan pemerhati-pemerhati politik ini serta cakap-cakap politik sebenarnya merumuskan Pas kini berada di persimpangan dan tidak mampu membuat keputusan kerana tersepit antara ikon mereka iaitu Nik Abdul Aziz dan juga hala tuju parti.

Mereka tidak mungkin menyingkirkan Mursyidul Am itu dan pada masa yang sama mereka juga perlu menentukan sama ada mahu kekal dengan pakatan yang bebeza ideologi atau menurut arus politik semasa dan bekerjasama dengan UMNO.
Sumber BERNAMA

Thursday, October 29, 2009

MOOD MENJELANG PRU13 BERPIHAK KEPADA BN?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

AIDILFITRI yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.

Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya-Allah.

Pengajaran pilihan raya kecil Bagan Pinang dan iktibar 'kekalahan besar' masih diperkatakan. Begitu juga dengan impak perhimpunan UMNO dan pergolakan politik semasa, termasuk kemungkinan sidang Dun Perak dibubarkan.

Bedah-siasat kegagalan di Bagan Pinang secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan niat mahu meletakkan kesalahan ke bahu pihak lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Perangi rasuah

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang.

Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.

Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.

Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah - dengan bantuan tukang-tukang spinnya - menambat hati rakyat?

Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. UMNO-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?

Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.

Saya masih ingat keluhan seorang Adun UMNO Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN.

Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"
Bimbang dengan rentak sokongan

Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.

Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanya tidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan? (Saya tidak mahu kita mengambil mudah dengan petanda kecil di hadapan kita).

Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam UMNO, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?

Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.

Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua.

Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan terhadap kerajaan negeri Pakatan akan terus bertindan-tindih.

Sunday, October 18, 2009

ANGAN-ANGAN PEMIMPIN PAS

Benarkah kata-kata PAS bahawa kerajaan Terengganu kini umpama ‘bola’ – yang akan tumbang sebelum pilihan raya umum ke 13?

Mereka mungkin tumpang sekaki apa yang dicapai oleh PAS Kelantan tanpa mengambil kira bagaimana UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menggempur Kelantan.

Dengan nada angkuh, PAS menyifatkan kerajaan Terengganu kini ‘bergelisah’.

Atau apakah ia suatu tanggapan dan ramalan PAS semata-mata berasaskan perkembangan di Terengganu akhir-akhir ini?

Ikuti apa kata Datuk Harun Taib mengenai “Kerajaan Terengganu Umpama ‘Bola’:

“Kerajaan Umno-BN Terengganu Umpama ‘Bola’

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang bermula dengan program ceramah penerangan semalam akan menentukan samada kerajaan Umno-BN Terengganu kekal atau tumbang sebelum PRU13.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 13 berlangsung dalam keadaan Umno-BN Terengganu terumbang-ambing.

”Kali ini kita berijtimak dalam keadaan Umno di negeri Terengganu ini ‘bergelisah’ kerana banyak perkara-kara yang berlaku, ”bermula runtuhnya stadium, sampai baru-baru ini pula runtuh bumbung atap masjid, peristiwa-peristiwa yang berlaku mengajak kita merenung dan berfikir,

”apakah penyelewengan yang dilakukakn oleh Umno-BN Terengganu,”ujarnya ketika berucap dalam majlis ceramah di Manir kelmarin.

Menurutnya, antara penyelewengan yang ketara oleh Umno-BN Terengganu ialah mematikan sekolah-sekolah agama negeri dengan menyerahkan pentadbirannya kepada kerajaan pusat.

Katanya, Umno sebenarnya berada dalam keadaan gelisah, kerana kerajaan yang ditubuhkan di negeri Terengganu adalah umpama ‘bola’.

”Kerajaan umno-BN negeri Terengganu boleh dibandingkan seperti bola, bererti boleh ditendang ke sana dan ke sini,

”Ia duduk diatas belas kasihan PAS, mana-mana pihak dari Umno (Terengganu), perlu pendirian dan sikap dari PAS,”jelas beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Justeru, beliau berkata, Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu yang bermula esok akan menentukan halatuju politik negeri Terengganu.

”Kita akan bahaskan dan bincangkan, bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita ambil, untuk menjadikan samada kerajaan ini (Umno-BN) kekal sehingga pilihanraya akan dating atau kerajaan ini boleh ditumbangkan sebelum daripada pilihanraya ke 13 akan datang,”kata Ustaz Harun.

Tuesday, October 13, 2009

BENARKAH DIN ADAM DAPAT BANYAK ‘JAWATAN’ SEKARANG?

Daripada www.teganuku.blogspot.com

Di Bagan Pinang, ketika kempen sedang rancak berjalan, nama ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam tetap menjadi sebutan.

Kali ini, kedengaran cerita mengatakan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan bermurah hati untuk melantik Din, yang pernah menetang Rosli merebut jawatan ketua Umno bahagian akan diberikan (dilantik) jawatan Ketua Penerangan Umno bahagian.

Sejauh mana kebenaran cerita ini, tidak dapat dipastikan kerana Datuk Rosli yang dikatakan mengetuai jentera Umno Negeri Terengganu di Bagan Pinang tidak sempat ditemui untuk ditanya kesahihan cerita ini.

Dari senarai Jawatankuasa Umno bahagian, jawatan Ketua Penerangan disandang Saudara Mahasin Taib. Jika benar Rosli mahu melantik Din, apakah jawatan baru yang bakal diberikan kepada penyandang?

Dari segi implikasi perlantikan, ada dua. Pertama, ia membuktikan sikap Rosli yang lebih mementingkan perpaduan daripada pertelingkahan yang berpanjangan. Rosli mungkin tergugat tetapi tentunya Rosli memberi alasan kepentingan dan kekuatan Umno mengatasi dari kepentingan dan kekuatan peribadi Rosli sebagai ketua bahagian.

Kedua, ramai yang melihat, dalam Umno, jika mahukan jawatan, jadilah penentang. Biasanya orang yang menentang dan kaki buat kecoh dilayan lebih dari seorang ahli yang setia. Penyokong parti di peringkat bawah akan berfikiran, pemimpin mereka tidak perlu risau dengan mereka kerana rata-rata penyokong setia, tetapi kaki kecoh mesti dijaga supaya mereka tidak terus membuat kecoh.

Dalam perkembangan serupa, ahli Umno melihat bagaimana Datuk Ahmad Shaberry Chik yang pernah berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 (S 46) dan menentang calon BN (Umno) dalam pilihan raya kecil DUN Kijal kini sudah menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Begitu juga, ramai yang mengetahui sejarah Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah menjadi Timbalan Presiden S-46 dan berkali-kali bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menentang BN di Negeri Sembilan, kini masih boleh kekal sebagai menteri kabinet, walau pemikirannya sudah tidak relevan lagi.

Dua contoh di atas, mungkin membuatkan penyokong Umno di Dungun tersentak dengan desas-desus ini, jika benar Datuk Rosli yang ditentang hebat oleh Din dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu, mahu memberi tempat kepada Din.

Sebagai ketua, Datuk Rosli mestilah mempunyai pertimbangan sendiri mengapa beliau perlu melantik seorang yang mempunyai rekod hitam dalam sejarah ‘memboikot sidang DUN Terengganu’ menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Dungun, tetapi dalam masa yang sama, Rosli kenalah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan besar sebegini.

Ingat! Sebijak-bijak pelanduk, pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Kata orang, luka yang sembuh tetapi parut tetap ada. Tindak-tanduk Din yang pernah dilantik menjadi Exco Belia dan Sukan sebenarnya melukakan ramai orang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein khabarnya telah melantik Din menjadi Pegawai Khas kepadanya di Kementerian Dalam Negeri. Mustahak betul rupanya Din dalam senerio politik Malaysia dan politik Terengganu.

Jika Din tidak menjadi anggota Geng 10, khabarnya tiada siapa yang mahu mengenali Din. Malahan, ramai penduduk dalam DUN Bukit Besi sudah mula bersungut dengan Din yang dikatakan jarang berada di kawasan sendiri kerana mendiami banglo di Kuala Terengganu.
Malahan, Din pernah didakwa bersikap biadap dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said apabila dia dipelawa menjadi Exco di bawah kepimmpinan baru – menolaknya melalui orang lain.

Din juga dikatakan antara ADUN dari Terengganu yang bercakap lepas dan celupar di depan Menteri Dalam Negeri ketika pertemuan semua ADUN dengan Hishammuddin dibuat di Kementerian Dalam Negeri.

Ketika Geng 10 dilihat sudah berpecah, mereka yang setia kepada Umno di Terengganu sudah mula bercakap, kenapa terlalu banyak jawatan mahu diberikan kepada Din apabila dia mengangkat ‘bendera putih’ dan mengaku taat setia kepada Sultan Terengganu?

Adakah ini merupakan upah kepadanya untuk dia menutup mulut atau ada orang yang takut dengan pengaruh Din Adam di Dungun dan di Terengganu?

Bekas ‘Setiausaha Politik’ Din ketika dia menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu dahulu, Abdul Mubin Ismail yang mengelolakan blognya http://jaranganakmelayu.blogspot.com khabarnya meloncat-loncat marah dengan tindak-tanduk Din yang dianggapnya ‘orang pendek ni memang tidak boleh dipercayai’.

Seorang kenalan dari Terengganu memberitahu, Abdul Mubin menangis tidak berhenti-henti mendengar khabar yang Din mahu meninggalkan Geng 10. Maklumlah, selama ini, penulisan Abdul Mubin dalam blognya memberi gambaran bahawa Geng 10 ini membawa obor perjuangan istimewa manakala Datuk Ahmad Said pula merupakan seorang Menteri Besar yang terlalu bermasalah.

Tidak pula ada sesiapa yang memberitahu, apakah selera makan Abdul Mubin makin berkurangan sekarang apabila Din ‘meninggalkan Geng 10’ dan bolehkah Abdul Mubin lena seperti lena orang-orang sihat sejak dua menjak ini.

Kesihan juga Abdul Mubin jika selera makannya berkurangan, lenanya terganggu akibat tingkah laku Din ini kerana jika kesihatannya terganggu akibat tidak ada selera makan dan tidak lena tidur, akan menyebabkan dia tidak mampu menulis dan update blognya yang dikatakan sudah semakin popular kebelakangan ini.

Dalam tulisan-tulisannya, jika ada bumbung stadium runtuh, itu adalah bala dari Tuhan kerana kepimpinan Datuk Ahmad Said tidak diberkati.

Abdul Mubin tidak pula menulis mengapa bumbung stadium runtuh walaupun baru setahun digunakan dan pembinaannya dimulakan dalam zaman pemerintahan Datuk Seri Idris Jusoh.

Abdul Mubin menulis kononnya Datuk Ahmad Said tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi tidak pula dia menulis apakah dia pernah mendengar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercakap dalam bahasa Inggeris.

Abdul Mubin juga mendakwa Datuk Ahmad pernah mengajak seorang wakil rakyat Pas bertumbuk di luar Dewan Undangan Negeri tetapi dia tidak menulis mengapa Datuk Ahmad yang ketika itu Exco Kerajaan Negeri di bawah Idris – mencabar wakil rakyat Pas itu berjumpa di luar kerana mempertahankan kerajaan negeri di bawah Idris yang dianggap oleh ADUN Pas itu sebagai lebih zalim dari Yahudi.

Hari ini, jika benar Din Adam dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Dungun, mudah-mudahan dia akan bergerak dari satu DUN ke satu DUN di bawah Parlimen Dungun untuk memberi penerangan mengapa dia terlibat dengan Geng 10 hingga menimbulkan desas-desus mengatakan dia menderhaka kepada Sultan Terengganu dan bersikap biadap dengan kepimpinan di peringkat bahagian dan negeri.

Jika desas-desus ini tidak benar, cerita Datuk Rosli Mat Hassan menghadirkan diri di Jamuan Hari Raya anjuran ADUN Bukit Besi serta bermaaf-maafan dan berpeluk-pelukan juga tidak benar, saya yang mendengar cerita dari mulut ke mulut ini mahu memohon maaf kepada semua pembaca yang sering melayari blog ini.

Mudah-mudahan, ada pembaca yang mengetahui kisah sebenar menulis kepada blog ini untuk menjelaskan cerita sebenarnya supaya pembaca dan rakyat tidak terkeliru dengan cerita betul atau cerita separuh betul.

Yang penting, kepimpinan Umno harus juga memberi pertimbangan dan keadilan kepada ahli-ahli yang setia walaupun dalam masa yang sama mereka mahu mengajak ‘mereka yang tersesat di hujung jalan supaya balik ke pangkal jalan’.

(Daripada www. citra-bangsa.blogspot.com - tajuk asal ialah Din Adam…dapat banyak ‘jawatan’ sekarang)

Sunday, October 11, 2009

BAGAN PINANG - PEMBANGKANG NYATA KETANDUSAN IDEA

Oleh Lebah Kota

Itulah rumusan yang paling tepat. Bukan Malaysia-instinct.com hendak merendahkan pembangkang, tetapi untuk memberikan sebarang pujian pun agak sukar juga kalau
itulah hakikatnya.

Masih mengulangi tuduhan-tuduhan yang sama yang sudah pun dijawab oleh Barisan Nasional (BN). Malah lebih banyak bertumpu pada isu-isu nasional yang sudah lapuk.

Peliknya, pembangkang bukannya mempertikaikan jawapan yang diberikan, tetapi asyik mengulangi tuduhan yang sama.Kalau itulah gayanya, sampai bila pun takda pihak yang boleh dikatakan betul atau bijak dan rakyat pun tidak akan mendapat jawapan.

Duk ulang komisyen beli kapal selam, BN kata dah jawab di Parlimen bersama dengan fakta dan segalanya. Duk menyindir Najib dan Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Yang itu tidak perlu pergi jauhlah, rakan penulis sendiri dalam Malaysia-instinct.com (Teh Tarik Satu) telah menyiarkan bukti bergambar di mana Rosmah berada pada malam kejadian itu. Kalau yang membabitkan nama Rosmah pun terbukti satu fitnah, tak payah le nak bincang pasal Najib....dan tentu lagi tak berkenaan langsung.

Pengharaman ISA dan sebagainya yang sebenarnay ramai sudah muak pun untuk dengar.
Namun, di sebalik segala itu, ada satu perkara yang menarik perhatian Lebah Kota ketika mengikuti ceramah politik DAP di pusat mereka di Bagan Pinang.

Menarik bukan kerana ia sesuatu yang baru tetapi kerana melihat bagaimana terdesaknya Pakatan Rakyat mahu memperlihatkan bahawa merekalah yang membawa
aspirasi masyarakat bersatu di negara ini.

Arah aliran politik pembangkang di Bagan Pinang ialah untuk memperlihatkan bahawa mereka mewakili kepentingan semua kaum dan BN adalah satu parti perkauman. Menurut seorang penceramah DAP, UMNO hanya mewakili Melayu, MCA hanya mewakili Cina dan MIC mewakili India.

Katanya, BN mengamalkan konsep yang sudah lapuk dan berbau perkauman. Pakatan Rakyat kata beliau mewakili semua kaum. "Keahlian DAP terbuka kepada semua, ramai orang Melayu kini sudah menyertai DAP".

Namun, Lebah Kota teringin hendak tanya, apakah salahnya jika UMNO mewakili Melayu, MCA mewakili Cina dan MIC mewakili India? Mereka bukannya bergerak bersendirian. Mereka semua duduk bawah satu ikatan kukuh dinamakan BN.

Bermakna walaupun mewakili kaum-kaum tersendiri, tetapi ada satu platform yang kukuh untuk berbincang bersama. Sebab ada tempat dinamakan Dewan Tertinggi BN di mana semua pihak duduk dan berbincang untuk kebaikkan semua kaum.

BN tidak berpura-pura, ia membahagikan tugas menjaga rakyat secara terutur dan bersistem serta mengikut peraturan-peraturan yang dipersetuji secara bersama. Malah, BN bukan hanya mewakili Melayu, India dan Cina semata-mata, ia jauh lebih lengkap dan menyeluruh apabila turut memiliki belasan komponen yang mewakili bumiputera Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat dakwa wakili semua kaum....iyelah tu kan. DAP memang boleh cakap dia terbuka kepada semua, tetapi bagi para pembaca yang bijak, adakah anda benar-benar fikir DAP ikhlas untuk memperjuangkan orang Melayu dan Islam di negara ini?

Adakah Pas benar-benar kisah mengenai masyarakat Cina di negara ini. Kalau DAP, PAS dan PKR bersatu hari ini, bukan kerana rakyat...janganlah tertipu. Tetapi kerana parti-parti pembangkang sedar jika mereka tidak bersatu mereka mustahil untuk menumbangkan BN di negara ini.

Demi memastikan BN tumbang, mereka cuba juga memaksa diri untuk bersatu. Bukan rakyat yang didahulukan, tetapi kuasa yang didahulukan oleh Pakatan Rakyat. Disebabkan kuasa yang didahulukan, maka Pakatan Rakyat ini cuba hendak menzahirkan mereka satu ikatan yang benar-benar kukuh sedangkan hakikatnya mereka hanya cuba mahu mentadbir negara ini kalau boleh.

Berbalik kepada pertuduhan BN mengamalkan perkauman, Lebah Kota memang tak dapat nak melihat di mana kebenaran perkara itu. Selama ini, Pas dan DAP bergerak sendirian dan menjaga kepentingan ahli mengikut kaum. Dan selama berpuluh tahun BN bergerak sebagai satu pakatan yang membawa aspirasi semua kaum.

Baru setahun pegang kuasa di beberapa negeri, tiba-tiba Pas, DAP dan Keadilan mula kata BN amalkan perkauman. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk percaya semua itu?

http://www.malaysia-instinct.com

Wednesday, September 30, 2009

DR RAMZI DAPAT KEISTIMEWAAN?

Betulkah apa yang dikatakan oleh teganuku ini? Apakah seseorang boleh mendapat perlindungan istimewa seperti ini? Bagaimana boleh ia berlaku di negeri jiranku- Terengganu?

Siapa boleh bagi keistimewaan seperti ini? Apakah ia terpilih?

Kijang tidak berani ulas sebab kes mahkamah. Tetapi bacalah…

Kes ‘sms ugut bunuh’ cuba digelapkan?

Daripada www.teganuku.blogspot.com

Oleh Pok Teh Bakap

Hairan bagaimana kes berprofil tinggi di Terengganu – kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang disebutkan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu boleh terlepas daripada liputan media.
Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.






















Dr Ramzi bermesra dengan Hishamuddin pada majlis sambutan hari raya di Marang dan majlis pertemuan ADUN serta Ahli Parlimen UMNO dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Hishamuddin Hussein sehari selepas kesnya disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.


Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada Ahad lalu (27 September) perbicaraan kes ‘sms ugut bunuh’ ini pada akhir bulan Oktober dan awal November 2009 depan selama enam hari.
Mengikut satu sms yang diterima – perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Januari 2010 dan 9,10,11 Februari 2010.

Juga menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.

Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.

Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan masalah yang melanda UMNO Terengganu sudah selesai.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Saturday, September 26, 2009

ISU SELCAT: HASAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN?

Daripada mStar

PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:
"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."

Ahad lalu, Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah Selangor sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan yang seolah-olah "dilayan sebagai budak sekolah."

Oleh itu beliau turut berhadapan dengan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS sendiri.

Sebelum ini Mahfuz memberikan pandangan bahawa Hasan tidak wajar membangkitkan isu Selcat, yang dibentuk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor secara terbuka selain tidak memahami soal pemisahan kuasa antara bidang eksekutif dan legislatif.

Tiga hari lalu, Hasan mempertahankan pendiriannya itu sambil mahu satu pertemuan tiga penjuru - membabitkan Menteri Besar, Exco dan anggota Selcat diadakan bagi menyelesaikan isu menyelubungi badan itu.

Mengenai spekulasi bahawa PAS negeri mahu menjalin kerjasama dengan Umno-BN Selangor, Mahfuz berkata, perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh kepimpinan negeri, sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh kepimpinan pusat.

"Apa-apa bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak, ia perlu diputuskan oleh PAS pusat... PAS negeri tidak hak untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad juga berpendapat bahawa Hasan seolah-olah sudah melampaui batasan sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kebanyakan pemimpin dalam Jawatankuasa Pusat yang saya hubungi berkongsi pandangan yang sama bahawa beliau harus memberikan penjelasan mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan secara terbuka, lebih-lebih selepas pernah diberikan amaran oleh kepimpinan pusat khususnya dalam isu jualan minuman keras.

"Nampaknya, pendirian-pendirian beliau sudah membelakangi semangat dan kesetiakawanan dalam Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Hasan sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kemungkinan mempunyai sebab-sebab tertentu mengenai soal kekurangan pada Selcat, tetapi "itu bukan caranya untuk mengeluarkan pandangan beliau."

"Apa bentuk tindakan boleh diambil ke atas Datuk Hasan, ia hanya boleh ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Naib Presiden," katanya.

Thursday, September 24, 2009

spesis APAKAH MUBIN INI?

Entri oleh rakan Kijang semalam sangat menarik untuk mengetahui seorang blogger yang ‘sakit’ dan tidak dapat menerima kepimpinan orang lain selain Datuk Seri Idris Jusoh, di negeri jiran- Terengganu.

Zainal Yusoff mengupas dengan jelas bagaimana ‘Jarang Anak Melayu’ itu kini meratap hiba dan semakin tenat, lebih-lebih lagi apabila politik Terengganu sudah tenang.

Jelas manusia jenis Mubin Ismail ini tidak boleh cari makan kalau politik Terengganu tidak bergelora.

Ikuti tulisan Zainal melalui blog citra-bangsa:

Mubin…Jarang Anak Terengganu hiba seperti ini!

Oleh Zainal Yusof

MEMBACA tulisan Abdul Mubin Ismail dalam blognya Jarang Anak Melayu atau JAM, yang entri tulisan itu bertarikh 17 September 2009, saya membayangkan penulis yang pernah menjadi pembantu peribadi atau PA, atau di Selangor di panggil Setiausaha Politik kepada Exco, sedang berduka nestapa menjelang fajar Aidil Fitri.

Terima kasih juga kepada blog Citra-Bangsa yang memetik tulisan Abdul Mubin Ismail ini kerana, mudah untuk menatapnya sekaligus membaca komen pembaca-pembaca lain terhadap keletah budak Mubin ini yang nampaknya dia tidak dapat memahami bahawa kepimpinan kerajaan di Terengganu sudah bertukar tangan, dari YAB Datuk Seri Idris Jusoh kepada YAB Datuk Ahmad Said.

Budak Mubin ini bukan sahaja tidak dapat memahami, malahan dia mengajak pembaca-pembaca yang melayari blognya, menghina Datuk Ahmad Said sebagai mana dia menghinanya. Baca semula tulisannya mengenai tindakan Datuk Ahmad Said yang pernah mencabar seorang ADUN Pas, berjumpa seorang dengan seorang – bagi mempertahankan tuduhan ADUN Pas itu kononnya kerajaan BN di bawah kepimpinan Idris Jusoh lebih teruk dari Yahudi.

Saya tidak mahu percaya, ada kawan memberitahu kononnya budak Mubin ini amat-amat sedih hingga hilang selera makan, cukup-cukup merana hingga kurang bercakap dan cukup-cukup kecewa hingga kurang mesra dengan saudara-mara dan jiran tertangga kerana bekas boss yang dipujanya selama ini, Datuk Din Adam kelihatan sudah meninggalkan Geng 10 atau budak Mubin gelarkan mereka sebagai 10 Budak Hitam.

Cerita kawan saya itu lagi, khabarnnya budak Mubin macam rasa nak demam. Dedar badannya, pedih tekaknya kerana dapat tahu yang Datuk Din Adam, yang dikatakannya sebagai pendek dan tidak cukup saiz sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Kenapa budak Mubin jadi macam ni ya? Kenapa dalam berbalah, kita tidak pernah memikirkan ruang untuk berbaik. Kalau tidak bersetuju, bukan bermakna kita menentang. Kalau menentang, bukan bermakna kita bermusuh. Kalau bermusuh, bukan bermakna kita selama-lamanya bermusuh.

Sebagai orang politik, mungkin semua percaya, dalam politik penuh dengan permainan yang serba mungkin. Dalam Islam, mana mungkin kita dibenarkan memutuskan sirahtulrahim.

Kenapa budak Mubin, diakhir tulisannya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YAB Datuk Ahmad Said dan mohon maaf zahir sahaja? Kenapa sampai perkara begini pun masih buat main-main. Adakah ini perangai budak-budak? Kenapa tidak mahu memohon maaf zahir dan bathin? Bukankah ini cara yang dituntut agama kita, bermaaf-maafan antara satu dengan yang lain.

Saya tidak berhasrat menulis soal dosa dan pahala. Saya berhajat mengulas tulisan budak Mubin ini kerana budak Mubin ini mengelarkan Geng 10 atau Kumpulan 10 sebagai 10 Budak Hitam.

Saya percaya, bila Abdul Mubin berani menggunakan perkataan ‘budak’ dalam tulisannya, bererti dia sudah merasakan dirinya sebagai lebih dewasa dari budak-budak.

Ingat seloka yang biasa kita dengar…makan dengan budak, lauk habis dulu, mandi dengan budak, air keruh dulu…. Jadi, bila berhujah dengan budak seperti Abdul Mubin, kena berhati-hati, bukan kerana takut terkena bidasannya tetapi takut dia tidak faham kerana budak-budak biasanya belum cukup akal.

Kalau budak Mubin sudah dewasa, tentunya dia tumpang seronok apabila mendengar dua saudara yang berbalah, kembali bertaut. Betul seperti tulisan Hambali Abd Latif dalam blognya…carek-carek bulu ayam, lama-lama bercantum semula. Atau air dicincang tak akan putus.

Kalau budak Mubin membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa beliau sanggup jadi orang tengah untuk membantu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelesaikan kemelut politik Terengganu, bermakna Muhyiddin mengharapkan perdamaian dua kumpulan yang bertelagah.

Dengan lain perkataan, sebagai seorang Islam, kita kenalah berusaha mendamaikan kumpulan atau mana-mana pihak yang berbalah dan bukan mengharapkan perbalahan itu berpanjangan.

Maka, tanpa ada menggunakan khidmat orang tengah, tiba-tiba mereka kelihatan berdamai, sepatutnya kita bersyukur.

Malangnya, budak Mubin yang selalunya menulis dalam blognya dengan tulisan-tulisan pendek, tiba-tiba menulis panjang lebar menghina ‘perdamaian’.

Jenis apakah budak Mubin ini. Spesis apakah budak Mubin ini?

Tuesday, September 15, 2009

PERJUANGAN PAS POLITIK ATAU ISLAM?

Daripada: House PK

Persoalan inilah yang sepatutnya perlu difahami umat Islam, kerana ia merupakan kunci untuk memahami arah dan matlamat perjuangan PAS. Dari segi zahir ianya bukanlah menggambarkan sebuah jemaah Islam atau parti Islam, tetapi ia lebih cenderung bersifat sebagai sebuah parti politik. Lebih-lebih lagi bila ia diluluskan pendaftarannya oleh kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 september 1951. Ertinya kewujudan parti PAS turut direstui Penjajah British atau dalam kata lain turut diredhai penjajah. Kemudiannya PAS telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb Mei 1955 dengan nombor pendaftarannya 733 (Pulau Pinang).

PAS satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Kenapa Hizbul Muslimin diharamkan dan PAS diizinkan bergerak?

Jawapannya adalah seperti mana kita faham bahawa pendokong para penjajah adalah terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. Dalam al-Quran Allah telah menegaskan, maksudnya; "Selama-lamanya orang Yahudi dan nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu hinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka" (Surah al-Baqarah ayat 120)

Ertinya bahawa orang yahudi dan nasrani (Kristian) selama-lamanya tidak senang hati terhadap mana-mana umat Islam, sama ada secara individu atau kumpulan (jemaah atau parti), selagi tidak mengikuti jejak langkah mereka.

Jadi, bila mana-mana organisasi yang kononnya hendak memperjuangkan Islam, tetapi mendapat restu Yahudi dan Nasrani dan diberi permit untuk bergerak, tandanya perjuangan mereka tidak membawa cara hidup Islam tulin dan tidak mengancam Yahudi dan Nasrani (Kristian)....

Jadi, bila British dengan senang hati meluluskan pendaftaran PAS, ertinya ia redha untuk PAS bergerak sebagai sebuah parti politik dan bukan sebagai agama atau jemaah Islam. Kerana dengan cara itu mereka akan mudah memperalatkan PAS untuk memecah-belahkan umat Islam. Kenyataannya telah berlaku sehingga ke hari ini.

Bermulanya perpecahan dalam pucuk pimpinan Melayu ialah apabila Tuan Haji Ahmad Fuad telah keluar UMNO dan menubuhkan PAS. Di situ bermulanya detik perpecahan umat Melayu dan Islam. British amat arif hal itu, lalu meluluskan pendaftaran PAS untuk dijadikan sebagai sebuah parti pembangkang agar mereka (PAS) memain isu-isu agama untuk melemahkan perpaduan umat Islam.

Jadi kewujudan PAS bukan asasnya dari Allah, tetapi diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad dan diiktiraf oleh penjajah British waktu itu. Oleh itu, fahamlah kita bahawa PAS tidak ada kena mengena dengan Islam sebagai "Ad-Din". PAS tidak ada dalam al-Quran atau hadis atau tidak ada diijmakkan oleh ulama Islam sebagai agama. PAS cuma sebagai sebuah parti politik sahaja.

Dalam "Dokumen Negara Islam" keluaran PAS, pada halaman 16, nombor 5, PAS sendiri tidak mengakui bahawa parti itu sebagai parti Islam, cuma sebagai sebuah parti politik.

Oleh itu siapa pun tidak boleh mendakwa "PAS itu Islam dan Islam itu PAS". Kerana masih banyak badan-badan lain yang melakukan aktiviti-aktiviti Islam dan ramai orang Islam lain yang tidak menyertai PAS atau mana-mana parti politik atau mana-mana badan, apakah mereka itu tidak tergolong dalam Islam? Apakah yang mereka usahakan untuk Islam dianggap tidak Islamik?

Mengikut perspektif Islam PAS bukanlah Parti Islam atau Hizbullah (Parti Allah) tetapi ianya hanya sebagai sebuah parti politik lain yang ada di Malaysia dan perjuangannya tidak global, hanya sah di Malaysia. Islam merupakan Ad-Din yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W., secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari melalui malaikat Jibrail a.s. yang termaktub di dalam al-Quran atau hadis.

Dari segi lain pula, bahawa sifat-sifat PAS jelaslah bahawa ia hanya sebagai Parti Politik dalam negara yang menggunakan sistem politik demokrasi berparlimen seperti juga UMNO, Berjasa, Hamim dan lain-lain parti yang dipelopori oleh orang Islam.

Oleh itu sebarang parti politik tetaplah ia sebagai parti politik dan ia bukan agama. Jika hendak disandarkan kepada agama atas alasan memperjuangkan Islam, maka tidak semestinya PAS sahaja yang bercakap memperjuangkan Islam. Badan-badan lain banyak juga memperjuangkan Islam bahkan mereka berjaya juga menegakkan syi'ar islam dalam bidang-bidang tertentu, yang kadang-kadang PAS pun tidak mampu menegakkannya.

Ditegaskan lagi, "PAS bukanlah sahaja yang dianggap Islam dan Islam itu bukanlah PAS sahaja". PAS hanya sebuah parti politik rekaan manusia sama seperti parti-parti politik lain. Nyawa dan nasib masa depan PAS terletak di bawah kuasa Pendaftar Pertubuhan malaysia (ROS), iaitu Kerajaan Malaysia di bawah Pimpinan Barisan Nasional, yang terasnya ialah UMNO. Apa yang kita hendak banggakan dengan PAS?

Besar lagi bidang kuasa UMNO yang menjadi teras pemerintahan Kerajaan Malaysia daripada PAS. Ia berkuasa untuk memansuh dan mengharamkan PAS, melalui kerajaan (Pendaftar Pertubuhan Malaysia).

Ciri-Ciri Parti Islam sebenar!

Oleh sebab itu kita berani mendakwa bahawa PAS bukan Parti Islam, lebih-lebih lagi kerana parti itu tidak memenuhi ciri-ciri parti Islam atau parti Allah atau hizabullah sebenar seperti mana disebut dalam al-Quran serta sejarah perjuangan para pejuang Islam lampau.

Anatar intisari yang disebutkan oleh Allah di alam al-Quran surah al-Maidah ayat 55-56 dan surah al-Mujadalah ayat 22 bahawa ciri-ciri parti Allah dan sifat-sifat anggotanya adalah seperti berikut;

1. Benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul, menjadikan kedua-duanya sebagai pemimpin.

2. Menjadikan orang yang benar-benar beriman sebagai pemimpin (Pemimpin bertaraf takwa)

3. Beriman kepada Hari Akhirat.

4. Mendirikan Sembahyang.

5. Mengeluarkan Zakat.

6. Benar-benar patuh kepada perintah dan hukum Allah.

7. Tidak berkasih sayang dan berkerjasama dengan orang yang menentang agama (ingkar hukum) Allah. hakikat sebenar parti komponen dalam Pakatan Rakyat menentang Allah kerana peribadi pemimpin mereka dan dasar parti mereka bukan berlandaskan Islam, buktinya ialah DAP dan PKR! Mereka bukan sebenar menyokong Islam, cuma mengambil kesempatan di sebalik isu penentangan terhadap UMNO dan BN.

8. Tidak bersikap asobiah qaumiah, yakni tidak bertolak ansur walau pun dengan ibu bapa, anak-anak, saudara mara, kerabat dan keluarga sendiri, sekiranya mereka anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.

Selain Parti Allah, di dalam al-Quran surah al-Mukminun ayat 53 menyebut juga hizbussyaitan atau Parti Syaitan sebagai perbandingan kepada Parti Allah. Antara ciri-cirinya ialah:

1. Memperalatkan agama untuk menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.

2. Meninggalkan agama Tauhid, sebaliknya menjadikan ideologi bikinan manusia sebagai pegangan dan peraturan politik.

3. Bersikap sombong dan berbangga dengan parti masing-masing.

4. Lupa kepada Allah. Yakni apabila timbul masalah umat, mereka tidak merujuk hukum Allah. tetapi merujuk teori manusia.

Demikian perbandingan antara ciri-ciri Parti Allah (Parti Islam) dengan Parti Syaitan di dalam al-Quran. Bolehlah kita jadikan panduan untuk menilai diri dan parti masing-masing.

Pernah suatu ketika timbul isu dari Kelantan, bahawa PAS mempunyai unsur-unsur Syiah dan Khawarij. Hal itu patut diambil perhatian oleh umat Islam di Malaysia yang umumnya berpegang kepada mazhab dan aqidah Ahlusunnnah Wal Jamaah.

Mazhab Ahulusunnah Wal Jamaah ialah mazhab yang dibayangkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai mazhab yang hanya sah dan diterima Allah, di antara 73 mazhab yang akan muncul di akhir zaman. Untuk pengetahuan bahawa rujukan atau lantasan Ahlussunnah Wal Jamaah ialah Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qias, dalam semua perkara, sama ada di bidang aqidah, ibadah, mua'amalah, siasah dan lain-lain, bukan merujuk kepada teori bikinan manusia, termasuk di bidang politik.

Walaupun PAS atau para pemimpin mereka mendakwa mereka mengikut Ahlusunnah Wal Jamaah, tetapi di segi lisanul hal (praktis) khusunya dalam hal perjuangan dan politik, PAS sebenarnya dilihat lebih banyak membuat rujukan kepada ulama-ulama penganut fahaman Wahabi dan Syiah.

Dan kadang-kadang lantaran terlalu bersemangat, tanpa panduan lengkap mereka sering terjebak dan terbawa-bawa cara fahaman Khawarij. Buktinya bacalah kenyataan di bawah ini dan kaji realiti sikap dan tindak tanduk pemimpin PAS serta para penggerak mereka sendiri.

BETULKAH PAS LEBIH BERSIKAP ALA WAHABI, SYI'AH DAN KHAWARIJ DARI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?

Di bawah ini diterangkan sifat dan sikap mazhab-mazhab tersebut, bagi membuktikan bahawa PAS lebih dekat dengan menggunakan pendekatan mazhab Wahabi, Muktazilah Syi'ah dan Khawarij dan bukan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Secara terperincinya dirumus di bawah ini yang dikutip daripada pelbagai kitab aqidah dan tauhid.

1. Sikap Wahab dan Muktazilah; mudah mengutuk dan menghukum kafir, sesat dan syirik kepada orang Islam yang melakukan bid'ah dan dosa besar. Menurut Wahabi setiap bid'ah semua sesat. Sesiapa yang membuat perkara bid'ah, dianggap oleh mereka jika mati kekal dalam neraka.

2. Sikap Khawarij; Orang yang menentang politik atau perjuangan mereka dihukum kafir. Ibadah termasuk termasuk rukun iman. Oleh itu sesiapa yang meninggalkan ibadah seperti sembahyang, puasa dan sebagainya dihukumkan sebagai kafir. Semua dosa dianggap besar. Bagi mereka tidak ada dosa kecil.

Tetapi bagi Ahlussunnah Wal Jamaah tidak pernah cepat-cepat menghukum kafir kepada orang tidak mahu menegak hukum Allah, selagi ia mengakui Islam dan melakukan sembahyang dan mengamalkan lain-lain ajaran Islam secara serpihan (tidak syumul). Ibadah bukan rukun iman, meninggalkan ibadah walau pun yang pokok belum menjejas iman. Menurut Ahlussunnah Wal Jamaah, dosa ada kecil dan ada dosa besar.

3. Sikap Syi'ah; Suka mengutuk musuh politik mereka di hadapan umum, termasuk menghukum toghut kepada orang Islam lain. Siapa sahaja menentang mazhab politik mereka adalah dianggap halal darahnya, boleh ditentang habis-habisan, dikutuk, dicaci dan sebagainya, bahkan jika mereka mati dalam pertelagahan itu dianggap syahid.

Demikian rumusan ringkas di antara sikap dan pendirian mazhab-mazhab berkenaan di atas yang ada persamaan dengan sikap perjuangan PAS.

Wallahu'alam

Friday, September 11, 2009

IRI DI BELAKANG KEMENANGAN BESAR PAKATAN PEMBANGKANG & ANWAR IBRAHIM

http://analisisringan.blogspot.com/ September 10, 2009

Analisis Kumbang..

Analisis ini ditujukan kepada semua jentera anti Anwar di luar sana. Samada anda adalah ahli parti PAS,UMNO,DAP,Komponen BN dan dalam PKR sendiri. Anda perlu mengetahui perkara-perkara di bawah supaya anda tidak sentiasa leka dengan politik di kalangan anda sendiri dan bangkit bersatu menentang Anwar Ibrahim.

Sila ambil perhatian terhadap apa yang akan Kumbang tulis ini.

Melihat kepada kemenangan terbesar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu dan rentetan kemenangan Pilihan Raya yang kecil yang digapai oleh Pakatan Pembangkang. Ramai tertanya-tanya kenapa kemenangan secara mendadak boleh diperolehi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya-pilihanraya yang mereka sertai.

Jika kelemahan UMNO sebagai faktor, kenapa pada tahun 1999 Barisan Nasional mampu mempertahankan majoriti dua pertiga dan begitu juga pada pilihanraya pada tahun 1990 selepas krisis penubuhan UMNO baru, Barisan Nasional mampu menang besar walaupun pada tahun 1999 dan 1990 UMNO berpecah dan mengalami krisis.

Faktor kedua yang sering dimomokkan penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang dan Barisan Nasional sendiri ialah faktor ketokohan Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu kepada sokongan dan kemenangan besar Pakatan Pembangkang. Tetapi pertikaiannya kenapa Anwar Ibrahim sendiri tidak mensasarkan kemenangan besar pada PRU ke-12 lalu dan hanya mensasarkan kemenangan 30 kerusi parlimen bagi Pakatan Pembangkang kerana Kumbang yakin beliau sendiri tidak yakin dirinya mampu membuatkan Pakatan Pembangkang menang besar pada PRU ke-12. Disebabkan itu Kumbang diberitahu oleh rakan-rakan dari dalam PKR, Anwar Ibrahim dikatakan terlalu gembira dengan kemenangan besar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu sehingga melompat-lompat di atas kerusi seperti budak-budak.

Bukan sahaja Anwar Ibrahim, ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang pun tidak yakin mereka akan menang besar dan meletakkan calon tangkap muat di kebanyakkan kawasan. Kerana ramai yang tidak mahu bertanding disebabkan tidak yakin akan menang jika dicalonkan. Hal ini yang menyebabkan ramai calon tangkap muat menang dan menyebabkan krisis di dalam PKR sendiri iaitu kebanyakkan calon tangkap muat yang menang dikatakan kurang bersedia menjalankan komitmen dalam parti dan kawasan mereka.

Disebabkan dua faktor di atas ini ternyata bukan faktor konkrit terhadap kemenangan besar Pakatan Pembangkang di PRU ke-12 dan Pilihanraya kecil kebelakangan ini, Kumbang dan rakan-rakan di AIDC telah mengkaji 'tangan-tangan' yang terlibat di sebalik tsunami politik dan kebangkitan Pakatan Pembangkang.

Antara faktor dan 'tangan-tangan' yang membantu kebangkitan Pakatan Pembangkang ialah satu pertubuhan di Amerika Syarikat iaitu IRI atau International Republican Institute.

IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.

Menurut Bush lagi IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya dan tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.

Sejarah awal penubuhan IRI adalah untuk merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk 'demokrasi' dan manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.

Sumbangan IRI dikatakan sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya. Ini dibuktikan dengan MAFREL(badan pemantau pilihanraya) dan Merdeka Center(badan penyelidikan) di Malaysia yang ditaja IRI. Kedua-dua badan ini mengisytiharkan diri mereka sebagai badan bebas tetapi sebenarnya mereka dikatakan lebih berat sebelah kepada Anwar Ibrahim. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.

Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah "kemerdekaan" tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan. Oleh itu di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup dan bantuan-bantuan lain seperti yang dinyatakan di atas untuk membantu proses menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan setelah Anwar naik sebagai Perdana Menteri mereka pula akan menjalankan agenda mereka di Malaysia dan menjadikan Anwar Ibrahim hanya sebagai boneka.

Jadi tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim boleh menang besar pada PRU ke-12 dan setiap pilihanraya kecil kerana segalanya telah disediakan oleh IRI dari segi kewangan hinggalah strategi kempen. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang hanya menjalankan strategi yang dirancang oleh pertubuhan Amerika ini dan menikmati kemenangan yang menandakan penjajahan semula yang bakal tiba jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.

Persoalan di atas semua ini, adakah jentera anti Anwar di luar sana hanya duduk diam dan sibuk berpolitik di kalangan mereka serta bergaduh sesama sendiri di kala bantuan besar secara konsisten diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh IRI?

Adakah mereka tidak menyedari yang ancaman kian besar dan keadaan semakin runcing hari demi hari?

Naiknya Anwar Ibrahim sebagai bukan hanya menyebabkan kekalahan kepada parti lawan mereka tetapi bermulanya era penjajahan semula di negara kita.

Monday, September 7, 2009

KINI AZAN PULA DIPERSOALKAN….

DARIPADA gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ruang bicara faisal

Siapa yang ajar bangsa lain menghina Islam dan Melayu ? Jawapannya adalah pakatan pembangkang (haram). Nah inilah hasil liberalisme ketuanan rakyat junjungan Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim.

Aku cabar kamu untuk komen penghinaan seseorang ini terhadap laungan azan !

Mana suara Melayu PAS dan PKR ? Lari atau menyorok takut hilang undi.

Ingat, kami akan dedahkan lagi beberapa video maha panas sebelum kamu sempat mengucap ! SELANGOR BANGKIT KINI SEMAKIN KUAT, TERJAHANNYA MEMBUATKAN PAKATAN TERPELOSOK MATI KEGAMPANGAN. PAKATAN SELANGOR BAKAL TuMBANG !
VIDEO KLIP HINA AZAN ! INILAH BAHANA BILA PAKATAN MELACUR AGAMA !
Au mahu kamu dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh orang ini. Dia mempertikaikan laungan 5 kali azan umat Islam. Sekarang aku cabar seluruh pimpinan PAS bermula dengan Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Dewan Ulama PAS, Ketua Pemuda PAS serta ahli parlimen pakatan bangsa Melayu...

SILA BUAT DEMONTRASI ! SILA BUAT LAPORAN POLIS ! SOLAT HAJAT DAN SELURUH KAEDAH YANG PERNAH KAMU PAKAI UNTUK PERTAHANKAN AZAN UMAT ISLAM DARIPADA DIHINA !

Jangan senyap sahaja. aku mencabar Bar Council, Malaysiakini, The Star, dan segala membuat kumpulan kenyataan penghinaan terhadap azan !

Anwar Ibrahim, jangan kamu menyorok lagi. Keluarkan statement kamu ! Kamulah punca bangsa lain berani memijak agama dan bangsa Melayu ! ada lagi video akan kami keluarkan yang pasti akan menggegarkan BUMI SELANGOR !

Saturday, September 5, 2009

BENARKAH KHALID JENIS HARUAN MAKAN ANAK?


















Daripada The Unspinners

Hari ini, kami ingin mengisahkan sebuah kisah yang tidak pernah dibukukan atau diberitahu kepada umum. Menteri Besar Selangor dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dikenali kerana kegagapan beliau, tetapi jauh dari pengetahuan orang adalah dia tidak tergagap berkenaan bab perempuan.

Perhubungan yang suka dijalin oleh Khalid adalah perhubungan dengan wanita yang bekerja di bawahnya. Orang yang menganalisa mereka yang suka perhubungan sulit sedemikian menganggap ini suatu perangai 'haruan makan anak.' Psikoloji yang menjadikan seseorang sedemikian adalah perangai suka membuli atau mendominasi orang lain, khususnya mereka di bawahnya.

Kisah hubungan sulit Khalid sewaktu beliau merupakan seorang boss besar di PNB adalah open secret yang diketahui ramai. Sesiapa saja yang bekerja di PNB tahu bahawa Khalid mempunyai perhubungan sulit dengan Setiausaha Peribadinya wanita bernama Rahimah. Memang Rahimah adalah idaman setiap jejaka di PNB dahulu. Orangnya cantik dan bentuk badan yang menggiurkan tapi setakat tengok sajalah bujang-bujang mahupun suami orang yang teringin.

Khalid memang seorang yang sangat licik dan cekap. Pada mulanya, dia dapat 'cover line' untuk merahsiakan perhubungan sulit ini, tetapi "sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah jua akhirnya." Orang sepejebat mula timbul curiga bila Rahimah sering kelihatan berada sama hingga lewat malam di pejabat. Kisahnya ada staf yang pergi menjumpainya terjumpa mereka berdua dalam keadaan yang seolah-olah baru lepas bercumbu-cumbuan. Lama-lama ramai yang menyedari perkara sama.

Perangai Khalid memang seorang yang kuat mendengki dan suka mendominasi orang-orang di bawahnya. Dia terkenal dengan permainan politik pejabat hingga dapat membodek Pengerusi PNB Tun Ismail Ali untuk percaya penuh padanya. Dari kepercayaan ini, dia gunakan untuk membunuh satu-satu mangsanya. Masa dahulu, Setiausaha Agung PKR Dato Salehuddin Hashim merupakan salah seorang dari mereka yang dimusuhinya.

Rupa-rupanya perangai 'haruan makan anak' ini tidak habis-habis lagi walaupun sudah jadi orang politik yang gerak laku kena sentiasa berhati-hati. Tidak dapat lakukan terhadap staf pejabat, Khalid telah lakukan perkara sama terhadap ahli exco lain. Dalam diam-diam Khalid telah ada hubungan sulit dengan exco dari PKR yang penuh kontroversi, Elizabeth Wong. Mereka kelihatan amat intim di khalayak ramai, namun siapa sangka keintiman mereka ini berakhir di kamar tidur.

Katanya ini adalah penyebab sebenar yang membuatkan si Hilmi, kekasih Eli Wong semasa itu dari koleksi kekasih-Kekasih Eli, menjadi amat cemburu. Hilmi adalah pengikut setia Azmin Ali dan telah meminta khidmat nasihat dari bosnya. Mereka pun a memasang perangkap untuk menjatuhkan Elizabeth Wong!

Perangkap mengena dan Eli dibogelkan di serata dunia. Eli sememangnya mempunyai nafsu yang kuat dan menjalani hidup seks bebas yang sentiasa menukar pasangan. Dalam bab ini, hutan exco alam sekitar ini tidak memilih dan sedia berhangatan dengan pelbagai bangsa. Cock a doodle do. Any cock would do.

Ingatkah anda bagaimana Khalid Ibrahim berkeras mempertahankan semasa skandal ini meletup tidak lama dahulu? Mana mungkin dia membenarkan kekasih hatinya diperlakukan begitu. Macam-macam konar baring dan putarbelit si Khalid untuk melengah-lengahkan keputusan dalam usaha bermati-matian mempertahan dan menyelamatkan Eli. Akhirnya dapat diselamatkan ratu cinta pelbagai bangsa.

Di dalam Parti PKR sememangnya wujud beberapa kem yang berlainan. Adegan jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sudah menjadi permainan politik dalaman bagi pemimpin yang sudah mula merasai kuasa. Si polan A akan cuba mencari kelemahan si Polan B dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan persaingan kem ini yang mendedahkan kita akan rahsia pelik dalam PKR.

Siapa boleh menyangka Khalid yang gagap ini tidak gagap dalam hal perempuan? Rupanya Khalid terlindung disebalik kegagapan seorang kasanova yang bernafsu besar!