Saturday, April 27, 2013

Apabila 'Otak' Pemimpin, Perancang Ekonomi PAS Kelantan Jadi 'Buntu & Beku'


 "Seperti dibuktikan sejak lebih sedekad lalu, PAS Kelantan tidak mempunyai sumber yang mencukupi sehingga menyukarkan mereka untuk membuat janji....jika tidak kerana pembangunan di bawa oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kelantan sudah lama ranap."

Daripada hambali1

Pemimpin PAS Kelantan buntu dan mengharapkan wang royalti untuk membangunkan negeri.

Jika royalti tidak ditunaikan Kerajaan Pusat bermakna tidak adalah kegiatan ekonomi yang akan berlaku sepanjang lima tahun akan datang atau bila-bila selagi Kerajaan PAS memerintah.

Apakah ini cara terbaik PAS merancang untuk pembangunan Kelantan?

Apakah ini membuktikan pemikiran 'beku dan kering'' tokoh ekonomi PAS untuk membangunkan Kelantan?

Harapan PAS bukan sekadar 5 peratus tetapi mahu 20 peratus dan tuntutan seperti ini akan memudahkan untuk PAS Kelantan mengatakan Kerajaan Pusat Barisan Nasional zalim sedangkan mereka tidak perlu berbuat apa-apa.

Apakah dengan rakyat Kelantan yang begitu rajin dan berpotensi, pakar ekonomi PAS Kelantan tidak mampu menggemblengnya? Dengan kegagalan merancang dan merencana masa hadapan, sebilangan akyat Kelantan masih mahu mengekalkan PAS di Kelantan?

Saya bersetuju dengan pandangan pandangan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun (kanan) berkata, PAS negeri kini 'tersangkut' dengan tuntutan royalti berkenaan.

Sedangkan, ia masih dalam rundingan menerusi Jawatankuasa Khas Petroleum yang ditubuhkan Kerajaan Pusat pada Ogos tahun lalu di mana negeri itu diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

"Kalau tengok manifesto mereka, apabila dapat RM12 bilion (seperti yang dituntut oleh kerajaan negeri), maka mereka akan buat itu, buat ini. Ertinya PAS (Kelantan) tidak ada duit sendiri untuk membuat janji lebih daripada itu," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

PAS Kelantan pada Selasa lalu, menawarkan sembilan perkara dalam manifesto PRU-13 mereka sekiranya mendapat mandat daripada rakyat untuk kekal memerintah negeri itu.

Bagaimanapun, tawaran itu lebih menumpukan soal royalti dengan menyatakan sebanyak 23 sub-tawaran hasil daripada tuntutan berkenaan akan dikongsi bersama rakyat.

Seperti dibuktikan sejak lebih sedekad lalu, PAS Kelantan tidak mempunyai sumber yang mencukupi sehingga menyukarkan mereka untuk membuat janji.

Malah, jika tidak kerana pembangunan di bawa oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, Kelantan sudah lama ranap.

Kelantan bernasib baik kerana masih ramai pegawai tinggi di Putrajaya dan agensi kerajaan Pusat terdiri daripada anak Kelantan yang bersimpati dan tidak mahu rakyat Kelantan terbiar miskin.

Katakan kalau Kerajaan Pusat mahu bertindak zalim dan membiarkan Kelantan menderita kerana kesombongan dan keangkuhan sebahagian rakyatnya yang menyokong PAS, rasanya sudah ada tun juk perasaan menuntut Kerajaan Pusat menghentikan ‘sekatan-sekatan’ yang dikenakan.

Amat nyata apabila Kelantan hanya enumpukan soal tuntutan royalti bagi melaksanakan manifesto, ia tidak ada ‘buah fikiran’ dan ‘otak pemimpin PAS menjadi beku’ sementara tangan dan kaki mereka kaku untuk merancang sesuatu bagi rakyat Kelantan dalam suasana pendapatan yang semakin mengecil apabila balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya.


Di Kelantan, kononnya orang bijak PAS adalah Datuk Husam Musa.

Namun, selepas 10 tahun ternyata Husam gagal dalam banyak perkara. Malah projek-projek seperti ternakan Kambing Jamnapari, Ladang Rakyat, Takaful, bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang. 

Nesan batu asas jambatan kedua.
 Kelantan juga gagal dalam projek mega Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Bandar Baru Tunjung, serta banyak lagi. Malah janji membina jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpa. terbukti gagal dan tinggal ‘nesan batu asas’ sahaja.

Sekarang berjanji mahu bina lebih raya empat lorong antara Kuala Krai ke Kota Bahru dan stadium negeri pula. Rakyat Kelantan tidak boleh harapkan kepada Kerajaan PAS untuk melaksanakan projek yang dianggap ‘luar biasa’ di Kelantan.


Bagi petani dan nelayan, penjaja dan peniaga kecil serta juga peneroka, mereka perlu bergantung hidup berterusan keada Kerajaan Pusat sekiranya PAS terus memerintah.

Peniaga akan menjadi semakin sukar kerana hanya bergantung kepada pasaran domestic sedangkan industri pelancongan Kelantan tidak berkembang dan semakin disaingi oleh negeri jiran, Terengganu , Pahang dan Perak.

Rakyat Kelantan perlu sedar, soal royalti yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan itu hanya ‘angan-angan Mat Jenin’ kerana selain ia tidak munasabah untuk ditunaikan Kerajaan Pusat, segala-galanya dalam rundingan. PAS Kelantan pada masa ini hanya menunggu tuntutan royalti sebagai sumber mereka untuk melaksanakan manifestonya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Duit…itu nak tuntut macam mana, kerana ia masih dalam rundingan. Ini jelas bahawa ia merupakan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan PAS untuk buat janji mereka," kata Hassan.

Berbanding Barisan Nasional Kelantan yang merancang dan membuktikan keupayaan mereka, Kelantan tidak mustahil membuat kejutan lebih besar kemungkinan memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Seperti ditegaskan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, anggaran itu adalah di luar sasaran awal sebanyak 23 daripada 45 kerusi DUN yang akan dimenangi.

Ini berdasarkan memandangkan sambutan positif rakyat sejak hari penamaan calon Sabtu lepas, yang di luar dugaan sama sekali. Perubahan itu hasil kerja kuat seluruh jentera BN selama dua tahun terutama di Pasir Puteh di bawah program 'Selamat Tinggal PAS' dan 'Gelombang Merah' sehingga berjaya menarik penyertaan antara 40,000 hingga 50,000 rakyat pada satu-satu majlis.

"Perubahan itu amat ketara terutama di Pasir Puteh apabila ramai anggota PAS dan PKR menyertai Umno sama ada secara senyap atau terbuka," katanya pada perjumpaan khas dengan lebih 1,000 anggota jentera Umno Parlimen Pasir Puteh di Cherang Ruku Pasir Puteh, malam tadi.


Rakyat Kelantan perlu sedar bahawa Barisan Nasional, bukan sekadar membuat Aku Janji tetapi menunaikan janji yang sepatutnya tidak dilaksanakan kerana kalah pilihan raya umum 2008 seperti Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang mengatasi sebahagian kesesakan menggunakan jambatan lama antara Kampung Sireh dan Pasir Pekan. 

Harapkan kerajaan PAS?

Tanah orang Melayu semakin banyak terjual di dalam bandar dan projek Lembah Sireh ternyata ‘ditipu bulat-bulat oleh pelabur entah dari mana dan kerajaan PAS berputih mata’.

Yang untung mungkin beberapa pemimpin PAS tertentu yang mendapat habuan awal sebelum projek itu terbengkalai.





Lantas kita teringat kepada apa yang ditegaskan oleh Hasan apabila beliau merujuk kepada hasil kajiannya pada tahun 1999 menerusi buku bertajuk 'Kelantan - Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan' mendapati wujudnya prospek industri petrokimia di Kelantan.


Saya yakin, jika BN dapat memerintah Kelantan, prospek industri petrokimia ini akan diusulkan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan sebagai suatu perubahan yang luar biasa di negeri Kelantan.

Pandangan Hasan itu mempunyai asas kukuh kerana potensi pembangunan projek petrokimia di Kelantan meliputi pembangunan ekonomi, prasarana dan pembandaran, sosio-ekonomi serta peluang perniagaan daripada industri itu.

Namun persoalannya, apa juga projek yang mahu dibangunkan, apa juga pendekatan ekonomi yang mahu dilaksan, halangan dan cabaran ketika ini ialah perubahan pemikiran rakyat Kelantan sendiri.

Sanggupkah rakyat Kelantan berubah seperti di Terengganu pada PRU 2004 yang menjatuhkan Kerajaan PAS selepas pelbagai onar ketika memerintah Terengganu selama lima tahun, antara 1999 dan 2004.

Rakyat Terengganu bijak memberi mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional dan berkat hubungan rapat antara kedua-duanya, negeri Terengganu kini antara negeri termaju di Malaysia selepas sekian lama berada sebagai antara negeri miskin bersama Kelantan, Kedah, Sabah dan Perlis.

Bachok 'Tukar Wajah' Sebagai Hab Pendidikan, Pelancongan

 
 
Rakyat bakal menikmati lonjakan ekonomi yang lebih baik apabila Bachok bertukar wajah menjadi kawasan hab pendidikan dan pelancongan utama di Kelantan.

Kewujudan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi (UniKist) dan Pusat Penyelidikan Maritim Universiti Malaya (UM) telah merubah landskap Bachok yang dulunya pernah muncul daerah kedua termiskin di Kelantan sekitar 1970-an.

Sebelum berkembang, ekonomi penduduk di Bachok banyak bergantung kepada pertanian, perikanan dan pernah menjadi pengeluar utama tembakau negara.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok Datuk Dr Awang Adek Husin berkata kawasan Bachok juga menarik perhatian pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menyatakan hasrat untuk membina pusat pengajian maritim di kawasan itu.

Di bawah perancangan 'Bachok Baru Bachok Maju', Awang Adek berkata beliau yakin kerajaan BN akan memberi perhatian serius kepada kawasan itu sekiranya BN diberi mandat mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Selaras dengan manifesto atau Aku Janji BN Kelantan yang mahu menjadikan negeri itu sebagai pusat kecemerlangan ilmu, beliau berkata Bachok menawarkan lokasi yang strategik dengan keluasan tanah 264.64 kilometer persegi.


Kesedaran ibu bapa di negeri ini tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak juga layak menjadikan Bachok lokasi pembinaan sekolah berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi menampung pertambahan bilangan pelajar sekolah pada masa depan.

Pada sekitar 2004, Bachok mencatatkan kedudukan kedua tercorot dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berikutan masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah.

Atas inisiatif ingin melihat pembangunan belia di Bachok seiring dengan tempat lain di negara ini, Awang Adek sendiri menganjurkan dan menaja program tuisyen Bahasa Inggeris di setiap sekolah di Bachok.

Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Abdul Afif Ilman Rosli, 18, berkata sejak menyertai program tuisyen Bahasa Inggeris itu bukan setakat prestasi pelajarannya meningkat, malah mula meminati subjek tersebut.

"Tuisyen diberi percuma dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Setiap kali kelas pada hari cuti saya tak pernah tak datang sebab rugi kalau tertinggal walau satu hari pun," katanya yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Selain dibangunkan sebagai hab pendidikan, Bachok yang memiliki kawasan pantai yang bersih dan cantik sepanjang 40 kilometer mampu menggamit ramai pengunjung sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan.

"Dengan adanya pelajar, ibu bapa mereka juga secara tidak langsung akan datang melawat dan menjadi pelancong di sini. Dengan ada jalan baharu, akan banyak lagi hotel tumbuh. Dan selepas perubahan wajah, ini boleh menaikkan pelancongan di Bachok," katanya.

Maslina Mohamad, 40, sangat teruja dengan cadangan Awang Adek itu yang boleh membantu melonjak ekonomi masyarakat setempat menerusi perniagaan makanan dan industri inap desa yang lebih menguntungkan berbanding pertanian dan penangkapan ikan.

Sebagai anak jati Bachok, Maslina berharap BN dapat menerajui kawasan itu supaya impiannya dan seluruh masyarakat di sini untuk melihat kejayaan agenda 'Bachok Baru Bachok Maju' mengangkat martabat penduduk di kawasan itu.

"Suka sangat la...tak tahu nak cakap macam mana sebab kalau nak banding Bachok sekarang dengan dulu jauh beza...sekarang ni macam-macam ada...klinik, sekolah, balai polis dan pusat peranginan," katanya yang kini mengusahakan perniagaan kedai runcit di sBachok.


Penuntut Tahun Dua Diploma Elektrik GiatMARA Bachok, Abdullah Mohd Noor, 24, bersetuju dengan cadangan itu kerana diyakini dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda dan dapat mengelakkan penghijrahan ke luar negeri untuk mencari pekerjaan.

"Ramai kawan saya terpaksa keluar dari Kelantan untuk mencari rezeki kerana peluang pekerjaan yang terhad di negeri ini. Cadangan ini memberi banyak manfaat kepada kami golongan muda," katanya.

Warga emas, Ibrahim Abdul Rahman, 72, berkata beliau kini hanya tinggal bersama isteri selepas lima daripada tujuh anaknya, berhijrah untuk mencari rezeki dan belajar.

"Kalau ada lebih banyak pusat pengajian tinggi di sini, anak-anak tak perlu lagi ke luar untuk sambung belajar. Senang kami hendak pantau mereka. Sama juga kalau ada lebih banyak peluang pekerjaan, ada juga anak-anak yang dapat tinggal dengan kami ataupun datang jenguk kami sekali-sekala," katanya.

Awang Adek bertembung satu lawan satu dengan calon PAS Ahmad Marzuk Shaary bagi merebut kerusi Parlimen Bachok yang pernah dimenanginya pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 6,272 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Awang Adek kalah kepada Nasharudin Mat Isa (PAS) dengan majoriti 2,901 undi.

Friday, April 19, 2013

BN Persoal Kerajaan Kelantan Rancang Bina Rumah Rakyat Selepas 23 Tahun


Barisan Nasional (BN) mempersoalkan hasrat kerajaan negeri Kelantan yang hendak membina perumahan kos sederhana untuk rakyat di sini hanya selepas pemerintahan di bawah pimpinan PAS selama 23 tahun.

Calon Parlimen BN-Kota Baru, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, kerajaan negeri dikatakan akan membuat perumahan untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.

Kenapa (kerajaan negeri) baru sekarang nak buat (rumah rakyat)? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan?

"Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Guru Cakna Rakyat Bersama Pemimpin dan Masyarakat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Petra 4 di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir ialah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Emas bagi BN, Kanidy Omar.

Pengumuman mengenai projek perumahan rakyat yang membabitkan 400 unit di sini oleh kerajaan negeri dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada ceramahnya di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab dekat  malam Khamis.

Takiyuddin merupakan pencabar kepada Mohd Fatmi bagi merebut kerusi Parlimen Kota Baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mohd Fatmi yang menjadikan contoh BN yang mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan pada 1978 berkata, satu perumahan pangsa di negeri itu sudah pun disiapkan selepas tiga tahun pada 1981.

"Siap dalam masa tiga tahun, bukannya (baru) mulakan pembinaan. Sudah pun siap untuk diduduki. Ini contoh Barisan Nasional," katanya.

Beliau menambah, jika PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.

"Maknanya kalau tiga tahun lagi (tempoh pembinaan), sudah jadi 26 tahun pemerintahan (PAS) barulah rakyat dapat rasa. "Ini tidak patut.

Oleh itu, saya seru rakyat tukar kerajaan Kelantan kepada Barisan Nasional," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di sini.

Pengumuman Najib yang juga Pengerusi BN itu melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

Ku Li Tak Makan Pujukan Pembangkang, Terus Dalam UMNO Bela Rakyat

"Rakyat sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat."
- Tengku Razaleigh Hamzah

Daripada www.teganukini.blogspot.com

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus berjuang dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan janjinya untuk membela rakyat tercapai.

Beliau menolak spekulasi yang menuduh beliau akan menyertai pembangkang khususnya Pas menjelang pilihan raya umum Ke-13, pada 5 Mei depan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyertai parti pembangkang khususnya Pas dan akan tetap bersama Umno dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya

 "Perjuangan saya dalam parti ini bukan baru, malah sejak saya muda lagi sampai ke tua hari ini masih tetap bersama Umno," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di Gua Musang hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang diumumkan calon BN mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang berkata, niatnya berjuang dalam Umno dan BN adalah ikhlas untuk membela nasib hidup rakyat tanpa mengejar jawatan.

"Saya menerima untuk dicalonkan semula bertanding kerusi BN Parlimen Gua Musang kerana saya masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat serta keadaan diri saya masih sihat," katanya.

Semalam. beliau menyatakan yakin dapat mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Gua Musang berikutan rakyat masih menyokongnya serta kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri mahu saya terus kekal menjadi calon di Parlimen Gua Musang, dengan harapan saya menggunakan pengaruh saya bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Star di Gua Musang semalam.

Tengku Razaleigh, 76, yang juga Pengerusi BN Gua Musang berkata pada mulanya beliau merasa mahu menarik diri daripada menjadi calon kerana menganggap usianya sudah tua dan hanya beliau seorang sahaja pemimpin veteran Umno yang bertanding.

Bagaimanapun disebabkan permintaan Perdana Menteri, beliau akan terus memikul tanggungjawab dengan harapan rakyat di Gua Musang terus memberi sokongan kuat kepadanya, katanya.

"Bukan saya sahaja, tetapi juga untuk tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Paloh dan Galas.

"Mereka (rakyat) sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat," katanya.

Pada majlis hari ini, Tengku Razaleigh berkata rakyat di kawasan itu masih memberi sokongan kuat kepadanya untuk terus memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ini dan berjanji akan memberi khidmat lebih terbaik bagi kemajuan rakyat.

"Terserahlah kepada penduduk sendiri untuk membuat penilaian mengenai segala khidmat yang dicurahkan selama ini dan mungkin selepas ini akan banyak lagi perubahan akan dilakukan untuk mencapai hasrat menjadikan Gua Musang bandar maju," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh menang dengan majoriti 4,394 undi mengalahkan calon Pas Zulkefli Mohamed.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya kini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Tengku Razaleigh berkata, beliau turut menjangkakan yang positif terhadap tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gua Musang untuk membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Mengenai kempen pada PRU-13, beliau seperti biasa akan menggunakan pendekatan sama yang digunakannya dalam pilihan raya-pilihan raya terdahulu.

"Saya akan bertemu dengan rakyat berdasarkan pemahaman dan keperluan," katanya ketika ditemui di sini, Khamis. Tengku Razaleigh berkata, beliau mempunyai jentera parti BN yang kuat dalam bersama-sama mengadakan kempen pada PRU-13.

"Orang-orang saya (jentera parti) akan turut sama menyertai mereka," katanya mengenai corak kempen beliau yang memperlihat kekuatan sepasukan bagi memenangi hati pengundi sekali gus membantu menyumbang kepada kemenangan BN.

Nyata fokus dan cara berhemah dalam berkempen oleh Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat mulai 1969 menerima sokongan kuat rakyat terhadap corak kepimpinan di Parlimen Gua Musang.

Malah ketokohan Tengku Razaleigh sebagai pencetus pembangunan Gua Musang merupakan antara faktor utama kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Thursday, April 18, 2013

DUN Guchil - Nik Sepeia Calon Winnable, Diturunkan BN Pusat...


Bahagian Pertama: 

 

Nampaknya pembangkang – tidak kiralah PKR atau PAS atau Bebas, ‘pukul 9 pagi’ pada hari pembuangan undi sudah kalah di calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil (Kuala Krai).

Katakanlah apa sahaja, masalah ‘teknikal’ ke tau apa…rakyat di DUN berkenaan sudah tahu PAS khususnya kecut perut. Mengikut kata PAS, soal ‘teknikal' dikatakan sebagai punca dua nama iaitu di Guchil dan Paloh (Gua Musang) yang diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak diumumkan lagi.

Pada PRU11 2004 calon BN, Dr Shamshul Ikhwan Ashaari Azmi dan calon Pas, Zulkifli Ya’cob yang juga penyandang kerusi itu berdepan seorang calon Bebas, (Allahyarham) Mohd Zaki Kassim.

Keputusan kemudian menyaksikan Dr Shamshul Ikhwan menang dengan majoriti 1,010 undi selepas mendapat 6,146 undi dan Zulkifli pula 5,315 undi manakala Mohd Zaki hanya meraih 51 undi dan hilang deposit.

Tetapi pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff dari PKR menang di DUN Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

DUN Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Namun, suasana politik menjelang PRU13 terutama sokongan akar umbi ahli Pas terhadap calon PKR tidak sama dengan situasi lima tahun lalu dan kini masanya kerusi Dun Guchil dikatakan perlu diserah kembali kepada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, calon bagi kedua-dua DUN itu sudah pun dinamakan.

Amat menarik jika dilihat kerusi Guchil kali ini.


Untuk kali pertamanya, Parti Progresif Penduduk atau PPP melalui wakilnya Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (gambar atas) bertanding di DUN Guchil yang sekali gus bertanding di Kelantan.

Tidak pernah sebelum ini, BN Kelantan begitu terbuka dengan membenarkan komponen selain MCA bertanding di negeri itu.

Dalam memperkatakan PPP ini, bukan parti itu yang istimewa tetapi wakilnya, Nik Sapeia.

Bekas ahli UMNO 30 tahun dan Semangat 46 ini bergerak secara diam-diam tidak seperti ‘musuhnya’ Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA.

Malah, dengan terpilihanya Nik Sepeia, amat jelas ‘kemenangan politik’ berada di pihaknya kerana setidak-tidaknya dia diterima oleh BN, sedangkan Ibrahim terkapai-kapai bagai orang lemas.

Selain itu, dengan terpilihnya Nik Sepeia, ia menggambarkan betapa kebenaran di pihaknya terserlah dalam kes ‘sembur mata’ membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan sahaja kerana mahkamah membebaskannya tetapi dia tidak wajar dipertanggungjawabkan


Kini Nik Sepeia berada dalam ‘gerabak BN’ sementara Ibrahim ‘terlepas kereta api’ apabila tidak dinamakan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas sebagai penyandang.

Sebaliknya Che Johan Che Pa yang diberikan peluang kali ini dan Ibrahim terpaksa memilih sebagai calon Bebas jika ingin terus bertanding. Kalau beliau melakukan demikian bermakna ‘sia-sialah hubungan dan sokongannya kepada BN’ selama ini.

Berbalik kepada Nik Sepeia. Mulanya beliau dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai atau mungkin juga Manek Urai kerana program beliau di Manek Urai boleh dikatakan sepanjang masa.


Tetapi setelah Penyelaras BN Dun Guchil, Tuan Aziz Tuan Mat (gambar atas) dikatakan perlu bertanding di kerusi Parlimen, kawasan yang pernah dijaga oleh Tuan Aziz menjadi milik Nik Sepeia.

Persoalannya bagaimana UMNO dan BN Kelantan dipaksa menerima Nik Sepeia?

Nik Sepeia seperti ditegaskan sebelum ini bergerak sendirian. Sejak lebih dua tahun lalu beliau sudah turun padang di segenap kawasan Parlimen Kuala Krai.

Apa nak dihairankan?

Beliau adalah ‘orang tempatan’ dan melalui majlis atau turun padang jumpa rakyat, dia sebelum ini dilihat sebagai compelement kepada apa yang dibuat dan tidak dibuat oleh pemimpin UMNO di kawasan Parlimen berkenaan.

Bersambung

Thursday, April 11, 2013

PAS Berjaya Mendidik DAP Terima Islam Atau PAS Ditarbiyah DAP?



"Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?"


hambali1.blogspot.com 
(Tajuk Asal - PAS BERJAYA MENDIDIK DAP TERIMA ISLAM ATAU SEBALIKNYA?)

Benarkah DAP terima Islam? Benarkah PAS Berjaya Mendidik DAP Terima Islam?

Siapa pemimpin PAS yang berjaya mengajar atau mentarbiyahkan pemimpin DAP untuk terima Islam? Nik Aziz sendiri? Datuk Seri Abdul hadi Awang?, Ahmad Sabu?, Khalid Samad? Datuk Mahfuz Omar atau Datuk Husam Musa?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya PAS berjaya mendidik DAP menerima Islam.

Tidakkah selama ini sejak merdeka melalui Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi, peruntukan itu ditentang hebat oleh DAP secara senyap-senyap?

Apakah Dasar Penerapan Islam yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memahamkan DAP mengenai dasar Islam?

Nik Aziz mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Apakah hanya kerana kemungkinan menggunakan lambing PAS, DAP dianggap menerima Islam?

Cetek sungguh pemikiran Nik Aziz mengenai perkara ini – saya ulangi, mengenai perkara ini – kerana Logo PAS (Bulan Kosong) bukannya lambang Islam.  

Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?

Selain itu DAP mungkin ‘menerima PAS” kerana keputusan PAS sendiri bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah yang ditentang kuat oleh sesetengah pemimpin sendiri.

Sedarkah Nik Aziz?


Kalau Nik Aziz boleh menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara, Nik Aziz lupa apa yang berlaku kepada partinya sendiri.

Malah dia sendiri memang bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dalam Kitab Injil.

Kesian, pada akhir penghujung hayatnya Nik Aziz merapu dan seperti hilang arah kerana dendam terhadap UMNO dan mahu terus menerus memegang jawatan walaupun tahu akan membinasakan partinya sendiri.

Nik Aziz langsung tidak sensitif kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.

Beria-ia puji Lee Kuan Yew yang tidak pernah berjasa kepada Kelantan tetapi tidak kepada Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib.
Dia sanggup mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.

Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.

"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," di rumahnya di Pulau Melaka, hari ini.

Nik Aziz juga lupa, selain isu Kalimah Allah yang ditentang orang Islam gara-gara pemimpin DAP memperjuangkannya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri menolak pelaksanaan undang-undang hudud.

Rakyat Malaysia semua tahu bahawa Karpal pernah mengatakan ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu jika negara Islam mahu ditegakkan di negara ini.

Hukum itu sebahagian kecil sahaja tetapi isu negara Islam yang menang menjadi dasar perjuangan PAS dipersoalkan oleh Karpal dan DAP, namun kerana apa Nik Aziz memalingkan mukanya?

Amat nyata politik Nik Aziz bersumberkan dendam dan ingin menuntut bela kerana PAS pernah ditendang keluar daripada BN gara-gara kerenah pemimpin PAS sendiri.

Sewajarnya Nik Aziz marah kepada pemimpin PAS yang menyebabkan parti itu ditendang keluar, bukan kepada UMNO atau orang Islam dalam UMNO.’

Tidak cukupkah mengkafirkan orang UMNO dan parti UMNO, menyifatkan orang yang menerima bantuan kerajaan termasuk BR1M sebagai haiwan dan banyak lagi.
 

 Nik Aziz juga ada memberikan orang ‘gula-gula’ dan apakah beliau juga ‘penternak haiwan’?

Kenyataan terbaru Nik Aziz yang mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Pandangan Nik Abdul Aziz tentang dosa dan pahala umpama menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri, kerana Pas sendiri bersekongkol dengan PKR dan DAP, yang secara terbuka dan konsisten telah menolak pelaksanaan hukum hudud dan dasar Islam mereka.

Amat nyata baginya laungan 'takbir' atau laungan politik sahaja dapat mengikat jiwa umat Islam terutama orang Kelantan sebaliknya soal kegagalannya mengurus pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat diletakkan di atas bahu dan kepala orang lain.


Orang ramai tidak lupa dengan isu tajaan mengerjakan haji daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Penajaan itu dilaporkan turut melibatkan isteri Nik Aziz, anaknya Nik Amalina dan suami Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bergelumang dalam satu lagi kontroversi.

Selain isu tajaan haji, Nik Aziz juga menerima kritikan hebat kerana didakwa mengamalkan nepotisme dengan melantik Abdul Ariffahmi untuk menerajui PMBK sehingga mendorong exco Pemuda PAS negeri itu diminta meletakkan jawatannya.

Nik Aziz turut mengugut untuk berdoa bala terhadap perdana menteri dan Umno berhubung bayaran royalti petroleum.

Orang juga tidak lupa doa adik Nik Aziz  untuk menjahanamkan orang lain.

Wednesday, April 10, 2013

Gugur 17 Muka Lama Syarat PAS Kelantan Menang PRU-13

Seorang blogger proPAS mengatakan 17 muka lama perlu digugurkan oleh PAS Kelantan.

Kenapa?
 
Wan Ismail terpalit isu kawin.
Kerana menurut blogger tersebut, dalam konteks perlawanan di antara PAS dengan Umno di Kelantan hari ini mana-mana parti yang dapat mengemukakan calon berkeperibadian, parti itu akan menang.

Menurutnya, golongan atas pagar akan membuat penilaian dari aspek ini selain mengenai pencapaian kedua-dua buah parti.

Manakala parti yang masih mengekalkan calon lama di mana rakyat sudah mengenali keperibadian mereka, daya berfikir budaya dan soal makan minum mereka akan kalah.

Abdul Halim...Veteran PAS Kelantan.
Menurutnya, PAS perlu mengemukakan calon-calon baru seperti dilakukan pada 2004 apabila Umno Kelantan telah menukar hampir separuh calon-calon mereka, yang lama dirihat dan muka baru diangkat. Hasilnya parti itu menang besar dan hampir mengalahkan PAS.

PAS perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Di dalam PAS hari ini seramai 23 orang yang kini menjadi wakil rakyat dianggap sudah tidak layak atau perlu diganti. Daripada jumlah itu 17 orang wakil rakyat perlu ditukar untuk menampakkan PAS mengemukan barisan bertenaga dan dinamik.

Sekiranya PAS berdegil untuk tidak tukar dan masih mempercayai mereka akan membawa kemenangan PAS akan tertumus dalam pilihan raya ini.

Beliau menyebut nama-nama itu satu persatu agar mudah diketahui dan orang berkenaan juga sedar yang mereka dalam zone tidak selamat.

Mudah-mudahan kalau mereka sedar tertakdir mereka dicalon sekali lagi mereka kena berundur dengan terhormat. Mereka ialah:

1. Omar Muhammad (Perupok) Yang Dipertua PAS Bachok.

2. Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) Yang Dipertua PAS Ketereh.

3. Zulkefli Mamat (Pualai Chondong) Yang Dipertua PAS Machang.

4. Abdul Fatah Haroh (Bukit Tuku) Yang Dipertua PAS Ranhtau Panjang.

5. Hanifa Ahmad (Pengkalan Pasir) Yang Dipertua PAS Pasir Mas.

Zainuddin
6. Nik Mazian Nik Mohamed (Gaal) Yang Dipertua PAS Pasir Puteh. 

7. Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan).

8. Drs Saiful Baharin (Selising). 9. Mohamad Awang (Gual Periok).

10.Wan Ahmad Lotfi Wan Sulaiman (Kemuning). 

11. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas). 

12. Arifabilah @ Mohd Asri Ibrahim (Dabong).

13. Bhaiyaqi Atikullah (Pasir Tumbuh).

14. Mohamad Huseein (Parlimen Pasir Puteh). 

15. Abdul Halim Abdul Rahman (Parlimen Pengkalan Chepa).

16. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Parlimen Kota Bharu).

Wan Rahim

17. Muhammad Mustafa (Demit). 

Menurut blogger berkenaan, itulah 17 nama sekurang-kurangnya perlu ditukar oleh PAS untuk memperlihatkan barisan calon PAS Kelantan terdiri dari muka baru dan dinamik.

Sebenarnya ada enam nama lagi yang juga wajar digugurkan.

Sekiranya mereka ini dikekalkan atas apa-apa alasan juga, termasuk mereka boleh membawa kemenangan ia tetap memberi imej buruk kepada PAS.

Rakyat akan lihat PAS Kelantan gagal mengemukakan muka baru yang lebih menyakinkan.

Apa lagi kalau kebetulan Umno pula mengemukakan muka baru yang terdiri dari pelbagai profesional dan mereka berketrampilan sudah tentu rakyat akan terliur kepada calon-calon dari Umno.

Cukup dibimbangi kalau muka-muka ini tidak digugurkan ia boleh menyebabkan berlaku sesuatu diluar dugaan kepada PAS Kelantan.

Kita faham amaran blogger itu…jika kemukakan juga nama, alamat kalahlah PAS di bumi Kelantan!

Saifuddin Tinggalkan Machang & Rakyat Kelantan Tanpa Khidmat, Sebarang Jasa....

Rumah 'tumpangan' Saifuddin di Machang (kiri), rumah rakyat Machang (kanan).
Daripada www.hambali1.blogspot.com
'
Rakyat Kulim-Bandar Baru kini sedang menunggu kedatangan orang 'menganianya' penduduk Machang,  Kelantan selama lima tahun.

Apa orang Machang yang kebanyakannya Melayu dan Islam dapat daripada Datuk Saifuddin Nasution?

Tunjukkan usaha yang dilakukan beliau yang diundi penduduk Machang bagi kepentingan penduduk di situ?

Semalam Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim, mengumumkan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasuiton Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Machang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malang bagi orang Machang kerana selepas lima tahun, wakil rakyat mereka kini lari ke Kedah.

Persoalannya : Jika dia boleh menang di Machang pada pilihan raya umum lalu, kenapa kali ini lari ke Kedah.

Melalak ke sana sini...MP yang tidak perjuangan nasib rakyat Machang.

Baca komen ini:

"Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut. 

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin (kiri) yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa. 

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.”

Saifuddin Nasution berasal dari Kedah lahir di Singapura. Nama 'Nasution' dan 'Siregar' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak di tengah Sumatera, Indonesia (Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lokasi kerana kerana Perang Belanda Acheh).

Sejak menjadi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin bukan sahaja sibuk dengan aktiviti parti PKR di ibu kota, malah dalam Parlimen pun beliau tidak mengemukakan isu penduduk Machang yang terpaksa dibantu oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam berbagai aspek.

Rakyat Machang melihat Saifuddin dilihat lebih fokus kepada isu yang dikatakan besar seperti penyelewengan didalam kerajaan.

“Kenapa beliau mendahului masalah luar yang tiada hubungkait dengan kami daripada mengutamakan masalah penduduk Machang yang memilih beliau sebagai pemimpin bagi menyuarakan setiap masalah yang berbangkit untuk dibawa ke parlime,” kata mereka.

Contoh lain ialah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 6 September lalu menghadiri majlis Hari Raya bersama rakyat bukan dianjurkan oleh Saifuddin sebagai Ahli Parlimen Machang tetapi oleh BN Kelantan.


Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah mendapat sambutan kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum dan merupakan lawatan pertama beliau ke Machang.

Untuk membuktikan Saifuddin tidak berkhidmat, dia tidak tinggal di Machang tetapi datang sesekali untuk ‘touch and go’.

Macai-macai PKR dan PAS beliau cuba ‘tutup kelemahan’ ini dengan mengatakan wakil rakyat mereka orang penting dan perlu menjelajah ke seluruh negara. 

Dengan kata lain, Saifuddin ‘tidak perlu’ tinggal dalam kawasan dan segala masalah boleh diselesaikan oleh macai-macainya!

Ada orang mengatakan Saifuddin ada rumah di Machang yang menjadi ‘tempat pesinggahannya’ tetapi tidak sama dengan rumah Datuk Seri Mustapa Mohamed di Jeli, walaupun ‘Tok Pa’ berasal dari Bachok.


Rumah mewah milik Saiffudin di Machang juga turut didedahkan. Rumah itu dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Namun di sebalik cerita rumah di Machang, sebuah blog menyebut, Saifuddin juga ada rumah di Australia, tempat dia berteduh di negara berkenaan. Mungkin Saifuddin juga ‘wakil rakyat’ salah sebuah kawasan di negara itu!

Rumah Saifuddin di Australia ini (gambar bawah) dikatakan bernilai RM73.3 juta. Ketika beliau turun bertemu rakyat di kampung-kampung, beliau mendakwa dirinya seorang yang sederhana dan tidak kaya sebagaimana pemimpin UMNO.


Kalau tidak kaya, bagaimana Saifuddin boleh memiliki sebuah rumah agam bernilai RM73.3 juta dan terletak di Australia pulak tu?

Kalau miskin, sudah tentu tak akan ada rumah di luar negara.

Rakyat Machang akan terkejut tentang kekayaan serta kemewahan yang dimilik Saifuddin, kerana mana mungkin Ahli Parlimen yang melebelkan dirinya bersih boleh terlibat dengan pengumpulan harta dan kekayaan sebegini banyak?

Seperkara lagi yang menarik ialah dalam setiap ceramahnya di hadapan penyokong Pakatan Pembangkang juga di dalam Dewan Rakyat, beliau bercerita mengenai kebiadapan pemimpin BN yang meminggirkan rakyat yang hidup melarat akibat kenaikan harga barang dan rasuah pemimpin BN sehingga rakyat hidup melarat.

Bagaimanapun, itu semua  hanyalah lakonan semata-mata bagi menarik perasaan simpati rakyat terhadap perjuangan pemimpin Pakatan Pembangkang yang dikatakan memperjuangkan hak rakyat.

Sepanjang tempoh lima  tahun, Saifudin yang menjadi kebanggaan ahli-ahli PKR dan pengundi Machang telah berjaya mengumpul kekayan berganda hasil daripada kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Machang tapi adalah mustahil dengan pendapatan yang ada, beliau mampu hidup mewah dan membina kekayaan termasuklah mahligai mewahnya di Machang Kelantan.
 
Baca komen berikut:
|
"Ketika hidup Saifuddin Nasution semakin mewah dan berlatarbelakangkan mahligai mewah, rakyat di Parlimen Machang yang diwakilinya masih ada yang miskin merempat, kais pagi makan pagi. Sebaliknya mahligai yang dibinanya dengan nilai jutaan ringgit sedangkan rumah rakyat yang dipimpinnya masih ada yang beratapkan langit, berlantaikan tanah dan berdinding buluh. Masih ada rakyatnya masih minum air telaga. Tetapi, apabila kita mendengar gaya percakapannya seolah-olah beliau pejuang yang bercirikan Islam, mendahulukan kepentingan rakyat daripada diri sendiri tapi lain pula yang berlaku.

Saifuddin Nasution begitu gigih membongkar kepincangan National Fedlot Corporation sedangkan beliau sendiri jelas merupakan pemimpin munafik yang berselindung di sebalik kepandaiannya berhujah sehingga rakyat terkeliru untuk menilai wajah-wajah sebenar Saifuddin Nasution.

Beliau cuba membongkar untuk kepentingan politiknya tetapi dalam masa yang sama rakyat pimpinannya dibiarkan melata tanpa pembelaan sewajarnya dari beliau sebagai Ahli Parlimen Machang. Pernah suatu ketika Saifuddin Nasution dihalau daripada satu majlis di Kampung Belukar, Machang apabila beliau mahu menggunakan masjid untuk kelangsungan politiknya. Menyedari rakyat Machang semakin menolaknya, beliau berhasrat untuk bertanding di luar Kelantan..." 

Kesian dengan orang Machang ditipu Saifuddin dan mungkin selepas ini orang di Kulim-Bandar Baru pula akan menerima nasibnya.

Penduduk di situ mungkin masih ingat apa dilakukan Saifuddin ketika menjadi ADUN selama sepenggal selepas menang pilihan raya kecil Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000.

Friday, April 5, 2013

Jihad UMNO Kini Bukan Sekadar Parti Tetapi Memerangi Pemimpin Islam Yang Sesat, Celaru!!!


"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang…Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.”
 - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

Lawe Tok Pa Lawe!

Kini perlawanan bukan antara UMNO dan PAS lagi.

Kini antara orang Islam dengan pemimpin Islam yang semakin hanyut dan membawa fatwa mengelirukan.

Jelas tuduhan tidak berasas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu kononnya menolak dasar Islam, menunjukkan Mursyidul Am PAS itu semakin celaru.

Kelmarin, Nik Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam.

Sebelum  ini, Nik Abdul Aziz mendakwa:

1.  UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.


2. Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

3. Nik Abdul Aziz melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

PAS sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan PAS itu.

Kerana itu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mesti mengemudikan jentera menentang pemimpin parti yang cuba menyesatkan orang Islam.

Tok Pa kena ambil peranan ini sebagai pemimpin yanh tidak 'kontroversi' dan diterima banyak pihak. Jangan benarkah amanat dan fatwa seperti ini bercambah di Malaysia. Bahaya kepada umat Islam seluruhnya!

Kalau benar apa yang dikatakan Nik Aziz,  kenapa ‘tok alim’ PAS tidak berani bersuara mempertahankan beliau?

Mana ‘Ustaz’ Mohamed Sabu dan Mahfuz Omar mempertahankan Nik Aziz? Mana Khalid Samad atau sekutunya Nik Aziz di Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang? ADA BERANI?.

Benar kata Mustapa, Nik Aziz tidak perlu bersikap terlalu angkuh dan takbur dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk mengkafirkan UMNO sebelum ini.


Tegas Mustapa, Nik Aziz tidak perlu terus-menerus mengeluarkan sebarang 'fatwa songsang' kerana sebagai orang Islam, orang UMNO yakin terhadap pegangan akidah dan amalan mereka.

Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam. Hati Nik Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya.

Kerana itu, bagi Harussani, rakyat jangan terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan PAS itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.

Bagi Mustapa, nyata sekali, berbanding pemimpin PAS yang hanya pandai melemparkan pelbagai tuduhan liar, UMNO adalah parti yang telah mendaulatkan Islam di negara ini.

"UMNO yang mendaulatkan Islam, UMNO-lah yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, UMNO-lah yang mewujudkan jawatan ustaz untuk tarbiyah dan dakwah di sekolah-sekolah, 50,000 ustaz kita ada.

"UMNO-lah yang buat Tabung Haji dan UMNO-lah yang menyampaikan pendidikan Islam di sekolah-sekolah daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi. Inilah parti yang didakwa menolak Islam, parti yang menyediakan orang dan peruntukan untuk berdakwah di seluruh negara, memperjuangkan Islam dan mendidik anak-anak menjadi orang berakhlak mulia.

"Dia (Nik Abdul Aziz) jangan terlaLu angkuh, terlalu takbur seolah-olah kita bukan Islam, tolak Islam. Rata-rata dalam ceramah itulah yang dikatakan puak dia, kita akan lawan habis-habisan kerana kita orang Islam, kita yakin perjuangan kita lebih baik untuk perpaduan dan kemajuan agama kita (Islam)," kata Mustapa hari ini.


Semalam, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman menganggap Nik Aziz tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah.

Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?

"Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan PAS yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

"Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa.” katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh yang disertai kira-kira 5,000 orang. Ceramah berkenaan turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bagi Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam.

Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh PAS, malah PAS boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya.

"Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara muklak," katanya.

Sumber – Utusan Online

Ku Li Minta Rakyat Bijak Pilih Kerajaan Baru, Nik Aziz Tolak Calon Perokok


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan bijak bagi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini kerana rakyat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kerajaan selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan bagi membolehkan PRU13 diadakan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat) kelmarin bagi membolehkan PRU13 diadakan dan ia memberi kuasa penuh kepada rakyat memilih kerajaan baru bagi menentukan masa depan.

"Negara kita masih mengamalkan demokrasi untuk tujuan itu, tetapi rakyat harus menilai secara bijak sebelum membuat keputusan untuk mengundi siapa pemimpin yang layak bagi mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek, di Gua Musang semalam.

Hadir sama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani dan Adun Galas, Ab Aziz Yusof. Tengku Razaleigh percaya rakyat di mana-mana kawasan seluruh negara sudah menyimpan kenyakinan mereka untuk memilih kerajaan yang benar-benar boleh membawa kemajuan untuk kesenangan masa depan.

"Apapun keadaan yang dihadapi, kita juga tidak boleh lari daripada mengekalkan perpaduan sedia ada untuk menjaga keharmonian hidup dan mengejar segala kemajuan yang diidamkan selama ini," katanya.

Beliau berkata, daripada negara mula mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga sekarang, sudah banyak kemajuan dapat dinikmati seluruh rakyat termasuk kemajuan pendidikan bagi membolehkan pelajar mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaaan.

"Kini pelajar boleh dikatakan rata-rata bijak apabila mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan dan sekali gus mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang tinggal di kampung luar bandar," katanya

Sementara itu setiap calon Pas yang bertanding sama ada di peringkat Dun atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) mesti bebas rokok.

Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas. "Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, semalam.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong Pas di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.

Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.

Thursday, April 4, 2013

Kontroversi - Nik Aziz Dakwa Sembahyang Orang UMNO Tidak Dapat Pahala


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat makin menyusahkan penyokong dan parti PAS.

Beliau terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di Kota Bharu, i malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.


Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Dalam pada itu, Nik Aziz semasa ceramahnya itu kemudian menyeru agar rakyat di Kelantan supaya memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Hambo (saya) pesan pada suma rakyat baik Pas lebih-lebih lagi UMNO, tolong undi Pas... demo (kamu) hendak UMNO, UMNO lah, tapi beri kertas undi, undi Pas.

"UMNO bagi duit ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai,bagi lembu sembelih tetapi apabila bagi kertas undi, pangkah Pas, kita nak ajar dia (UMNO)," katanya.

 - UTUSAN ONLINE

Ladang Rakyat - Kampung Orang Asli Ibarat Pulau, Penduduk Hilang Pekerajaan

Penduduk Orang Asli berkumpul meninjau kawasan berhampiran penempatan mereka di Pos Hendrop yang dibangunkan untuk ladang rakyat oleh syarikat asing. 
Wan Khairul (kanan) bersama peguamnya, menunjukkan keratan akhbar laporan Sinar Harian serta gambar bukit yang dirakam wujudnya aktiviti penggondolan tanah secara berleluasa.
“Kami tahu hak kami yang sekian lama tinggal di kampung itu dan pemimpin kerajaan negeri tidak pernah menjenguk masalah kami termasuk mengenai tanah adat yang dirampas...Sedih juga apabila ada pihak tertentu yang mendakwa kaum Orang Asli tidak pernah mempunyai tanah walaupun berpuluh tahun tinggal di kampung asal mereka.” 
 - Eyas Anjang

Persatuan Orang Asli Kelantan (POAK) menyangkal dakwaan tiada tanah Orang Asli di kampung pedalaman Hulu Kelantan terbabit dengan pengambilan balik oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya, persatuan itu mengakui kaum berkenaan semakin ramai yang kehilangan pekerjaan akibat daripada tanah yang diusahakan mereka selama ini diambil balik untuk diserahkan kepada syarikat pembangunan ladang rakyat.

Pengerusinya, Eyas Anjang berkata, kebanyakan kampung Orang Asli menjadi seperti pulau apabila sekelilingnya dibuka ladang rakyat yang tidak memberi manfaat kepada kaum berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri dipercayai memberi dividen ladang rakyat kepada kroni sebanyak RM200 sebulan, dan tidak memadai dengan keluasan tanah yang dibangunkan ladang rakyat itu.

“Kami tahu hak kami yang sekian lama tinggal di kampung itu dan pemimpin kerajaan negeri tidak pernah menjenguk masalah kami termasuk mengenai tanah adat yang dirampas.

“Sedih juga apabila ada pihak tertentu yang mendakwa kaum Orang Asli tidak pernah mempunyai tanah walaupun berpuluh tahun tinggal di kampung asal mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan segelintir kaum itu yang menjadi tali barut kerajaan negeri yang disiarkan akhbar ini baru-baru ini.

Mereka menyatakan tiada tanah Orang Asli diambil balik kerajaan negeri. Eyas berkata, segelintir Orang Asli yang mengeluarkan kenyataan itu bersekongkol dengan pihak berkenaan yang menggadaikan tanah rakyat kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit.

Dakwanya, pemimpin terlibat tidak pernah turun padang membincangkan masalah itu dan mungkin ada perbincangan sulit dengan kroni mereka untuk berbuat demikian.

“Kita mengakui kerajaan negeri tidak pernah mewartakan tanah untuk Orang Asli bagi memudahkan tindakan merampas semula dan itu adalah niat jahat bagi menekan kehidupan kaum kami,” katanya.

Beliau mahu kerajaan negeri bersikap adil dalam memberi pembelaan ke atas rakyat berbilang kaum di negeri ini dan tidak pilih kasih untuk memberi pembelaan bagi menjamin masa depan Orang Asli.

Sementara itu, sebuah badan bukan Kerajaan, Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), menggesa Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, menarik balik kenyataannya berhubung isu pencerobohan tanah di Lojing.

Sambil menafikan berlakunya kes terbabit yang disiarkan dalam Sinar Harian, pada 12 Februari lalu, Presidennya Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, sebagai pentadbir dalam Kerajaan Negeri, sepatutnya Ahmad menyatakan bukti dengan apa yang didedahkan melalui rakaman video baru-baru ini, yang memaparkan penggondolan bukit bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri dan Gua Musang yang membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

“Kita tidak pernah mencantum gambar seperti yang didakwa oleh beliau dari tempat berasingan kerana kita menggunakan kamera yang berkualiti tinggi untuk merakamkan gambar terbabit dengan jelas di kawasan yang berlakunya aktiviti pengambilan tanah secara berleluasa.

“Dalam paparan itu juga, kita menggunakan koordinat tepat untuk merakamkan gambar dan apa yang ditunjukkan amat jelas wujudnya aktiviti seumpama itu di kawasan berkenaan.

"Oleh itu saya beri masa sehingga seminggu kepada beliau untuk menarik balik tuduhan ini dan menyiarkan dalam akhbar Sinar Harian, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang dan memfailkan tuntutan saman,” katanya.

Wan Khairul berkata, seperti yang dipaparkan, bukannya soal pembalakan yang diketengahkan, tetapi apa yang dipersoalkan ialah isu pengambilan tanah secara berleluasa yang digunakan untuk tujuan pertanian termasuk Ladang Rakyat.

“Beliau perlu bertindak segera di atas hal ini, dan setakat ini saya sudah membuat perbincangan dengan peguam saya untuk menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada beliau pada hari ini (kelmarin).

“Jika beliau gagal melakukan tindakan selanjutnya, maka saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman kerana beliau juga dengan jelas mendakwa saya sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan kerajaan negeri,” katanya.

Sumber - Sinar Harian