Sunday, February 19, 2012

"Meme" Nik Aziz, Exco Kelantan 'Make Gaji Buto'!

Ada dua makhluk bengong yang mengatakan kemiskinan di Kelantan disebabkan oleh Perdana Menteri, termasuk yang terdahulu.

Seorang ialah seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan seorang lagi Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof yang mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Profesor UM itu berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri berkenaan.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis Profesor UM itu.

Jadi betullah kata Tengku Razaleigh Hamzah sambil mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar Make Gaji Buto’.

Sebabnya tidak payah kerja, Kerajaan Pusat sudah ada untuk menyelesaikan masalah rakyat Kelantan!

Tapi kita tenguk fakta berikut yang dikemukakan oleh HAMBALI ABDUL LATIFF melalui blognya:

Projek-projek Kerajaan Pusat untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005; b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat); f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Beliau turut mengemukakan soalan-soalan berikut:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

Cadangan Hambali dalam blognya itu, amat wajar sekali jika Kerajaan Pusat memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed baru-baru ini.

Amat jelas pemimpin PAS Kelantan lebih minat berrceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan ‘makan gaji buta’.

Jadi benarlah apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh bahawa pemimpin PAS Kelantan "meme make gaji buto..."

Saturday, February 18, 2012

SIAPA IMAM SEDANG MELAKUKAN MAKSIAT INI?

Orang dalam gambar You Tube ini kena menafikan segera. Jika tidak benarlah dia orang yang melakukan maksiat ini.



Kita tidak mahu mengatakan orang ini seperti diskripsi berwarna merah di gambar yang ditunjukkan.

Tetapi kalau benar, amat malang sekali kerana dia dikatakan seorang imm.

Kita berdoa orang dalam gambar ini bukan yang dinyatakan dalam tulisan merah yang beserta no telefon bimbitnya itu.

PAS Pecat Guru Halaqah Sertai PPP

Inilah bezanya antara PAS dan UMNO!

Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh, tiga hari lalu.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, tindakan Pas itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam.

"Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sama sekali tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah guru berkenaan, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, serta beberapa bekas penyokong setia Pas yang menyertai PPP baru-baru ini.

Kesemua 80 bekas anggota Pas Kampung Wakaf, Pasir Puteh telah mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis dan borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan sendiri kepada Nik Sapeia.

Nik Sapeia berkata, sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah telah dimaklumkan oleh seorang pemimpin Pas yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Sehubungan itu Nik Sapeia mengumumkan pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini, bermula bulan ini.

"Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP dan menyokong BN, saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu sehingga seperti mana syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan itu," katanya.

Thursday, February 16, 2012

Silap Orang Kot, Entah2 Bini Muda Husam...


Blog Taiping Mali kata 'Husam Takut Skandal Dengan China Doll Terbarai..." menyebabkan dia saman orang merata.

Malah katanya lagi, Husam Musa memang berperangai sebijik macam Anwar Ibrahim. Setiap langkahnya adalah langkah Anwar Ibrahim.

Cuma tidak pula dapat dipastikan sama ada Husam Musa juga jenis TORON JUBUR JANTAN seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. http://www.blogger.com/img/blank.gif

Terbaru, Husam Musa menyaman seorang lagi blogger pro-UMNO yang lebih dikenali sebagai PAPAGOMO dengan kadar RM10 juta.

Menariknya, selain PAPAGOMO, portal rasmi PAS, HarakahDaily juga telah menamakan seseorang, lengkap dengan alamat rumah dan sebagainya sebagai usaha melakukan tekanan dan ugutan. Tindakan yang sebenarnya hanya akan menyusahkan Harakah, PAS serta Husam Musa sendiri!!!

Bukan kerja mudah untuk membuktikan seseorang itu adalah blogger itu ini kecuali sekiranya blogger itu jenis ego yang akan mengaku, dialah blogger yang dimaksudkan!

Semuanya kerana gambar yang telah disiarkan oleh KICKDEFELLA. Husam Musa tidak berani sentuh Kickdefella tetapi Husam Musa akan sentuh dan ugut sesiapa sahaja yang guna gambar itu.

Mungkinkah ada gambar lain yang sangat dibimbangi oleh Husam Musa dan dia tidak mahu gambar-gambar berkenaan tersebar dalam tempoh terdekat ini?

Husam Musa boleh menyaman sesiapa sahaja tetapi dia tidak boleh menyaman kebenaran!!!

Yang sahnya, China Doll yang ada di sebelahnya dalam gambar itu, memang China Doll dan bukannya photoshop edited!!!

Tapi mungkinkah juga China Doll ini isteri kedua Husam?

Sebab menurut Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya, Husam sorok isterinya di Kuala Lumpur siap dengan berikan Mercedes dan Aparment Mewah...

Kot-Kot salah orang kot?

Wednesday, February 15, 2012

Isu Israel - Sandiwara Baru Anwar, Nik Aziz

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz). Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” katanya.

Kelmarin, Pas menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ, baru-baru ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas supaya Ketua Pembangkang memberi respons terbuka mengenai kenyataannya di akhbar Wall Street Journal sebagai satu sandiwara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius desakan dilakukan Nik Aziz yang meminta Anwar menarik balik kenyataan sokongannya terhadap keselamatan Israel atau menyaman akhbar berkenaan.

“Kenyataan Nik Aziz mungkin satu sandiwara yang cuba nak membersihkan Pas daripada bersekongkol dengan Anwar yang jelas berpegang teguh kepada sokongan politik Amerika dalam konteks kedudukan negara Palestin.

“Bila Nik Aziz gesa Anwar tarik balik atau saman Wall Street Journal, ia seolah-olah percubaan untuk kelirukan masyarakat. Mereka mungkin tersedar selepas kenyataan Anwar mendapat kecaman bertubi-tubi dari dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya, semalam.

Beliau mendakwa, Pas terpaksa menyokong kenyataan Nik Aziz selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa menyokong Israel adalah haram.

“Perkasa mahu tegaskan bahawa rakyat jangan keliru kerana jika Anwar ambil pendirian tarik balik kenyataan atau saman Wall Street Journal, saya tidak yakin bahawa itu lahir dari hatinya dan sikapnya tidak akan mengubah pendirian.

“Maknanya, mengambil tindakan saman atau menarik balik kenyataan tidak bererti dia menolak pendirian dia selama ini. Dia hipokrit, hari ini boleh tegak pengakuan macam ni, esok boleh tarik balik, lusa boleh tukar hanya sekadar untuk kelirukan orang ramai,” katanya.

Ibrahim turut mempertikaikan mengapa Nik Aziz tidak mendesak Anwar menyaman individu seperti Ummi Hafilda Ali, Ezam Mohd Noor atau Datuk S Nalakaruppan yang didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadapnya.

Tuesday, February 14, 2012

PAPAGOMO Disaman, Penasihat Sultan DiMinta Berhenti, Kenapa?

Kijang lihat blog proPAS bukan main seronok apabila blogger proUmno PAPAGOMO menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor, kini seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed.

Mereka memfailkan saman terhadap PAPAGOMO di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu 9 Februari lalu.

Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.


Harakahdaily bukan main seronok lagi. Shukri diwakili peguam Hisham Fauzi dan dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.

Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta. Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk “Ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan” pada 4 Mei 2011.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan k
es berkenaan.

Tapi yang sedap dan tidak sedapnya, semalam dalam posting terbaru
nya PAPAGOMO mengatakan Syukri yang disebut Penasihat Sultan Kelantan itu diminta BERHENTI.

Apa halnya? Baca tulisan PAPAGOMO berikut:

Kerakusan Penasihat Sultan Kelantan Akhirnya Sampai Ke Pengetahuan Tuanku Sultan Muhammad Ke V

Penasihat Yang Tak Berapa Nak Sihat

Syukur Allhamdullilah, apa yang dibongkarkan oleh Papa Gomo pada tahun lepas akhirnya mendapat kesan waktu ini. Kesan yang amat besar buat rakyat Kelantan terutama imej Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5 itu sendiri.

Untuk makluman pada tanggal 4 May 2011 Gomo ada mengeluarkan artik
el yang mana menjelaskan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Artikel berkaitan KLIK DISINI

Dan pada tanggal 24 November 2011 Gomo sekali lagi mendedahkan mengenai salahgunakuasa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V. Dan kali ini berhubung Wang Yayasan Sultan Kelantan yang mana sebanyak RM 700 Ribu telah diselewengkan dan tidak dimasukkan kedalam akaun Yayasan Sultan Kelantan. KLIK DISINI

Dalam artikel tersebut Gomo merasakan hairan mengapa Tuanku Sultan seolah olah menyembunyikan cerita kerakusan Sukri selaku Penasihat Sultan dari pengetahuan ra
kyat Kelantan. Malah dalam artikel tersebut Gomo turut menemplak mereka yang berjawatan dalam Istana Kelantan kerana seolah olah tidak mampu untuk berbuat apa apa dari menghalang Sukri yang sedang gila merakus wang dan mencemarkan maruah Tuanku Sultan.

Syukur dengan pendedahan yang telah Gomo lakukan maka telah difahamka
n bahawa Tuanku Sultan dan pembesar Istana serta Kerajaan dalam negeri Kelantan sedar akan apa yang dilakukan oleh Sukri ini. Tindakan telah pun diambil mengikut apa yang Gomo dijelaskan semalam oleh seorang wakil dari Kelantan berhubung apa yang dikeluarkan oleh Blog Gomo dan beberapa rakan Blogger yang lain.

Mengikut dari sumber maklumat Istana bahawa Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah pun diTAMATKAN Perkhidmatan selaku Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Negeri pada tanggal 31.12.2011.

Malah Gomo juga difahamkan bahawa waktu ini beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V telah diminta oleh pihak Yayasan Sultan Kelantan untuk meletakkan jawatan selaku Setiausaha Yayasan Sultan Muhammad ke V sebelum 25.02.2012.

Jika pada tanggal 25.02.2012 beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V masih enggan meletakkan jawatannya ma
ka Usul Undi Tidak Percaya akan dilakukan oleh para ahli Yayasan Sultan Kelantan untuk memastikan beliau disingkirkan.

Bukan niat nak mengaibkan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V tetapi sebagai anak Kelantan adalah sewajarnya isu Kerakusan Sukri didedahkan buat pengetahuan rakyat dan juga pihak Istana kerana ian
ya melibatkan maruah Istana Kelantan itu sendiri.

Pelbagai kemelut berlaku di Istana yang menyaksikan Tuanku Sultan Ismail Petra tidak lagi diangkat menjadi baginda Sultan dan kerabat Baginda Tuanku Sultan Muhammad ke V s
endiri iaitu Yang Mulia Tengku Temenggong dilucutkan Gelaran dan juga beberapa nama lain yang menerima tempias yang sama.

Tidak mahu untuk patik menderhaka pada Tuanku Sultan Muhammad ke V dalam isu kemelut Istana ini namun pada pandangan patik Penasihat seperti Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V perlulah disingkirkan dari jawatan yang ada kerana campurtangan beliau dalam banyak isu kemelut Istana telah secara tidak langsung mencemarkan nama Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Bukan sahaja setakat itu malah apa yang patik difahamkan beliau Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V turut dipanggil dengan gelaran TENGKU SUKRI oleh rakyat marhaen Kelantan kerana tindakan dan cara beliau yang mengawal serba serbi dalam pentadbiran Tuanku Sultan.

Imej beliau yang mengguna pakai Wang Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh untuk pelangsungan perkahwinan anak beliau yang dianggarkan sekitar RM200 Ribu mengundang rasa tidak senang oleh rakyat Kelantan. Malah isu TIDAK AMANAH dalam menerima Wang Sumbangan RM700 Ribu yang sepatutnya masuk ke akaun Yayasan Sultan Kelantan telah diguna pakai oleh beliau selaku Penasihat Sultan mengundang persepsi buruk akan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V.

Salahgunakuasa yang dilakukan Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V secara jelas telah mencemarkan imej Tuanku Sultan Muhammad ke V pada pandangan mata rakyat Kelantan dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Patik juga dengan ini meminta agar Tuanku menilai apa yang telah didedahkan oleh Blogg Patik dan juga Blogger Blogger lain serta aduan aduan yang disampaikan oleh Rakyat Kelantan berhubung tindakan yang melampaui batas Dato Seri Paduka Haji Sukri Bin Mohamed Penasihat DYMM Sultan Muhammad ke V dalam kerakusan dan salahgunakuasa yang beliau lakukan.

Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung. Patik masih setia bersama Tuanku Sultan Ismail Petra walaupun baginda masih dalam kegeringan waktu ini. Sesungguhnya apa yang patik Luahkan dan dedahkan ini adalah demi Kelantan negeri tumpahnya darah patik. Semoga baginda Tuanku Sultan Ismail Petra terus sihat hendakNya. Amin

Psssttt.... Sukri nak hantar orang Ugut Gua lagi? Kita Standby dan Ready....Laporan Polis dah dibuat.....

Monday, February 13, 2012

Israel: Nik Aziz Gesa Anwar Tarik Balik Kenyaatan


Baru sedar? Baguslah...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

Petang tadi, PR mengadakan mesyuarat kepimpinan pusat di Petaling Jaya.

Sinar Harian

Sunday, February 12, 2012

Kerajaan Pusat Akan Perincikan Peruntukan Kepada Kelantan

Kerajaan Pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamedberkata, ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belummendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyatnegeri itu juga perlu mengetahui kerajaan Pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di sini dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air KelantanSdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata, selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan Pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya, tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membanggadiri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan Pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan sepertiJambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya.

Saturday, February 11, 2012

Kelantan Sekat Peneroka Felda Rasai Nikmat FGVH

Tindakan kerajaan Kelantan untuk tidak menyerahkan tanah di negeri itu yang kini diusahakan oleh Felda untuk disenaraikan di Bursa Malaysia melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah keputusan yang merugikan peneroka Felda di Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya menentang keras usaha penyenaraian FGVH kerana ia lebih bermotifkan politik demi kepentingan Barisan Nasional (BN) khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13).

Tak apalah, demi untuk menjauhkan orang Kelantan dari UMNO dan Barisan Nasional serta menyekat orang miskin menumpang sama keuntungan daripada FGVH, Kerajaan PAS khususnya Husam boleh buat saja.

Kerana takut rakyat rasa senang dengan adanya FGVH, kerajaan Kelantan sanggup menggadaikan masa depan rakyat untuk kepentingan politik PAS.

Pada ketika pemimpin PAS kaya raya, rakyat akan dibiarkan berterusan miskin dan menjadi peneroka yang bergantung kepada punca lama sedangkan FGVH akan membuka ruang untuk rakyat merasai dividennya.

Kata Husam, “Apa yang difahamkan usaha penyenaraian tersebut dilakukan demi menambah dana tabung Umno bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama.”

Beliau menyatakannya selepas majlis perasmian Seminar 3 Dekad Pas Kelantan di Pondok Pasir Tumbuh semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia ketika membentangkan Bajet 2012 Oktober lalu.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Mazlan Aliman mengadakan pelbagai bantahan bagi menghalang tanah milik peneroka dijadikan sandaran.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bercadang mengambil alih Felda Plantations Sdn Bhd untuk dimasukkan peneroka baru.

Tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri di Gua Musang terbahagi kepada dua kategori iaitu dilulus hak milik kepada peneroka dan dibangunkan Felda Plantations Sdn Bhd.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, usaha dilakukan Felda kini jelas mahu mengkhianati orang Melayu yang kini menjadi aset kerajaan di kawasan Felda.

“Sepatutnya kerajaan mengadakan program penjelasan secara telus bagi membolehkan orang ramai faham tujuan penyenaraian tersebut,” katanya.

Laporan media semalam menyebut, semua butiran yang diperlukan bagi menyenaraikan FVGH di Bursa Malaysia dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk penilaian minggu depan.

Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berkata, keperluan itu yang kini dalam proses akhir penyediaannya meliputi perkara-perkara berkaitan perjanjian tanah, rekod lampau syarikat dan keuntungan syarikat.

"Semua keperluan tersebut yang diperlukan oleh SC sudah disediakan dan akan diserahkan pada minggu depan dan jika semuanya berjalan lancar, pertengahan bulan Mei kita akan dapat menyenaraikan FVGH di Bursa Malaysia," katanya.

Isa berkata, penstrukturan saham juga sudah hampir selesai di mana Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan terus menjadi pemegang saham terbesar manakala syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja turut ditawarkan saham.

Rakyat lebih khusus peneroka Felda yang disekat peluang lama kelamaan akan tahu siapa sebenarnya yang menekan rakyat.

Tunggulah, apabila dividen keluar, peneroka Felda Kelantan akan melopong tetapi pemimpin PAS tetap dengan kesenangan dan kekayaan mereka.

Friday, February 10, 2012

Beri Peluang Sekali Kepada Mustapa Bangunkan Kelantan

Sewajarnya Mustapa diberikan ruang membangunkan Kelantan yang ketinggalan dalam banyak perkara dan segalanya hanya boleh dilakukan jika Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat sealiran. Sebagai rakyat Kelantan kita hendaklah menilai prestasi Mustapa dari segi keupayaannya, selain beliau adalah tokoh yang dihormati dari segi agama dan keperibadian.

Orang Kelantan patut berbangga mempunyai pemimpin seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau membuktikan kepada negara dan rakyat bahawa sebagai pemimpin, beliau mampu melakukan dan menunaikan amanah yang diberikan.

Ternyata beliau berjaya menggembalikan kepercayaan pelabur asing dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi berjaya untuk pelaburan dan perdagangan.

Walaupun mungkin mulanya agak perlahan tetapi berkat kerajinan dan usahanya yang berulang alik ke luar negara dan tidak membiarkan rakyat Kelantan terus berada dalam kemiskinan, Mustapa sebagai pemimpin tempatan dan antarabangsa memang wajar dikagumi.

Biarpun sibuk dengan urusan UMNO Bahagian Jeli dan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa berjaya melakukan sesuatu untuk menjamin pencapaian perdagangan antarabangsa Malaysia berada ditahap yang membanggakan.

Tidak siapa boleh mempertikaikan sumbangan tenaga beliau untuk menjamin Malaysia mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lepas iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010.

Tahun ini beliau menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus untuk jumlah dagangan Malaysia.

Laporan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan membuktikan bahawa Mustafa melakukan dengan jayanya untuk menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.

Eksport negara mengembang 8.7 peratus kepada RM694.55 bilion tahun lepas manakala import meningkat 8.6 peratus kepada RM574.23 bilion.

Lebihan dagangan meningkat 9.4 peratus kepada RM120 bilion.

"Ini merupakan yang ke-14 tahun berturut-turut dicatatkan oleh negara sejak 1998," kata Mustapa.

Beliau berkata permintaan untuk pengeluaran dan barangan pengguna dari pasaran Asia telah merancakkan sumbangan sektor ini sebanyak 71.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Eksport ke Asia mengukuh 11.2 peratus kepada RM495.19 bilion dalam 2011.

"Dalam tempoh lima tahun, penguasaan eksport ke Asia meningkat lapan peratus daripada 63 peratus pada 2007, seiring dengan rantau ini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu dunia," kata Mustapa semalam ketika mengumumkan prestasi perdagangan Malaysia untuk tahun lepas.

Barangan perkilangan sekali lagi menjadi penyumbang utama, menguasai 67.7 peratus atau RM470.3 bilion daripada jumlah eksport, kata beliau.

Mustapa juga berkata China, untuk kali pertamanya, muncul sebagai pasaran eksport terbesar Malaysia pada tahun 2011, dengan eksport ke negara itu mengembang 13.9 peratus kepada RM91.25 bilion.

Kira-kira 70 peratus daripada eksport ke China ialah barangan perkilangan dan ia terdiri terutamanya kimia dan bahan kimia, produk getah, produk elektrik dan elektronik, barangan perkilangan logam, makanan diproses dan produk petroleum.

Sementara itu, eksport ke Asean menguasai 25 peratus daripada jumlah eksport Malaysia dengan pertumbuhan 5.8 peratus dicatatkan pada 2011 kepada RM171.54 bilion.

Walaupun dengan ketidaktentuan di zon Euro, eksport Malaysia ke semua pasaran utama Kesatuan Eropah, kecuali Belanda dan United Kingdom, mencatatkan peningkatan tahun lepas.

Eksport ke EU menambah 4.7 peratus kepada RM71.95 bilion dengan minyak sawit menguasai eksport terbesar, mencatatkan peningkatan 31 peratus kepada RM6.88 bilion.

Mustapa berkata pasaran pertumbuhan utama pada 2011 ialah Indonesia, Nigeria, Bangladesh, Arab Saudi, Belgium dan Jerman di mana eksport mengembang lebih daripada RM1 bilion untuk setiap negara.

Dengan kejayaan sebegini apakah pemimpin Kelantan ini mahu dinafikan keupayaannya hanya kerana mahu berbangga bahawa Kelantan berada di bawah pemerintahan pembangkang?

Sewajarnya Mustapa diberikan ruang untuk membangunkan Kelantan yang ketinggalan dalam banyak perkara dan segalanya hanya boleh dilakukan jika Kelantan dan Kerajaan Pusat sealiran.

Sebagai rakyat Kelantan kita hendaklah menilai prestasi Mustapa dari segi keupayaannya, selain beliau adalah tokoh yang dihormati dari segi agama dan keperibadian.

Sokongan dan peluang boleh diberikan kepada Mustafa sebaik-baiknya melalui pilihan raya akan datang.

Cubalah sekali lagi seperti yang hampir dilakukan beliau pada pilihan raya umum 2004. Dan jika peluang ditutup untuk beliau, akan rugilah Kelantan dan sayang apabila kita ada tokoh tempatan tetapi ditolak hanya kerana ketaksuban melampau!

Orang Macam Zaid Pun, PAS Mahu Terima...

Pecat Dr Hasan Ali....nak ambil Zaid Ibrahim. Kelakar Pas ni.

"Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri di Balai Islam di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu bagaimanapun akan diputuskan pucuk pimpinan parti.

Anihkan?

Selepas Zaid sudah tidak ada haluan lagi, Nik Aziz akhirnya membuka jalan untuk Zaid.

Persoalan yang mahu dikatakan di sini ialah, bagaimana Nik Aziz boleh menerima seorang Islam seperti Zaid dan tidak mahu bekerjasama dengan Islam lain dari UMNO.

Apakah Zaid ini juga manusia pilihan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap ‘sahabat’ oleh Nik Aziz?

Bukan mahu mengatakan peribadi Zaid disamakan dengan Anwar tetapi maksudnya beliau ialah orang Islam biasa yang bukan uztaz atau Tok Guru dan begitu mudah dijadikan sahabat sedangkan orang Islam lain di Malaysia yang menyokong UMNO dianggap sebagai lebih teruk dari ‘syaitan’.

Entahlah apa nak jadi kepada PAS dan pendokongnya…Macam tidak ada orang lain...

http://ohsedapnya.blogspot.com/

Pas Kelantan Sengaja ‘Halau’ Salahuddin?

Usaha meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 membuktikan ada perancangan dalam parti tersebut yang mahu ‘menghalau’ Ahli Parlimen Kubang Kerian itu daripada bertanding di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ura-ura Salahuddin akan bertanding di Johor menggambarkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sudah tidak ada tempat di Kelantan kerana dianggap orang luar.

“Orang Kelantan sudah bising, kalau hendak memerintah negara kenapa mesti ada calon luar bertanding di Kelantan. Takkan hendak memerintah negara ini, orang luar tidak sanggup hendak bertanding di tempat masing-masing.

“Macam mana hendak memerintah negara kalau semua hendak tumpu di Kelantan. Jadi, kerana adanya fikiran begitu, mereka tuntut orang luar yang bertanding di Kelantan seperti Dr. Mohd. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Salahuddin dan Nasharudin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok) ini dikeluarkan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bertemakan Transformasi Pendidikan di Ipoh, semalam.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat diminta mengulas spekulasi Salahuddin akan bertanding di Johor dan akan dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri itu nanti.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menyifatkan impian pakatan pembangkang untuk menawan Johor sebagai angan-angan kosong kerana Barisan Nasional (BN) cukup bersedia untuk mengekalkan negeri itu sebagai benteng kuatnya.

Apatah lagi, katanya, pembangkang di Johor sedang bergelut dengan masalah dalaman termasuk persengketaan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng selain isu masalah parasit dalam Pas.

Saturday, February 4, 2012

Umno Akan Minta Pandangan Ku Li Untuk Rampas Kelantan



Umno bukan parti 'kacang lupakan kulit'. Ia tetap menagih pandangan mereka yang lebih berpengalaman.

Kerana itu Umno Kelantan akan meminta pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh, hari ini.

Mengulas kehadiran Tengku Razaleigh pada mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada anggota Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan Timbalan Perdana Menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.

Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.