Saturday, December 24, 2011

Perbalahan Kepimpinan PAS - Cawan Kopi & Piring Akan Meletup!

Pagi ini bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali akan menjawab tuduhan Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.

Mustafa mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Dr Hasan dengan agenda UMNO.
Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Dr Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

"Nanti saya akan jelaskan. Esoklah. Saya akan buat sidang akhbar esok di rumah saya pukul 11 pagi," kata Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu semalam.

Dalam program Soal Jawab TV3 malam kelmarin, Dr Hasan berkata sebagai menegakkan prinsip perjuangannya, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Ia merupakan temu bual pertama bersama stesen televisyen milik Umno itu sejak beliau mengecam PAS secara terbuka sejak kebelakangan ini.

Menurutnya: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja. Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang.”

Kerana pendiriannya itu, Dr Hasan dianggap sudah mula mengisytiharkan perang ke atas partinya sendiri terutamanya apabila mula mempersoalkan keputusan dan dasar parti.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.”

Rasanya bertambah hangatlah perbahasan antara pemimpin atas PAS dengan Dr Hasan selepas ini. ‘Ribut dalam secawan kopi’ rasanya bukan sekadar menyebabkan cawan retak tetapi kemungkinan CAWAN DAN PRIRING AKAN MELETUP!

Pertelingkahan dalam PAS ini terserlah lebih kepada pendirian politik dan kepartian, bukan kerana Dr Hasan kecewa tidak dilantik semula dan sebagainya.

Walaupun nampak ada pertelingkahan peribadi antara pemimpin tertentu yang bercirikan kem profesional dengan berpendirian agama, namun cabar mencabar agar Dr Hasan dan Nasharuddin meninggalkan parti itu mengeruhkan keadaan.

Semalam, Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Harun Taib bermain kata-kata bahawa apa yang berlaku dalam PAS Dr dan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak.

Katanya : “Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak. Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.”

Mungkin kepada sesetengah pihak gelora yang berlaku sekarang sedap untuk dibincang dan didengar tetapi apakah kemelut yang melanda parti itu sekarang akan mudah diselesaikan?

Apakah ia tidak meninggalkan kesan lama sebaliknya hanya perkara biasa dalam mana-mana parti politik?

Ramai yang melihat isu ini hanya berkaitan dua individu yang diserang hebat oleh pemimpin tertinggi PAS tetapi kini jelas perang dalam PAS semakin ‘membuka pekong di dada’.

Selama ini busuk yang sedang membusung cuba diselindungi dengan serangan terhadap UMNO dan pemimpinya, selain menggambarkan kerjasamanya dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang stabil dan tidak ada masalah.

Namun kini ternyata, apa yang difikirkan semua OK, tidak Ok. Dan PAS sebenarnya sedang berkrisis.

Pada 20 Disember lalu, Dr Hasan mengatakan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS tetapi mahu PAS kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.

Ini kerana PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

Berikutan PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama, PAS hilang arah!

Ketika ini, menurut Dr Hasan, jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti kerana hanya golongan ulama sahaja mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam.

Bagi Dr Hasan, perjuangannya memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS.

Jelas Dr Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

Beliau bagaikan menyalahkan penyertaan PAS ke dalam Pakatan Rakyat bersama-sama PKR dan DAP menjadi punca perubahan polisi parti daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Namun itu bukanlah faktor utama kerana terdapat lagi faktor lain yang mempengaruhi perubahan tersebut walaupun tidak pernah mencadangkan PAS perlu keluar dari Pakatan untuk kembali kepada matlamat perjuangan asalnya.

Kenyataannya itu mendapat reaksi keras Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar yang menganggap beliau sebagai memberikan pandangan yang begitu negatif dan mengandungi niat jahat terhadap dirinya.

“Datuk Mustafa terus menyerang saya dengan nada yang agak personal, di mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan isu pokok, bahkan memberi gambaran kedudukan saya dalam parti tidak bertahan lama,” kata Dr Hasan yang menyuarakan kekecewaannya.

Kelmarin, Mustaffa berkata beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Dr Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO.

Malah Hasan turut menjadi sasaran Mahfuz yang menyifatkan tindakan beliau (Dr Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar ‘angkat kaki’.

Nasharuddin pula kelmarin menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO.

Daripada www.hambali1.blogspot.com

Sunday, November 20, 2011

Saifuddin Kaya Raya, Rakyat Machang Terbiar...Kini Mahu Lari Ke Bandar Tun Razak

Bagai "ayam jantan kokok berderai, ekor bergelumang tahi".

Perumpamaan tepat untuk Saifuddin Nasution - Ahli Parlimen Machang.

Dalam Parlimen Saifudin Nasution MP Machang cakapnya berdegar-degar seolah-oleh beliaulah pejuang rakyat marhaen,sensitif kepada kemiskinan dan kemelaratan rakyat terbanyak, bongkar berbaga-bagai penyelewengan yang belum tentu ada kebenaran ataupun kesahihan faktanya dan paling ketara sejak berpimpinan tangan dengan peliwat Negara Anwar Ibrahim,beliau dilihat angkuh dan riak mencela kepimpinan UMNO dan kerajaan yang difitnahnya tidak mempedulikan nasib rakyat.

Setiap hari beliau bangkit dalam parlimen maupun pada setiap ceramahnya dan kekadang sebaknya mengalahkan pelakon sinetron kononnya beliau sedih dengan nasib rakyat yang tidak terbela di bawah kepimpinan Barisan Nasional sedangkan hakikatnya beliau menjadi munafik untuk mengotakan segala cakapnya kerana rakyat yang beliau pimpin sendiri hanya hidup menyerah nasib kepada Tuhan semata-mata kerana saifuddin sudah tidak boleh dijadikan tempat mereka bergantung harap

Dalam masa dua tahun lebih,beliau mengumpul kekayan berganda hasil daripada kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Machang tapi adalah mustahil dengan pendapatan yang ada,beliau mampu hidup mewah dan membina kekayaan termasuklah mahligai mewahnya di Machang Kelantan.

Kita tidak tahu darimana sumber pendapatannya sehingga mampu mendirikan mahligai semewah ini sedangkan rakyat yang diwakilinya masih ada yang miskin merempat, kais pagi makan pagi.Lihat sahaja gambar-gambar yang dibentangkan di sini.Betapa jauhnya beliau menjarakkan diri daripada kehidupan rakyatnya.

Rumahnya bernilai jutaan ringgit sedangkan rumah rakyat yang dipimpinnya masih ada yang beratapkan langit,berlantaikan tanah dan berdinding buluh.Masih ada rakyatnya masih minum air telaga tapi bila kita dengar gaya cakapnya seolah-olah beliaulah pejuang yang bercirikan Islam,mendahulukan kepentingan rakyat daripada diri sendiri tapi lain pula yang berlaku.

Darimana beliau memperolehi pendapatan diluar jangkaan sehingga mampu hidup mewah begini?Adakah beliau sebagai pemimpin tidak merasa berdosa kerana membina kekayaan dan kemewahan di atas kemiskinan rakyat yang beliau pimpin?Atau Saifudin juga jenis pemimpin yang memakan rasuah atau komisen dan sanggup menjadi alat Cina seperti yang beliau sedang lakukan dalam isu National Fedlot Corp ketika ini?

Mengapa beliau tidak bongkar bagaimana kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Lim Goh Tong,Ananda Krisnan dan taiko-taiko Cina atau India yang lain?Mengapa beliau memilih untuk mempersoalkan pinjaman yang dibuat oleh Mohamad Salleh bagi projek ternakan lembu?Kita tahu sumber mana yang beliau perolehi sewaktu mendedahkan pembelian kondo atas nama NFC itu tapi yang itu kita akan bongkarkan selepas ini.

Hari ini yang lebih penting adalah memulai untuk menelanjagi wajah munafik dan pura-pura Saifudin yang begitu jelas menzalimi serta mengkhianati rakyat Machang yang mengundinya.

Hari ini beliau begitu gigih membongkar kepincangan National Fedlot Corporation sedangkan beliauy sendiri jelas merupakan pemimpin munafiuk yang berselindung disebalik kepandaiannya berhujah hingga rakyat terkeliru untuk menilai wajah-wajah sebenar Saifuddin Nasution. Beliau cuba membongkar untuk kepentingan politiknya tapin dalam masa yang sama rakyat pimpinannya dibiarkan melata tanpa pembelaan sewajarnya dari beliau sebagai Ahli Parlimen Machang.

Tembelangnya di Machang semakin terbongkar dan beliau dikatakan telah berura-ura untuk membawa dirina bertanding di Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur dan kita percaya beliau akan teruskan sikap munfaiknya sebagaimana terkelirunya rakyat Machang dengan penampilan beliau.

Malah ada sumber mengatakan bahawa Saifuddin pernah dihalau daripada satu majlis di Kampung Belukar,Machang apabiula beliau mahu menggunakan masjid untuk kelangsungan politiknya dan mungkin menyedari bahawa rakyat Machang semakin menolaknya,dia tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan karier poltiknya bagi membantu pelacur tua seperti Anwar itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Berhentilah Saifuddin daripada terus menjadi pemimpin munafik.Rakyatmemerlukan pembelaan dan bukannya retorik politik seperti yang sedang beliau lakukan.Nasib dan masa depan rakyat lebih penting daripada persekongkolan kebejatan moral dalam pimpinan pembangkang.Cermin-cerminkan diri anda!

http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/

Sunday, November 13, 2011

Sultan Kelantan Mahu Rakyat Waspada Anasir Anti-Golongan Berkuasa

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam mengingatkan rakyat negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan kemunculan iklim tidak sihat yang cuba dicetuskan oleh anasir anti-golongan berkuasa.

Baginda bertitah anasir itu, jika tidak diawasi, akan cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap melupakan sejarah mengenai "kontrak sosial" yang telah dipersetujui bersama.

"Anasir ini akan cuba mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta menyeru pihak berkenaan supaya hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah baginda pada Istiadat Singgahsana sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-42 baginda di Istana Balai Besar di Kota Bharu, semalam.

Baginda turut meminta semua pihak supaya menggembleng tenaga untuk bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. "Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding pada tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara," titah baginda.

Sehubungan itu, Sultan Muhammad V bertitah semua pihak perlu bangkit untuk mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Baginda juga berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari.

Aktiviti pertanian perlu meneroka pendekatan terkini seperti pertanian agronomik dengan pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum dan tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini, titah baginda.

Mengenai ancaman banjir, Sultan Kelantan juga berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang dilaksanakan kini dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.

Belanjawan 2012 Kelantan yang terus menyaksikan peningkatan defisit turut mendapat perhatian Sultan Muhammad V yang meminta kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal.

"Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.

"Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara," titah Baginda.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merakamkan ucapan tahniah dan melafazkan ikrar taat setia yang disifatkan baginda sebagai pernyataan jujur bagi menjunjung institusi Raja Berperlembagaan dan simbolik kepada hubungan erat antara institusi beraja dan rakyat.

"Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini," titahnya. Pada majlis itu, kira-kira 213 orang dikurniakan pingat, darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin Ahli mendahului senarai dengan menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Friday, November 11, 2011

Ramai Masih Kabur Tentang Angkatan Amanah Merdeka Pimpinan Ku Li

"...ahli-ahli politik di belakang Amanah, yang juga telah memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan minoriti, mungkin berhasrat menjadi pemangkin kepada apa yang dipanggil "kuasa ketiga" dalam BN...mereka memerlukan sebuah platform untuk mengulas isu-isu semasa oleh kerana kebanyakan pemimpin mereka pernah berada dalam kerajaan pada masa lalu. -Dr Sivamurugan Pandian (USM)

Oleh Alan Ting (Rencana Bernama 8 Nov 2011 )

Keputusan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menjadi presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masyarakat sivil, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.

Mengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin veteran UMNO dan Anggota Parlimen (MP) bagi Barisan Nasional (BN) yang memerintah?

"Apakah tujuan sebuah NGO sedemikian? Apakah langkah mereka seterusnya? Tiada MP mahu membentuk sebuah NGO tanpa sebarang agenda. Beliau punya sesuatu yang tersembunyi," kata ahli politik veteran MCA Datuk Yap Pian Hon, yang juga ketua publisiti BN Selangor.

Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) percaya ahli-ahli politik di belakang Amanah, yang juga telah memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan minoriti, mungkin berhasrat menjadi pemangkin kepada apa yang dipanggil "kuasa ketiga" dalam BN.

Beliau berkata mungkin mereka memerlukan sebuah platform untuk mengulas isu-isu semasa oleh kerana kebanyakan pemimpin mereka pernah berada dalam kerajaan pada masa lalu.

Tengku Razaleigh pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan sementara timbalan presiden Amanah Datuk Seri Ong Tee Keat, pernah menjadi presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menteri pelancongan dan penerangan; dan Datuk S.Subramanian, timbalan menteri.

Ahli akademik itu berkata kita menunggu untuk melihat sama ada Amanah dapat mempengaruhi corak undian dalam pilihan raya umum akan datang.

Secara peribadi, beliau tidak fikir mereka boleh, tetapi jika mereka dapat menentukan tindakan mereka dengan betul, mereka boleh menjadi sebuah kuasa yang perlu diambil kira.

Beberapa orang peramal politik percaya Ku Li mungkin cuba meletakkan dirinya pada kedudukan yang membolehkannya membuat tawaran: dengan berada dalam Amanah beliau mendapat kedudukan terbaik bagi mendapatkan tawaran terbaik dari kedua-dua puak politik bertentangan.

Misalnya, kata mereka, ini terutama berlandaskan latar belakang kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, disabitkan kesalahan terhadap tuduhan sodomi dan dimasukkan penjara.

Dan isteri beliau yang juga presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun selepas beliau meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar memenangi kerusi itu dalam pilihan raya kecil.

Beberapa orang penganalisis berpendapat Tengku Razaleigh mungkin muncul sebagai calon untuk memimpin Pembangkang jika Anwar terpinggir.

Namun Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pula menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tetap menjadi calon pilihan tiga pihak dalam Pembangkang untuk jawatan perdana menteri sekalipun beliau diheret ke penjara.

"Tidak ada rundingan langsung (untuk Tengku Razaleigh menjadi pilihan Pembangkang untuk jawatan perdana menteri). Kami tidak tahu pendirian politik Ku Li," kata anggota CEC DAP Jeff Ooi.

"Beliau tidak boleh menaiki helikopter (pantas) (untuk ke atas). Kami (Pakatan Pembangkang PKR-DAP-PAS) telah bertungkus lumus membentuk sebuah fron alternatif. Jika beliau ingin menyertai kami, kami tidak akan terus menolaknya tetapi hakikatanya bagi kami, beliau setakat mempunyai taraf putera raja".

Ooi tidak fikir pemimpin-pemimpin Amanah boleh memberi sebarang cabaran langsung terhadap Pembangkang kerana beliau percaya kebanyakan mereka adalah dari "era sudah berlalu" dan kurang daya tarikan kini.

"Ambil Tengku Razaleigh sebagai contoh. Beliau orang luar kepada UMNO dan orang luar kepada PR (Pakatan Rakyat). Beliau hanya berada dalam kumpulannya sendiri.

Tidak membawa sebarang kerosakan kepada kami," kata beliau, dan menambah langkah putera Kelantan itu mengetuai Amanah hanya menarik sedikit perhatian.

Jadi apakah percaturan Amanah? Tengku Razaleigh masih "non-commital" dan samar-samar tentang rancangan.

Pada sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan meluluskan penubuhan Amanah, Tengku Razaleigh berkata walaupun Amanah akan kekal sebagai sebuah NGO dalam masa terdekat, beliau tidak menolak kemungkinan ia akan bergerak aktif dalam politik.

"Terpulang kepada anggota...Saya tidak kata ya atau kata tidak kerana ia bergantung pada anggota. Anda tidak boleh menolak apa jua perkara kerana kemungkinannya ada," kata beliau.

Bila ditanya mengenai peranan beliau dalam pilihan raya umum akan datang, Ku Li menimbulkan teka teki kepada setiap orang bila beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.

Sunday, October 30, 2011

Penyelewengan Di Kelantan, Hu Pang Chow Belum Buka Mulut

Oleh Kickdefella (October 17, 2011)

Kelantan Gagal Tarik Pelabur

Oleh AZRAN FITRI RAHIM (Utusan Malaysia)

JUMAAT, 14 Oktober, 2011: Kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja gagal untuk menarik sebarang pelaburan baru dalam tempoh 10 tahun ini malah keadaan menjadi lebih buruk apabila ada di antara pelabur sedia ada berpindah ke negeri lain.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, itu adalah hakikat sebenar yang berlaku di negeri ini disebabkan kerajaan yang memerintah tidak dapat mewujudkan suasana yang ‘mesra’ pelabur.


Beliau berkata, negeri ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding negeri-negeri lain tetapi ia tidak pernah digunakan.
“Saya tidak marah kepada kerajaan negeri, saya bercakap untuk membaiki kelemahan, banyak turun padang dan jumpa pelabur dari dalam dan luar negara. Mereka pernah bersungut macam-macam masalah dengan saya.

Apabila keadaan ‘tidak menentu’ lebih baik mereka pergi ke negeri lain.
“Sejak 10 tahun lalu tiada pelaburan di negeri ini, saya pernah sebut (mengenai masalah pelaburan) ini tetapi nampaknya saya seperti budak di tepi jalan yang tidak diendahkan kerana saya bukan orang besar yang kata-katanya perlu diambil berat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai entri terbaru dalam laman blog Kickdefella bahawa Pang Chaw tidak akan meninggalkan Pas dan beliau kecewa dengan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan melakukan transformasi.


Dalam entri tersebut, penulisnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata: “Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chaw dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tionghua untuk membantu membangunkan Kelantan.


“Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.” Pang Chaw berkata, pelabur hari ini boleh pergi ke mana-mana tempat di seluruh dunia yang menyediakan tawaran yang lebih baik kepada mereka.

“Pelabur ada duit, mereka boleh pergi satu dunia, apa kelebihan kita untuk menarik mereka datang. Contohnya Kelantan kalau tidak tunjukkan kelebihan dan keistimewaan pelabur tidak akan masuk.


“Sebenarnya Kelantan kaya dengan sumber asli, penduduk yang ramah dan tanah yang luas, negeri yang penuh dengan sejarah, tetapi semua ini tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.”

Saya sendiri terkejut dengan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Saudara Hu Pang Chow yang menyebut bahawa sejak sepuluh tahun tiada pelaburan masuk ke Negeri Kelantan. Kenyataan Hu Pang Chow ini seharusnya membuka mata anak-anak Kelantan terhadap negeri tumpah darahnya ini.

Jika tiada pelaburan yang masuk ke Kelantan sejak sudah hampir sepuluh tahun, mengapa hutan di Kelantan semakin gondol sejak sepuluh tahun terakhir ini. Apakah penggondolan hutan ini bukan kerana terdapat perkembangan pesat yang memerlukan pembukaan kawasan baru?

Tidaklah perlu saya menjawabnya.

Husam, Naib Presiden PAS dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, antara yang rapat dengan Hu Pang Chow.

Hu Pang Chow amat arif dengan keadaan ekonomi sebenar di Kelantan. Banyak yang boleh Hu Pang Chow perkatakan jika dia mahu. Itulah sebabnya Hu Pang Chow merasakan PAS seharusnya menumpukan lebih perhatian membangunkan Negeri Kelantan dan bukan menghabiskan air liur dengan retorik agama semata-mata menjelang pilihanrayaSaya pernah menemu bual Hu Pang Chow beberapa kali sewaktu saya berkhidmat di Kelantan. Sedikit sebanyak saya dapat rasakan jerih perih anak dagang ini dalam membantu membangunkan negeri angkatnya untuk dijadikan manifestasi kejayaan parti politik yang dimartabatkannya. Individu seperti Hu Pang Chow sebenarnya adalah satu pemberian kepada rakyat Kelantan.

Saya tidak yakin insiden terbaharu kebelakangan ini akan membuatkan Hu Pang Chow akan tinggalkan PAS dan Kelantan, tetapi tidak mustahil seperti biasa, PAS dan Kelantan yang akan tinggalkan Hu Pang Chow kerana akhirnya parti itu mendapati idelisma Hu Pang Chow ‘lebih PAS dari PAS’.

Dan bila semua itu selesai, Hu Pang Chow akan sedar, pakaiannya sebenarnya lebih hijau dari warna bendera PAS dan darahnya lebih merah dari bendera Negeri Kelantan. Hu Pang Chow juga akan sedar, sejarah hanya mengulangi dirinya dan belaiu adalah pilihan sama ada untuk kekal dengan harga diri serta perjuangannya.

Mungkin kita mahu mendengar banyak lagi cerita dari Hu Pang Chow. Mungkin Hu Pang Chow juga tahu atau pernah mendengar kisah bagaimana seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS pada sessi 2007-2009 telah membawa seorang tauke cina ke pejabatnya dengan tujuan mendapatkan kelulusan tertentu. Exco tersebut juga kemudiannya menuduh tauke cina itu cuba menyogok wang kepadanya serta yakin, Ketua Dewan Ulama PAS itu sendiri telah mendapat habuan dari tauke cina itu.

Masih banyak kisah yang akan terungkai.

Saturday, October 29, 2011

Parlimen Pasir Mas – PAS Akan “Keluar Tahi Hijau…”

Hanifa Pemimpin PAS Kelantan bukan jenis ingat sejarah dan ‘mudah lupa’ jika diambil kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengatakan ‘Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13’.

Dengan bongkak mereka mengatakan PAS akan menang dan permainan psikologi ini tidak sedikit pun membimbangkan Datuk Ibrahim Ali.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad semalam berkata Ibrahim akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas.

Mengulas kenyataan Hanipa, Ibrahim berkata PAS makin bongkak, takabur dan mana mereka tahu siapa memang siapa kalah.

“PAS ini dah ganti Tuhan ke?” Tanya Ibrahim melalui smsnya semalam.

Bagi Ibrahim, PAS memang jenis mudah lupa berdasarkan dua fakta ini:

1. Pada Pilihanraya Umum 2004, PAS kata mereka akan menang besar tetapi Tuhan tidak mengizinkan. Mereka tinggal nyawa ikan dengan tinggal dua kerusi DUN sahaja, dan

2. Pada PRU 2008, PAS tidak dapat membaca tsunami politik akan berlaku. Kalau mereka dapat membacanya pasti PAS tidak akan memberikan laluan kepadanya.


Hakikatnya, menurut Ibrahim, pemimpin PAS ini kepala besar tetapi otak kurang dan lebih jijik bersifat takbur. “Sifat takbur bukan sifat pemimpin Islam,” tegas Ibrahim.

Hanifa menegaskan semalam, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas.

Beliau menyatakan keyakinannya kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ PAS.

“Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang, Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’. Itu kemungkinan besar.

“Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di Pasir Mas kelmarin.

Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira ‘selesai’.

Bagi Ibrahim, beliau banyak membantu PAS pada dua pilihan raya umum kerana pada 2004 beliau bertanding Bebas dan atas tiket PAS pula pada 2008.

Katanya beliau bertanding tidak takut kalah dan jika bertanding satu lawan satu dengannya, “PAS Keluar Tahi Hijau…”

Beliau menasihatkan pemimpin PAS jangan terlalu takbur, bongkak dan angkuh dan ‘sama-sama kita tenguk siapa akan terbujur”, katanya

Thursday, October 13, 2011

Tahniah! Senarai Kejayaan PAS di Kelantan

The Unspinners (12 Oktober 2011)

Tahniah ambo ucapkan kepada kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, kerana sepanjang 21 tahun pemerintahan sudah terbukti banyak kejayaan yang dibawa oleh PAS.

Jom ucap tahniah kepada PAS di atas kejayaan :

1) Kejayaan menjadikan Kelantan sebagai 'hub AIDS' sebagaimana diakui oleh YB Wan Ubaidah Omar, Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan pada tahun lepas bahawa Kelantan mencatat jumlah pesakit AIDS yang tertinggi. 14 buah negeri di Malaysia negeri yang ditadbir oleh para ulamak mencatat jumlah penyakit AIDS tertinggi.

Tahniah PAS...

2) Kejayaan meningkatkan statistik kes sumbang mahram walaupun bukan negeri kes sumbang mahram tertinggi tapi kes ini dilaporkan meningkat di Kelantan - Dari bapa 'taler' anak sehinggalah kes ibu 'panjat' anak lelaki sendiri, dari muda sehinggalah yang menunggu masa nak mampos.

Bulan November 2010 seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,900 selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram bersama ibu kandungnya, Hasmah Mat Adam, 49, seorang penoreh getah yang juga dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM2,900. Termasuklah kes bapa sebaya usia dengan Nik Aziz 'taler' anak berusia 10 tahun dalam kandang lembu.

Ada banyak lagi kes sumbang mahram, cukuplah diberikan dua contoh untuk membuktikan bahawa PAS memang 'berjaya' mendidik rakyat Kelantan.

Tahniah PAS...

3) 'Kejayaan' PAS dalam memberikan perkhidmatan air yang terbaik kepada rakyat Kelantan, sebagaimana kenyataan Nik Aziz bahawa PAS Kelantan memerlukan 7 tahun lagi untuk menyelesaikan kemelut krisis air yang dialami oleh rakyat Kelantan. 21 tahun pemerintahan dia gagal sediakan mutu air yang sempurna diminta lagi 7 tahun peluang diberikan?

Tahniah PAS...

4) Kejayaan terbaru PAS dalam mentadbir negeri Kelantan rujuk paparan akhbar di bawah:



Kahwin pada usia muda bukan satu perkara pelik, tapi bila orang muda kahwin disebabkan terlanjur itu adalah perkara yang perlu dipelikkan. Dan mengikut jumlah terbaru Kelantan mencatat jumlah perkahwinan membabitkan gadis bawah umur tertinggi berbanding dengan negeri-negeri diperintah oleh 'kafir BN'. Gadis yang terlanjur meningkat di Kelantan?

Sekali lagi kita ucapkan tahniah PAS...

Double Y

Ingat tak? Bila blogger keluar semua kejayaan PAS di Kelantan ini. Baru Nicky Ajis keluar balik cerita hudud.

Sebarkan jangan kasi mereka alih topik.

Negeri lain tak amalkan hudud juga kenapa di Kelantan masalah dan masalah sosialnya paling teruk?

Sampai bila rakyat Kelantan perlu terima penghinaan sebegini di bawah pemerintahan PAS?

Sokongan Rakyat Kelantan Kepada Umno Meningkat : Mustapa

Rakyat Kelantan khususnya pengikut Pas yang dahulunya menolak Umno kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata selain menghadiri program anjuran Umno, ramai penyokong Pas pada masa yang sama telah menyertai Umno.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi Umno tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula telah menyertai Umno yang membuktikan sokongan kepada Umno semakin pulih," katanya pada program Selamat Tinggal Pas di Kampung Kusial Baharu di Tanah Merah, malam semalam.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar Pas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata penyokong Pas bertindak menyertai Umno kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam Pas terutama isu hudud ketika ini.

"Rakyat Kelantan sudah tahu Pas itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik," katanya.

Bekas setiausaha Pas Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata tindakan beliau dan yang lain meninggalkan Pas ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

"Saya sudah lama dalam Pas, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat Umnolah tempat sewajarnya kami berada," katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong Pas yang lain agar menyertai Umno yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.

"Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir Pas tidak akan mampu berbuat seperti ini. Pas tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam," katanya.

Friday, October 7, 2011

Ketua Hakim Syarie Dakwa Kelantan Tidak Pernah Serius Laksana Hudud

Siapa Bersandiwara Mengenai Pelaksanaan Hudud di Kelantan?

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

“Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

“Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula,” kata beliau pada Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kota Baru semalam.

Wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan itu turut dihadiri pakar perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud sebagai ahli panel.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Dipetik Utusan Malaysia, kata beliau, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

“Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

“Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

“Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi,” katanya.

Friday, September 16, 2011

Rumah: Kelantan Tidak Serius Kebajikan Rakyat

"Sebab itu kita telah menyatakan keazaman jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah ini sudah tentu akan menjadi sebahagian daripada agenda utama kerajaan dalam membela nasib rakyat," - Mohd Fatmi Che Salleh

Kerajaan Pas Kelantan jelas gagal memenuhi keperluan asas rakyat dan ini sangat memalukan sebagai sebuah negeri yang ditadbir parti Islam.

Apa yang diperjuangkan PAS dalam konteks kebajikan memang hamPAS kerana amat jelas, selain masalah membekalkan air bersih kepada rakyat, Kerajaan Kelantan gagal menyediakan rumah kepada rakyatnya.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan menyebut kajian oleh pihaknya mendapati 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah.

Kedudukan ini dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.

Pengerusi REHDA Datuk Sekarnor Che Omar berkata, ini berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik, dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.

Keadaan ini menyebabkan rumah berkenaan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi membina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM80,000 ke bawah, serta mensasarkan 100,000 unit setahun bagi mengatasi masalah perumahan di Kelantan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Persoalannya, kenapa di Kelantan tidak ada syarikat yang mahu membina rumah mampu milik.

Apa peranan kerajaan negeri?

Kerana itu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh mendeak dilakukan kajian terperinci bagi memastikan kira-kira 400,000 rakyat di negeri ini memiliki rumah sendiri.

Masalah ini amat serius kerana ia adalah keperluan asas yang seharusnya dimiliki oleh rakyat negeri ini.

Beliau berkata, situasi ini jelas menunjukkan kepimpinan kerajaan negeri di bawah pemerintahan PAS gagal menyediakan keperluan tersebut kepada rakyatnya biarpun telah memerintah selama 20 tahun.

"Kerajaan negeri sepatutnya melihat dengan serius perkara ini. Jumlah 400,000 itu sangat tinggi jika dinisbah dengan populasi penduduk rakyatnya yang hanya sejuta lebih.

"Kalau diambil kira dari segi peratus ini bermakna 40 peratus rakyat negeri ini masih belum mempunyai rumah sendiri. Ini amat mendukacitakan," katanya di Kota Bharu, malam semalam.

Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO bahagian Kota Bharu mendakwa, kerajaan Pas Kelantan dilihat lebih mementingkan pembinaan rumah-rumah mewah dengan nilai ratusan ribu diusaha secara bekerjasama dengan agensi swasta.

Katanya, nilai tersebut tidak mampu bagi membantu rakyat negeri ini yang sebilangan besarnya berpendapatan rendah antara RM1,000 hingga RM2,000.

Beliau berkata, sekiranya benar kenyataan tersebut adalah hasil dari kajian REHDA, beliau percaya ia adalah tepat memandangkan persatuan itu mewakili hampir semua pemaju-pemaju perumahan dan mempunyai data lengkap.

"Ini kajian yang semestinya tepat oleh REHDA, tidak boleh dinafikan kerajaan Pas Kelantan dan ini sesuatu kajian yang serius," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak sepatutnya melihat situasi ini sebagai perkara kecil dalam menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Berikutan itu, rakyat perlu menilai kembali masalah itu kerana jumlah yang dinyatakan oleh REHDA itu begitu tinggi dan jika ia berterusan sudah tentu sebahagian besar rakyat Kelantan selamanya tidak akan mampu membeli rumah sendiri.

"Sebab itu kita telah menyatakan keazaman jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah ini sudah tentu akan menjadi sebahagian daripada agenda utama kerajaan dalam membela nasib rakyat," katanya.

Monday, September 12, 2011

Fatwa Nik Aziz Semakin Jelak & Mengelirukan...

"Kita berjuang untuk agama bangsa dan negara. Jangan jadi angkuh kerana ingat kita seorang saja yang berjuang untuk Islam. Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang menyumbang kepada Islam dan negara melalui cara masing-masing. Cuma, tidak semua perjuangan itu ada sama kaedahnya..." - Mustapa Mohamed

Kalau ia pun ‘berfatwa ala PAS’, biarlah berpada-pada.

Nanti bukan orang Islam yang rasa pelik dan jelak tetapi orang bukan Islam turut tergelak.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada PAS tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat.

Sebabnya? Kata Nik Aziz, ini kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Nik Aziz yang nampak bimbang dengan perkembangan UMNO di Kelantan berkata UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am PAS secara sinis berkata, jika UMNO yakin boleh menang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat kerusi majoriti di Kelantan, maka PAS pula akan menang 60 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di peringkat pusat.

“Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi Allah Taala buat.

“Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu,” kata Nik Aziz.

Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam mengingatkan PAS jangan mudah memperkecilkan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara sejak 54 tahun negara merdeka.

Beliau berkata, banyak perubahan sudah dialami negara hasil sumbangan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) dalam memartabatkan Islam serta rakyatnya di mata dunia.

UMNO ingin memenangi Kelantan demi menguruskan negeri itu ke arah yang lebih baik dan menyerahkan kepada rakyat Kelantan yang menilai prestasi UMNO dan menentukannya dalam pilihan raya umum nanti.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menasihati Nik Aziz agar tidak mudah menjadi angkuh dengan memperlekehkan sumbangan dan perjuangan UMNO terhadap Islam.

"Kita berjuang untuk agama bangsa dan negara. Jangan jadi angkuh kerana ingat kita seorang saja yang berjuang untuk Islam. Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang menyumbang kepada Islam dan negara melalui cara masing-masing. Cuma, tidak semua perjuangan itu ada sama kaedahnya," katanya di Kota Bharu, semalam.

Adalah lebih wajar PAS melihat sumbangan UMNO daripada aspek memartabatkan Islam melalui pembangunan dan kemajuan pengetahuan rakyat di negara ini.

"Kalau dulu sebelum merdeka orang Melayu terkenal dengan sifat malunya. Tetapi setelah 54 tahun merdeka, Melayu sudah berubah dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan. Semua ini terima kasih atas sumbangan pemimpin Umno terdahulu dalam menubuhkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Majlis Amanah Rakyat serta universiti untuk kemajuan rakyat khususnya umat Islam," katanya.

Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa secara sinis mempersoal sejak bila Nik Aziz 'menerima wahyu' sehingga Mursyidul Am PAS itu boleh mengeluarkan 'fatwa' bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama 'menerima wahyu' daripada Allah, Mursyidul Am PAS itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugas untuk menjalankan amanah tersebut.

“Pada Nik Abdul Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam," katanya.

Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan 'fatwa' karut Mursyidul Am PAS itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh PAS, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

JIka Barisan Nasional menang, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu salah satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan PAS Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelesaikan masalah rakyat.

Bagi Ibrahim, pemimpin PAS Kelantan yang diketuai Nik Abdul Aziz langsung tiada inovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesai masalah yang paling asas.

Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang PAS buat selePAS 21 tahun?

Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja!

Episod-episod pembohongan Pas & Mengkafirkan Orang Yang Sudah Islam

Oleh DATUK DR MASHITAH IBRAHIM (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Bagi menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu.

Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng.

Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu.

Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu.

Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu.

Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini?

Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain?

Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya.

Monday, September 5, 2011

UMNO Kelantan Lantik Pengarah, Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya

Empat belas Ketua Bahagian UMNO di Kelantan semalam masing-masing dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen di negeri itu.

Setiap Ketua Bahagian UMNO pula akan memilih di kalangan ahli UMNO di bahagian masing-masing sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk "menjaga" setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 DUN.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pelantikan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya adalah untuk menggerakkan parti dengan program-program bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata mereka yang menjadi pengarah dan timbalan pengarah jentera parti tidak semestinya akan dilantik sebagai calon pilihan raya umum.

"Mereka diberikan amanah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong kepada BN. Soal calon adalah berbeza dan kepimpinan menetapkan hanya calon yang boleh menang akan dipilih," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perhubungan UMNO Negeri di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 warga Kota Bharu hadir pada majlis rumah terbuka itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan kepimpinan kanan UMNO.

Mustapa berkata, kesemua Ketua Bahagian UMNO di Kelantan juga berjanji dan bersetuju supaya tidak akan menimbulkan kemelut dalaman parti demi menjaga nama baik parti.

Beliau berkata, tumpuan kini diberikan dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang mahukan perubahan pembangunan selepas 21 tahun PAS dilihat gagal membawa perubahan dalam aspek pembangunan ekonomi.

Katanya, antara isu yang sekian lama menghantui kerajaan PAS Kelantan ialah isu bekalan air yang tidak memuaskan kepada rakyat, pembinaan lebuh raya dan pemberian projek ladang rakyat yang didakwa telah merampas tanah rakyat.

Beliau berkata, pelantikan pengarah jentera itu juga mengukuhkan kedudukan UMNO di Kelantan setelah pelancaran tema perjuangan parti itu untuk membawa perubahan dengan konsep Gelombang Merah pada Febuari lepas, serta lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada Jun lalu.

Wednesday, August 10, 2011

DEWAN PEMUDA PAS – TINDAKAN JAIS BETUL, SOKONG DR HASSAN

Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai satu daripada usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.


Klu-klek PAS jelas dan terserlah.

Malah, pendirian berbeza antara PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS ternyata amat berbeza. Pastinya ini menyerlahkan lagi sikap sebenar pemimpin Pusat PAS yang sanggup membelakangkan kepentingan Islam demi meraih undi dan sokongan ‘kafir harbi’ untuk ke tampuk kuasa.

Ketika pemimpin pusat PAS, khususnya Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang takut dan teragak-agak untuk menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Datuk Dr Hassan Ali, Pemuda PAS dengan tegas menentang arus.

Amat jelas, dalam menegakkan kepentingan Islam dan mengharungi isu murtad, Pemuda PAS lebih tegas dan pemimpin PAS pusat khususnya Hadi yang diiktiraf Tok Guru dan pemimpin agama besar oleh pengikutnya ternyata bimbang akan kehilangan sokongan DAP dan PKR.

Terserlah juga Hadi mementingkan undi dan menang pilihan raya sehingga sanggup menggadaikan Islam demi menjamin laluan ke Putrajaya ‘selamat dan laluan dibuka oleh bukan Islam’.

Hadi semakin lupa bahawa perjuangan partinya untuk menjadi pakatan pemerintah menggantikan UMNO dan Barisan Nasional bukan ditentukan semata-mata oleh DAP dan PKR tetapi oleh keikhlasan dan keyakinan PAS kepada Allah, khususnya menghalang perbuatan memurtadkan orang Islam sebagai usaha mempermudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.

Keyakinan Dewan Pemuda PAS terhadap penjelasan Dr Hassan ditunjukkan dengan jelas apabila dewan itu mempertahankan tindakan JAIS dan Datuk Dr Hasan berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang semalam.

Amat nyata, JAIS melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan JAIS juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan. “JAIS ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider semalam.

Dalam pertemuan kira-kira sejam dengan Dewan Pemuda PAS Dr Hasan juga memberitahu JAIS mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru Dewan Pemuda PAS meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu dan tidak timbul sebarang keraguan terhadap tindakan JAIS.

Pendirian ini memalukan pemimpin PAS seperti Hadi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Khalid Samad serta yang lain yang terus mahu bertemu JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama.

Pada ketika surat dihantar melalui faks ke pejabat kedua-dua badan itu pagi semalam untuk mengadakan pertemuan 15 dan 16 Ogos ini, Dewan Pemuda PAS sudah membuat keputusan untuk mempercayai Dr Hassan dan JAIS.

Memang kenyataan ini pahit bagi pemimpin Pusat PAS tetapi Nasrudin Hassan nampaknya memilih keredaan Allah daripada ‘menyembah kafir Harbi’ demi kuasa dan jalan ke Putrajaya!

http://hambali1.blogspot.com/

WAHAI PAS – ‘BANGKAI GAJAH’ TIDAK BOLEH DITUTUP LAGI

“Anggota parti (PAS) jangan ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ia akan memberi ruang pada pihak lawan...segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku...” – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

http://hambali1.blogspot.com/

Untuk apa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya dari PAS mahu menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub beria-ia mahu diadakan sidang khas itu yang menurutnya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.

Hakikatnya dalam PAS ‘bangkai gajah’ tidak boleh ditutup lagi.

Bukan sekadar tulangnya berserakan tetapi baunya kini menerjah ke hidung seluruh ahli PAS.

Pertelingkahan dan perselisihan dalam PAS semakin semarak dan tidak boleh dikawal lagi ekoran kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini.

Salahuddin berkata pada jam 12 tengahari hari ini (Isnin 8 Ogos 2011) di bangunan Parlimen beliau bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini.

Menurut ahli Parlimen Kubang Kerian itu, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara.

Pemimpin PAS, khususnya Salahuddin berusaha menutup ‘bangkai gajah’ itu segera sedangkan pertelingkahan dalam PAS kini ternyata jelas.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam mengingatkan anggota parti supaya tidak ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.

Menurut Nik Aziz, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.

Kegagalan PAS Pusat untuk meredakan isu ini ternyata amat jelas apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu menerima penjelasan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali semalam.

Hadi bertegas untuk mendapatkan maklumat terus daripada JAIS dan pihak gereja berkenaan.

Malah Hadi tidak pun menasihatkan PAS Selangor agar tidak menyerang Dr Hassan.

Kini Dr Hassan terkontang-kanting bersaorangan dalam isu ini walaupun mendakwa ada unsure-unsur mengkristiankan orang Islam oleh gereja berkenaan.

Kebimbangan PAS mengenai isu ini dinyatakan dengan jelas oleh Hadi apabila beliau mendakwa isu mengenai Dr Hasan dan gereja itu sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

"Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap. Tapi PAS akan terus turun ke medan bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak," katanya semalam.

Bagi Nik Aziz pula: “Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri.”

Amat jelas pada ketika PAS Pusat gagal mengatasi masalah kekusutan di Selangor, pemimpin utama PAS sedang bermain wayang untuk menutup pertelingkahan dengan menghala peluru kepada Perdana Menteri.

Harapan mereka dengan menumpukan kepada isu pemberian kad pengenalan biru, isu pertelingkahan dalam kepimpinan PAS Selangor dapat diredakan.

Persoalannya, apakah PAS mahu membiarkan perbuatan pihak tertentu di Selangor mengkristiankan orang Islam begitu sahaja?

Sanggupkah PAS membutakan mata dan memekakkan telinga hanya kerana tidak mahu DAP dan PKR terguris?

Ternyata PAS sanggup membelakangkan perjuangan melindungi dan menegakkan syiar Islam hanya semata-mata kerana mementingkan kerjasama dengan bukan Melayu dan bukan Islam demi undi bagi pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Sunday, May 22, 2011

Tohmahan PAS Kepada UMNO Makan Diri

"Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".- Ikrar Pemuda PAS


Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama jentera Pas dan pelajar berdoa pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.

Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman.

Husam dalam ucapannya antara lain berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.

Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.

Sementara itu, Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.

"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO," katanya.

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

Monday, May 9, 2011

AWAS PAS..Kamu Akan Tercicir Kelantan Dalam PRU 13

Kickdefella (7 Mei 2011)

Muktamar PAS pertengahan tahun ini akan menyaksikan ke arah manakah para perwakilan PAS ingin membawa komitmen Parti Islam Se Malaysia bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang.

Tiga keputusan yang bakal menyusur. Pertama, mengekalkan tekad PAS memperjuangkan Islam sepenuhnya dan mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu. Kedua, melebarkan arus tsunami 2008 dengan meneruskan usaha meraih sokongan pemilih-pemilih bukan Melayu dan bertapak di kerusi-kerusi campuran di bandar. Atau ketiga, mengekalkan momentum 2008 disamping mempertahankan kedudukannya di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Pilihan yang pertama dan ke tiga boleh mencalari komitmennya terhadap Pakatan Rakyat. Pilihan yang kedua pula boleh mengakibatkan keciciran sokongan terhadap PAS di kubu-kubu tradisinya di Negeri-Negeri Melayu.

Perwakilan PAS harus sedar, walaupun hari ini mereka menikmati jentera Pakatan Rakyat tetapi di dalam berhadapan dengan PRU13 kelak, mereka tidak lagi menikmati kekuatan maya seperti PRU12.

Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU1999 dan PRU2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang dalam kata ringkas hanya mampu berhujah dengan cara totok, penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka.

Di Kelantan arus perubahan sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik dan kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam 2008.

Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan.

Nik Aziz yang putih bersih sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, YB. Dato’ Husam Musa pula tidak mungkin dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan yang baru.

Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti YB. Dato’ Ahmad Yacob dan YB. Dato’ Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Maka, di dalam keadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan.

UMNO Kelantan mahu dua dari tiga pilihan yang ada pada PAS iaitu, sama ada Nik Aziz kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan atau, sama ada Ahmad Yakob atau Nik Amar dipilih sebagai penyambung tradisi kepimpinan ulama’ di Kelantan. Salah satu daripada 2 pilihan ini, UMNO akan senyum lega.

Tetapi, jika Husam Musa yang dipilih sebagai pengganti Nik Aziz, UMNO akan merasa kelatnya. Apa tidaknya, kebanyakan pimpinan UMNO Kelantan sendiri mengakui kelebihan Husam. Penyokong-penyokong UMNO sendiri akan menyokong Husam.

Husam sendiri berusaha keras untuk memperbaiki hubungannya dengan Istana Kelantan bagaimanapun, pihaknya mendakwa penasihat kepada Al-Sultan Kelantan sebagai penghalangnya.

Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan selesa untuk memenangi 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Ia di tambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Kerusi-kerusi tersebut adalah seperti berikut:

A) Kumpulan pertama
1. N01 Pengkalan Kubor
2. N04 Wakaf Bharu
3. N15 Gual Periok
4. N16 Bukit Tuku
5. N22 Jelawat
6. N25 Kok Lanas
7. N29 Selising
8. N31 Semerak
9. N36 Bukit Bunga
10. N37 Air Lanas
11. N38 Kuala Balah
12. N40 Guchil
13. N42 Dabong
14. N43 Nenggiri
15. N44 Paloh
16. N 45 Galas

B) Kumpunan kedua
1. N11 Tendong
2. N23 Melor
3. N27 Gual Ipoh
4. N39 Mengkebang
5. N41 Manek Urai

C) Kumpulan ketiga
1. N21 Perupok
2. N34 Temangan
3. N35 Kemuning

Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri pilihanraya kecil semenjak YAB Dato’ Seri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi-kerusi berikut.

D) Kumpulan keempat
1. N11 Chetok
2. N12 Pengkalan Pasir
3. N20 Tawang
4. N24 Kadok
5. N30 Limbongan
6. N32 Gaal
7. N33 Pulai Chondong

Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan.

E) Kumpulan kelima
1. N02 Kelaboran
2. N05 Kijang
3. N08 Tanjong Mas
4. N09 Kota Lama
5. N10 Bunut Payong
6. N17 Salor
7. N19 Demit

Ada eloknya, perwakilan ke Muktamar PAS sempat bertenang seketika dan menghayati kedudukan semasa dari perspektif yang lebih terbuka sebelum mereka membuang undi untuk menentukan arah tuju parti. Namun begitu, saya suka memetik kata-kata seorang sahabat baik dan bekas ADUN PAS Kelantan, kepada saya di dalam pertemuan baru-baru ini.

“Alo Pok Sheih, tak dok nak rusingnya kalau PAS kalah di Kelantan. Bukan kita tak biasa kalah. Bahkan ana masih yakin, PAS dan pimpinan kita lebih kuat dan lebih banyak benda yang kita buat semasa zaman kita kalah banding dengan zaman kita ada kuasa. PAS ni parti Islam, matlamat kita untuk perjuangkan Islam. Biar kalah asal kita jangan ubah matlamat kita….”

Saya hanya mampu tersenyum kagum dengan semangat tersebut.

Saturday, May 7, 2011

Tuanku Sultan Kelantan Dah Mula Bertitah Membela Rakyat Yang Semakin Terbiar

Sukar dipercayai apabila selama lebih 20 tahun Kelantan diperintah oleh sebuah parti yang berslogankan Islam, tetapi akhirnya memaksa Tuanku Sultan bersuara.

Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat jelata, berasa tidak wajar negerinya tidak dibangunkan. Dibiarkan begitu sahaja tanpa kemudahan asas untuk rakyat. Ekonomi tidak dijana dengan berkesan. Rakyat dibiarkan tanpa pembelaan.

Titah Tuanku kepada parti yang memerintah Kelantan mengandungi kegusaran seorang raja yang ingin melihat rakyatnya mendapatkan hak mereka untuk menikmati kehidupan sebagaimana di negeri-negeri lain.

Tuanku Sultan tidak berpolitik, baginda hanya menyuarakan pandangannya berdasarkan apa yang dilihat dengan matanya sendiri. Tidak wujud sebarang bentuk konspirasi atau fitnah yang sengaja untuk memburukkan kerajaan yang memerintah Kelantan.

Masalahnya, dalam masa yang sama para pemimpin parti dan kroni dilihat semakin kaya raya. Hutan balak semakin gondol, tanah rakyat dirampas untuk diserahkan kepada ahli perniagaan, peluang ekonomi untuk rakyat tidak dijana dengan baik, kemudahan parasarana diabaikan dan rakyat dibiarkan menderita.

Tuanku Sultan nampak dengan jelas akan hal ini. Rakyat juga nampak.

Janganlah sampai rakyat berkonspirasi dan berusaha melucutkan kuasa yang telah mereka berikan selama ;lebih 20 tahun.

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.

"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.


"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang kelmarin.


http://laksabentan.blogspot.com/ Jumaat, 6 Mei 2011

Monday, March 14, 2011

Hassan Ali Kata Nik Aziz Menyalak Gila Judi!!

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kelmarin (13 Mac 2011) memberi penjelasan mengenai isu pengharaman Perniagaan Nombor Ekor (Judi) di Selangor yang menjadi kontroversi orang ramai. Beliau turut tidak menafikan bahawa Perniagan Nombor Ekor tidak tersenarai dalam Perniagaan Haram selagi ianya berlesen.

Namun, pihak JAIS berhak untuk mengambil tindakan ke atas mana2 orang Islam yang terlibat dalam perniagaan tersebut termasuklah sebagai pelanggan. Ianya tidak berubah sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri semasa pemerintahan BN.

Hasan Ali juga berkata beliau tidak memerlukan sebarang nasihat atau tunjuk ajar dari mana2 pihak termasuklah daripada MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz katanya mudah untuk bercakap soal Halal Haram Judi ini kerana faktor populasi penduduk di Kelantan yang majoriti terbesarnya adalah beragama Islam.

Hasan Ali juga meminta agar Diktator PAS tersebut tutup mulut dan tidak campur tangan dalam pengurusan Kerajaan Negeri Selangor. Beliau mempunyai cara pendekatan yang tersendiri dalam menguruskan Hal Ehwal Islam di Negeri ini dan tidak perlu mengambil pendekatan Kerajaan Negeri Kelantan bagi dijadikan inspirasi perlaksanaan dasar tersebut.

Apabila ditanya soal kritikan terbuka beliau dan dakwaan mengenai beliau tidak sebulu dengan pendekatan Kerajaan Pimpinan Khalid Gagap, Hasan Ali mendakwa itu merupakan perkara biasa dan beliau menberi jaminan tidak akan berganjak daripada pendiriannya. Namun, dalam masa yang sama beliau menghormati kepimpinan Kerajaan Negeri yang telahpun dipersetujui semasa gabungan Kerajaan DAP, PKR dan PAS kerana ini merupakan amalan demokrasi yang sewajarnya dijunjung tinggi.

Kata beliau lagi, teruskanlah mengamalkan sistem demokrasi yang amat mudah untuk diikuti kerana, jika terdapat mana2 individu termasuklah beliau sendiri tidak bersetuju dengan kepimpinan sedia ada, biarlah PRU 13 menjadi penentu segala2 nya.

Gelombang Rakyat (12 March, 2011)