Friday, October 24, 2008

BECOK TAPI BENAR

Terima kasihlah Murai, mulut kau memang becok tetapi jika memperkatakan yang benar tidak apalah. Lihat ‘Murai 9 - Meralat Sebuah Laporan Tidak Tepat’ dalam msomelayu.blogspot.com

Kijang mengaku silap atau tidak betullah. Walaupun Murai mengatakan Kijang sebagai blog liar, tidak apalah. Terima kasihlah kerana mulut becokmu, Kijang semakin jelas mengenai kedudukan sebenar.

Namun satu fakta yang jelas, kalau mengikut Murai, Ahli Parlimen itu (merujuk kepada Datuk Ibrahim Ali) jelas memang main duit.

Kalau dah sah Ibrahim main duit untuk dapatkan kerusi, Kijang mahu tanya, apakah cara ini tidak salah wahai Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia?

Menurut Murai: “Ahli Parlimen itu tidak membelanjakan wang sebanyak itu (RM 3 juta) sebagai pertukaran kerusi ataupun untuk menjamin sokongan dari ahli dan penyokong Pas kepadanya.

Kepada ketiga-tiga Adun berkenaan Murai tidak terdengar pula mereka diberikan sekian banyak wang. Calon Pas untuk ketiga-tiga Adun berkenaan (Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok) sebenarnya tidak mendapat satu sen pun wang daripada ahli Parlimen berkenaan.

Mungkin mereka menyedari jika mereka terima wang itu mereka terpalik dengan perbuatan keji rasuah. Kalau sekalipun ahli Parlimen itu hulur Murai jamin mereka tidak akan terima.”

Tahniahlah kepada ketiga-tiga calon berkenaan tetapi bak kata Murai:

Pun begitu ini bukan bermakna ahli Parlimen itu tidak main wang, ada.... tetapi bukan kepada calon-calon berkenaan, tetapi kepada orang lain.

Marfumnya ahli Parlimen itu tidak membantu ketiga-tiga Adun Pas itu dengan bantuan kewangan berupa bodek agar menyokongnya.

Sebaliknya beliau membantu calon lain yang agak berkedudukan dan berpengaruh dalam Pas. Di mana calon-calon itu dikira boleh memainkan peranaan untuk membantu ahli Parlimen itu bertanding menggunakan simbol bulan dan mempengaruhi orang-orang Pas di Pasir Mas agar menyokongnya.

Di sini semacam ada perbuatan barter trade antara ahli Parlimen itu dengan beberapa calon Pas bertaraf pemimpin itu. Murai pernah diberitahu satu persatu oleh ahli Parlimen berkenaan kepada siapa yang beliau berikan wang semasa pilihan raya lalu dan jumlahnya sekali.

Seorang wakil rakyat terima RM10,000, seorang lagi terima RM15,000, seorang lagi terima RM5,000, seorang lagi terima RM30,000 dan seorang lagi terima RM20,000. Kalau dijumlahkan semua sekali hampir RM100,000 juga. Ini tidak termasuk beberapa ekor lembu yang dihulurkan oleh ahli Parlimen itu.

Oh patutlah ada di kalangan mereka yang termakan wang ahli Parlimen berkenaanlah menyebabkan mereka membisu apabila ahli Palimen itu membuat onar mengkritik Pas macam nak rak dalam Parlimen.

Betul juga kata Murai, sebab kita sudah menerima pemberian berunsur ada undang di sebalik batu itu kita akan bermasalah.

Kata Murai: “Kita akan jadi syaitan bisu menyokong perbuatan mungkar... kerana nak tengur tidak boleh sebab dah termakan budi kebendaan yang sedikit!”

Kijang Cuma berharap kepada Murai, buat apa disorok-sorok nama mereka yang menerima wang Ibrahim itu.

Bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi Kijang yakin Murai mesti terima sms dan sebagainya bertanyakan siapa yang terima wang habuan berkenaan.

Benarkah kata-kata bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau orang kelilingnya ada terima habuan itu?

Murai jangan marah. Kijang tanya je.....

No comments: