Saturday, March 10, 2012

Nik Aziz Mahu Pilihan Raya Serentak DUN Kelantan Dan Parlimen

Pada ketika sesetengah negeri yang ditawan pembangkang mahukan pilihan raya berasingan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya peringkat negeri, Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu sebaliknya.

Katanya, kerajaan PAS Kelantan akan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya serentak apabila Dewan Rakyat dibubarkan kelak.

Katanya, beliau tidak kisah sekiranya DUN di negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dibubarkan berasingan dengan pembubaran Parlimen.

"Itu dia punya pasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dewan Undangan Negeri bersekali dengan Pusat," katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bahawa pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan membuat satu ketetapan pada Selasa sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang ditadbir mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

"Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, atas sifat peribadi, saya mahu pilihan raya (peringkat DUN) diadakan serentak dengan (pilihan raya) Parlimen, kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan secara berasingan," kata Nik Aziz.

No comments: