Monday, October 20, 2008

NAJIB BELUM LAYAK?

Kijang melihat bagai wujud suatu pakatan membelasah dan menghentam Najib habis-habisan.
Ada menggunakan kononnya skandal, salah laku, isteri Najib dan tidak kurang pula menggunakan hujah Islam yang tidak melayakkan Najib menjadi Perdana Menteri.

Malah, ada mengatakan disebabkan kezaliman UMNO yang menjadi parti teras BarisaN Nasional (BN) terhadap ISLAM, akan menyebabkan terhilangkan kekuasaan UMNO di bumi Malaysia.

Seseorang melalui blog www.attakiri.blogspot.com berkata dalam tulisannya “Zaman Najib...Empayar UMNO pasti hancur” berkata:

“PM Malaysia yang ke 6 berkemungkinan besar jatuh ke Dato’ Seri Najib Tun Razak. Walaupun ada kemungkinan bahawa PM ke 6 adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tetapi telahan ini dianggap agak sukar berlaku dengan keadaan perubahan kuasa dalam UMNO.

Persoalannya adakah Najib telah menepati kriteria seorang pemimpin negara Islam (sebagai dakwaan Tun Dr. Mahathir).

Sampai sekarang Najib masih belum kelihatan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih dari segala dakwaan. Isu Altantuya contohnya. Walaupun Najib telah berkali-kali bersumpah untuk menafikan keterlibatan beliau dalam skandal tersebut, tetapi rakyat masih tidak berpuas hati.

Dalam ISLAM sekalipun, sumpah akan dilakukan selepas proses perundangan selesai. Sumpah tidak menyebabkan tertuduh bebas daripada tuduhan.

Apakah Najib telah dibersihkan dengan undang-undang dalam isu Altantuya Sharibuu. Begitu juga dengan komisyen kapal selam yang tinggi sehingga mencapai angka RM 530 juta ringgit. Isu ini terus senyap begitu sahaja tanpa ada pembersihan nama beliau di mahkamah.”

Berikutan itu, Tok Batin berpendapat, semua isu ini melambangkan bahawa Najib masih belum layak menduduki sebagai seorang pemimpin negara umat Islam.
Mungkin beliau layak menduduki kerusi Presiden UMNO tetapi bukan kerusi Perdana Menteri.

Tetapi suka atau tidak, rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri sebegitu dalam bulan Mac nanti.

Mungkin Najib adalah Perdana Menteri dari Kerajaan BN yang terakhir bagi mengakhiri teori RAHMAN itu..

Harapannya ialah semoga kezaliman terhadap ISLAM akan berakhir dengan terhilangkan kekuasaan UMNO di bumi Malaysia, insyaAllah.
Ikuti tulisan mengenai Najib sepenuhnya:

Zaman Najib..Empayar UMNO pasti hancur……

Dilulus terbit pada Saturday, October 18 @ 01:00:00 MYT oleh TokBatin

"Sebenarnya penulis tidak berhasrat untuk masuk campur dalam hal ehwal pemilihan UMNO. Ini termasuk rasuah (politik wang), pergaduhan dan sebagainya. Bagi penulis ini semua menandakan gagalnya apabila berpolitik menggunakan teknik barat yang meletakkan kebendaan sebagai pokok kemajuan. Allah SWT telah menyatakan bahawa kalaulah manusia menaburkan harta sebanyak mana sekalipun untuk mengambil hati manusia, mereka tidak akan berjaya. Tetapi Allahlah yang menyatukan hati mereka. Ini bermakna hanya agama yang mampu menyatu dan membentuk peribadi manusia. Manusia mungkin boleh menarik undi manusia dengan wang. Tapi lama mana manusia itu boleh menaburkan wang. Mungkin dalam masa yang lain, orang yang dibeli ini akan beralih kepada pimpinan yang lain kerana terkesima dengan tawaran yang lebih tinggi. Kalau manusia diikat dan diajar dengan agama, insyaAllah mereka akan terus kekal mengundi dan menyokong pemimpin yang menyokong agama. Penulis mengulas isu pemilihan ini kerana siapa pun bakal menjadi presiden UMNO sudah tentu akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Oleh itu sewajarnya bagi penulis untuk memberi sedikit pandangan tentang pemilihan UMNO dan siapa yang akan menjadi PM Malaysia nanti. Dalam hal ini, mungkin ada yang mengakui teori RAHMAN semakin sampai ke kemuncaknya. Mungkin teori ini berakhir dengan berakhirnya hayat UMNO untuk berkuasa. Entahlah..itu semua sekadar teori dan jangkaan manusia sahaja. Jangan terlampau percaya sangat. Peralihan kuasa antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak mendatangkan kebaikan pun terhadap rakyat Malaysia. Kedua-dua berasaskan dari parti yang menolak Islam sebagai dasar. Ada yang mendakwa berkemungkinan Najib akan lebih baik dari PM sekarang. Ada pula yang mendakwa berkemungkinan Najib lebih rakus dari PM sekarang ini. ini semua andaian-andaian yang terkeluar dari rakyat Malaysia sekarang ini. Bagi penulis, kedua-dua sama sahaja. Kalau Tun Dr. Mahathit dahulu dikatakan seorang yang mengkayakan anak sendiri dan kroni, PM Sekarang pula terkenal dengan memperkayakan anak dan menantu. Berkemungkinan Najib akan datang terkenal dengan mengkayakan isteri sendiri. Semua ini berlaku akibat UMNO sendiri yang tidak memperjuangan konsep ketaqwaan kepada Allah. Sebaik mana pun pemimpin UMNO pasti akan melakukan penyelewengan walaupun sedikit. Secekap mana pun Pemimpin UMNO pasti akan tercalit sedikit pengkhiatan terhadap harta dan khazanah negara. PM Malaysia yang ke 6 berkemungkinan besar jatuh ke Dato’ Seri Najib Tun Razak. Walaupun ada kemungkinan bahawa PM ke 6 adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tetapi telahan ini dianggap agak sukar berlaku dengan keadaan perubahan kuasa dalam UMNO. Persoalannya adakah Najib telah menepati kriteria seorang pemimpin negara Islam (sebagai dakwaan Tun Dr. Mahathir). Sampai sekarang Najib masih belum kelihatan sebagai pemimpin yang benar-benar bersih dari segala dakwaan. Isu altantuya contohnya. Walaupun Najib telah berkali-kali bersumpah untuk menafikan keterlibatan beliau dalam skandal tersebut, tetapi rakyat masih tidak berpuas hati. Dalam ISLAM sekalipun, sumpah akan dilakukan selepas proses perundangan selesai. Sumpah tidak menyebabkan tertuduh bebas dari tuduhan. Apakah Najib telah dibersihkan dengan undang-undang dalam isu Altantuya Sharibuu. Begitu juga dengan komisyen Kapal selam yang tinggi sehingga mencapai angka RM 530 juta ringgit. Isu ini terus senyap begitu sahaja tanpa ada pembersihan nama beliau dimahkamah. Semua isu ini melambangkan bahawa Najib masih belum layak menduduki sebagai seorang pemimpin negara umat Islam. Mungkin beliau layak menduduki kerusi Presiden UMNO tetapi bukan kerusi Perdana Menteri. Tetapi suka atau tidak, rakyat terpaksa menerima Perdana Menteri sebegitu dalam bulan Mac nanti. Mungkin Najib adalah Perdana Menteri dari Kerajaan BN yang terakhir bagi mengakhiri teori RAHMAN itu.. Semoga kezaliman terhadap ISLAM akan berakhir dengan terhilangkan kekuasaan UMNO di bumi Malaysia, insyaAllah.
www.attakiri.blogspot.com

Saturday, October 18, 2008

APA NAK JADI DENGAN PEMUDA UMNO KELANTAN?

Malu sungguh menyaksikan gelagat sebahagian pemimpin dan ahli pergerakan pemuda UMNO Kelantan akhir-akhir ini.

Kijang tidak tahu mana mahu letak muka kalau Kijang ahli UMNO.

Sudah pasti tindakan-tindakan ini ditertawakan penyokong Pas kerana musim pilihan raya mereka berdepan dengan kalangan Pemuda UMNO, pada musim pemilihan UMNO, mereka berdepan sesame sendiri.
Kelmarin beberapa ahli Pemuda UMNO Bahagian Kubang Krian melakukan protes di hadapan Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu.
Mereka melakukan itu kononnya menuntut keadilan dan membantah keputusan Ketua Pemuda bahagian berkenaan.

Semalam pula persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Beliau yang dikenali sebagai Suhaimi Che Hussin juga mendakwa jumlah berkenaan mungkin tidak betul memandangkan masih ada bantahan terhadap mesyuarat cawangan yang belum selesai seperti Cawangan Tepi Sungai.

Laporan Bernama menyebut, Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affendi Yusof cuba mententeramkan keadaan dengan menjelaskan perkara berkenaan tidak seharusnya timbul kerana jumlah perwakilan itu telah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Affendi berkata, kekecohan berkenaan sudah dijangka memandangkan beliau sendiri sudah maklum dengan perancangan dan strategi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengganggu mesyuarat.

"Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku terutamanya setelah empat anggota Umno Rantau Panjang digantung keahliannya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun penyokong beliau cuba diprovokasi oleh pihak yang tidak berpuas hati.

Ketua Umno Bahagian, Abdullah Mat Yasin ketika ditemui menyifatkan kekecohan berkenaan hanya kerana salah faham memandangkan ada anggota yang tidak tahu cawangan mereka bertukar perwakilan.

"Ada sesetengah cawangan terpaksa diadakan mesyuarat sebanyak dua kali dengan mesyuarat kali kedua dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemantau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdullah berkata, jumlah 461 perwakilan berkenaan adalah betul dan telah disahkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Masalah ini kita percaya wujud kerana penyokong bekas Ketua Bahagian dulu yang tidak berpuashati dengan tindakan Lembaga Disiplin Umno yang mengantung keahlian beliau," katanya.

Mesyuarat berkenaan kemudiannya disambung selepas solat Jumaat ini.
Persidangan itu bagaimanapun sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Pemuda bahagian itu juga mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk bertanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu.

KENAPA NIK AZIZ INTIM DENGAN ANWAR?

Apa yang membuatkan Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat begitu taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga terus begitu yakin bahawa Penasihat PKR itu akan menjadi Perdana Menteri?

Jelas sekali di kalangan pemimpin Pas, Nik Azizlah orang yang paling memuja Anwar.
Malah, beliau yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih tetap yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.

Apakah ada apa-apa antara mereka yang menyebabkan Anwar sering menerima layanan istimewa di Kelantan?

Angin bertiup kencang kononnya Anwar ‘menderma besar’ untuk menjamin kerajaan Pas tidak ditumbangkan pada pilihan raya lalu.

Yang mungkin tahu perkara ini pun antara mereka berdua dan mungkin orang ketiga ialah Datuk Husam Musa.

Ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Sambil itu beliau menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan.

Keputusan memilih Anwar itu, kata Nik Aziz, kerana sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Beliau akui wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh liwat sedangkan mahkamah tuduhan kali pertama mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan memilih Anwar ketika pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.Matlamatnya memang pilihan raya dan menggantikan BN.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.