| Aziz...mahu 15 kerusi DUN |
Thursday, February 15, 2018
PKR Berhasrat Tanding Banyak Kerusi Di Kelantan Tetapi???
Wednesday, March 29, 2017
Che Abdullah Nafi PAS Mahu Ambil Kerusi ‘Dipinjam’ Kepada PKR
Friday, November 12, 2010
ZAID IBRAHIM TU UMNO DAH REJECT?
Daripada http://newkk.blogspot.com/
Zaid Ibrahim berjaya mengistihaarkan bahawa beliau layak jadi Ketua PKR yang baru, ini diluahkan semasa sidang akhbar yang diadakan dirumah beliau apabila ada wartawan bertanya kepada beliau, siapakah patut jadi Ketua PKR yang baru, jawabnya saya fikir saya boleh. Rupa-rupanya beliau menyertai PKR nak jadi Ketua bukan nak melihat Pakatan Rakyat jadi kuat dan dapat menawan PUTRAJAYA.
Zaid Ibrahim jadi begini kerana kesilapan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi melantik beliau jadi Senator dan diberi jawatan Menteri, Gahnya tidak terkira, mahu dilihat beliaulah yang hebat, dan sungguh permainan politiknya hebat, bukan saja sekarang tapi semasa dalam UMNO dulu lagi, sepak teranjang beliau membuat UMNO Bahagian Kota Bharu punah sehingga kini belum pulih lagi.
Kepintaran beliau bermain politik berjaya sehingga hari ini kerana samasa hayat politiknya mahu berakhir dalam UMNO beliau keluar UMNO dan menyertai PKR, dalam PKR beliau diberi banyak keistimewaan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walau pun orang baru dalam PKR beliau telah menonjol sebagai salah seorang pemimpin masa depan PKR.
Kini beliau mahu menawan hati ahli-ahli PKR supaya menyebelahi beliau dan menjatuhkan Anwar Ibrahim, beliau nampaknya mahu menjadi Ketua PKR dengan harapan apabila Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR berjaya menumbangkan BN dalam piliharaya umum yang akan datang maka beliaulah yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 nanti.
Sikap yang tidak mengenang budi yang ada dalam dirinya boleh merusakkan perjuangan murni rakyat yang mendokong 'Reformasi' yang mahu melihat Kerajaan Malaysia dimasa depan akan lebih bersih dan lebih baik apabila Pakatan Rakyat memerintah.
Mujurlah Tuhan telah menyekat awal-awal lagi kemaraan beliau yang bercita-cita tinggi itu dengan mengalahkan beliau dari terus merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, beliau mengaku ditengah jalan tapi meneruskan hasrat 'biar sama saja' didalam PKR. Sekiranya beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sudah pasti Wan Azizah akan dimamahnya hidup-hidup supaya jawatan Presiden itu kosong dan beliaulah yang akan bertindak sebagai Presiden.
Dengan arus politik Malaysia sekarang sudah jelas rakyat akan menolak Kerajaan BN yang gagal mentarbiahkan pemimpinnya supaya tidak menyombong dan memperkayakan diri dan keluarganya yang mengakibat rakyat tidak akan memilih BN dalam PRU 13 nanti.
Apabila Kerajaan ditolak oleh rakyat maka tentunya Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan dan pada waktu itu akan gilalah Zaid Ibrahim nak jadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang berperangai seperti Zaid Ibrahim ini tidak layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri kerana sikapnya 'dia saja yang betul' dan melihat orang lain mesti menurut kehendaknya.
Dalam kemelut PKR sekarang ini sebenarnya Anwar Ibrahim yang salah, salah kerana mudah menerima Zaid Ibrahim dalam barisan penting kempimpinan PKR, melantik Zaid Ibrahim kedalam Biro Politik, memberi tugas sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat, memberi jadi calun PR di Hulu Selangor dan melantik beliau jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan tanpa menyelidik apakah tujuan sebenar Zaid Ibrahim ingin menyertai PKR.
Anwar Ibrahim bernasib baik, mujur tembelang Zaid Ibrahim dapat dilihat dengan cepat dan Zaid Ibrahim sendiri membuka tembelangnya. Hari ini Zaid Ibrahim berjaya mempengaruhi beberapa orang kuat PKR bersamanya untuk menghancurkan PKR dari dalam dengan bertindak memburuk-buruk Anwar Ibrahim dan Azmi Ali. Kenapa Zaid Ibrahim tidak memburukkan Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR.
Kerana Zaid Ibrahim tahu sekiranya beliau memburukkan Wan Azizah Ismail itu bererti beliau membuka pekung didadanya sendiri kerana Wan Azizah Ismail adalah orang yang bersih dan diterima oleh seluruh rakyat jelata.
Zaid Ibrahim nak jadi Ketua PKR tapi takut kepada Wan Azizah Ismail. Jadi menitilah beliau pada dahan yang bongkok.
Thursday, March 4, 2010
PENDEDAHAN MENARIK TENTANG ANWAR
Nurul Izzah binti Anwar (born November 19, 1980) is a Malaysian politician from Parti Keadilan Rakyat (PKR), and is the current Member of Parliament for Lembah Pantai. She is the daughter of Anwar Ibrahim, a former Malaysian Deputy Prime Minister and the current de facto opposition leader and of the PKR.[1] Her mother, Wan Azizah Wan Ismail, is the President of PKR.Ini statistik telah aku ambil dari blog TM aka TaipingMali, menarik sungguh persoalan yang ditimbulkan oleh blogger tersebut! Hmm, bukan apa cuma nak mengingatkan aje, Anwar Harami dan Wan Azizah ni cuma manusia biasa je kan? Mereka pun tak lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran kot....
Kat bawah ini, ada sedikit petikan dari Blog X-PKR, menarik sekali isu yang dibangkitkan oleh blogger ini juga, anda mesti kena baca:
1. Semalam, 28 Feb 2010 genaplah 30 tahun AnWAR membawa Azizah kahwin lari. AnWAR membawa lari Azizah setelah bapa Azizah Datuk Dr. Wan Ismail tidak bersetuju samasekali hasrat AnWAR mahu menyunting anakandanya untuk dijadikan isteri. Bukan setakat tidak setuju, malah Datuk Wan Ismail teramat marah hingga mahu menembak AnWAR!
2. Itu cerita lama, namun sejarah tidak dapat dipadamkan. AnWAR sendiri hingga kini cuba menyembunyikan tarikh beliau berkahwin lari. Anak-anak mereka hanya tahu tarikh tetapi AnWAR tidak pernah menceritakan kepada mereka bagaimana cara beliau mendapatkan Azizah. Ada yang cuba bertanya, namun dimarahi AnWAR agar tidak bertanya lagi.
3. Ketua rombongan meminang AnWAR ketika tahun 1980 ialah Ustaz Ahmad Awang (bekas Pesuruhjaya PAS Perak). Lurusnya Ahmad Awang hingga kini dipermainkan AnWAR. Kejap marah, kejap sayang. Bukannya beliau tak tau perangai AnWAR yang kaki 'putar'. Banyak kali dari zaman ABIM, Persatuan Ulama', kini dalam PAS, Usataz Ahmad Awang kena 'jual' aje dengan AnWAR.
4. Azizah pula, 'lakonannya' makin tak menjadi! Sepanjang 30 tahun berkahwin, bukan sedikit hatinya diguris AnWAR. Semasa zaman ABIM, AnWAR lebih pentingkan kawan-kawannya. Setelah itu, AnWAR lebih mengutamakan Sukma, Azmin dan Shamsidar. Azizah sering ditengking dan dibodohkan di hadapan keluarga dan rakan-rakan.
5. Kini Azizah diheret ke mahkamah. Tiba-tiba menjadi saksi alibi kepada kes liwat AnWAR. Saya pernah menulis, ini bakal memecahkan tembelang Azizah. Banyak yang bertanya, apakah Azizah tidak mengetahui perangai AnWAR selama ini? Rata-rata menjawab sukar untuk dinyatakan apakah Azizah tahu atau tidak!
6. Namun dalam kes ini, jika Azizah gagal membuktikan alibi beliau, maka pecahlah tembelang Azizah beliau berbohong. Apabila berbohong maknanya beliau tahu perkara sebenar. Apabila tahu perkara sebenar, kenapa beliau berbohong? Apakah tangannya yang sentiasa memegang tasbih dan menggenggam tangan AnWAR di mahkamah hanya lakonan?
Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan AnWAR.........
Sekian.
Ada baiknya kalau difikirkan dengan sedalam-dalamnya, mereka ini pun manusia biasa, ANWAR CIFUT bukanlah malaikat! Memang dari dulu lagi si peliwat ini bermasalah, attitude problem beb! Jadi kepada sesiapa yang masih teruja dengan dia, kembalilah kepangkal jalan!
Ramai dari kalangan PKR dah sedar, anda bila lagi? Kepada yang nak tengok Alexa ranking blog House PK ini, sila klik sini - bukan apa just untuk berkongsi sama je;Ada kisah-kisah menarik tentang anak angkat Anwar CIFUT di bawah ini yang wajib dibaca oleh anda!
1. Anak angkat yang hampir menjadi menantu..
2. Pendedahan tentang anak angkat dengan Kalimullah!
3. GEVI Spa yang membeli MV Augusta pada 1 EURO milik siapa?
Baca jangan tak baca! Memang panas dan terhangat! Aku masih lagi menunggu jawapan dari anak angkat CIFUT BABI ini tentang 'income' dia! Bagaimana dia boleh menjadi jutawan walau tidak berkerja?
Apakah rahsia beliau?
Sudikah anak angkat Al Juburi ini berkongsi rahsianya dengan kita?
http://parpukari.blogspot.com/
Wednesday, March 3, 2010
CERAMAH EZAM DI SELURUH NEGARA BUAT ANWAR PANAS PUNGGONG !





terima kasih aku ucapkan saudara ghani haron(rakan seISA ezam) kerana telah mengirimkan beberapa gambar penting siri ceramah ezam.
siri penjelajahan ceramah ezam ke seluruh negara ini bermula di UITM jengka pahang, bersama ustaz ridhuan tee abdullah. lebih hebat apabila tetamu kehormat yang turut hadir dalam ceramah ezam adalah ke bawah duli yang maha mulia sultan haji ahmad shah beserta tengku abdullah
kemudian ezam ke melaka. disusuli dengan trengganu,lenggong perak,kuala kangsar dan yang terbaru di bachok kelantan, menyampaikan ceramah mengenai royalti minyak bersama tok pa dan awang adek.
sudah aku katakan bahawa sudah ada gerakan cukup teratur daripada beberapa pemimpin melayu melanyak anwar,dap dan pakatan haram.
umno selangor sudah memanaskan enjin menyerang pakatan. dimulakan dengan umno bahagian shah alam,klang,subang dan insyaallah disusuli dengan kuala selangor,umno kota raja dan gombak dalam masa terdekat...3 bahagian umno ini akan meneruskan siri ceramah jelajah ke seluruh negara oleh ezam dan rakan-rakan.gerakan PERKASA terbesar juga akan berlaku pada bulan mac.
aku sempat tanyan ghani haron, sampai takat mana ezam akan buat road show ni ? ghani kata ezam akan pastikan anwar dan kuncu-kuncu munafik melayu pakatan tumbang ,terlingkup dan ditalkinkan secara rasminya oleh seluruh umat bangsa melayu dalam masa terdekat ! ini janji ezam, sms ghani kat aku..
nampak tak puzzle gerakan ini ? ezam..umno..perkasa..bloger...dll (buat masa ini dirahsiakan). TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN MELAYU..
kepada bahagian-bahagian umno di seluruh negara sila email dan hubungi gap jika ada program ceramah besar di tempat kamu..gap dan rakan-rakan bloger lain sedia membantu promosikan program anda.kerjasama bloger dan seluruh bahagian-babgian umno amat dialukan !
Tuesday, February 9, 2010
ANWAR KAKI PENIPU?
Benarkah Anwar Ibrahim kaki penipu atau kelentong?
“Ya...” kata Ezam Mohd Nor. Bukan orang lain yang kata Anwar kaki kelentong. Bekas orang kuatnya.
Sudah berapa lama Anwar kaki penipu?
Apabila Ezam Mohd Nor mengatakan ‘Anwar jangan tipu rakyat lagi’, apakah bermaksud selama ini Anwar kaki penipu?
“Dulu saya merupakan orang yang berada di barisan hadapan menyokong dan membela beliau.
Tetapi hari ini, ramai yang semakin sedar, nampak kebenaran dan tahu siapa sebenarnya Anwar.
Anwar adalah seorang pemimpin yang meletakkan cita-cita dan masalah peribadinya, mengatasi cita-cita, wawasan dan masalah Negara.”

Demikian tegas Ezam. Apakah juga bermakna mereka yang ‘melarikan atau menjauhkan diri” daripada Anwar kerana tidak mahu bersubahat menipu rakyat?
Semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberi nasihat agar tidak terus menipu atau mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau hingga menyusahkan mereka.
Siapa yang memberikan nasihat?
Beliau ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri.
Ezam berkata, ramai rakyat yang tertipu dengan helah Anwar sebelum ini termasuklah dirinya sendiri sehingga mempercayai segala pembohongannya.
Beliau mengulas mengenai kurangnya sokongan rakyat terhadap siri demonstrasi yang diadakan sebagai bantahan terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu berbanding sewaktu Ezam mengetuai demonstrasi pada tahun 1998.
Menurut Ezam, Anwar mungkin seorang yang hebat berpidato sehingga mampu meyakinkan rakyat untuk berdemonstrasi tetapi tindakannya itu hanya untuk memenuhi kepentingan peribadinya semata-mata.
Ezam mengingatkan rakyat Malaysia supaya membiarkan masalah peribadi Anwar diselesaikan oleh beliau sendiri.
“Jangan kita rosakkan dan musnahkan masa depan hanya kerana membela pemimpin yang tidak ada ciri kenegarawan dan mempunyai moral yang tidak baik seperti itu,” katanya.
“Saya nasihatkan Anwar, jangan heret rakyat lagi. Masalah peribadi beliau, selesaikanlah sendiri. Mengapa perlu pengaruh rakyat untuk turun berdemonstrasi. Ia akhirnya akan menyusahkan rakyat.
“Apabila ditangkap, (rakyat) perlu bayar wang ikat jamin, bahkan ada yang kehilangan kerja sehingga ke hari ini sedangkan Anwar bersenang-lenang. Anwar harus hentikan semua ini,” katanya di Pelabuhan Kelang semalam.
Sebelum ini Ezam meminta umat Islam dan rakyat negara ini supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Anwar dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.
Beliau mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.
"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak. Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Pada 5 Januari 2010, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.
Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.
Saturday, September 5, 2009
BENARKAH KHALID JENIS HARUAN MAKAN ANAK?

Daripada The Unspinners
Hari ini, kami ingin mengisahkan sebuah kisah yang tidak pernah dibukukan atau diberitahu kepada umum. Menteri Besar Selangor dari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dikenali kerana
kegagapan beliau, tetapi jauh dari pengetahuan orang adalah dia tidak tergagap berkenaan bab perempuan.Perhubungan yang suka dijalin oleh Khalid adalah perhubungan dengan wanita yang bekerja di bawahnya. Orang yang menganalisa mereka yang suka perhubungan sulit sedemikian menganggap ini suatu perangai 'haruan makan anak.' Psikoloji yang menjadikan seseorang sedemikian adalah perangai suka membuli atau mendominasi orang lain, khususnya mereka di bawahnya.
Kisah hubungan sulit Khalid sewaktu beliau merupakan seorang boss besar di PNB adalah open secret yang diketahui ramai. Sesiapa saja yang bekerja di PNB tahu bahawa Khalid mempunyai perhubungan sulit dengan Setiausaha Peribadinya wanita bernama Rahimah. Memang Rahimah adalah idaman setiap jejaka di PNB dahulu. Orangnya cantik dan bentuk badan yang menggiurkan tapi setakat tengok sajalah bujang-bujang mahupun suami orang yang teringin.
Khalid memang seorang yang sangat licik dan cekap. Pada mulanya, dia dapat 'cover line' untuk merahsiakan perhubungan sulit ini, tetapi "sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah jua akhirnya." Orang sepejebat mula timbul curiga bila Rahimah sering kelihatan berada sama hingga lewat malam di pejabat. Kisahnya ada staf yang pergi menjumpainya terjumpa mereka berdua dalam keadaan yang seolah-olah baru lepas bercumbu-cumbuan. Lama-lama ramai yang menyedari perkara sama.
Perangai Khalid memang seorang yang kuat mendengki dan suka mendominasi orang-orang di bawahnya. Dia terkenal dengan permainan politik pejabat hingga dapat membodek Pengerusi
PNB Tun Ismail Ali untuk percaya penuh padanya. Dari kepercayaan ini, dia gunakan untuk membunuh satu-satu mangsanya. Masa dahulu, Setiausaha Agung PKR Dato Salehuddin Hashim merupakan salah seorang dari mereka yang dimusuhinya.Rupa-rupanya perangai 'haruan makan anak' ini tidak habis-habis lagi walaupun sudah jadi orang politik yang gerak laku kena sentiasa berhati-hati. Tidak dapat lakukan terhadap staf pejabat, Khalid telah lakukan perkara sama terhadap ahli exco lain. Dalam diam-diam Khalid telah ada hubungan sulit dengan exco dari PKR yang penuh kontroversi, Elizabeth Wong. Mereka kelihatan amat intim di khalayak ramai, namun siapa sangka keintiman mereka ini berakhir di kamar tidur.
Katanya ini adalah penyebab sebenar yang membuatkan si Hilmi, kekasih Eli Wong semasa itu dari koleksi kekasih-Kekasih Eli, menjadi amat cemburu. Hilmi adalah pengikut setia Azmin Ali dan telah meminta khidmat nasihat dari bosnya. Mereka pun a memasang perangkap untuk menjatuhkan Elizabeth Wong!
Perangkap mengena dan Eli dibogelkan di serata dunia. Eli sememangnya mempunyai nafsu yang kuat dan menjalani hidup seks bebas yang sentiasa menukar pasangan. Dalam bab ini, hutan exco alam sekitar ini tidak memilih dan sedia berhangatan dengan pelbagai bangsa. Cock a doodle do. Any cock would do.
Ingatkah anda bagaimana Khalid Ibrahim berkeras mempertahankan semasa skandal ini meletup tidak lama dahulu? Mana mungkin dia membenarkan kekasih hatinya diperlakukan begitu. Macam-macam konar baring dan putarbelit si Khalid untuk melengah-lengahkan keputusan dalam usaha bermati-matian mempertahan dan menyelamatkan Eli. Akhirnya dapat diselamatkan ratu cinta pelbagai bangsa.
Di dalam Parti PKR sememangnya wujud beberapa kem yang berlainan. Adegan jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sudah menjadi permainan politik dalaman bagi pemimpin yang sudah mula merasai kuasa. Si polan A akan cuba mencari kelemahan si Polan B dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan persaingan kem ini yang mendedahkan kita akan rahsia pelik dalam PKR.
Siapa boleh menyangka Khalid yang gagap ini tidak gagap dalam hal perempuan? Rupanya Khalid terlindung disebalik kegagapan seorang kasanova yang bernafsu besar!
Sunday, July 19, 2009
Hindraf pun tak harapkan Pakatan Rakyat?
Harapan terhadap PKR, DAP dan PAS berkecai!
Ini sebahagian daripada luahan perasaan pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar dalam tulisannya yang dikeluarkan dalam bentuk buku setebal 114 halaman hari ini.
Kata beliau, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu kini mula mengabaikan kepentingan
masyarakat India kerana dilihat sudah tiada kekuatan politik."Inilah hakikat politik yang kita lalui sekarang," kata beliau dalam bukunya bertajuk Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward yang dilancarkan sempena pengumuman penubuhan Parti Hak Asasi Manusia.
Kandungan buku itu dihasilkan ketika beliau berada dalam tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 514 hari di Kamunting, Taiping.
"Adalah jelas dan ketara bahawa apa yang PKR, DAP dan PAS mahukan daripada kita ialah hanya undi semata-mata.
"Ahli politik adalah ahli politik! Sejauh mana bezanya lima kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan PAS berbanding bekas kerajaan negeri diterajui Umno ataupun kerajaan pusat Umno bagi (kepentingan) masyarakat India?" katanya.
Beliau memuatkan kekecewaan dengan prestasi Pakatan Rakyat yang didakwa tidak membantu masyarakat India dalam 10 halaman.
Katanya, selepas pilihan raya umum 2008 ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat yang sepatutnya dilihat sebagai "parti pelbagai kaum" telah mengabaikan kepentingan masyarakat India.
"Kini kita berhadapan dengan keadaan sebenar dan sudah bersedia untuk bercakap mengenai realiti politik.
"Kita perlu berhadapan dengan fakta ini. Sebagai contoh salah satu daripada 18 perkara yang dituntut ialah kesemua 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kuil, krematorium, lokasi pengebumian dan kawasan setinggan diduduki masyarakat India diberikan tanah kerajaan dan diwartakan dengan sewajarnya," katanya sambil menambah, keadaan sebaliknya berlaku sekarang.
Tambah beliau, "nampaknya PKR, DAP dan PAS tidak berminat untuk menyelesaikan mana-mana perkara yang dituntut itu walaupun beberapa bidang terletak seratus peratus di bawah kerajaan negeri".
Hindraf mengadakan perhimpunan di ibu negara dalam usaha mengetengahkan 18 tuntutan itu pada 25 November 2007 - lima bulan sebelum pilihan raya umum ke-12.
Gelombang kemarahan itu digunakan sebagai modal kempen oleh Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum Mac 2008 dan dilihat telah menyumbang kepada prestasi baik pembangkang yang menawan lima kerajaan negeri dan menindakkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
CHUA TIPU ORANG CINA
Lepas dan biarkan bekas Naib Presiden MCA itu, Datuk Chua Jui Meng sesat jalan dengan memilih parti perkauman seperti PKR untuk meneruskan sisa politiknya.

Lagipun, dia merasa sudah cukup menabur bakti sebelum ini.
Namun yang pasti Chua tipu orang Cina yang menyokong Barisan Nasional (BN) kerana sehari sebelum itu beliau bersandiwara mengatakan untuk memberikan ruang kepada orang lain apabila beliau meletakkan jawatan dalam bahagian.
Apapun, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat sedih dengan tindakan Datuk Chua Jui Meng meninggalkan MCA untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Menurut Menteri Pengangkutan itu, walaupun sedih, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana melihat tindakan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
''Saya sedih kerana beliau merupakan orang lama dalam parti. Saya harap keputusan ini adalah untuk kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA di semalam.
Ditanya adakah keputusan bekas Menteri Kesihatan itu memberi kesan kepada MCA, Tee Keat berkata, setiap hari akan ada orang yang masuk dan keluar parti.
''Inilah politik. Sesiapa sahaja berhak untuk menyertai mana-mana parti," ujarnya.
Tee Keat berkata, hubungan persahabatan antara mereka tidak pernah terjejas walaupun kedua-duanya bertanding pada pemilihan parti yang diadakan tahun lalu.
Berhubung soalan adakah keputusan Jui Meng menyertai PKR disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinannya, Tee Keat berkata, isu itu tidak timbul kerana Jui Meng sebelum ini meminta pengikutnya terus menyokong kepimpinan beliau.
Sementara itu, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kecewa dengan tindakan bekas Menteri Kesihatan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PRK) semalam.
Katanya, beliau pernah berhubung dengan Jui Meng baru-baru ini dan tiada sebarang petanda yang menunjukkan bekas Naib Presiden MCA itu akan keluar parti untuk menyertai pakatan pembangkang.
"Saya pernah cakap beberapa hari lalu bahawa saya yakin Jui Meng akan kekal dalam MCA kerana parti ini ada banyak ruang untuk beliau meneruskan kerjanya.
"Jui Meng mungkin mempunyai cita-cita dan matlamatnya tersendiri sehingga mendorong beliau mengambil keputusan untuk menyertai PKR," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kesejahteraan Energy TSM Wellness Sdn. Bhd. di Plaza Damas, Sri Hartamas semalam.
Khamis lalu, Jui Meng mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri, Johor yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.
Beliau menyerahkan kepimpinan MCA bahagian itu kepada timbalannya, Sia Ka Tuan dan berharap peralihan kuasa itu dapat menyelesaikan masalah dalaman di bahagian berkenaan.
Bagaimanapun, Jui Meng hari ini mengisytiharkan menyertai PKR dalam satu forum anjuran PKR.
Menurut Tiong Lai, pucuk pimpinan MCA amat berharap semua pemimpin parti bersatu padu membantu mengukuhkan parti khususnya apabila ia sedang melalui saat-saat getir selepas pilihan raya umum lalu.
Jui Meng menyandang jawatan Menteri Kesihatan dari 1995 hingga 2004 dan beliau bertanding dua kali pada 2005 dan 2008 bagi jawatan Presiden MCA namun tewas kedua-duanya kepada Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Monday, July 13, 2009
JANGAN CABAR MELAYU LAGI
MELAMPAU dan biadap. Itulah kenyataan yang boleh menggambarkan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan apabila mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak memakai baju yang beridentitikan kemelayuan dalam sebarang majlis rasmi
termasuk yang dihadiri oleh Sultan sebagai tanda protes kerana kerajaan tidak memberikan status bumiputera kepada bukan Melayu.Ramai pihak berasa kurang senang dan berang dengan kenyataan tersebut malah memberikan pelbagai reaksi yang negatif, melambangkan betapa marahnya orang Melayu dengan isu ini. Malah ini bukan sekali Manoharan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur perkauman dan sensitif.
Malah sebelum itu juga Manoharan menuntut kerajaan agar memberikan status bumiputera kepada bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.
Barangkali Manoharan seorang yang pelupa, atau sengaja berbuat lupa, atau sememangnya tidak tahu bersyukur dengan apa yang beliau peroleh sekarang?
Secara peribadi saya berasa sangat hairan kenapa masih ada lagi manusia yang mempertikaikan tentang hak keistimewaan orang Melayu, taraf bumiputera, malah tergamak menghina budaya orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Apakah tidak cukup dengan apa yang telah diberikan oleh orang Melayu, ‘kerajaan Melayu’, raja-raja Melayu selama ini kepada bukan Melayu?
Apakah orang bukan Melayu di negara ini ditindas? Atau adakah masih ada orang bukan Melayu yang tidak dibenarkan belajar di universiti awam, mencari sumber pendapatan, menghimpunkan harta kekayaan, mengamalkan fahaman agama dan budaya mereka di ‘bumi orang Melayu’ ini?
Kalau hendak dibandingkan dengan kemiskinan, terdapat juga orang Melayu yang masih guna lampu pelita minyak tanah, mandi di parit, mengutip tin-tin kosong, tinggal di rumah yang besar sedikit daripada reban ayam.
Orang bukan Melayu pula bagaimana? Siapakah majoriti yang memandu Mercedes Benz atau BMW di jalan raya negara ini? Malah, dalam senarai sepuluh orang bilionair Malaysia, siapakah yang mengisi tempat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya? Berapakah bilangan bilionair Melayu dalam senarai itu?
Apakah Manoharan tidak dapat melihat, menilai, mendengar semua kenyataan tersebut sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengundang amarah Melayu?
Orang Melayu sudah banyak berkorban demi perpaduan kaum di negara ini tetapi apa balasan yang orang Melayu terima? Yang ada hanya sekelompok manusia jahil yang terus mempertikaikan orang Melayu.
Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang mereka peroleh sekarang ini adalah salah satu pengorbanan terbesar orang Melayu kepada mereka apabila orang Melayu sanggup beralah dan memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu?
Kewarganegaraan adalah suatu hak yang amat besar. Dengan kewarganegaraan inilah orang bukan Melayu mempunyai hak istimewa apabila dibenarkan untuk mengundi, memilih pemimpin yang mereka sukai, malah turut menjadi calon dan wakil rakyat dan secara tidak langsung turut menjadi sebahagian daripada ‘warga’ yang terlibat dalam pembuatan dasar kerajaan.
Malah apa yang Manoharan peroleh sekarang ini juga adalah hasil daripada tolak ansur orang Melayu dalam ‘pakatan murni’ dahulu. Seandainya orang Melayu memilih untuk tidak menyokong dan berperang pada waktu itu, adakah kita akan dapat merasai semua ini sekarang?
Bukalah mata dan telinga wahai Manoharan dan juga sesiapa yang ingin terus menerus mempertikaikan orang Melayu. Apa yang kita miliki sekarang adalah hasil tolak ansur secara bersama. Jadi jangan dirosakkan semua itu hanya kerana ingin mengikut nafsu sahaja.
Bersyukurlah Manoharan kerana kamu adalah warganegara Malaysia. Seandainya kamu di negara asal keturunan kamu, mungkin kamu sudah diburu samseng lantaran sikap biadap dan kurang ajar kamu itu.
Orang Melayu di sini masih lagi taat dan patuh pada undang-undang dan masih mempunyai semangat kerukunan.
Justeru, usahlah cabar dan hancurkan semangat kerukunan tersebut kerana yang akan rugi adalah negara kita sendiri. Sayangilah negara kita bersama.
Friday, May 29, 2009
YANG TAK SERUPA DAN TAK SAMA
Blog hambali1.blgspot.com mengajak penjenguk dan pelayar memahami apa yang ditulis melalui blog www.jaranganakmelayu1.blogspot.com
Ia sesuatu yang menarik untuk didalami dan difahami, khususnya dalam menyelami apa sebenarnya berlaku di Perak dan Terengganu.Tulisan ini mungkin jawapan kepada penulisan lain dalam blog lain tetap mempunyai tajuk yang sama.
Baca apa yang terdapat dalam www.jaranganakmelayu1. blogspot.com (28 May 2009)
Prinsip Asas Raja Berpelembagaam dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Negeri-negeri di Malaysia ialah apabila parti politik yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan dan salah seorang ADUN daripada parti memerintah akan dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan menjadi Menteri Besar.
Contohnya di Perak, keputusan PRU 12, BN 28 kerusi dan PR 31 kerusi. PR telah membentuk kerajaan Perak. DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah melantik salah seorang ADUN PR
daripada PAS iaitu YB. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.Apabila 3 ADUN dari parti memerintah (2 Adun PKR dan seorang dari DAP) telahpun mengisytiharkan keluar parti masing-masing untuk menyokong BN dan menjadi calon bebas, BN telah bertukar menjadi parti majoriti dalam DUN Perak selaras dengan kenyataan Pengerusi BN Perak merangkap TPM (ketika itu), YAB Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan di Putrajaya bahawa BN sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Perak.
Pada 5 Feb. 2009 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan telah mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Ketua Parti BN sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.
Dengan merujuk kepada Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan meyatakan bahawa ‘Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan …’
Dalam situasi yang berlaku di Perak hari ini, hakikat dan realitinya parti yang Nizar wakili hanya mendapat sokongan minoriti akibat daripada tiga ADUN PR keluar parti. Soal tidak meletak jawatan adalah bercanggah dengan Fasal di atas dan bukannya perlu ada usul undi tidak percaya berkait dengan hilangnya majoriti itu.
Soal tiga ADUN berpaling tadah kepada parti lawan itu adalah merupakan SEBAB UTAMA yang perlu dibincangkan di dalam kotak hilangnya sokongan majoriti terhadap Parti Memerintah. Perlu DITEGASKAN di sini bahawa ini adalah soal Parti Pemerintah lawan Parti Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukanlah isu Nizar lawan Dr Zamry.Akan tetapi kerana Nizar enggan meletakkan jawatan yang menyebabkan kemelut ini berpanjangan dan tidak berkesudahan. Nizar dan Zambry sebenarnya tidak perlu naik turun mahkamah kerana ianya jelas dinyatakan di dalam Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahawa dia wajib meletakkan jawatan.
Apakah kemelut di Terengganu berada dalam kondisi yang sama? Mungkin, kalaulah kumpulan 10 ADUN BN ini keluar parti daripada BN dan menyokong Parti Pembangkang iaitu PAS di Dewan Undangan Negeri maka barulah situasi tersebut akan sama dengan Perak. Di dalam hal ini MB Terengganu perlulah meletakkan jawatan selaras dengan Fasal 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang menyebut ‘ … hendaklah dia menawarkan keberhentian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri’.
Isu Terengganu jelas dan nyata “Tidak Serupa dan Tidak Sama” langsung dengan isu di Perak kerana 10 ADUN ini belum lagi mengishtiharkan keluar parti dan setakat ini tidak pernah menyokong parti pembangkang sama ada di dalam mahupun di luar Dewan Undangan Negeri.
(Catatan : DUN Terengganu ada 32 kerusi. BN 24 kerusi dan PAS 8 kerusi. Kalau benar 10 ADUN ini keluar daripada BN dan menyatakan sokongan kepada PAS bermakna telah mendapat majoriti dan YAB Dato’ Ahmad bin Said hendaklah meletakkan jawatan. Dalam hal ini, ADUN PAS mungkin ‘boleh’ menyokong tindakan 10 ADUN ini bagi menubuhkan sebuah kerajaan dan DYMM Sultan akan bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk melantik Menteri Besar. Nota: sepuluh ADUN BN yg sekiranya menjadi ADUN bebas masih tidak berpeluang jadi MB kerana tidak berparti, sebaliknya salah seorang daripada ADUN Pas akan dilantik menjadi MB baru berasaskan kepada Prinsip Demokrasi Berpelembagaan ADUN daripada parti akan dipilih.)
Dakwaan telah mendapat majoriti sokongan serta mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada YAB Menteri Besar masih TIDAK memenuhi prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan untuk menukar MB di mana mereka masih lagi berada di dalam parti yang sama iaitu 24 kerusi BN dan 8 kerusi PAS. Perbalahan mereka ini bolehlah diibaratkan sebagai “ribut dalam cawan’ atau ‘carik-carik bulu ayam’.
Walaubagaimana pun, tindakan 10 orang ADUN ini juga boleh dianggap sebagai menentang keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO di mana pada 27 Mac 2008 Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepenuhnya menyokong Ahmad, calon lantikan istana sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu Darul Iman. Ia juga boleh dianggap sebagai menentang dan mencabar keputusan DYMM Tuanku Sultan melantik YAB Dato’ Ahmad bin Said secara teratur mengikut Fasa 12 (2) Undang-Undang Bagi Diri Terengganu di mana Duli Yang Maha Mulia bolehlah bertindak dengan timbangan Baginda sendiri untuk melantik Menteri Besar.
Ini selaras dengan apa yang telah ditegaskan oleh YB DS Hishamuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu di dalam Malaysiakini.com pada 21 Mei 2009 sebagaimana berkata "Berdasarkan perkara-perkara pokok seperti kesetiaan kepada raja, dan kedudukan wakil rakyat BN yang perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang tinggi, sentiasalah bermusyawarah sesama kita untuk menyelesaikan sesuatu (masalah) tanpa dibincangkan di khalayak ramai," katanya.
Persoalannya, adakah kumpulan 10 ADUN ini terus tidak akur dalam situasi sekarang? Kalau tidak berani atau kena akur dengan mana-mana pihak untuk terus menyokong YAB Dato’ Ahmad bin Said selaku Menteri Besar, isytiharkan sahaja kepada rakyat bahawa mereka terus taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Menteri Besar dan mintalah rakyat di bawah mereka juga memberi sokongan dan taat setia kepada MB Terengganu ini dan seterusnya kepada Parti UMNO dan Barisan Nasional.
Atau kalau mereka tetap dengan prinsip, pegangan dan pendirian asal untuk menolak MB dan semua 10 ADUN berkenaan terus ‘keras keng’ dengan prinsip, pegangan serta pendirian mereka itu, isytiharkan bahawa mereka akan keluar parti dan memberikan sokongan kepada Parti PAS. Habis cerita dan keadaannya tidaklah tergantung dan menjadi tanda tanya serta mengelirukan rakyat bawahan. Dan kalau ini dijelaskan, YAB Menteri Besar perlulah menerima hakikat ini. Dalam hal ini soal maruah dan prinsip MB TIDAK TIMBUL sama sekali kerana ianya telah termaktub di dalam Prinsip Demokrasi Berpalimen Raja Berpelembagaan selaras dengan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.
Tidak sama seperti situasinya di Perak, kalau benar dakwaan kumpulan 10 ADUN bahawa mereka sudah hilang keyakinan dan sokongan kepada MB, bermakna walau apapun tuduhan, tohmahan, tafsiran, tanggapan, labelan kepada mereka, sama ada kumpulan budak jahat, kumpulan penderhaka, kumpulan buruk, kumpulan busuk, kumpulan tidak kenang budi, kumpulan pengkhianat atau apa sahaja labelnya, pokoknya mereka masih lagi dalam Kerajaan Barisan Nasional dan soal sudah hilang keyakinan dan hilang kepercayaan kepada MB tidak timbul sama sekali kecuali mereka keluar parti dan memberikan sokongan kepada Parti Pembangkang.
Tak perlulah bersusah-susah untuk mencari sebab musabab, punca dan premis-premisnya kerana hakikat dan penonjolan mereka adalah kepada isu sebenar atau isu pokok yakni mereka masih lagi berada di dalam Parti Barisan Nasional dan perbuatan mereka ini tidak mengurangkan dan menjejaskan majoriti ADUN BN di Dewan Undangan Negeri di mana DYMM Tuanku Sultan telah melantik YAB Dato’ Ahmad bin Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka ini ialah memberikan sokongan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada MB yang mengetuai Kerajaan Negeri (Parti Barisan Nasional) terutamanya di dalam Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan selari dengan 1Malaysia.
Sunday, February 8, 2009
BARU TERLENA DARI MIMPI…
Dahlah nyanyak, mimpi macam-macam pula!
Mimpi Permatang Pauh kalah, Kuala Terengganu menang tapi Perak tak timbul pula sebarang cerite.
Ada orang bisikkan dalam mimpi Kijang kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kalah 3-0. Maksudnya, kalah pilihan raya kecil di Permatang Pauh, kalah di Kuala Terengganu dan masuknya Datuk Nasaruddin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).Tetapi selepas tersedar Kijang dapati realitinya tidak sama dengan mimpi.
Najib memang kalah di Permatang Pauh, tidak pasti sama ada kalah di Kuala Terengganu kerana beliau bukan pengarah pilihan raya di Kuala Terengganu sementara Nasaruddin pula kembali ke UMNO.
Yang ini lagi berat. Bukan sekadar dia seorang sahaja kembali kepada UMNO.
Tiga lagi ‘rakannya’ iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada DAP turut menyeberang.
Najib sebagai Pengerusi BN Perak dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bukan sekadar membalas ‘gol’ dijaringkan tetapi juga membolosi gol lawan sebanyak ‘tiga’ lagi menyebabkan Pakatan Rakyat tumbang.
Hakikatnya kedudukan Najib kini ialah satu kalah, satu menang dan satu lagi tiada keputusan rasmi. Jadi bagi Kijang, kedudukannya kembali normal seperti asal.
Dengan kedudukannya akan mengambil alih tampuk pemerintahan Mac depan, moral Najib memang tinggi.
Siapa kata Najib berdepan dengan krisis kepimpinan kalau sedemikian?
Bagi Kijang, kalau nak mengukur prestasi, Najib memang dalam keadaan yang memberangsangkan.
Kalahnya BN di Terengganu, bukan kerana Najib.
Kijang setuju dengan Rakyat Malaysia (hambali1.blogspot.com) yang mengatakan memang pilihan raya Kuala Terengganu paling ‘huruhara’ dari segi organisasi BN.
Bukan salah Najib. Soal calon? Najib setuju saja dengan pilihan Kuala Terengganu. Najib pengarah pilihan raya? BUKAN. Menteri Besar Terengganu pengarah pilihan raya kecil Kuala Terengganu? BUKAN.
Jadi jangan salahkan Najib. Najib sudah melakukan segala-galanya.
Kijang mahu lihat Najib terus mencapai kejayaan.
Biarlah orang Perak memijak gambarnya, biarlah orang India baling botol ketika pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Itu budaya mereka!
Bagi Kijang, memang Najib ada class dan Najib tahan diuji!
Saturday, January 3, 2009
KERAJAAN SELANGOR SUDAH BERKUDIS
Kijang dah dapat meramalkannya dari awal.
Rakan blog menulis, belum lagi masuk setengah penggal memerentah Selangor, PKR sudah bergolak dan sudah ada Ahli Parlimen PKR sendiri yang sudah mula menunjukkan ketidakpuasan hati dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikatakan pentadbiran Menteri Besar Selangor ini. Perang mulut antara Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar, S. Manikavasagam sebelum ini mengancam untuk keluar parti.
Biarpun Manikavasagam hanya meletakkan jawatan timbalan ketua perhubungan PKR Selangor tetapi mengekalkan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan ahli parlimen Kapar tetapi kerajaan Selangor sudah berkudis.
Beliau mengugut meninggalkan parti selepas berdepan masalah dengan kepimpinan kerajaan Selangor yang diketuai oleh ketua perhubungan PKR negeri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini Hassan Ali terpaksa memecat dua Exco tertinggi PAS yang dikatakan tidak sehaluan dengan beliau. Rakyat Selangor juga merasakan mereka tertipu setelah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerentah negeri ini kerana segala janji yang telah mereka lalfazakn sebelum ini hanyalah merupakan janji-janji kosong sahaja.
Rakyat Selangor khususnya yang berbangsa Melayu merasakan bahawa PKR dan PAS kini adalah sebuah Parti yang menjadi boneka kepada DAP dan dengan kuasa yang ada di tangan mereka hanyalah untuk kepentingan pentadbiran tertinggi PKR dan mengukuhkan pengaruh DAP yang benar-benar memperjuangkan Malaysian - Malaysia dan fahaman sekular di negeri ini.
Pas di Selangor tidak lebih dari sebuah parti yang dianggap sebagai sebuah parti kelas kedua dan seolah-olah menempel sahaja untuk berkongsi kuasa. Suara PAS tidak lagi senyaring sebelum bersama Pakatan Rakyat dan suara mereka selalu didengar sebagai suara-suara yang sumbang oleh PKR dan DAP di negeri Selangor.
Walaupun mempunyai tiga Menteri Besar yang mewakili PAS di Malaysia, namun Pas hanya di anggap sebagai boneka yang gilakan kuasa dan telah lari dari hakikat perjuangan yang sebenar. Kini pergolakan yang berlaku kepada parti PKR yang mengakibatkan perang mulut antara Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Kapar.
Menariknya, seperti mana biasa, walaupun pertelagahan itu berpunca daripada kenyataan terbuka Manikavasagam sendiri, akhirnya media dipersalahkan kerana dituduh cuba memperbesar-besarkan isu Ahli Parlimen itu akan keluar meniggalkan PKR. Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, bagi mengingatkan semua pemimpin PKR dan juga pakatan pembangkang agar tidak membuat reaksi terbuka mengenai perbezaaan pendapat dan perbalahan sesama mereka melalui media yang dikuasai parti pemerintah yang disifatkannya sengaja mempesar-besarkan isu berkenaan.
“Saya menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukakan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Ahad. Pertelagahan politik dalaman PKR itu hangat diperkatakan apabila Jumaat lepas Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada PKR kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu yang disfatkannya mengabaikan kepentingan rakyat.
Nampaknya kempen jalan ke Putra Jaya yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim pada 16 - 9 dahulu kini memakan diri sendiri dan kepimpinan pembangkang sudah mula memakan kata-kata mereka sehingga Nik Aziz terpaksa mengutuk ahli Parlimen yang berhasrat melompat parti sebgaia pengkhianat sedangkan mereka dahulu yang cuba merayu agar Ahli Parlimen BN untuk melompat parti bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan dengan pengkhianat yang mereka pujuk. Malangnya ini tidak berlaku dan kini mereka pula akan menyaksikan satu demi satu Ahli Parlimen mereka akan melompat parti.
Wednesday, December 31, 2008
APA SUDAH JADI DENGAN PKR?
Lebih 50 pemimpin India mengugut akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan tubuh parti sendiri.
Pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat bertemu di Kuala Lumpur hari ini -
pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu - bagi menentukan hala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.Pertemuan yang dilihat sebagai “amat penting” akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus ‘didiskriminasi dan dipinggirkan’ oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.
Forum hari ini yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan membincangkan beberapa opsyen.
Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pertemuan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India.Ketika dihubungi mStar Online lewat petang kelmarin, Pengerusinya, P. Jenapala berkata, “kami mengadakan pertemuan ini untuk mencapai satu pendirian kukuh sama ada mahu kekal dalam PKR, Pakatan ataupun sebaliknya.”
“Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama,” kata beliau sambil menegaskan, pertemuan esok sebagai adalah amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu.
Jenapala merupakan Timbalan Setiausaha Agung PKR dan telah menyatakan hasrat untuk keluar PKR minggu lalu.Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.
“Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka.”Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama,” kata beliau.
Beliau menambah, ramai di kalangan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR menyedari bahawa “mereka tidak boleh kembali kepada Barisan Nasional.”
“Kami mahu tubuhkan satu badan di bawah satu payung iaitu mempunyai satu parti sendiri,” katanya.
Justeru, katanya, perlu membuat pendirian tegas untuk menentukan hala tuju masa depan dengan kemungkinan memikirkan menubuhkan sebuah parti baru bagi masyarakat India.
Jelas beliau, rasa tidak puas hati timbul sekitar isu pelantikan pemimpin India untuk memegang jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan serta memegang jawatan dalam agensi-agensi hubung kait kerajaan (GLC) dan dalam jawatankuasa kampung.
Pertemuan itu diadakan lima hari selepas Manikavasagam menyatakan hasrat untuk keluar PKR, yang dijadual diumumkan Rabu ini.
Pendirian Manikavasagam itu juga berkisar pada perkembangan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR, salah satu komponen ikatan pembangkang itu.Pakatan Rakyat dibentuk selepas prestasi pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.Manikavasagam juga dijadual mengumumkan pendiriannya selepas pertemuan tersebut.
Dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India.
Malah hari ini, mesyuarat Biro Politik iaitu badan tertinggi penentu dasar politik parti itu akan membincangkan semua perkara yang berkaitan dan mencari penyelesaian.
Ia akan dipengerusikan oleh Syed Husin sendiri memandangkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar ibu negara sehingga 6 Januari ini.PKR adalah anggota komponen Pakatan Rakyat yang memerintah lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Saturday, October 25, 2008
TIDAK WAJAR ZUL DIHENTAM KERANA TEGAKKAN ISLAM
Saya tidak faham kenapa Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar
Baharu) dimarahi dan dihentam kerana memperkatakan soal Islam.Apakah kerana beliau menghentam Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu partinya sendiri dan Majlis Peguam menyebabkan ramai yang muka mereka merah padam dan menghentamnya balik?
Yang menariknya, Zulkifli bukan sahaja ‘menghentam’ kera jaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga pem bangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mempertahankan agama Islam.
Apakah kerana kritikan Zulkifli itu , ia turut tempias kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Bukankah benar kata-kata Zulkifli bahawa Anwar yang mendakawa beliau pemimpin Islam sebenarnya tidak menegakkan Islam.
Dan penyokong-penyokong Anwar termasuklah penulis blog secara membuta tuli ‘membedal’ Zulkifli.
Yang mana penting antara Islam atau Anwar?
Zulkifli mengatakan yang benar dan jika Anwar memang tidak menegakkan Islam, perbetulkan pemimpin berkenaan. Anwar hanya manusia biasa, bukannya Nabi atau Rasul.Jika Rasul pun boleh ditegur, inikan manusia seperti Anwar yang banyak kelemahannya!
Benar kata Zulkifli bahawa kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.
‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.
Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.
Beliau menegaskan, PKR menyoal ketua nan Islam dan parti-parti komponen BN pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut anjakan dengan agama-agama lain.
Zulkifli turut membidas Majlis Peguam yang mewakili kes permohonan murtad Aza lina Jailani tanpa memikirkan bahawa ki ra-kira 40 peratus anggota majlis itu terdiri daripada peguam beragama Islam.
Beliau menambah, ada juga pihak yang mencabar penggunaan nama Allah dengan menegaskan mereka juga berhak serta mem bawa kes itu ke mahkamah dan perkara tersebut telah mencabar kestabilan politik serta keharmonian rakyat.
‘‘Agama Islam merupakan tonggak ke stabilan politik, oleh itu perlu dimartabatkan dan saya mencadangkan agar Perkara 3 dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia banyak digunakan untuk menyerang agama Islam.
Kerana itu beliau mencadangkan Perkara 11(1) dipinda de ngan memperjelaskan perkara berhubung de ngan kebebasan beragama dan bagi orang Islam tertakluk pada undang-undang Islam itu sendiri serta ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Pindaan ini menurutn ya, perlu dilakukan kerana saya tidak mahu perkara seperti Azalina berlaku apabila sebuah gereja memberi baptis kepa danya. Saya syorkan Bahagian Jenayah Sya riah kerajaan Persekutuan ditubuhkan untuk menguatkuasakan pindaan itu.”
Beliau turut mencadangkan Perkara 3 Per lembagaan Persekutuan mengenai Islam se bagai agama rasmi dipinda supaya ia dapat ditegaskan dalam bentuk syariah dan undang-undang.
Katanya, Majlis Peguam Muslim juga per lu ditubuhkan bagi menaungi peguam-peguam Islam agar mereka tidak perlu merujuk kepada Majlis Peguam bagi mendapat kela yakan untuk menjadi peguam.
Saturday, October 18, 2008
KENAPA NIK AZIZ INTIM DENGAN ANWAR?
Jelas sekali di kalangan pemimpin Pas, Nik Azizlah orang yang paling memuja Anwar.Malah, beliau yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih tetap yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.
Apakah ada apa-apa antara mereka yang menyebabkan Anwar sering menerima layanan istimewa di Kelantan?
Angin bertiup kencang kononnya Anwar ‘menderma besar’ untuk menjamin kerajaan Pas tidak ditumbangkan pada pilihan raya lalu.
Yang mungkin tahu perkara ini pun antara mereka berdua dan mungkin orang ketiga ialah Datuk Husam Musa.
Ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."
Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.
"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.
Sambil itu beliau menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan.
Keputusan memilih Anwar itu, kata Nik Aziz, kerana sudah lama dipersetujui oleh
pembangkang.Mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.
Beliau akui wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh liwat sedangkan mahkamah tuduhan kali pertama mahkamah sudah lepaskan beliau.
Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan memilih Anwar ketika pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.
"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau.
Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.Matlamatnya memang pilihan raya dan menggantikan BN.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.
Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.
Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.
Wednesday, October 15, 2008
APABILA DUA KAWAN RAPAT BERPERANG
Tapi akhir-akhir ini MSO dan Ibrahim sudah renggang. Bukan sahaja renggang tetapi apabila ada sahaja ruang untuk membelasah Ibrahim, MSO akan menggunakan peluang itu dengan secukup-cukupnya.Dari dulupun MSO tahu Ibrahim tidak ngam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi MSOI boleh pejam mata.
Tapi sekarang tidak lagi. Mengapa ya?
Ikuti apa kata MSO terhadap Ibrahim gara-gara Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengkritik Anwar. Ikuti tulisam MSO melalui blognya http://msomelayu.blogspot.com
Tuesday, October 14, 2008
Celoteh Murai 7
Paku Yang Mengatakan Dulang Serpih
Tadi Murai tertengok RTM 1 dan ternampak pula muka ahli Parlimen itu bersama ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zakarsi. Ahli Parlimen itu dijemput untuk mengulas mengenai perbahasan Bajet yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.
Bukan main lagi kedua mereka membelasah, menyindir dan memperlekehkan Anwar. Kononnya Anwar lebih banyak bercakap soal isu lapok dan mengulangi perkara yang sudah pun dibangkitkan. Ahli Parlimen itumendakwa beliau sendiri sudah membangkitkan apa yang disebut oleh Anwar.
Kata ahli Parlimen itu Anwar juga tidak mempunyai outoriti cukup untuk bercakap fasal ekonomi kerana Anwar tidak berkelulusan dalam bidang ekonomi. Kata ahli Parlimen itu lagi Anwar hanya lulus pengajian Melayu di Universiti Malaya tidak seperti Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleigh Hamzah ataupun Tun Daim Zanuddin.
Murai tersenyum macam kambing jamnapari sakit...mengapa pula tidak pertikaikan mengenai Abdullah Badawi dan Mohd Najib yang jadi Menteri Kewangan tetapi tidak ada track record dalam perniagaan dan berkelulusan ekonomi? Faham-fahamalah... mungkin ahli Parlimen itu terlupa agaknya mengenai diri kedua orang itu.
Ahli Parlimen itu juga mempersendakan Anwar katanya apa yang Anwar pernah buat ialah kolej swasta Yayasan Anda. Itupun dah tak ada lagi. Sudah lingkup.
Lalau ahli Parlimen itu menyarankan supaya Anwar jujur dan ikhals sepertinya. Murai rasa nak terberak dan terus jadi loya macam betina bunting anak haram mendengar kata-kata ahli Parlimen berkenaan. Pandai mengajar orang tetapi lupa melihat kepada diri sendiri.
Mungkin ahli Parlimen itu lupa apa yang berlaku di sekitar dirinya. Berbolot dengan segala macam najis, Mukalazzah, Mutawasitah dan Mukhafafah. Murai harap ahli Parlimen itu pergi kedai cermin dan tilik muka dan seluruh dirinya baik-baik. Kalau boleh beli cermin yang banyak dimensi agar boleh tengok dari semua sudut dari muka hingga ke pantak tahi.
Benarkah ahli Parlimen itu jujur dengan dirinya sendiri. Tidak ada kepentingan dan berjuang untuk rakyat? Dulu masa dilantik oleh Mahathir Mohamad jadi timbalan menteri di JPM (sebagai membalas budi), ahli Parlimen itu bertanggungjawab mengenai udang-undang dan jaga hakim dan peguam.
Apakah ahli Parlimen itu ada kelulusan udang-undang dari mana-mana kolej atau universiti melayakkan beliau memegang jawatan itu? Menurut pengakuannya sendiri beliau hanya lulusan dari Holiday Inn saja. Holiday Inn ialah hotel tempat penyangat dan broker politik berkeliaran di Jalan Raja Laut. Memegang sesuatu yang tidak sepatunya itu namanya kita tidak beramanah kepada diri sendiri! Hal ini ada disebutkan dalam buku agam di Tadika lagi... Tadika Kemas pun ada menyebutnya...
Sebenarnya ahli Parlimen itu hanya ada sijil diploma Sebaran Am UTM sahaja. UTM pun masa tu belum bertaraf universiti lagi. Sijil itu pun boleh dipertikaikan kerana beliau ambil peperiksaan di Kemunting. Menurutnya sendiri yang pernah Murai dengar peperiksaan itu dibantu sepenuhnya wader yang berasal dari Kelantan!
Kalau ahli Parlimen itu jjujur beliau patut tidak menerima jawatan timbalan menteri itu. Tetapi kenapa beliau terima juga sampai hampir setahun? Siapakah yang jujur dan tidak jujur dan munafik murakab dalam hal ini?
Lagi dia kata Anwar gaga; dalam perniagaan sekolah Yayasan Anda. Menuduh orang memang sedap tetapi ahli Parlimen itu melupai apa yang berlaku ke atas dirinya. Sekolah swasta, Polly Science yang ditubuhkan juga lingkup ditelan bumi. Bahkan beliau diistyharkan bankrup. Murai masih ingat notis mengenai kebankrupan ahli Parlimen itu pernah dikeluarkan dalam satu akhbar arus perdana sekitar tahuan 80-an dulu.
Kepada ahli Parlimen itu dan Fuad Zarkasi kalaupun nak membodek, bodeklah secara
terhormat dan jangan mengutuk Anwar melulu. Ingatlah sikit hari tidak selamanya mendung esok atau lusa ia akan panas. Dan semasa nafirin kebenaran tertiup nanti ke manakah anda hendak menghulurkan diri! Murai: Bersalam dengan ahli Parlimen itu di kantin Parlimen semalam tanpa ada kata dan bertentangan mata, salam itu tanda Murai gentleman dan jujur!
[14/10/08]
Tuesday, October 7, 2008
REPLIKA ANWAR SATU JE!
Cuba jenguk ke luar sikit. Gambar siapa yang banyak terpampan di sebelah lebuh raya, tepi jalan dan banner besar di bangunan-bangunan?Kijang nak tanya, gambar Mohd Ali sendiri tidak adakah yang besar khususnya di Melaka?
Bukankah tujuan meletakkan gambar itu sebagai ‘pemujaan’ – meraih sokongan?
Replika Anwar setinggi 12.2 meter itu dikatakan dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar.
Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.
Ini wang dikeluarkan oleh rakyat, tanpa menggunakan tabung awam seperti daripada ‘poket’ kerajaan negeri atau pertubuhan tertentu.
Bagaimana dengan gambar pemimpin tertentu dengan Perdana Menteri atau dengan Timbalan Perdana Menteri yang menggunakan ‘duit rakyat’?
Apakah duit itu tidak boleh dugunakan untuk keperluan lain umpamanya membantu rakyat miskin seperti yang dikatakan oleh Mohd Ali?
Apakah poster gergasi, banner gergasi dan bunting besar-besar serta bentuk lain pun banyak. Tidak membazir ke?
Persoalannya, kenapa kempen-kempen umpamanya pelancongan domestik pun mesti ada gambar menteri dengan Perdana Menteri.
Cuba kira berapa banyak?
Merata seluruh Malaysia dan bukankah itu juga sebagai mendewa-dewakan pemimpin?
Kadang-kadang bila bercakap tidak melihat diri sendiri seperti Mohd Ali inilah mudah untuk orang bantai balik UMNO.
Lagipun, apa kenapa mengena dengan kelulusan Pasnya, kalau penyokong Anwar mahu bina replika beliau.
Kijang rasa kalau tanya berdosa ke tidak berdosa memuja replika baru betul!
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ada menegaskan, Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
Inilah pemimpin UMNO, “orang tak boleh, dia boleh!”

Apa yang jelas kini gambar besar Anwar itu tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”
Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.
Katanya, ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.Bagaimanapun tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.
“Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. “Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” katanya.
