Friday, July 17, 2009

PAS DIKRITIK OLEH BLOGGER PRO-PAS SENDIRI

Daripada Malaysiakini

Beberapa laman web dan penulis blog yang pro-PAS tidak puas hati dengan kemenangan tipis parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kelmarin.

Menurut mereka, kemenangan "nyawa-nyawa ikan" dengan 65 undi antaranya berpunca daripada perbalahan yang berterusan dalam PAS berhubung isu kerajaan perpaduan.

Mereka juga mendakwa, ahli-ahli PAS juga tidak puas hati kerana "mereka dibiarkan gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab.

Dalam pilihanraya kecil kelmarin, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menewaskan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat tetapi majoritinya merosot jauh berbanding 1,352 undi yang diperolehi Ismail Yaakob (allahyarham) dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Mohd Fauzi mendapat 5,348 undi, manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: "PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini."

"Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa 'kata-kata sambutan' dari PAS Kelantan.

"Tanyalah pula PAS Kelantan apa 'agenda dan doa' sesetengah dari PAS Terengganu.

"Kepada ahli PAS yang tidak tenggelam bersama suasana di Manek Urai, jangan sibuk menafikan ia tidak berlaku. Ada petugas Kelantan yang terang-terang menyindir '(penyokong) kerajaan perpaduan duduk jauh-jauh'.

"Ada pula yang dari Terengganu mengidamkan untuk melihat PAS kalah di Manek Urai."

Idea kerajaan perpaduan dengan Umno dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun ia ditentang keras oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga ke peringkat menggesa Nasharuddin melepaskan jawatan timbalan presiden dan ahli parlimen Bachok jika ingin teris menyokong saranan kontroversi itu.

Cadangan itu kemudian ditolak majlis presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.

Penulis di laman web Tranungkite juga mendakwa isu kerajaan perpaduan turut menjadi antara salah satu punca kegagalan PAS menang dengan majoriti yang besar.

"Nyatalah puak TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan puak kerajaan perpaduan masih ada dan masih teguh dengan pegangan masing masing.

"Kedua-dua puak ini dengan sendirinya menggambarkan bahawa mereka sendiri tidak wala' (taat setia) dengan keputusan pimpinan parti," tulisnya lagi.

"Mereka hanya taat di luar sedangkan hati mereka busuk dan penuh dendam."

Timbul persoalan

Sementara ketua penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Zolkharnain Abidin pula menulis di blognya bahawa walaupun PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil itu tetapi parti itu "tewas dari beberapa sudut tertentu".

"Apabila saya kata PAS tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang PAS kalah itu, tidak.

"Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, di mana-mana pun, walaupun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.

Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, beliau mengemukakan beberapa persoalan untuk renungan ahli dan pemimpin PAS.

-Adakah benar kita menyertai pilihanraya kecil Manek Urai dalam suasana kasih sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah (PAS) teruji dan longgar?

-Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?

-Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan (menggunakan) gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?

-Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?

-Betulkah mereka yang berada di luar PAS, yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?

-Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?

"Kalau begitu, PAS kalah kepada siapa? Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi PAS kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendukungnya sendiri.

"Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.

PAS Kelantan tidak menaikkan poster Abdul Hadi lebih awal, sementara Nasharuddin dibawa berceramah selepas ketidakhadirannya dijadikan isu oleh pemimpin BN.

Sementara itu, satu tulisan dalam laman web Detikdaily pula menyenaraikan empat sebab kegagalan PAS di Manek Urai.

Satu daripadanya, ia tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang "mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan 'lebih 2000 undi' walaupun tidak dapat dibuktikan."

"Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan 'PAS sudah pasti menang'," katanya.

Tulisan itu juga mendakwa berlakunya perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen Pakatan Rakyat.

"Isu timbalan presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan (Datuk) Husam Musa, tidak dilupakan 'sengketa' antara ahli Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi.

"Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya.

"Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi," katanya.

ANWAR PERLEKEHKAN INSTITUSI KEHAKIMAN?

Oleh: Tomyampoktek, AIDCclub

Kata Anwar Ibrahim tertuduh kes liwar ke atas mangsa Saiful Bukhari di laman blognya :

"Permohonan menangguh sidang perbicaraan buat beberapa minggu untuk membolihkan saya mendapatkan ketua pasukan guaman baru ditolak"

Anwar juga mengambarkan pendakwaraya telah bertindak zalim terhadap beliau kerana tidak memberi peluang kepada peguambelanya untuk mendapatkan dokumen dan keterangan.

Namun realitinya semua ini semacam skrip direka Anwar, menjadi tanda tanya kenapa baru sekarang memohon meminta dilantik ketua peguam baru, tidak logik sekiranya peguam yang berpengalaman seperti Sulaiman Abdullah hanya memaklumkan kepada Anwar hanya hari ini dirinya ingin menolak menjadi ketua peguambela kepada Anwar. Sedangkan sudah banyak kali, kes ini cuba ditangguh dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kini alasan yang diberi Sulaiman sakit tenat. Tak taulah setakat mana tenat kerana minggu lepas difahamkan beliau dilaporkan sempat melakukan pemerikasaan X-ray di pusat perubatan, mungkin pakar di pusat X-ray menasihatkan beliau berehat dalam tempoh terdekat ini, semoga esok hari dan hari2 seterusnya dia masih diberi peluang oleh Tuhan mengikuti kes ini sehingga selesai.

Saiful Bukhari didalam blognya, mengupas isu ini mengatakan:

"Jika benar, saya doakan agar beliau cepat sembuh. Tidak berkesempatan untuk saya bertemu dan disoal jawab oleh beliau. Beliau telah diselamatkan oleh Allah swt daripada terus berada dikancah kebatilan yang amat dasyat. Semoga Ketua Peguam Bela yang baru dapat menjalankan tugas dengan profesional dan yang paling penting, mempunyai tahap kesihatan yang baik"

Selain itu Saiful turut mengatakan ada hikmah disetiap apa yang dilaluinya setakat ini dan beliau memohon perlindungan daripada Allah SWT atas apa sahaja ketentuan.

Di benak fikiran Saiful juga seolah menjadi persolan padanya siapa yang akan menganti tempat Sulaiman Abdullah. Saiful juga membuat andaian mungkin Anwar akan memilih dikalangan 8 orang peguam sedia ada buat sementara.

Kenapa agaknya Anwar begitu sukar ingin melantik Ketua Peguambela, adakah semua peguam sedia ada menolak untuk memikul tugas tersebut, atau Anwar sendiri tidak yakin dengan peguambelanya. Sayugia diingatkan berbanding kesnya pada tahun 1998, pasukan peguambelanya boleh dikatakan hampir keseluruhannya adalah muka baru kecuali SankaranNair, menjadi tandatanya dimana peguam2 bela Anwar tahun 1998 seperti Zainur Zakaria dan mengapa mereka meninggalkan Anwar, ini merupakan persoalan yang belum terungkap, atau ini juga yang menyebabkan Sulaiman Abdullah menolak menjadi ketua pasukan peguam Anwar. Namun untuk menjaga profesyen yang diwakilnya, beliau mengunakan alasan sakit untuk menarik diri.

Peguam yang yang selalu dibawa oleh Anwar dalam roadshow kes liwat ini dalam tempoh sekarang ialah Sivarasa, namun kenapa dia tidak layak mengetuai pasukan peguam Anwar? dan Sivarasa dengan title sedia ada telah banyak kali berhujah dihadapan orang ramai bahawa Anwar tidak bersalah, namun kenapa Anwar tidak melantik Sivarasa sahaja sebagai ketua peguambela. Adakah dia hanya berani berdepan dengan orang yang tidak paham proses undang-undang sahaja, namun apabila berdepan dengan hujah pendakwaraya, beliau kecut perut.

Ada kemungkinan Anwar sebenarnya mungkin sudah mengetahui dirinya tidak mampu melawan tuduhan kes ini terhadapnya, maka sebab itu cuba dilengah-lengah kes ini, sama seperti kes lain yang melibatkan dirinya sebelum ini. Sebenarnya terlampau banyak kes yang melibatkan Anwar namun sehingga kini masih belum dibicarakan atas sebab taktik Anwar sendiri yang suka melenga dan menangguh perbicaraan, antaranya seperti kes dirinya dengan Dato Nalakarupan sudah mengambil tempoh yang agak lama diperam dan hasratnya yang ingin menyaman Anifah Aman pun sehingga kini masih belum kedengaran.

Inilah taktik Anwar yang sentiasa ingin memperlekeh institusi kehakiman namun didepan orang ramai mengambarkan dirinya mangsa kezaliman konspirasi. Walhal dirinya sendiri yang meyebabkan kesnya seringkali tertangguh.

Thursday, July 16, 2009

GAMBAR MESRANYA PAS-DAP-PKR

patung terbesar di asia dibina di Kelantan



mesranya hadi-kit siang





panggang babi bila menang








muslimat PAS peluk erat eli,
exco selangor yang skandal telanjang













ERATNYA PAS-DAP-PKR LAKSANAKAN ISLAM

bila menang panggang babi
- dakap mesra hadi kit siang
- ketua muslimat dapat erat eli, exco yang skandal telanjang
- kelantan benar bina patung terbesar di Asia..

PAKATAN PAS-DAP IKUT NABI- HARUN TAIB Oleh Roslan Abdul Rahman

(roslanukom.blogspot.com)


PAKATAN PAS –DAP-PKR UNTUK PERLAKSANAAN DASAR-DASAR ISLAM?

Yang Di Pertua PAS Dato’ Harun Taib berkata kerjasama antara PAS dengan DAP dan PKR adalah berdasarkan hukum yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w dalam Perjanjian Hudaibiah.

Beliau berkata demikian dalam majlis Dialog Pimimpin PAS bersama rakyat di Kota Putra Besut.

Menurut Dato’ Harun yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS, bahawa pakatan PAS-DAP dan PKR adalah dapat membantu PAS melaksanakan dasar-dasar Islam, manakala pakatan UMNO dalam BN menyebabkan Islam semakin terhakis.

Mungkin kepada orang kampung yang kurang mendapat maklumat sebenar tentang apa yang berlaku di beberapa negeri yang diperintah bersama oleh pakatan pembangkang (PAS-DAP-PKR) mungkin boleh terpedaya dengan kata-kata itu.

Kata-kata itu amat lunak didengari tetapi kenyataan yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Apa yang terjadi hasil dari pakatan itu adalah sebaliknya.

Orang Melayu Islam di Perak cukup merasai apa pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS dan Dato’ Seri Nizar (sewaktu menjadi MB Perak seketika) dengan hanya menjadi boneka kepada pihak DAP.

Siapakah yang mengkhianati dan menganaktirikan orang Islam dan Melayu di Perak sehingga mengurniakan tempoh pajakan tanah kepada orang bukan Islam selama 999 tahun, sedangkan status tanah orang Melayu hanyalah 99 tahun sahaja.

Fakta ini merujuk kepada tindakan Kerajaan Perak yang Menteri Besarnya dari PAS pada waktu itu memberikan hak milik kekal selama 999 tahun kepada kampung-kampung baru di Perak walaupun bercanggah dengan Majlis Tanah Negara (MTN).

Apakah tindakan ini bermakna membela orang Islam dan orang Melayu?

Ini belum lagi beberapa dasar yang dibuat oleh parti-parti pembangkang yang turut disertai oleh PAS di Selangor, Pulau Pinang , Kedah dan Kelantan.

Kelantan awal-awal lagi membenarkan pembinaan patung terbesar di Asia…apakah itu bermakna menjaga syiar Islam? Tetapi bagi PAS semua ada jawapan sebab mereka memperalatkan Islam dengan pelbagai hujah untuk menghalalkan tindakan mereka.

Di Selangor, seorang exco wanita Selangor awal-awal memanggang dan menjamu lima ekor babi sebagai tanda kemenangan kumpulan mereka menawan lima negeri dalam pilihanraya umum ke 12. Itukah syiar dan kejayaan Islam bagi pakatan pembangkang yang turut membabitkan PAS?

Sebaik berkuasa, pada 9 Jun 2008, rumah berhala bukan Islam boleh dibina sebesarnya, melebihi 10 000 ribu kaki persegi di Selangor. Tidak pernah sebelum ini. Mungkin inilah perlaksanaan Islam yang Dato’ Harun maksudkan bila PAS berpakat dengan DAP dan PKR?

Kepada mereka yang celik maklumat dalam dunia siber yang serba terbuka hari ini, sepatutnya PAS tidak boleh memperbodohkan rakyat sedemikian rupa.

UMNO /BN yang dituduh oleh Dato’ Harun ke arah menghakiskan Islam telah mencetuskan berbagai dasar dan pendekatan Islam dalam mencakupi mualamat dan munakahat, ekonomi dan pentadbiran yang Islamik.

Dasar Penerapan Nilai Islam, Bank Islam, Islam dengan pendekatan yang hadhari dan sebagainya lagi telah dengan beraninya diperkenalkan, tidak pengecut seperti PAS yang tunduk kepada tuntutan golongan yang anti Islam.

Kini apakah PAS berusaha membina pemerintahan Islam dan Undang-Undang Islam di negeri yang mereka kuasai? Nampaknya kini PAS sudah tidak seIslamik lagi setelah memilih rakan-rakan yang anti Islam sebagai sahabat akrab.

Eratnya Hadi memeluk Kit Siang, eratnya Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh mendakap Exco yang terbabit dengan skandal telanjang Elizebeth Wong…. dan seronoknya berkenduri khinzir bila berjaya menghancurkan UMNO/BN di beberapa negeri.! lihat gambar……