Wednesday, January 6, 2010

ROSOL YANG DITIMBA BALA!

Membaca surat terbuka melalui blogspot penawarrinduku, mengejutkan saya mengenai belang sebenar YB Datuk Rosol Wahid.

Ingatkan dia seorang yang baik dan murni dalam perjuangan tetapi dia memang seorang yang menyalahgunakan kuasa, tamak kuasa dan ‘jahat’dalam politik.

Saya malas menceritakan mengenai peribadinya tetapi bacalah apa yang ditulis seseorang melalui blog berkenaan.
Bacalah olehmu mengenai ‘kebejatan’ manusia bernama YB ROSOL WAHID!

Surat terbuka untuk YB Dato' Rosol Wahid
(Disalin daripada : PENAWARINDU, http://penawarrinduku.blogspot.com/)
Apr 24, 2008

Assalamualaikum,
YB Dato', semoga YB dato' didalam kesejahteraan dan berada dalam suasana ketenangan yang memuncak hendaknya.

Maafkan saya kerana menjenguk Dato' dengan surat ini.Bukan lah niat saya untuk menyerabutkan dato' dengan peristiwa-peristiwa lepas yang semestinya dato' sendiri tidak selesa untuk memperingatinya kembali.

Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu.

Dato' semasa itu adalah penyokong dan pendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim,mati-mati Dato' pertahankan DSAI.Tak sudah sudah Dato' mengutuk Tun Mahathir ketika itu.Sementara Dato' membuat salinan bahan reformasi di laman web, salinan itu pula di bawa oleh isteri Dato' ke Pejabat Pertanian Kuala Berang untuk edaran teman-teman sepejabat beliau.Saya amat yakin tentu sekali Dato' Masih Ingat....Masihkah Kau Ingat....

Dato' YB,

Tapi reformasi Dato' telah dihidu oleh Dato' Tg Putera yang ketika itu telah menjadi ketua umno Hulu Terengganu.Kebetulan semasa hampir PRU 10 Nov 1999 Di Dun Ajil itu sendiri memerlukan BN menonjolkan satu muka baru selepas YB Othman Daud ketika itu dilihat tidak berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat.Lalu ketika itu Dato' Tg Putera telah mencadangkan Dato' sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri Ajil.Maka jadilah Dato' sebagai ADUN Ajil,yang ketika itu menjadi pembangkang di Terengganu bersama 3 yang lain termasuk Dato' Tg Putera itu sendiri.

Dato' sangat lantang bersuara, dato' menjadi jaguh, sebagai Adun baru yang berkebetulan dato'lah satu-satunya Adun BN yang boleh membaca Quraan dan hadith( walaupun lintang pukang dan seringkali ditegur oleh speaker ketika itu)Dato' sanggup menyewa helikopter melalui KETENGAH dan menggunkan duit dana khas untuk mengajak beberapa pemberita akhbar mengambil gambar udara kawasan balak di Tasik Kenyir yang gondol akibat pembalakan ketika itu.Dato' samggup berbohong, sedangkan dato' sendiri tahu, pulau di Tasik kenyir yang berhampiran muara sungai Kerbat itu gondol akibat dari telah dilaksana perlombongan yang diluluskan lesenya dizaman Wan Mokhtar Ahmad, sanggup dato' jadi penipu dan pembohong.

Pilihanraya ke-11 2004 nasib dato' agak baik selepas dato' berjaya mempengaruhi DS IdrisJusoh supaya menukarkan Tg Putera ke Parlimen, maka dengan itu Dato'lah calon BN dari Hulu Terengganu yang layak menjadi exco.Ketika itu DUN Telemung dan Kuala Berang adalah muka baru iaitu cikgu Rozi dan dan Cik gu Komaroddin.Selepas hampir 4 bulan sebagai YB cik gu Komaruddin meninggal di Genting Highland, sekali lagi dato' berjaya mempengaruhi Idris jusoh supaya mencalonkan Cik gu Zawawi sebagai calon BN.Ketika itu dato' sudah menjadi SU Perhubungan Umno Terengganu. Kini 3 wakil Rakyat di Hulu Terengganu adalah cik gu-cikgu termasuk dato' sendiri.

Selepas itu suara dato' mula berbisik-bisik untuk merampas jawatan Ketua bahagian Hulu Terengganu.Dato' tidak sabar, dato' gelojoh dalam politik, kerana dato' naik dengan cepat lalu dato' merasakan dato' sangat hebat.Itu lah kesilapan dato' dan juga kesilapan tokoh-tokoh yang berjiwa besar dalam umno.

Apabila dato' telah menjadi exco dan selaku SU umno negeri sudah tentu dato' sangat rapat dengan MB yang juga ketua perhubungan berbanding Tg Putera yang cuma timbalan Ketua Perhubungan .Dato' telah menggunakan kesempatan ini dengan menguasai dan membelakangi Dato' Tg Putera Awang didalam majlis Parti dan Kerajaan di daerah dan Parlimen Hulu Terengganu.

Akhirnya kemuncak pengkhianatan Dato' terhadap YM dato' Tg Putera Awang ialah apabila dato' merancang bersama-sama Idris Jusoh untuk menggugurkan YM Tg Putera Awang sebagai calon dalam PRU Ke-12, dan sekali lagi Dato' mencadangkan seorang guru Pencen Mohd Nor Otman sebagai calon MP Hulu Terengganu.

Tujuan Dato berbuat demikian suapaya nanti senang dato' untuk menang merebuat jawatan Ketua Umno Hulu Terengganu,kerana dato' ketika itu turun sebagai calon Ketua Bahagian dengan tittle Exco kanan, sedangkan YM Tg Putera hanya sebagai bekas Ahli Parlimen.Cik gu Zawawi dan cik gu Mohd Nor sudah sah bersama dato', tapi cikgu Rozi masih dibayangi oleh YM Tg Putera,( Ruzi dok derake raje).

Semasa kemelut perlantikkan MB Terengganu, dato' juga lah yang merancang supaya seseorang menawarkan rasuah kepada cikgu Zawawi untuk bersama Dato' Ahmad Said, nak kata licik dato' ni tapi ramai orang tahu.Dengan dakwaan itu kononya tawaran tersebut datang dari puak puak Ahmad Said, Dato' mengharapkan agar Ahmad Said di benci oleh rakyat dan di siasat BPR.

Ketika itu Dato' menjadi jaguh dan jurucakap kepada Idris Jusoh, dan disatu pihak yang lagi satu YM Tg Putera pula dilihat sebagai mewakili 6 Ketua bahagian yang menyokong perlantikan Ahmad Said.Dato' sangat lantang dan sudah berpatah arang dengan istana,setiap hari wajah dan kenyataan dato' keluar di berita utama stesen TV.


Lihat petikan berita internet dibawah :

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".

Dan lagi petikan akhbar

KUALA LUMPUR: Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Adun Kijal, Datuk Ahmad Said tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.

Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.

"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas."Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.


Petikan bernama pula:

KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mendakwa semua Ketua Umno Bahagian di Terengganu, kecuali Besut, menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.

Tengku Putera berkata, mereka sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menerajui kepemimpinan negeri itu.

Selain Tengku Putera selaku Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, ialah Datuk Dr Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu).

“Saya tidak dapat menghubungi Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu (Datuk Wan Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Datuk Ahmad sebagai Menteri Besar.

“Kami Ketua Umno Bahagian memberi jaminan untuk memastikan beliau (Ahmad) mendapat sokongan daripada anggota Umno dan berharap rakyat turut memberi sokongan,” katanya kepada Bernama.

Itulah Dato' kerana terlalu yakin dengan perancangan dan pelan yang disusun bersama DS Idris Jusoh.dato' menerima padah.

Rata-rata sekarang rakyat Terengganu sedang menunggu apa tindakan Dato', kemana arahtuju Dato' selepas ini. Walaupun Dato' menganggap kemelut itu sebagai carik-carik bulu ayam, namum rakyat mengatakan Dato' sebagai hangat-hangat tahi ayam.

Keegoan Mengudang Padah (Gambar ini dirakam didalam DUN Dato' Sendiri, ketika perjalanan saya dari Pekan Ajil ke Bukit Besi)

Akhirnya pada kesempatan ini ,saya ingin mengingatkan Dato' yang "Langit tidak selalu Cerah" Semoga Dato' belajarlah bagaimana untuk menghormati orang lain sama ada kawan ataupun lawan dalam politik.

Sekian Terima Kasih

CtKay's

Tuesday, January 5, 2010

KONTROVERSI KALIMAH ALLAH: KHALID LWN ZULKIFLI

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah 'Allah'.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan keputusan mahkamah itu.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.

Zulkifli tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Khalid mengulas tulisan dalam blog Zulkifli semalam yang menggesa Khalid keluar dari PAS dan menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah tersebut.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Katanya, apa yang membezakan istilah tersebut ialah konsep triniti (dalam Kristian) dan dalam Islam, Allah itu esa.

Baca apa kata Zulkifli:

POLITIK INGUSAN YB KHALID

04 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin
Salam 2 all.

Apabila Nik Amalina Nik Abdul Aziz menegur segelintir pimpinan PAS yang tidak mempertahankan Ayahandanya, lalu beliau mendesak mereka yang berkenaan meletak jawatan; pandangan Nik Amalina tidak dijawab dengan hujah yang bernas atau bertanggungjawab, sebaliknya Nik Amalina dilabel sebagai pembuka pekung dan pengkhianat PAS.

Apabila saya menegur YB Khalid Samad yang nampak terlalu terpengaruh dan menari-nari dengan rentak mainan kumpulan bukan Islam, dengan nas, dalil, bukti dan fakta, dan mendesak beliau supaya keluar PAS, beliau tidak menjawab dengan hujah bernas dan bertamadun.

Sebaliknya beliau melabel pandangan saya sebagi pro-UMNo! Inilah budaya politik ingusan yang ujud dikalangan ahli politik Malaysia mutakhir ini.
Ternyata YB Khalid Samad ketandusan hujah bila berdepan dengan pandangan saya menyanggah kenyataan beliau yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Kristian diberikan hak menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka dalam bentuk ALLAH mempunyai anak bernama Jesus.

Saya telah memberikan pandangan menyanggah tiga alasan yang beliau kemukakan berdasarkan nas, dalil, bukti dan fakta yang saya yakin benar. Malahan ternyata kepimpinan PAS sendiri menyokong pandangan saya.

Diantaranya temasuk Musryidul 'Am PAS sendiri YAB Tok Guru Nik Aziz yang membantah Kristian diberi hak mengguna nama ALLAH dalam bentuk yang syirik. Timbalan Presiden PAS YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa turut sama menyokong saya sebagaimana saperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar perdana hari ini. Mereka juga turut memberikan hujah-hujah, nas dan dalil yang mantap untuk menyokong pendirian mereka.


Tetapi bagaimana cara YB Khalid membalas hujah-hujah ini; beliau sekadar melabelkan pandangan ini dengan melabelnya sebagai pro-UMNo. Tidak mampu berdepan dengan hujah, beliau mematikannya dan cuba menyelewengkan pandangan dengan melabel pandangan orang lain.

Ini ternyata menunjukkan ketidakmatangan dalam berhujah! Pelajar tadika pun lebih baik akhlaknya dalam meraikan perbezaan pendapat.
Beliau menyatakan saya tidak ada hak untuk menegur beliau. Apakah saya sebagai wakil rakyat Pakatan Rakyat tiak berhak menegur beliau.

Sokongan beliau kepada pihak Kristian mungkin akan menggembirakan segelintir kumpulan, tetapi apakah beliau fikir Pakatan Rakyat tidak memerlukan sokongan dan undi umat Islam, apakah bangsa Melayu terlalu murah pada fikiran beliau sehingga boleh diketepikan begitu sahaja perasaan dan sentimen mereka.

Sebagai wakil rakyat PR saya berhak menegur supaya Pakatan Rakyat tidak kehilangan sokongan dan undi umat Islam dan bangsa Melayu. Saya berani menegur beliau agar rakyat terutamanya umat Islam bangsa Melayu meletak keyakinan dan kepercayaan bahawa PR bukan sahaja akan membela kaum dan penganut agama lain, malahan PR juga komited untuk mempertahan dan membela umat Islam termsuk bangsa Melayu.


Kalau saya diberi maklum oleh kepimpinan PR bahawa agenda Islam dan Melayu tidak ada dalam PR, maka saya tidak akan teragak-agak keluar daripada PR.

Namun saya berbangga dan kagum kerana pemimpin besar PR sendiri iaitu DSAI telah berkali-kali menegaskan, samada secara private mahupun secara terbuka, bahawa PR tetap komited terhadap perjuangan umat Islam dan bangsa Melayu disamping tidak menafikan hak dan kebajikan kaum dan penganut agama lain selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan.

Malah saya sangat selesa bersama dengan Pakatan Rakyat kerana adanya Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustadz Nasharudin Mat Isa, Tuan Guru Dr. Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan banyak lagi ulama' dan 'ilmuan Islam yang masih lagi waras dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka berdasarkan Islam dan perjuangan ikhlas ini.


Namun malang karektor dan watak saperti YB Khalid dan yang sewaktu dengannya telah memberi tanggapan dan imej negatif dan buruk kepada perjuangan Islam didalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan umat Islam dan bangsa Melayu hampir kehilangan keyakinan dengan perjuangan Islam dan bangsa Melayu dalam Pakatan Rakyat kerana adanya karektor dan spesis saperti YB Khalid ini.

Jika dibiarkan tanpa teguran dan amaran kepada spesis saperti ini, saya cukup yakin sokongan dan keyakinan umat Islam dan bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat akan terhakis dan pudar.
Saya memberi amaran kepada YB Khalid dan mereka yang sewaktu dengan beliau perlu ingat, majoriti penduduk dan pengundi dalam negera Malaysia ini masih orang Melayu beragama Islam! Jangan ingat kerana orang Melayu beragama Islam bertolak ansur dan bersabar, tidak bising dan tidak riuh rendah maka mereka boleh ditolak-tolak dan diperkotak-katikkan.

Kelak nanti mereka akan menghukum Pakatan Rakyat sekiranya spesis saperti YB Khalid ini terus dibenarkan bermaharaja lela. Teguran saya secara ikhlas dan terbuka terhadap beliau berdasarkan hujah bernas dan berdalil itu tidak lain hanyalah untuk menunjukkan kepada umat Islam bangsa Melayu di Malaysia bahawa dalam Pakatan Rakyat nasib dan maruah umat Islam masih dibela dan dipertahankan, agar mereka terus yakin dan menyokong Pakatan Rakyat
Sebab itu saya mengambil sikap menegur beliau dengan secara terbuka, kerana beliau mempermainkan perasaan dan sentimen umat Islam bangsa Melayu secara terbuka.

Apakah beliau sudah merujuk kepada 'ulama dan ilmuan dalam PAS sebelum mengambil sikap dan membuat kenyataan menyokong puak Kristian secara terbuka. Ternyata tidak, kerana pendirian beliau bercanggah samasekali dengan pandangan dan pendirian Mursyidul 'Am dan kepimpinan PAS.

Malahan beliau pernah ditegur secara tegas dan terbuka oleh ulama' PAS YB Ustadz Taib Azzamuddeen dalam sidang Parlimen berkaitan isu ALLAH Kristian ini, sehingga ianya tercatat dalam Hansard Parlimen. Saya sendiri sebelum membuat kenyataan dan ulasan mengenai isu ini telah merujuk kepada beberapa orang ulama' termasuk kepimpinan PAS, juga para 'ilmuan dan intelek termasuk para peguam kanan dan mereka yang arif dalam isu ini.

Malah saya telah membuat kaji selidik dan pertanyaan kepada kalangan rakan Kristian termasuk digereja mengenai pandangan mereka sebelum membuat ulasan saya dalam isu ini.
Saya mengambil sikap yang mudah. Siapa yang menghina Islam, maka mereka adalah musuh saya walaupun duduk satu parti dengan saya. Sesiapa yang membela dan mempertahankan Islam adalah sahabat saya walaupun berlainan parti.

Apatah lagi mereka yang bukan sahaja sanggup menggadai perkahwinan mereka, malah sanggup menjual nama ALLAH! Itulah adalah sebesar-besar musuh saya. Dan saya sedikit pun tidak gentar atau takut dengan celaan mereka yang mencela. Saya tetap akan berkata yang hak walaupun pahit untuk ditelan.

Yang penting Islam mesti dipertahankan, maruah umat Islam mesti dibela "at all cost"!!
Sekiranya ulasan dan komen saya tidak betul, sila tunjukkan dimana ianya tidak betul berdasarkan hujah, nas, dalil dan bukti serta fakta. Kalau setakat melabel pandangan saya sebagai pro UMNO tanpa nas, fakta dan dalil, saya kira itu adalah sekadar pilitik hingusan yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam berpolitik. Saya ingat pelajar Tadika Pasti lebih bijak dalam hal ini. Tetapi begitulah cara politik murahan yang di amal oleh segelintir manusia.

Saya merujuk semula pandangan dan komen saya dalam kes Nik Amalina anak Tok Guru Nik Aziz yang memberi komen dan teguran terhadap segelintir mereka yang tidak mempertahankan ayahandanya. Bukan sahaja mereka tidak menjawab hujah dan teguran Nik Amalina dengan nas dan hujah yang bernas, mereka cuba menutup mulut Nik Amalina dengan melabel beliau sebagai pembuka pekung, pengkhianat parti dan lain-lain. Na'uzubillah min zaalik.
Saya telah mengemukakan bukti dan fakta bagaimana tindak-tanduk YB Khalid bercanggah dengan arus perjuangan PAS.

Malah sikap beliau adakalanya memalukan PAS dan kepimpinannya sendiri. Sebab itu saya sekali lagi menyeru YB Khalid supaya menimbang untuk keluar daripada PAS, kerana saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau akan menghakis kepercayaan dan keyakinan umat Islam kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Malah saya berpendapat sikap dan tindak-tanduk beliau lebih sesuai untuk beliau duduk bersama dengan DAP. Tetapi itu hak beliau untuk memikirkannya.


Wallahu a'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin 178
Muharram 1431

04 Januari 2010


###################################################

(Petikan Sinar Harian Isnin 18 Muharram 1431/ 04.01.2010)

Khalid anggap Zulkifli terperangkap dalam helah UMNO SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan desakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya beliau keluar daripada Pas sebagai kenyataan jahil yang sealiran dengan UMNO.


Beliau juga menganggap desakan itu perkara remeh dan menasihatkan Zulkifli berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan, terutama yang melibatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). “Zulkifli sendiri perlu keluar PKR dan sertai Pas jika hendak memberi kenyataan seperti ahli Pas dan mengkritik Pas. Beliau bukan ahli Pas. Mengapa masuk campur hal Pas, malah kenyataan beliau memperlihatkannya seperti pemimpin yang tiada pendirian.
“Saya tidak komen apa-apa mengenainya walaupun dalam PKR beliau banyak buat hal.

Beliau tidak layak menggesa ahli Pas dipecat malah dinasihatkan memberi keutamaan kepada partinya sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam ketika diminta mengulas kenyataan Zulkifli melalui blognya yang mendesak Khalid keluar Pas dan menyertai parti lain, terutama DAP, berikutan kenyataannya menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah.

Tuesday, December 8, 2009

MAHFUZ BERSUARA BAGI PIHAK SIAPA?

Tak tahu nak kata mengenai Mahfuz Omar ini.

Tiba-tiba sahaja beliau mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abdul Rahman tidak sepatutnya memainkan sebarang peranan dan membuat keputusan berkaitan organisasi berkenaan sepanjang tempoh tiga bulan notis pelepasan jawatannya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar itu, berkata pelantikan individu dalam PMBK bagi memangku jawatan Abdul Ariffahmi juga amat perlu, bagi memastikan CEO PMBK itu tidak membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan.

"Bagi saya tidak wajar untuk seorang CEO apabila dia telah menyatakan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan, beliau tidak boleh lagi melakukan perkara yang boleh beri implikasi kepada perbadanan seperti kewangan, keputusan mengenai apa-apa projek dan sebagainya.

"Kedudukan beliau sebagai CEO tidak boleh disamakan dengan seorang kerani biasa kerana seorang kerani yang beri notis letak jawatan tiga bulan boleh datang kerja lagi sebab dia tidak memberikan apa-apa kesan tetapi CEO ini melibatkan keputusan," katanya di lobi Parlimen semalam.

Abdul Ariffahmi yang juga menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menyerahkan notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini berikutan pelbagai tekanan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sejak dilantik ke jawatan itu.

Agak mengejutkan tiba-tiba Mahfuz bersuara mengenai Ariffahami ini.

Apakah dia juga kini sudah sama taraf dengan Kickdefella yang menjadi Hang Jebat yang membela Hang Tuah, walaupun terpaksa derhaka?

Apakah Mahfuz turut sanggup menjadi orang suruhan dalam menyuarakan pendapat ‘tuannya’ pada ketika ‘tuannya’ itu cuba berlagak ‘telunjuk lurus, kelingking berkait?”

Atau untuk lebih jelas dalam bahasa Kelantan, “muko manih, jubo mase”. Kalau Mahfuz tidak faham, tanyalah makna perkataan itu dengan Datuk Husam Musa!