Wednesday, November 10, 2010

PROJEK LEMBAH SIRIH BERMASALAH

Kerajaan Pas Kelantan akan mengkaji semula perjanjian Projek Lembah Sireh dekat Kota Bharu yang bermasalah apabila pemaju hanya berjaya melaksanakan 50 peratus projek itu setakat ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada bayaran yang dipersetujui dalam perjanjian antara kerajaan negeri dan pihak pemaju dengan ada beberapa item yang belum dijelaskan kepada kerajaan.Projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang membabitkan kos kira-kira RM2 bilion.

Pembangunan projek berkenaan membabitkan kawasan seluas 400 hektar meliputi jajahan Kota Bharu dan Tumpat.

Antara komponen yang akan dimajukan termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina.

Selain itu, ia turut melibatkan pembinaan rumah kedai komersial, pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, kompleks membeli belah antarabangsa, bangunan pejabat, pusat komersial, lingkaran jalan ke semua arah ke bandar Kota Bharu, water front, laluan pejalan kaki dan jeti awam.

Bagaimanapun sehingga kini, antara bangunan yang terdapat di Lembah Sireh adalah pasar raya Tesco, terminal bas dan beberapa blok komersial yang kebanyakannya masih kosong atau dalam pembinaan.

"Oleh kerana projek ini hanya 50 peratus dapat disiapkan, kita anggap ia sebagai projek yang bermasalah dan kerajaan sedang membuat kajian untuk mendapatkan pulangan seperti dijanjikan dengan keluasan 50 peratus tanah yang telah ditimbus semula," katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Adhan Kecik (BN-Bukit Bunga) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, semalam.

Menjawab soalan sama ada kerajaan bercadang menamatkan perjanjian dengan pemaju memandangkan pecah kontrak berlaku secara serius dan memakan masa yang lama, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah negeri berkata, ia akan dibincangkan dengan penasihat undang-undang untuk membuat semakan secara terperinci.

"Sebarang tindakan yang diambil hendaklah berasas pada perjanjian dan fakta-fakta yang ada," katanya.

1 comment:

Dot said...

salam kije jate,

"Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sehingga kini hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan."

ait!??? 50% siap? biar betul? dlm pelan punyala banyak & besar rancangan?

projek dah berapa tahun? nampak tesco dgn stesen bas ala 70'an sj yg beroperasi di situ! blok2 kedai tak beroperasi lagi!

rasa2nya mcm baru 10-15% sj yg siap...mana jambatan ala2 jambatan san francisco tu? mana banglo2 mewah, rumah2 semi-D mewah? rumah kelab tepi sungai, kawasan rekreasi? esplanade? dll yg lebih dari 50% tak siap aku rasa! dahla projek rm20million tapi pulangan baru 0.037%...fullamak..projek rugi amatla macam ni??????