Monday, February 21, 2011

Orang Asli Dakwa Hilang Pendapatan Akibat 'Ladang Rakyat'

Penduduk Orang Asli di Pos Balar dekat sini berkata mereka kehilangan punca pendapatan setelah ladang getah seluas 100 hektar didakwa ditebang oleh syarikat yang dilantik oleh kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan "Ladang Rakyat".

Sugi Alang, 26, berkata kebanyakan tanah yang diusahakan oleh penduduk Orang Asli sejak 20 tahun lepas ditanam dengan getah dan tanaman lain tetapi syarikat yang membangunkan Ladang Rakyat telah menebang pokok getah mereka.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya campur tangan menyelesaikan isu tanah di situ daripada mengutamakan kepentingan syarikat asing.

Seorang lagi penduduk, Samri Talib, 30, berkata beliau bimbang kerana kawasan tadahan air bukit di situ musnah selepas kesemua hutan ditebang untuk tujuan berkenaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, berkata beliau menerima banyak aduan daripada Orang Asli mengenai kejadian serupa di kawasan Lojing, Pos Brooke, Bihai, Pulat, Pasik dan Kuala Betis.

Katanya beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Umno bahagian supaya Tengku Razaleigh Hamzah selaku ketuanya boleh mengambil tindakan seterusnya.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengambilan tanah itu berlaku disebabkan tidak ada batu sempadan dan kerajaan negeri pula meluluskan permohonan syarikat berkenaan kerana beranggapan tanah itu tidak mempunyai pemilik.

Kerajaan Kelantan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat masalah yang berlaku, katanya.

Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi, pula berkata projek Ladang Rakyat yang dijalankan di Gua Musang tidak melibatkan kawasan penempatan Orang Asli.

1 comment:

Anonymous said...

Aku rasa orang ali ni memang taik subsidi. Apa kemajuan dan hasil yang dia orang sumbangkan untuk negara. Jika kerajaan negeri dan persekutuan baik BN atau PKR layan mereka macam anak emas, lama-kelamaan mereka akan bertukar menjadi seperti babi emas. Pemalas tapi ingin kemewahan.