Kerajaan persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahya Mamat.
Beliau berkata jumlah peruntukan itu atau kira-kira RM300 juta sebulan adalah untuk memastikan kakitangan awam di Kelantan mampu memberi perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.
"Peruntukan yang disalurkan itu lebih banyak, berganda-ganda daripada hasil perolehan negeri setiap tahun iaitu RM300 sehingga RM400 juta setahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taklimat Keselamatan dan Isu-Isu Semasa di Kota Bharu, kelmarin.
Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Penceramah pada majlis yang dihadiri kira-kira 117 agensi di Kelantan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Urus Setia Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.
Selain peruntukan mengurus kakitangan awam, Yahya berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri ini.
Showing posts with label Belanja. Show all posts
Showing posts with label Belanja. Show all posts
Tuesday, February 22, 2011
Monday, October 4, 2010
KERAJAAN PUSAT BELANJA RM1b DI KELANTAN
Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk melaksanakan 58 p
rojek pembangunan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat seluruh Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK)
Makhtar Mustapha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50 juta dibelanjakan bagi pembinaan sebuah hospital baru Gua Musang dan ia antara projek yang terbesar dilaksanakan di negeri itu.
"Selain itu, 20 klinik desa yang dinaiktaraf dengan pembinaan bangunan baru juga sedang dalam persiapan akhir dan boleh digunakan sebelum akhir tahun ini," katanya di Gua Musang, semalam.
Beliau berkata hospital terbabit mampu memuatkan 56 katil berbanding hospital lama yang hanya boleh memuatkan 34 katil.
"Hospital yang turut dilengkapi dengan dewan bedah itu dijangka mula beroperasi bulan ini," katanya.
Makhtar berkata pembinaan hospital baru itu membuktikan kerajaan persekutuan mengambil berat mengenai masalah kepadatan hospital sedia ada terutama ketika berlaku kemalangan dan kejadian yang melibatkan jumlah pesakit yang ramai.
Beliau mengakui sebelum ini banyak rungutan penduduk
terutama pengguna jalan raya yang menyatakan Gua Musang perlu ada hospital serba lengkap dan doktor pakar kerana setiap kali berlaku kemalangan teruk terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Baharu.
"Masalah itu dijangka selesai dalam masa terdekat ini apabila hospital baru mula beroperasi dan orang ramai boleh mendapat perkhidmatan rawatan yang baik serta selesa.
"Sebelum ini pesakit kritikal terpaksa dikejarkan ke hospital di Kota Baharu hingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai dan berdepan dengan pelbagai risiko," katanya.
rojek pembangunan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat seluruh Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK)
"Selain itu, 20 klinik desa yang dinaiktaraf dengan pembinaan bangunan baru juga sedang dalam persiapan akhir dan boleh digunakan sebelum akhir tahun ini," katanya di Gua Musang, semalam.
Beliau berkata hospital terbabit mampu memuatkan 56 katil berbanding hospital lama yang hanya boleh memuatkan 34 katil.
"Hospital yang turut dilengkapi dengan dewan bedah itu dijangka mula beroperasi bulan ini," katanya.
Makhtar berkata pembinaan hospital baru itu membuktikan kerajaan persekutuan mengambil berat mengenai masalah kepadatan hospital sedia ada terutama ketika berlaku kemalangan dan kejadian yang melibatkan jumlah pesakit yang ramai.
Beliau mengakui sebelum ini banyak rungutan penduduk
terutama pengguna jalan raya yang menyatakan Gua Musang perlu ada hospital serba lengkap dan doktor pakar kerana setiap kali berlaku kemalangan teruk terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Baharu."Masalah itu dijangka selesai dalam masa terdekat ini apabila hospital baru mula beroperasi dan orang ramai boleh mendapat perkhidmatan rawatan yang baik serta selesa.
"Sebelum ini pesakit kritikal terpaksa dikejarkan ke hospital di Kota Baharu hingga mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai dan berdepan dengan pelbagai risiko," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)