Kerajaan persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Yahya Mamat.
Beliau berkata jumlah peruntukan itu atau kira-kira RM300 juta sebulan adalah untuk memastikan kakitangan awam di Kelantan mampu memberi perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.
"Peruntukan yang disalurkan itu lebih banyak, berganda-ganda daripada hasil perolehan negeri setiap tahun iaitu RM300 sehingga RM400 juta setahun," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taklimat Keselamatan dan Isu-Isu Semasa di Kota Bharu, kelmarin.
Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Penceramah pada majlis yang dihadiri kira-kira 117 agensi di Kelantan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Urus Setia Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.
Selain peruntukan mengurus kakitangan awam, Yahya berkata kerajaan turut meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri ini.
Showing posts with label Kerajaan Persekutuan. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011
Monday, August 9, 2010
PETUGAS JABATAN PERSEKUTUAN DIMINTA PERJELAS DASAR KERAJAAN
Kira-kira 70,000 petugas Jabatan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini diminta memainkan peranan
menerangkan dasar-dasar kerajaan dalam menangani isu-isu semasa, termasuk penyelarasan subsidi kesannya kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penjelasan itu penting bagi menepis tohmahan parti lawan yang menjadikan isu penyelarasan subsidi kononnya membebankan rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita sentiasa berhemah dalam menguruskan perbelanjaan kewangan negara. Ini selaras dengan dasar Model E
konomi Baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum ini demi kebahagiaan rakyat dan negara,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis perhimpunan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Kota Bharu, semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekutuan (JPP), Makhtar Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Wisma Persekutuan, Wan Mohamad Sabri Wan Harun.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, penjelasan itu penting bagi menepis tohmahan parti lawan yang menjadikan isu penyelarasan subsidi kononnya membebankan rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita sentiasa berhemah dalam menguruskan perbelanjaan kewangan negara. Ini selaras dengan dasar Model E
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis perhimpunan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Kota Bharu, semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekutuan (JPP), Makhtar Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Wisma Persekutuan, Wan Mohamad Sabri Wan Harun.
Tuesday, July 20, 2010
HARGAILAH SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN - RAMZI
Rakyat Kelantan harus berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan
kerana terus menerus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan projek pembangunan untuk kebaikan mereka walaupun Kelantan diperintah oleh pembangkang.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman berkata, peranan membangun dan memajukan Kelantan sepanjang negeri itu berada di bawah pemerintahan parti pembangkang dilaksanakan dengan baik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Rakyat Kelantan kena berterima kasih kerana walaupun diperintah orang lain (pembangkang), Kerajaan Persekutuan di bawah BN yang diterajui UMNO tidak putus-putus menghulurkan bantuan.
“Kalau tak ada agensi kerajaan BN (Barisan Nasional) seperti JPP, saya tak tahu apa akan jadi pada negeri ini kerana sekarang pun kita (Kelantan) sudah jauh ketinggalan terutama dari segi pembangunan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan kepada penduduk Mukim Bedal, kelmarin.
Pada majlis itu, lebih 40 orang terdiri dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU), guru al-Quran, bekas pemimpin masyarakat dan veteran UMNO dari beberapa kampung dalam Mukim Bedal menerima sumbangan berkenaan.
Ramzi berkata, usaha membangun dan memajukan Kelantan bagaimana pun akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik jika BN mempunyai kuasa politik atau dengan kata lain, memerintah negeri ini.
Menurutnya, jika BN diberi peluang memerintah, beliau yakin dan percaya Kelantan mampu menjadi sebuah negeri maju dan setanding dengan negeri-negeri lain terutama dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada Kerajaan Pusat.
Justeru katanya, dia berharap rakyat Kelantan dapat memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti jika mereka ingin melihat perubahan besar yang bakal dinikmati negeri ini.
“Untuk kebaikan bersama, saya merayu tolonglah beri peluang dan kepercayaan, walaupun satu kali kepada BN pada pilihan raya umum nanti dan kita pakat-pakat tengok sejauh mana BN boleh lakukan untuk rakyat Kelantan.
“Ini bukan ‘cakap kosong’ kerana kita (BN) sudah ada sejarah dari 1978 hingga 1990 dan juga ‘trek-rekod’ dalam membangunkan Kelantan, walaupun pada waktu ketika kita tidak ada wakil rakyat,” kata Ramzi.
kerana terus menerus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan projek pembangunan untuk kebaikan mereka walaupun Kelantan diperintah oleh pembangkang.Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman berkata, peranan membangun dan memajukan Kelantan sepanjang negeri itu berada di bawah pemerintahan parti pembangkang dilaksanakan dengan baik oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
“Rakyat Kelantan kena berterima kasih kerana walaupun diperintah orang lain (pembangkang), Kerajaan Persekutuan di bawah BN yang diterajui UMNO tidak putus-putus menghulurkan bantuan.
“Kalau tak ada agensi kerajaan BN (Barisan Nasional) seperti JPP, saya tak tahu apa akan jadi pada negeri ini kerana sekarang pun kita (Kelantan) sudah jauh ketinggalan terutama dari segi pembangunan,” katanya pada majlis penyampaian bantuan kepada penduduk Mukim Bedal, kelmarin.
Pada majlis itu, lebih 40 orang terdiri dalam kalangan warga emas, orang kurang upaya (OKU), guru al-Quran, bekas pemimpin masyarakat dan veteran UMNO dari beberapa kampung dalam Mukim Bedal menerima sumbangan berkenaan.
Ramzi berkata, usaha membangun dan memajukan Kelantan bagaimana pun akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik jika BN mempunyai kuasa politik atau dengan kata lain, memerintah negeri ini.
Menurutnya, jika BN diberi peluang memerintah, beliau yakin dan percaya Kelantan mampu menjadi sebuah negeri maju dan setanding dengan negeri-negeri lain terutama dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada Kerajaan Pusat.
Justeru katanya, dia berharap rakyat Kelantan dapat memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti jika mereka ingin melihat perubahan besar yang bakal dinikmati negeri ini.
“Untuk kebaikan bersama, saya merayu tolonglah beri peluang dan kepercayaan, walaupun satu kali kepada BN pada pilihan raya umum nanti dan kita pakat-pakat tengok sejauh mana BN boleh lakukan untuk rakyat Kelantan.
“Ini bukan ‘cakap kosong’ kerana kita (BN) sudah ada sejarah dari 1978 hingga 1990 dan juga ‘trek-rekod’ dalam membangunkan Kelantan, walaupun pada waktu ketika kita tidak ada wakil rakyat,” kata Ramzi.
Subscribe to:
Posts (Atom)