Friday, April 19, 2013
BN Persoal Kerajaan Kelantan Rancang Bina Rumah Rakyat Selepas 23 Tahun
Barisan Nasional (BN) mempersoalkan hasrat kerajaan negeri Kelantan yang hendak membina perumahan kos sederhana untuk rakyat di sini hanya selepas pemerintahan di bawah pimpinan PAS selama 23 tahun.
Calon Parlimen BN-Kota Baru, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, kerajaan negeri dikatakan akan membuat perumahan untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.
Kenapa (kerajaan negeri) baru sekarang nak buat (rumah rakyat)? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan?
"Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Guru Cakna Rakyat Bersama Pemimpin dan Masyarakat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Petra 4 di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir ialah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Emas bagi BN, Kanidy Omar.
Pengumuman mengenai projek perumahan rakyat yang membabitkan 400 unit di sini oleh kerajaan negeri dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada ceramahnya di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab dekat malam Khamis.
Takiyuddin merupakan pencabar kepada Mohd Fatmi bagi merebut kerusi Parlimen Kota Baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Mohd Fatmi yang menjadikan contoh BN yang mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan pada 1978 berkata, satu perumahan pangsa di negeri itu sudah pun disiapkan selepas tiga tahun pada 1981.
"Siap dalam masa tiga tahun, bukannya (baru) mulakan pembinaan. Sudah pun siap untuk diduduki. Ini contoh Barisan Nasional," katanya.
Beliau menambah, jika PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat.
"Maknanya kalau tiga tahun lagi (tempoh pembinaan), sudah jadi 26 tahun pemerintahan (PAS) barulah rakyat dapat rasa. "Ini tidak patut.
Oleh itu, saya seru rakyat tukar kerajaan Kelantan kepada Barisan Nasional," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di sini.
Pengumuman Najib yang juga Pengerusi BN itu melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.
Ku Li Tak Makan Pujukan Pembangkang, Terus Dalam UMNO Bela Rakyat
"Rakyat sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang
dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita
juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus
kekal mendapat mandat rakyat."
- Tengku Razaleigh Hamzah
Daripada www.teganukini.blogspot.com
Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus berjuang dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan janjinya untuk membela rakyat tercapai.
Beliau menolak spekulasi yang menuduh beliau akan menyertai pembangkang khususnya Pas menjelang pilihan raya umum Ke-13, pada 5 Mei depan.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyertai parti pembangkang khususnya Pas dan akan tetap bersama Umno dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya"Perjuangan saya dalam parti ini bukan baru, malah sejak saya muda lagi sampai ke tua hari ini masih tetap bersama Umno," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di Gua Musang hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof.
Tengku Razaleigh yang diumumkan calon BN mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang berkata, niatnya berjuang dalam Umno dan BN adalah ikhlas untuk membela nasib hidup rakyat tanpa mengejar jawatan.
"Saya menerima untuk dicalonkan semula bertanding kerusi BN Parlimen Gua Musang kerana saya masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat serta keadaan diri saya masih sihat," katanya.
Semalam. beliau menyatakan yakin dapat mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Gua Musang berikutan rakyat masih menyokongnya serta kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak."Perdana Menteri mahu saya terus kekal menjadi calon di Parlimen Gua Musang, dengan harapan saya menggunakan pengaruh saya bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Star di Gua Musang semalam.
Tengku Razaleigh, 76, yang juga Pengerusi BN Gua Musang berkata pada mulanya beliau merasa mahu menarik diri daripada menjadi calon kerana menganggap usianya sudah tua dan hanya beliau seorang sahaja pemimpin veteran Umno yang bertanding.
Bagaimanapun disebabkan permintaan Perdana Menteri, beliau akan terus memikul tanggungjawab dengan harapan rakyat di Gua Musang terus memberi sokongan kuat kepadanya, katanya.
"Bukan saya sahaja, tetapi juga untuk tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Paloh dan Galas.
"Mereka (rakyat) sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat," katanya.
Pada majlis hari ini, Tengku Razaleigh berkata rakyat di kawasan itu masih memberi sokongan kuat kepadanya untuk terus memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ini dan berjanji akan memberi khidmat lebih terbaik bagi kemajuan rakyat.
"Terserahlah kepada penduduk sendiri untuk membuat penilaian mengenai segala khidmat yang dicurahkan selama ini dan mungkin selepas ini akan banyak lagi perubahan akan dilakukan untuk mencapai hasrat menjadikan Gua Musang bandar maju," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh menang dengan majoriti 4,394 undi mengalahkan calon Pas Zulkefli Mohamed.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya kini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Tengku Razaleigh berkata, beliau turut menjangkakan yang positif terhadap tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gua Musang untuk membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Mengenai kempen pada PRU-13, beliau seperti biasa akan menggunakan pendekatan sama yang digunakannya dalam pilihan raya-pilihan raya terdahulu.
"Saya akan bertemu dengan rakyat berdasarkan pemahaman dan keperluan," katanya ketika ditemui di sini, Khamis. Tengku Razaleigh berkata, beliau mempunyai jentera parti BN yang kuat dalam bersama-sama mengadakan kempen pada PRU-13.
"Orang-orang saya (jentera parti) akan turut sama menyertai mereka," katanya mengenai corak kempen beliau yang memperlihat kekuatan sepasukan bagi memenangi hati pengundi sekali gus membantu menyumbang kepada kemenangan BN.
Nyata fokus dan cara berhemah dalam berkempen oleh Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat mulai 1969 menerima sokongan kuat rakyat terhadap corak kepimpinan di Parlimen Gua Musang.
Malah ketokohan Tengku Razaleigh sebagai pencetus pembangunan Gua Musang merupakan antara faktor utama kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.
Thursday, April 18, 2013
DUN Guchil - Nik Sepeia Calon Winnable, Diturunkan BN Pusat...
Bahagian Pertama:
Nampaknya pembangkang – tidak kiralah PKR atau PAS atau Bebas, ‘pukul 9 pagi’ pada hari pembuangan undi sudah kalah di calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil (Kuala Krai).
Katakanlah apa sahaja, masalah ‘teknikal’ ke tau apa…rakyat di DUN berkenaan sudah tahu PAS khususnya kecut perut. Mengikut kata PAS, soal ‘teknikal' dikatakan sebagai punca dua nama iaitu di Guchil dan Paloh (Gua Musang) yang diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak diumumkan lagi.
Pada PRU11 2004 calon BN, Dr Shamshul Ikhwan Ashaari Azmi dan calon Pas, Zulkifli Ya’cob yang juga penyandang kerusi itu berdepan seorang calon Bebas, (Allahyarham) Mohd Zaki Kassim.
Tetapi pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff dari PKR menang di DUN Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.
DUN Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.
Namun, suasana politik menjelang PRU13 terutama sokongan akar umbi ahli Pas terhadap calon PKR tidak sama dengan situasi lima tahun lalu dan kini masanya kerusi Dun Guchil dikatakan perlu diserah kembali kepada Pas.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, calon bagi kedua-dua DUN itu sudah pun dinamakan.
Amat menarik jika dilihat kerusi Guchil kali ini.
Untuk kali pertamanya, Parti Progresif Penduduk atau PPP melalui wakilnya Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (gambar atas) bertanding di DUN Guchil yang sekali gus bertanding di Kelantan.
Tidak pernah sebelum ini, BN Kelantan begitu terbuka dengan membenarkan komponen selain MCA bertanding di negeri itu.
Dalam memperkatakan PPP ini, bukan parti itu yang istimewa tetapi wakilnya, Nik Sapeia.
Bekas ahli UMNO 30 tahun dan Semangat 46 ini bergerak secara diam-diam tidak seperti ‘musuhnya’ Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA.
Malah, dengan terpilihanya Nik Sepeia, amat jelas ‘kemenangan politik’ berada di pihaknya kerana setidak-tidaknya dia diterima oleh BN, sedangkan Ibrahim terkapai-kapai bagai orang lemas.Selain itu, dengan terpilihnya Nik Sepeia, ia menggambarkan betapa kebenaran di pihaknya terserlah dalam kes ‘sembur mata’ membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan sahaja kerana mahkamah membebaskannya tetapi dia tidak wajar dipertanggungjawabkan.
Kini Nik Sepeia berada dalam ‘gerabak BN’ sementara Ibrahim ‘terlepas kereta api’ apabila tidak dinamakan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas sebagai penyandang.
Sebaliknya Che Johan Che Pa yang diberikan peluang kali ini dan Ibrahim terpaksa memilih sebagai calon Bebas jika ingin terus bertanding. Kalau beliau melakukan demikian bermakna ‘sia-sialah hubungan dan sokongannya kepada BN’ selama ini.
Berbalik kepada Nik Sepeia. Mulanya beliau dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai atau mungkin juga Manek Urai kerana program beliau di Manek Urai boleh dikatakan sepanjang masa.
Tetapi setelah Penyelaras BN Dun Guchil, Tuan Aziz Tuan Mat (gambar atas) dikatakan perlu bertanding di kerusi Parlimen, kawasan yang pernah dijaga oleh Tuan Aziz menjadi milik Nik Sepeia.
Persoalannya bagaimana UMNO dan BN Kelantan dipaksa menerima Nik Sepeia?
Nik Sepeia seperti ditegaskan sebelum ini bergerak sendirian. Sejak lebih dua tahun lalu beliau sudah turun padang di segenap kawasan Parlimen Kuala Krai.
Apa nak dihairankan?
Beliau adalah ‘orang tempatan’ dan melalui majlis atau turun padang jumpa rakyat, dia sebelum ini dilihat sebagai compelement kepada apa yang dibuat dan tidak dibuat oleh pemimpin UMNO di kawasan Parlimen berkenaan.
Bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)



