Saturday, October 11, 2008

ROSMAH DI MOF? BETULKAH APA YANG DIKATAKAN OLEH MSO?

Nak tahu bacalah....

MSO (Saturday, October 11, 2008)

PAGI tadi saya minum dan pekena capati dengan seorang kawan lama di retoran Pakistan berdekatan rumah. Bertemu, makan sambil untuk beraya. Beliau seorang penulis veteran, pengulas politik yang rapat dengan kebanyakan pemimpin politik. Bersifat provokatif.

Mengakui banyak mengetahui hal-hal dalam kain pemimpin. Lebih jauh dari itu beliau juga turut menerima maklumat dalaman Kerajaan termasuk soal-soal keselamatan. Kawan ini juga baik dengan penulis dan sasterawan negara. Pernah berkhidmat dengan akhbar di Indonesia dengan menjadi wakil akhbar itu untuk negara ini tahuan 60-an. Pernah dibayar sebanyak USD1,000 oleh akhbar berkenaan, satu bayaran lumayan! Begitulah ceritanya.

Gaya hidup kawan ini bertaraf tinggi, ada kelas dan standard. Berpakaian kemas, bertali leher senantiasa dan terpangaruh dengan disiplin Barat. Akhir-akhir ini banyak menulis mengenai biografi tokoh-tokoh politik, diplomatik dan korporat. Mengaku tidak pernah menjadi ahli parti mana-mana pertubuhan siasah negara ini. Pernah menjawab jawatan pegawai agama di sebuah negeri selama sehari.


Saya ingat beliau memanggil saya untuk berjumpa dan minum kerana ingin mengulas mengenai pengunduran secara terpaksa Abdullah Ahmad Badawi. Biasanya beliau yang mengakui mengetahui cerita dalaman akan tahu sebab musabab sebenarnya atau yang berlaku antara Abdullah dengan Mohd Najib Razak.


Nampaknya bukan itu beliau nak ceritakan, cuma menyebut apa yang Abdullah lakukan itu bukan atas keikhlasannya tetapi kerana begitu takut kepada Najib. "Pak Lah takut kepada tekanan Najib, jadi apa boleh buat lagi, berundurlah..." katanya.
Dalam tak nak cerita beliau tercerita juga, katanya Najib main kasar dengan Abdullah. Ada unsur ugutan terhadap Abdullah digunakan Najib.

Katanya Najib menggunakan tentera untuk mengugut Abdullah sehingga berhenti. "Apa dia... bentuk ugutan itu," saya ingin tahu lebih lanjut... namun tidak mahu disebut. Bahaya, katanya dan menambah sebab itulah Abdullah ambil semula tentera, Kementerian Pertahanan.
"Kenapa beliau tidak berpakat dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), sekurangnya beliau tidak berundur secara bersendirian dan tragis begitu, Ku Li boleh belanya," kata saya mengalih haluan percakapan bila beliau enggan memberi tahu. "Ku Li juga banyak kolikongnya, tak nak berunding dengan Abdullah, asyik bantai Dollah saja" balasnya. Tidak banyak kami bincang hal Abdullah yang sudah pun sudah 'mati' itu.

Kawan itu juga nampaknya tidak berminat lagi untuk mengenang Abdulah. Namun saya tahu apa yang berladum dalam hatinya, dia sedih, kesal kerana baginya Abdullahlah pemimpin terbaik dari Umno yang mampu menyatupadukan Melayu dan menguatkan Islam. Bahkan beliaulah yang menghantar surat kepada Dr Mahathir Mohamad memberi tahu pengganti paling bagus ialah Abdullah.


Selepas kami melencung kepada soal Pas dan Anwar Ibrahim (PKR) tiba-tiba dia kembali semula kepada soal Najib. Ini benar-benar mengejutkan saya dan agak sukar untuk dipercayai.
"You tahu belum apa-apa Najib dah arahkan supaya buat ofis Rosmah di MOF - Kementerian Kewangan?" katanya serius.

"Untuk apa, apa kapasiti Rosmah nak duduk di MOF, apa dia nak jaga ekonomi negara?" saya membalas memancing beliau. Timbul rasa tidak percaya kerana berita itu bersifat tuduhan liar dan agak melampau. "Tak tahulah tapi itu yang diceritakan kepada saya oleh pegawai MOF semalam..." balasnya ringkas tetapi serius. Tiba-tiba telefonya berdering. Saya hanya mendengar sambil makan perbualannya.

Dari perbualan itu saya dapat menangkap orang dalam telefon itu ada menyebut soal arahan Najib itu berpandukan kepada jawabannya... "iyalah saya pun tahu semalam, untuk apa ofis Rosmah..." kata kawan itu kepada orang dalam telefon.
"Pelik... saya tak percaya kalau Najib berbuat begitu. Masakan belum jadi PM sudah buat begitu. Apa Pak Lah tak tahu...." tanya saya lagi selepas dia habis bercakap. "Abdullah dah tahu, orang dah bagi tahu. Abdullah hanya kata, biar pi... lah dia (Najib) nak buat apa pun?' ceritanya. Dari cerita ini seakan benar apa yang diketahuinya itu.

Nampak ada kebenarannya ataupun ada asasnya.
Tetapi saya masih tidak mahu percaya. Mungkin cerita itu ditimbulkan untuk memburukkan Najib dan Rosmah sahaja. Kalau pun Rosmah itu mata duitan dan queen control tetapi takkan dia tidak tahu masa dan ketika mana nak tarik dan lembukan Najib. Setidak-tidaknya kalau Rosmah nak menguasi Kementerian Kewangan kawal kontrek dan tander, biarlah Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri dulu. Langkah Rosmah itu kalau benar agak tergsa-gesa dan melampau. "You boleh siasatan cerita ini. Cuma saya bagi tahu apa yang saya tahu saja," kata kawan itu seakan pertemuan pagi ini hanya nak sampaikan mesej itu saja. Gaya ceritanya nampak bersungguh benar.

Dia kemudian menambah dengan cerita-cerita lain mengenai Rosmah bagaimana Rosmah menguasai dan lembuTan Najib. Cerita itu termasuklah cerita klise mengenai Rosmah menengking Najib di hapadan orang ramai di Kuantan.
Saya hanya mendengar cerita lama itu dan menganggap ia ditimbulkan sebagai menyakinkan saya dengan cerita terbaru mengenai Rosmah itu. Lepas habis cepati Pakistan sekeping seorang bersama kari ayam tidak bersantan kawan itu menghantar saya balik dengan memesan, ada apa-apa call lah saya. [d'kota kl. 8:30 am 11/10/08]

Belum apa-apa Rosmah dah pulas telinga Najib di Mof? BAHAYA, BAHAYA!

Friday, October 10, 2008

MANA MAJLIS RAYA UMNO KELANTAN?

Seronok membaca laporan MSO mengenai Majlis Raya Pas Kelantan yang dihadiri lebih 20,000 orang.

Majlis sambutan Hari Raya Pas Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam itu meriah dan mencatat sejarah apabila turut sama dikunjungi para pelancong asing yang kebetulan sedang melancong ke Kelantan.

Bayangkan bagaimana mereka melihat ada yang berpakaian berjubah habis, berjubah setengah, berkopiah, berpakaian biasa dan ada juga yang hanya ber T-shirt.
Semua gambaran ini membuatkan Kijang tertanya-tanya, apa dah jadi dengan Umno?

Mana jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk rakyat Kelantan?
Apakah orang UMNO hanya sibuk dengan merebut jawatan?
Apakah Tan Sri Annuar Musa hanya ingatkan jawatan Naib Presiden sahaja?
Bayangkan betapa seronoknya majlis itu dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum; Cina, India, Orang Asli dan Siam.
Malah dikatakan kehadiran golongan muda masyarakat Tionghua sangat memberangsangkan.

Majlis itu anjuran Badan Perhubungan Pas Kelantan ia bermula jam 10:00 hingga menjelang Asar 4:00 petang.
Itulah, kalau kata pemimpin UMNO pentingkan diri dan kejar jawatan mereka marah.
Annuar pun buat sambutan Aidilfitri pada hari raya pertama senyap-senyap saja dan jemput tetamu tertentu sahaja.

Kenapa tidak dibuat di Pejabat UMNO Kelantan atau di padang kompleks sekolah Wakaf Mek Zainab macam pesta Islam Hadhari tahun lepas?
Orang MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain yang menyokong BN pun boleh diajak sama.
Takkan takut kat puak Hindraf? Mana ada penyokong Hindraf di Kelantan.
Sudah tidak ada peruntukan?
Pakat-pakatlah demi UMNO – kan orang UMNO banyak yang kaya daripada projek lebuh raya dan projek kerajaan Pusat yang lain.

Pengarah JPP Kelantan, Datuk Shukri Salleh mesti boleh atur punya....dia tahu siapa dapat kontrak dan siapa yang dapat banyak.
Musim perayaan seperti ini, sesekali kontraktor UMNO belanjalah rakyat Kelantan....Kesian Orang Kelantan!

Thursday, October 9, 2008

TUAN HASHIM ROSAKKAN UMNO KELANTAN (1)

Oleh Veteran Bukit Marak

Umno Bahagian Tanah Merah semalam (7 Oktober 2008) membuat ketetapan membantah pengendalian persidangan tahunan cawangan Umno dalam bahagian itu.

Mesyuarat itu yang dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan sejak Sabtu lalu hingga esok dipengerusikan Tuan HashimTuan Yaakob.

Pemangku ketuanya, Nik Kemruzaman Sulong, berkata bantahan itu dibuat mereka kerana keputusan dan tindakan jawatankuasa berkenaan yang didakwa tidak telus sehingga berlaku beberapa kejadian yang disifatkan melanggar peraturan ketika mesyuarat berlangsung.

Bagaimana UMNO Kelantan boleh melantikTuan Hashim Tuan Yaakob, kroni Tan Sri Annuar Musa, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Umno Kelantan sedang dipersoalkan?

Tuan Hashim yang dikatakan orang paling berkuasa di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kelantan bukan sekadar diserahkan tugas penting seperti ini tetapi pada pilihan raya lalu, beliau mengatasi peranan pemimpin UMNO Kelantan yang lain termasuk Setiausaha Badan Perhubungan, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi, Datuk Awang Adek Husin.
Sebagai orang yang dipercayai Annuar, Tuan Hashim dikatakan ‘membekukan’ beberapa aktiviti UMNO Kelantan, termasuk kerja-kerja kempen, publisiti, hebahan, gerakan saraf dan berkaitan dengannya.

Petugas yang diamanahkan untuk kerja-kerja berkenaan menghadapi masalah kerana sering disekat untuk berhubung terus dengan Annuar dan juga Bendahari UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar.

Dikatakan juga,Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Alwi yang kini Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Adun Ketereh, turut mempunyai masalah dengan beliau.
Malah ada mengatakan, orang kuat Annuar, Rahime Yusof, turut berdepan dengan pelbagai halangan yang dibuat-buat Tuan Hashim.

Menghairankan sekali dalam soal ini Setiausaha Kerja UMNO Kelantan, Haji Idris Muhamood bagaikan tidak berfungsi langsung.
Jadi tidak peliklah kalau wujud bantahan sedemikian dibuat oleh Nik Kemruzaman kerana Umno bahagian Tanah Merah beranggapan tanggungjawab menguruskan perjalanan persidangan cawangan berkenaan tidak harus diberikan kepada Tuan Hashim.

Beliau berkata, antara kes yang dikesan termasuk kejadian individu yang menyamar sebagai ahli Umno dan dibenarkan hadir dalam persidangan di beberapa cawangan terbabit serta kegagalan jawatankuasa itu menyerahkan salinan laporan mesyuarat kepada cawangan dan bahagian untuk direkodkan.

"Kehadiran pihak yang menyamar sebagai ahli Umno pada persidangan itu tidak dapat dihalang kerana jawatankuasa pemilihan dan pemantauan itu tidak membenarkan Umno bahagian Tanah Merah menghantar pemerhati bagi mengenal pasti ahli terbabit dan kita sudah membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Pada masa sama, Biro Politik Umno bahagian akan memohon mengadakan pertemuan segera dengan Timbalan Presiden Umno merangkap Pengerusi Pengurusan Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi memaklumkan penghantaran surat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan pemantauan Umno Kelantan daripada meneruskan persidangan cawangan dalam bahagian ini," katanya.

Lebih malang, menurut Nik Kemruzaman, selaku Pengerusi MAYC Kelantan, Tuan Hashim turut mempunyai hubungan langsung dengan seorang calon yang dijangka menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Umno bahagian itu.
Proses persidangan tahunan cawangan Umno dalam bahagian Tanah Merah diambil alih oleh Badan Perhubungan Umno Kelantan menerusi jawatankuasa pemilihan dan pemantauan itu, ekoran pelbagai masalah yang berbangkit terutama membabitkan isu keahlian peringkat cawangan.
(Ikuti Bahagian Kedua yang akan menyusul nanti)