Sunday, June 7, 2009

APA MAINAN mSTAR Online

Kijang Jantan hairan dengan laporan mStar Online 9 pagi semalam.

Tajuknya “Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS” mengatakan Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.
Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.
Husam menang dengan perbezaan 65 undi.
Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.
Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.

"Kami difahamkan perbezaan undi sangat kecil," kata satu sumber kepada mStar Online.
Apakah portal berita berkenaan cuba scoop laman dan akhbar lain? Atau ia mempunyai agenda tersendiri kerana portal itu nampaknya berpihak kepada Husam sejak beberapa minggu lalu.
Sumber mana memberitahu portal berita berkenaan tidak pastilah. Tapi ternyata usaha untuk menonjolkan Husam gagal.
Kijang lega dan mengucapkan tahniah kepada Nasharudin Mat Isa kerana berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS buat penggal ketiga berturut-turut.
Ahli Parlimen Bachok itu menerima 480 undi untuk merekodkan majoriti 200 undi dalam pertarungan tiga penjuru yang diadakan semalam.

Husam yang sebelum ini disebut sebagai pemenang berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat awal pagi tadi, hanya menerima 281 undi manakala Muhamad Sabu pula mendapat 261 undi.
Kemenangan itu membolehkan beliau terus bergandingan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.

Pemilihan jawatan itu hanya mencatatkan empat undi rosak. Seramai 1,026 mengundi pada pemilihan kali ini.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 871 undi, Salahuddin Ayub (820) dan Datuk Mahfuz Omar (636).

Ketiga-tiga mereka merupakan muka baru jawatan itu.
Dua calon lain yang kalah ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa (272) dan Nik Amar Nik Abdullah (333).
Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi semalam. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.

Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hanya mengumumkan keputusan rasmi pagi semalam apabila proses pengundian yang bermula petang kelmarin berakhir dua jam berikutnya iaitu pada pukul 5.40 petang.

Seramai 1,044 mengundi pada pemilihan kali ini termasuk 971 perwakilan.
Jawatan Presiden dikekalkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa cabaran.

No comments: