UMNO Bahagian Jeli akan bermesyuarat bagi memberi tumpuan kepada gerak kerja lebih hebat dalam usaha mendaftarkan pemilih-pemilih baru di parlimen Jeli.
Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menerusi mesyuarat pengurusan akan datang, beliau meminta supaya gerak tumpu mendaftarkan pemilih dapat digembleng dengan lebih baik.
Menurutnya, daftar pemilih ini merupakan perkara serius dan oleh itu satu usaha turun ke bawah lebih banyak perlu dijalankan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.
"Tanggungjawab ini perlu diambil berat dan saya minta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mengambil berat serta serius tentang perkara ini.
"Banyak program-program di jalankan di Jeli ini, jadi gerakan mendaftar ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya ianya dapat memberi kekuatan kepada kita nanti,"katanya.
Berikutan itu, semua pihak diminta menggemblengkan tenaga dan usaha menjalankan gerak kerja lebih hebat mendaftarkan mereka yang cukup umur sebagai pemilih.
Mustapa berkata, daftar pemilih ini merupakan perkara penting sekiranya pilihan raya diadakan.
Menurutnya, perkara ini sangat mustahak dan sekiranya diambil mudah maka ianya sudah tentu merugikan apabila pilihan raya diadakan nanti.
"Daftar pemilih ini mustahak dan usaha meningkatkan jumlahnya perlu dilaksanakan sebaik mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti,"katanya ketika berucap dalam majlis pertemuan bersama kepimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas di Gemang 31 Julai lalu.
Lebih 100 kepimpinan DUN hadir pada majlis tersebut apabila Mustapa hadir menyuntik semangat memberikan motivasi untuk bekerja kuat.
No comments:
Post a Comment