Wednesday, August 18, 2010

MANA SATU NI - UNTUK KOLEKSI ATAU PERNIAGAAN

Semakin banyak kenyataan mengenai mata wang Syariah, semakin keliru dibuatnya.

Kerajaan Kelantan berkata untuk perniagaan, Permodalan Kelantan Berhad berkata untuk simpanan.

Pengurus Kewangan Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Azmi Harun, berkata kebanyakan pembeli dinar emas dan dirham perak yang dilancarkan Kerajaan PAS Kelantan minggu lalu, lebih berminat menyimpannya sebagai simpanan atau koleksi peribadi.

Katanya, ramai pembeli lebih berminat dengan nilai tinggi dinar emas daripada menggunanya sebagai medium jual beli.

Katanya, sejak mata wang syariah itu dilancarkan kerajaan negeri ini minggu lalu, pihaknya sudah menjual dinar emas bernilai RM150,000.

“Dirham perak mencatat permintaan tinggi kerana nilainya lebih kecil berbanding dinar emas sejak pelancarannya minggu lalu, bagaimanapun, kebelakangan ini, kita lihat permintaan menggalakkan daripada pelanggan untuk membeli 1/2 dinar emas, satu dinar emas dan dua dirham emas,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah mengikut bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Sementara itu, Penasihat Syariah World Islamic Mint, Abdalhasib Castineira, berkata dari segi undang-undang, hanya Kerajaan Pusat iaitu melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai kuasa eksklusif dalam pengeluaran mata wang sah diperlakukan.

“Ringgit Malaysia mempunyai konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ia tidak berasas kepada sebarang komoditi seperti dinar dan dirham, sebaliknya hanyalah nota janji yang diberi nilai oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

No comments: