Wednesday, August 18, 2010

MUSHTAK PARKAR, DR AWANG TIDAK LAYAK, HANYA HUSAM YANG...

"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak. Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat..." - Husam Musa

Editor majalah perdagangan Arab Islamic Banker dan Timbalan Menteri Kewangan tidak layak mengulas mengenai Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Yang layak hanya Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Kerana itu Husam membidas kedua-dua mereka - Mushtak Parker dan Datuk Dr Awang Adek - menyifatkan mereka tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.

Kata Husam mereka ini mungkin ada agenda tersembunyi apabila memperkatakan perkara ini.
Rupa-rupanya pengalaman Mushtak Parker sebagai penganalisis perniagaan dan politik yang berpangkalan di London ini, tidak sebijak Husam.

Siapalah sangat Mushtak Parker ini. Dia hanya pemilik Mushtak Parker Associates Ltd di London selain Editor Islamic Banker juga CEO dan Ketua Editor Global News Network Ltd. Lagipun penganalisis ini berkelulusan London School of Economics and Political Science, University of London.

Si Datuk Sr Awang Adek Husin ini pun satu lagi.

Sekadar pengalaman jadi timbalan menteri, pensyarah dan berkelulusan PhD, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, juga Pengerusi Tenaga Nasional dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan Husam tak heran.

Husam lagi banyak pengalaman pentadbiran dan pelaburan di Kelantan dan luar negara.

Bandingkan Husam dengan Mushtak Parker dan Dr Awang dalam konteks kemahiran mengenai Dinar dan Dirham ini jauh panggang dari api!
Apalah sangat pengalaman Mushtak Parker selama 30 tahun dalam media, kewartawanan, penyiaran dan perundingcara include United Kingdom, Negara Teluk, Turki, Jerman Malaysia dan Afrika Selatan.

Untuk tulis pengalaman panjang-panjang siapa pun boleh!

"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak.

"Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online semalam.

Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mushtak, menerusi kolumnya di akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews yang menganggap kerajaan PAS Kelantan mengamalkan politik oportunis murahan apabila mengumumkan penggunaan mata wang itu sempena permulaan Ramadan.

Malah Mushtak juga menyifatkan tindakan itu mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990.

Selain itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan tetap mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperkenalkan penggunaan dinar dan dirham.

"Orang ramai tak perlu pandangan kolumnis ini untuk faham kebaikan menyimpan dan berurusan dengan dinar dan dirham ini. Hanya berikan mereka peluang menyimpan beberapa keping dirham dan dinar di dalam poket... sekejap sahaja dinar dan dirham ini akan meningkat nilainya," katanya.

Menurut beliau lagi, penggunaan nilai mata wang ini akan menguntungkan pengguna kerana harganya akan terus meningkat. “Simpan dinar dan dirham seperti menyimpan telur, esok ia akan menetas... bila menetas, nilai anak ayam akan lebih tinggi daripada telur.

Mengenai Dr Awang, Husam berkata kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu menunjukkan kejahilannya berhubung kestabilan harga emas dan perak.

Ia juga sebagai usaha untuk "menghina intelek orang ramai" kerana kestabilan harga logam itu sendiri boleh dilihat melalui fakta ekonomi dan dari sudut sejarah.

Hu am menjelaskan, walaupun harga emas dan perak susut secara mendadak pada sesuatu masa, ia tetap akan menokok semula. Pada masa harga emas jatuh, peniaga itu boleh simpan dinar mereka dan gunakan wang ringgit.

"Alasannya, dinar ini bukanlah untuk mengganti ringgit seratus peratus tetapi sebagai pelengkap kepada wang ringgit," katanya lagi.

"Itulah yang berlaku kepada emas, harganya akan terus naik dalam jangka masa panjang dan penyimpannya boleh dapat untung daripada kenaikan itu," katanya.

Husam mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan itu yang dipetik Utusan Malaysia semalam bahawa peniaga berisiko ditipu oleh "penyangak matawang" apabila menggunakan wang syiling itu untuk urusan jual beli mereka.

Dalam laporan tersebut, Dr Awang dipetik sebagai berkata, peniaga juga akan berhadapan masalah kerana syiling emas dan perak yang dilancarkan pada 12 Ogos lalu itu tidak diperakui di peringkat nasional.

Masalah itu mungkin akan menyebabkan nilainya jatuh mendadak sehingga 20 peratus, kata Awang Adek lagi dalam laporan sama.

Husam sebaliknya berkata, kerajaan Kelantan telahpun mengambil kira risiko sebelum memperkenalkan dinar emas dan dirham perak ke pasaran negeri itu.

Beliau mengakui bahawa risiko paling besar yang dihadapi adalah dari sudut politik ke atas pentadbiran negeri itu yang dikuasai PAS.

"Kalau pengguna akan ditipu, sudah tentu politik PAS akan terjejas," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Apa pun, sebelum mengakhiri entri ini, adalah elok untuk mendekati siapa Mushtak Parker yang diperlekehkan oleh Husam itu:

“I have over 30 years experience in media, journalism, braodcasting, and consultancy. My specialist countries include UK; the GCC; Turkey, Germany, Malaysia, South Africa.I specialise in Islamic finance; conventional banking; ethical investment; commodities; petrochemicals; development; Islamic arts (funding and patronage); human rights; sports (rugby union, cricket, football) and governance. I am the Editor of Islamic Banker, the global reference for the industry which is a strictly independent publication; I am a correspondent for Arab News and The London Times Supplements; I have been a coorespondent for the Financial Times Specialist publications from 1981 to 1993; I have contributed articles on various topics to the Guardian, The Observer, The Independent, Newsweek, Institutional Investor; The Times; London Evening Standard; Business Day (South Africa); New Straits Times (Malaysia); The Diplomat; The Middle East; Middle East International; Emerging Markets; Economist Intelligence Unit. I am also an active consultant on islamic finance and other market and economic issues - my clients have been central banks, ministries of finance, corporates, financial institutions. I also do specialist briefings for corporate clients at School of African & Oriental Studies (SOAS) and teach with others a Special Course for Malaysian Civil Servants in Religious Departments and the Military for three months every year in London aimed at broadening their horizons and experience. I am also a specialist in confidential market research and specialised confidential research and information services to company chairmen and CEOs. My goals are to achieve the highest professional standards and integrity; always to give the best independent and objective analysis and information; and contribute positively to the debate and discourse relevant. I also aim to give added value from a business, professional and CSR perspective.”

1 comment:

musang said...

saya sokong dinar emas, 'yahudi akan dengki dengan islam sehingga bumi ini akan digulung' majulah dinar emas, mengalirlah di negeri selangor jua.barakallahufikum