Wednesday, January 25, 2012

BR1M RM150 Juta Untuk Rakyat Kelantan - Hargailah Sumbangan Kerajaan Pusat

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semalam, kira-kira 300,000 keluarga di negeri ini dijangka layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diagihkan 15 Januari lalu.

Ini bermakna hampir 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu.

Sehingga kini, agihan kepada 5,000 keluarga melibatkan lima kawasan dilaksanakan dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

”Walaupun setakat ini sudah diagihkan kepada 5, 000 orang, tetapi yang diluluskan kepada Kelantan banyak, dan kita jangka tidak kurang 300, 000 keluarga akan menerima BRIM ini.

”Mana-mana yang belum menerimanya, diharap bersabar kerana sebenarnya kita masih ada masa sehingga penghujung Mac ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 347 penerima dalam Parlimen Kubang Kerian, di Sekolah Kebangsaan Mulong dekat Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, jika terdapat halangan pada proses agihan, kerajaan pasti akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh agihan, dan di Kelantan kita harap akan dapat diselesaikan seperti ditetapkan, Mac ini.

Rakyat diharap akan menghargai kesungguhan kerajaan pusat dalam membantu meringankan beban mereka walaupun ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil kini.

Mengulas mengenai Program Bantuan Nelayan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, Mustapa berkata, pihaknya kini dalam perbincangan untuk mengenal pasti kawasan- kawasan terlibat.

“Pihak berkenaan ada yang berbincang dengan saya untuk mengenal pasti kawasan yang perlu diberi perhatian, dan insya-Allah rakyat Kelantan akan turut mendapat manfaat di sebalik program berkenaan,” katanya.

Melalui bantuan itu kerajaan Pusat menyediakan RM150 juta untuk jumlah 300,000 penerima di Kelantan, itupun jika jumlahnya tidak bertambah.

No comments: