Showing posts with label Pondok. Show all posts
Showing posts with label Pondok. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Jangan Sokong Kepimpinan PAS

Sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di Kelantan diminta supaya tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.

Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, pendirian Pas yang reda menyerahkan teraju kepimpinan negara yang selama ini dipegang oleh orang Islam kepada bukan Islam iaitu DAP jika pembangkang berkuasa cukup mencabar kedaulatan Islam dan kewibawaan Melayu.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini termasuk pengasas pengajian pondok di Kelantan perlu bangkit menentang perkara itu sebelum terlambat.

"Kejatuhan kerajaan Melayu Singapura dan kini di Pulau Pinang cukup memberi iktibar untuk kita tidak melakukan kesilapan. Tidak mustahil Pas sendiri akan berputih mata sekiranya mereka membenarkan pucuk pimpinan negara dipegang oleh orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Muzakarah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Aman, dekat Ahad lalu (26 Disember 2010).

Seramai 500 peserta terdiri daripada guru agama dan guru kelas fardu ain serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program itu.

Abdullah adalah salah seorang ahli panel pada muzakarah itu.

Menurut beliau, sejak kebelakangan ini kenyataan dan tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada DAP jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti memang tidak boleh dimaafkan.

Beliau berkata, Pas perlu bertanggungjawab terhadap isu yang pernah dibangkitkan dan dianggap fatwa oleh mereka termasuk mengkafirkan orang UMNO yang menjadi punca perpecahan orang Melayu sehingga memberi ruang kepada orang bukan Islam mengambil alih dan meraih sokongan untuk menerajui pemerintahan negara ini.

"Semua ini bukan berlandaskan perjuangan Islam yang hakiki tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berada dalam arena politik walaupun hak umat Islam akan tergugat.

"Guru-guru pondok pernah menyerahkan satu resolusi kepada Nik Abdul Aziz supaya berhenti mengeluarkan kenyataan termasuk mengkafirkan orang UMNO tetapi sehingga sekarang dia tidak pernah melayan teguran kami," katanya.

Utusan Malaysia

Saturday, September 4, 2010

Pondok Moden Jeli Bakal Dijadikan Pusat Tahfiz

Institusi Pondok Moden Jeli bakal dijadikan pusat tahfiz untuk golongan muda dan pusat mendalami ilmu agama bagi golongan tua dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia bagi memenuhi permintaan yang semakin menggalakkan bukan saja daripada masyarakat setempat tetapi juga dari luar.

Buat masa ini Pondok Moden Jeli ini menerima pelajar daripada pelbagai peringkat termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang mahu mengikuti kursusagama, kata beliau kepada pemberita, di Jeli, malam semalam.

Pondok Moden Jeli yang dibina pada 2008 di atas tapak seluas 1.6 hektar oleh Umno Jeli dengan kos RM500,000 itu, merupakan institusi pertama seumpamanya di negara ini.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk asrama untuk lelaki dan perempuan, pusat itu ditubuh berasaskan institusi sekolah pondok yang banyak di Kelantan.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pihaknya juga merancang untuk menambah infrastruktur institusi itu pada masa depan.

"Kita secara perlahan-lahan dan berperingkat membangunkan pondok moden inidan yang terbaru kita baru menyiapkan dewan untuk aktiviti perhimpunan yang bernilai RM300,000 dan mampu memuatkan seramai 300 orang.

"InsyaAllah kita akan cuba mendapatkan peruntukan yang lebih besar bagi membangunkan pondok moden ini," katanya.