Devan berkata, dia melepaskan jawatan ketua jurulatih
skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors atas faktor peribadi, namun enggan
mengulas lanjut berhubung tindakan mengejutnya itu.Thursday, May 12, 2016
K Devan Tinggalkan Kelantan Berkuatkuasa Serta Merta Semalam
Devan berkata, dia melepaskan jawatan ketua jurulatih
skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors atas faktor peribadi, namun enggan
mengulas lanjut berhubung tindakan mengejutnya itu.Wednesday, September 15, 2010
PEMASYHURAN – NIK AZIZ & SUK TIDAK CAKAP BENAR?
Tuanku Ismail Petra yang masih berkerusi roda bersama Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menerima kunjungan rakyat jelata pada majlis rumah terbuka di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, kelmarin.Ha...ha...Tan Sri Annuar Musa tewas pukulan K.O. dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
‘Pertabalan’ oleh Annuar terhadap waris Sultan Kelantan beberapa tahun lalu tidak ke mana-mana bagaikan jauhnya api dari panggang, berbanding dengan apa yang dilakukan Menteri Besar Kelantan itu.
Nik Aziz lebih smart dan usahanya berjaya mengetepikan Tuanku Ismail Petra – sekaligus membolehkan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa 13 September 2010 (Isnin).
Cuma yang tidak terjawab sehingga sekarang ialah apakah benar Menteri Besar Kelantan, itu tidak tahu tarikh dan waktu majlis pemasyhuran tersebut?
Apakah Nik Aziz cuba menyorokkan majlis pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru itu?
Kenapa beliau melakukan demikian? Bimbang majlis dibatalkan dan usahanya menabalkan Tengku Muhammad Faris akan gagal?
Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan itu di Balairung Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari hari berkenaan.
Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang juga Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, Pengelola dan Ketua Istiadat Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, pembesar-pembesar negeri dan semua anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Menurut sumber, seramai 15 anggota MPN hadir pada mesyuarat pagi ini kecuali dua anggotanya iaitu Ahli Parlimen Gua Musang yang juga kerabat diraja Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan Tengku Amalin A'Ishah Putri.
Khabarnya bonda Tengku Muhammad Faris, Tengku Anis juga juga tidak hadir.
Tengku Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyhuran Raja Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) di Balairung Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu, Isnin lalu.
Nik Aziz berkata, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada pukul 9 pagi 13 September itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim di sini bagi membuat keputusan itu.
Sebagai mewakili rakyat jelata, Nik Abdul Aziz melafazkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi terhadap Sultan Kelantan.
Apa yang menarik dalam perkembangan ke arah pemasyhuran itu ialah sehingga 10 September (Sabtu), Nik Aziz mengatakan beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.
Jadi bila sebenarnya tarikh beliau menerimanya? Apakah pada pagi yang diadakan mesyuarat sebelum pemasyhuran itu?
Menjawab soalan wartawan, beliau mengatakan: “Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan).” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz menyatakan perkara itu mengulas laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber bahawa Pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu.
Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad juga enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu.
“Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada Pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu,” katanya.
Bagaimanapun, anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan beliau ada menerima surat berkenaan. "Saya mengakui menerima surat untuk ke majlis jamuan, itu saja.,”
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri itu berkata surat tersebut menjemput beliau menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Pemangku Raja di Istana Balai Besar pada Isnin ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di kediamannya pada Ahad 11 September 2010 enggan menafi atau mengiyakan perkara tersebut. "Tunggulah, kita akan beritahu. Kita tidak membiarkan media kerana mereka rakan rapat kita,” katanya.
Sunday, September 5, 2010
DINAR - KALAU SEKADAR 'SUKARELA', APA SANGAT ISTIMEWANYA?
Dinar dan dirham kononnya nak dijadikan mata wang alternatif. Boleh digunakan untuk perdagangan dan bayar gaji.
Tetapi semalam Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, agensi kerajaan negeri Kelantan yang bertanggung
jawab terhadap penjualan dinar emas dan dirham perak, menegaskan bahawa syiling berkenaan bukan satu wang sah.Kalau sudah demikian halnya, kenapa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco kanannya, Datuk Husam Musa begitu beria-ia mengatakan ia sebagai pengganti (alternatif) kepada mata wang sedia ada?
Dalam soal seperti ini pun mahu dijadikan isu politik? Jika awal-awal mengatakan ia hanya sebagai sesuatu yang 'sukarela', keadaan menjadi lebih mudah.
Atau Nik Aziz sendiri tidak tahu dinar dan dirham ini boleh dijadikan mata wang pilihan? Atau Nik Aziz dibekalkan maklumat salah?
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Golden Trade, Umar Ibrahim Vadillo berkata penggunaan dinar dan dirham Kelantan semata-mata berdasarkan sukarela.
"Tiada siapapun dipaksa menggunakan atau membeli syiling itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak media. Orang ramai membeli syiling itu secara sukarela dan kedai-kedai yang menyertai jaringan itu juga dilakukannya secara sukarela," katanya pada satu taklimat media mengenai perkembangan terbaharu dinar emas dan dirham perak di sini.
Katanya Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Kelantan Golden Trade dan agensi kerajaan yang lain juga bersetuju membenarkan warga kerja masing-masing yang mahu sebahagian gaji mereka dibayar menggunakan dinar dan dirham, diberikan syiling berkenaan atas permintaan mereka sendiri dan berasaskan sukarela.
Katanya beliau kecewa dengan sesetengah media, mengenai cara ia dilaporkan.
Media lagi yang silap?
Bagi saya yang silap ialah apabila pemimpin PAS merasakan perkara ini sebagai pencapaian yang terlalu besar untuk Kelantan selain menguji Kerajaan Pusat sama ada ia boleh digantikan ringgit.
Nawaitu sudah tidak betul. Jangan salahkan media dalam soal ini. Media tidaklah sebodoh atau bebal mengenai dinar dan dirham.
"Isu wang sah jelas tiada kena mengena dengan kami," katanya semasa ditanya sama ada beliau kecewa dengan laporan media yang menyatakan bahawa negeri itu cuba menggunakan syiling itu sebagai wang sah.
Umar berkata syarikat itu memahami sepenuhnya bahawa hanya Bank Negara Malaysia berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia dan ringgit adalah satu-satunya mata wang yang merupakan wang sah bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Umar menjelaskan bahawa pengenalan dinar emas dan dirham perak di Kelantan bukan idea baharu atau satu eksperimen tetapi ia adalah pertama kali dalam sejarah bahawa rakyat diberi pilihan untuk menggunakan syiling bagi pembayaran zakat dan perkhidmatan.
Kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas dan dirham perak bernilai RM2.0 juta bagi rakyat di negeri itu pada 12 Ogos tahun ini.
Sehingga ini, dinar emas bernilai kira-kira RM1.5 juta telah terjual. Nilai dinar emas dan dirham itu adalah berasaskan harga pasaran.
Sehingga semalam. harga satu dinar ialah kira-kira RM592 dan RM13 bagi dirham.
Umar berkata kerajaan negeri merancang menggandakan operasi modal syarikat itu daripada RM2.0 juta kepada RM4.0 juta bagi membolehkan pengeluaran lebih besar syiling itu.
Kelantan Golden Trade turut merancang menambah pengeluaran syiling itu pada kemudahan menempa kedua di Pulau Pinang bersama-sama dengan Public Gold Sdn Bhd.
Pengeluaran pertama dilakukan oleh Emirates Gold di Dubai.
WABAK DEMAM DENGGI MAKIN SERIUS DI KELANTAN
kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah.Beliau berkata, sehingga akhir minggu ini, sebanyak 852 kes dikesan dengan sembilan kematian, dan antara jajahan paling serius ialah Kota Baharu (677 kes), Pasir Mas (604) serta Tanah Merah (168).
"Peningkatan ini membimbangkan dan langkah-langkah segera diambil bagi mengatasi masalah itu daripada berterusan,” katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industr,i Datuk Seri Mustapa Mohamed yang melawat mangsa demam denggi di Hospital Pasir Mas, Lati semalam.
Dr. Wan Mansor berkata antara langkah pencegahan dan kawalan yang dilakukan ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kawasan air bertakung, memutuskan kitaran hidup nyamuk dengan semburan kabus, selain menggalakkan masyarakat mengamalkan kebersihan.
"Pihak kami juga sudah membentangkan wabak kes demam denggi ini kepada Jawatankuasa Bencara dan Wabak Negeri dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias pada 18 Ogos lepas.
"Selain itu, kita juga mengatur program pendidikan dengan mengadakan 776 ceramah, 231pameran, 147 gotong royong di samping mengenakan 1,188 kompaun terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkaitan kes (pembiakan nyamuk aedes) itu,” katanya

