Sebanyak 16 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Rantau Panjang akan ditutup esok berikutan keadaan banjir di Kelantan, terutama daerah Pasir Mas yang semakin teruk.
Penyelia Kanan KEMAS Rantau Panjang, Mukhtar Mustafa, berkata 16 TABIKA itu terdiri daripada TABIKA di Serungga, Tok Derpah, Siram, Bonggor, Bakong, Meranti, Pohon Tanjung, Lubok Setol, Kampung Rahmat, Gual Sitok (1), Gual Sitok NKRA, Taman Rantau Mas (1), Taman Rantau Mas NKRA, Komplek UPP Lubok Gong, Tok Deh dan Gua Periok.
Beliau berkata, penutupan TABIKA berkenaan membabitkan 500 murid. "Sesetengah TABIKA, atau laluan ke arah tabika itu, mula dinaiki air kira-kira satu meter sejak malam tadi. Kami ambil keputusan untuk menutup TABIKA berkenaan, yang pada mulanya dijadualkan memulakan sesi pembelajaran esok," katanya.
Katanya, TABIKA itu akan dibuka semula hanya apabila air sudah surut.
Showing posts with label Tutup. Show all posts
Showing posts with label Tutup. Show all posts
Sunday, January 9, 2011
Monday, January 3, 2011
Lapan Sekolah Tidak Dapat Memulakan Sesi Persekolahan Kerana Banjir
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan mengumumkan lapan buah
sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini (Isnin) disebabkan banjir.
Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata lima sekolah terbabit a
dalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.
Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.
Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan. Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.
Hussain berkata keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah di tenggelami air menyebabkan terputus hubungan.
"Ini adalah hasil lawatan saya semasa meninjau kawasan sekolah yang terlibat dengan bencana banjir petang tadi," katanya semalam.
Beliau berkata SK Bihai di Gua Musang terpaksa ditutup kerana tanah runtuh dan jambatan kayu di situ rosak, manakala SK Lubok Setol kerana jalan ke sekolah itu ditenggelami air menyebabkan hubungan terputus.
Katanya sekolah-sekolah terbabit akan dapat memulakan sesi persekolahan sebaik sahaja banjir pulih dan jalan-jalan di kawasan terbabit siap dibaiki.
sekolah di seluruh negeri ini belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini (Isnin) disebabkan banjir.Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata lima sekolah terbabit a
dalah di daerah Rantau Panjang, dua di Tumpat dan sebuah di Gua Musang.Sekolah-sekolah di Rantau Panjang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang; SK Sri Rantau Panjang I; Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Kay Boon dan SK Lubok Setol.
Di Tumpat, sekolah terlibat adalah SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan. Sebuah sekolah di Gua Musang adalah SK Bihai iaitu sekolah bagi pelajar Orang Asli.
Hussain berkata keputusan menangguhkan sesi persekolahan itu dibuat kerana bangunan sekolah terbabit digenangi air atau jalan menuju ke sekolah di tenggelami air menyebabkan terputus hubungan.
"Ini adalah hasil lawatan saya semasa meninjau kawasan sekolah yang terlibat dengan bencana banjir petang tadi," katanya semalam.
Beliau berkata SK Bihai di Gua Musang terpaksa ditutup kerana tanah runtuh dan jambatan kayu di situ rosak, manakala SK Lubok Setol kerana jalan ke sekolah itu ditenggelami air menyebabkan hubungan terputus.
Katanya sekolah-sekolah terbabit akan dapat memulakan sesi persekolahan sebaik sahaja banjir pulih dan jalan-jalan di kawasan terbabit siap dibaiki.
Subscribe to:
Posts (Atom)