Usahawan Malaysia, terutamanya yang menceburi industri halal, harus mempertimbang untuk melabur di selatan Thailand jika mereka berhasrat meningkatkan pengeluaran, kata Pengerusi Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT, Datuk Faudzi Naim Noh.
Beliau berkata pelabur-pelabur dalam sektor ini boleh memanfaatkan pengeluaran besar-besaran bahan mentah di kawasan ini dan ini akan memberikan mereka kelebihan apabila bersaing dalam pasaran global.
Usahawan Malaysia menghadapi banyak masalah seperti mendapatkan tanah dan bahan mentah dan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan, sebahagian besar usahawan ini mengimport bahan mentah dari selatan Thailand pada harga yang lebih murah, katanya.
"Thailand mempunyai rekod pencapaian pengeluaran besar-besaran produk makanan. Malaysia pula, tidak banyak mengeluarkan produk makanan, tetapi produk halalnya lebih diterima dalam pasaran global dan mempunyai kelebihan dari segi pengiktirafan dan akreditasi," kata Faudzi.
Memandangkan keadaan ini, Malaysia akan dapat bergantung kepada Thailand bagi mendapatkan bahan mentah dan kedua-dua negara boleh saling melengkapi dalam sektor ini, katanya di luar acara Forum Perniagaan pada Sidang Kemuncak Lima Dasar, di Hatyai, semalam.
Forum Perniagaan itu disertai oleh ahli-ahli dewan perniagaan dari lima wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Satun dan Songkhla, serta wakil-wakil perniagaan dari lima negeri di Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Pembangunan Ekonomi Selatan, Sirichai Pithicharoen, bagi Thailand manakala Faudzi mewakili Malaysia.
Faudzi berkata mesyuarat semalam mengenal pasti lima bidang utama bagi kerjasama ekonomi iaitu industri halal, perdagangan, pelancongan, logistik dan pelaburan.
Bagaimanapun, industri halal menjadi perbincangan utama pada forum itu di mana Thailand, seperti Malaysia, telah bersiap-siap untuk menjadi hab halal dengan mewujudkan beberapa Zon Perusahaan Halal.
Peluang sangat banyak di sini, katanya, sambil menambah ahli-ahli perniagaan tempatan juga harus mengubah cara berfikir mereka dan perlu berfikir dari sudut pasaran antarabangsa.
Beliau berkata meskipun Malaysia dan Thailand menikmati kerjasama yang baik melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT GT) dan Pembangunan Strategik Bersama Malaysia Thailand (JDS) namun beliau percaya Lima Dasar, yang lebih memberikan tumpuan kepada kerjasama antara sektor swasta kedua-dua negara, boleh melengkapi IMT GT dan JDS.
Sidang kemuncak dua hari itu bermula Khamis dengan forum perniagaan. Ia dipelopori oleh Kementerian Perniagaan Thailand dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
Forum perniagaan semalam, antara lain, membincangkan kemungkinan memperkenal 'Kad Perniagaan Lima Dasar' untuk mempermudah pemegang kad semasa melintasi sempadan dan pewujudan lorong khas di tempat pemeriksaan bagi kemudahan pemegang kad.
Mesyuarat itu membincangkan layanan istimewa yang mungkin diterima oleh ahli-ahli perniagaan Thailand di lima negeri di Malaysia itu dan begitu juga ahli perniagaan Malaysia yang melabur di lima wilayah Thailand berkenaan.
Antara lain, mesyuarat ini juga membincangkan pewujudan Zon Perusahaan Halal Pattani untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan dari Malaysia dalam bentuk usaha sama dengan ahli perniagaan Thailand dan kemungkinan menggunakan pelabuhan halal di Pulau Pinang, kerjasama antara syarikat-syarikat logistik, pembangunan produk pelancongan dan sesi pemadanan perniagaan
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, September 24, 2010
Saturday, September 18, 2010
DAGANGAN MALAYSIA-THAI BOLEH CECAH AS$20b
Perdagangan dua hala Malaysia-Thailand boleh mencecah AS$20 bilion sekiranya momentum semasa berterusan sehingga akhir tahun ini, kata Duta Malaysia ke Thailand
Datuk Husni Zai Yaacob hari ini.
Beliau yang akan menamatkan tugasnya di negara itu tidak lama lagi berkata kedua-dua negara mencatatkan jumlah dagangan sebanyak AS$7.2 bilion daripada Januari hingga April tahun ini, satu peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Pemulihan ekonomi di kedua-dua negara, permintaan dalam negara yang lebih besar di negara masing-masing serta Kawasan Perdagangan Bebas Asean merupakan faktor utama yang menyumbang kepada angka yang lebih tinggi, kata beliau kepada Bernama.
"Warga Thai perlu menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan Proton Exora mereka berikutan penggunaan domestik yang meningkat dalam negara ini sekarang ini," katanya.
Eksport Malaysia ke negara berkenaan terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik, petroleum mentah, produk kimia dan bahan kimia, jentera, perkakasan dan peralatan.
Malaysia pula sebaliknya mengimport barangan elektrik dan elektronik, peralatan automotif dan automotif serta getah dari Thailand.
Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah US$16 bilion semasa krisis ekonomi tahun lepas dan US$18 bilion pada 2008.
Malaysia kini merupakan pelabur kelima terbesar di Thailand selepas Jepun, Amerika Syarikat, Singapura dan China serta kedua terbesar dalam Asean selepas Singapura.
Husni berkata firma Malaysia melabur 1.1 bilion Baht dalam negara itu pada empat bulan pertama tahun ini, peningkatan 60 peratus daripada tahun sebelumnya.
"Secara keseluruhan, perkembangan politik di negara ini tidak memberi kesan yang besar terhadap perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara," kata beliau yang merujuk kepada kemelut politik yang melanda negara itu baru-baru ini.
Demonstrasi jalanan secara aman bermula pada 12 Mac dan berakhir dengan keganasan pada 19 Mei dengan 91 maut dan lebih 1,800 cedera.
Dalam sektor pelancongan, Husni berkata 940,000 rakyat Malaysia melawat negara itu manakala 700,000 warga Thai mengunjungi Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
"Perkembangan politik seperti tunjuk perasaan Baju Merah di negara ini juga telah memberi kesan yang sedikit terhadap jumlah rakyat Malaysia melawat Thailand," kata beliau.
Mengenai hubungan dua hala, beliau berkata kedua-dua negara menikmati hubungan yang kukuh dan substantif.
"Ia merupakan hubungan terbaik dalam lima tahun lepas kerana hubungan ekonomi yang kukuh dan hubungan politik yang teguh dengan kedua-dua perdana menteri mempunyai perhubungan yang erat," katanya.
Husni berkata terdapat juga kerjasama yang kukuh antara kedua-dua negara di sempadan. Untuk pertama kalinya, Lima Dasar Strategi akan diperkenalkan bagi menggalakkan kerjasama antara lima negeri di Malaysia dan lima wilyah di Thailand dalam lima bidang.
Negeri-negeri berkenaan ialah Kelantan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak manakala wilayah Thailand yang terlibat ialah Yala, Narathiwat, Patani, Songkhla dan Satun dan bidang tersebut ialah perdagangan dan pelaburan, pelancongan, logistik, industri halal dan pendidikan.
Mereka akan mengadakan sidang kemuncak, ekspo dan program padanan perniagaan di Haadyai mulai 22 hingga 26 Sept.
Husni yang akan menamatkan tugasnya selama 22 bulan di negara itu pada 20 Sept ini, menyifatkan tugas beliau memberi kepuasan dan menarik memandangkan beliau dapat mencapai kejayaan dalam banyak perkara termasuk peningkatan kerjasama dalam ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Husni tiba di ibu negara berkenaan pada November 2008 bagi memulakan tugas barunya sebagai Duta ke negara itu dan pada hari berikutnya Lapangan Terbang Suvarnabhumi ditutup susulan rampasan oleh penyokong Baju Kuning.
"Ia merupakan satu pengalaman yang amat berguna dalam pengurusan krisis. Kita tidak pasti dengan hasilnya (rampasan) dan rakyat di negara kita serta warga Malaysia di sini bimbang dan memerlukan nasihat kami," katanya.
Satu lagi krisis utama yang dikendalikannya ialah demonstrasi Baju Merah dan kemuncaknya, kedutaan membuka pusat operasinya 24 jam sehari bagi memberi bantuan dan nasihat kepada rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, perkara berkenaan bukan suatu yang baharu bagi diplomat itu yang mempunyai 30 tahun pengalaman dan pernah melalui krisis lain termasuk revolusi di Filipina pada 1986 serta pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq semasa beliau menjadi duta ke Kuwait. Pada masa ini Iraq melepaskan beberapa roket ke Kuwait.
Beliau berkata pengajaran paling penting yang boleh diperoleh semasa berkhidmat di Thailand ialah pelan luar jangka yang baik dan perancangan untuk sebarang kemungkinan.
"Perlu juga bekerja rapat dengan kakitangan kedutaan, Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand dan Kelab Malaysia kerana perlu mempunyai pelan untuk keselamatan keluarga dan harta mereka serta bekerja rapat dengan kerajaan negara ini dalam mengendalikan krisis."
Adalah penting untuk menganalisis krisis secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan, sebagai contoh ialah untuk melihat sama ada penunjuk perasaan menyasar orang asing, kata Husni yang akan kembali bertugas di Wisma Putra.
Datuk Husni Zai Yaacob hari ini.Beliau yang akan menamatkan tugasnya di negara itu tidak lama lagi berkata kedua-dua negara mencatatkan jumlah dagangan sebanyak AS$7.2 bilion daripada Januari hingga April tahun ini, satu peningkatan sebanyak 45 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Saturday, April 3, 2010
SERAMAI 68 PERATUS RAKYAT PUAS HATI NAJIB SEBAGAI PM
Daripada Malaysiakini
Datuk Seri Najib Razak dikatakan kini di kedudukan yang lebih mantap berbanding 12 bulan yang lalu ketika dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.
Menurut Merdeka Center, 68 peratus rakyat di
negara ini berpuas hati dengan kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri berbanding hanya 44 peratus yang menyokongnya ketika mengambilkan tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah April tahun lalu.
Keputusan itu berdasarkan kajian dan tinjauan yang dijalankan ke atas 883 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia sekitar 11 Mac hingga 27 Mac lalu.
Langkah drastik, berani
Sementara itu Bernama melaporkan sepanjang setahun menerajui negara, Najib berjaya memperkenal pelbagai langkah drastik dan berani untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Kepimpinan beliau yang diuji dengan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku, selain kisah politik dalaman, dalam banyak cara meningkatkan profil negara di kalangan pelabur tempatan dan asing, terutama menerusi gagasan 1Malaysia.
Menurut Bernama, Malaysia berjaya menarik pelaburan asing yang besar - RM22.1 bilion tahun lalu dalam persekitaran yang sangat kompetitif, selain mencatatkan pertumbuhan
yang diluar jangkaan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus pada suku keempat 2009, hasil daripada pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion.
Peringkat pertama pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Selasa lalus, diterima baik oleh pelbagai pihak walaupuun ada bidang berkepentingan tertentu, memerlukan penjelasan lanjut, yang dijangka lebih jelas semasa peringkat kedua pengumuman yang dijangkakan Jun ini.
MEP akan digabungkan dengan Rancangan Malaysia Ke-10.
“Pelabur mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat hasil MEB memandangkan pengumuman
peringkat kedua akan dibuat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata MEB menyediakan langkah yang lebih jelas dalam transformasi ekonomi kepada pengurus dana pada persidangan Invest Malaysia 2010 yang baru berlalu.
Malaysia bersungguh-sungguh
"Ia memberikan mereka lebih keyakinan dan menunjukkan kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh merealisasikan perancangannya," katanya.
Yusli berharap pelabur tidak lagi mempunyai pandangan skeptikal selepas pelaksanaan fasa MEB yang seterusnya.
“Pelaksanaan pakej rangsangan kedua dan siri reformasi dasar ekonomi dan pelan transformasi,
meningkatkan persepsi umum dan tahap kejayaan di kalangan komuniti perniagaan semasa krisis,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng (kanan).
Usaha menggerakkan pasaran modal dan liberalisasi sektor kewangan merupakan antara langkah pertama, terutama Kewangan Islam dan industri Parbankan, yang diterima baik oleh pelabur," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank, Datuk Mohamed Azahari Kamil.
“Kami melihat perkembangan dan minat asing yang besar untuk membangunkan perniagaan mereka dan menggunakan Kuala Lumpur sebagai hab Kewangan Islam," katanya.
Pengumuman yang dibuat sejak setahun lepas, terutama perubahan yang dibuat terhadap Jawatankuasa Pelaburan Asing, sangat positif untuk pasaran modal, kata Yusli.
Pengurangan saham bumiputera
“Pengurangan saham Bumiputera bagi syarikat untuk penyenaraian dan struktur baharu lembaga pengarah, telah membantu menjadikan pasaran lebih cekap dan memudahkan syarikat mengumpul wang dan membuat penawaran awam permulaan (IPO)," katanya.
Walaupun banyak inisiatif disediakan semasa krisis, baru kini syarikat lebih bersedia mengumpul lebih banyak tunai dan modal dan oleh itu "kami menjangkakan lebih banyak dana akan dikumpul sekarang bersesuaian dengan kerangka kerja yang sudah tersedia."
Ketua
Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata walaupun impak sepenuhnya
langkah liberalisasi belum dapat dilihat kerana baru setahun dilaksanakan, namun ia sudah menunjukkan kemajuan.
”Kita perlu tunggu kerana inisiatif ini tidak membuahkan hasil semalaman tetapi mengambil masa dalam tempoh beberapa tahun," katanya.
Presiden Coca-Cola Company Pacific Group, Glenn Jordan, berkata syarikat multinasional itu sangat yakin terhadap kemajuan negara dan perniagaannya di Kuala Lumpur.
"Pelaburan RM1 bilion membuktikan komitmen kukuh Coca-Cola terhadap Malaysia dan pelanggannya dalam menawarkan pilihan minuman segar, mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu membangunkan komuniti yang baik.
Selain gagasan 1Malaysia, yang bermatlamat merapatkan hubungan sesama masyarakat, Najib juga menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas berbanding Indeks Prestasi Utama (KPI), yang akan membantu menyediakan penanda aras untuk bersaing di peringkat dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Michael Lai.
“Perbadanan seperti kita sentiasa mempunyai objektif dan KPI yang jelas setiap tahun. Saya berpendapat ia sangat baik dari segi sejauh mana seriusnya PM kita untuk mencapai objektif dan matlamat dalam menggerakkan negara ke tahap yang lebih tinggi, dan mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh 10 tahun yang akan datang," katanya.
Najib ada Facebook, twitter
Najib yang juga Menteri Kewangan, ialah Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam
medium sosial, selari dengan inisiatif jalur lebar.
Perdana Menteri mempunyai Facebook -- rangkaian sosial, akaun twitter serta blognya sendiri.
Penggunaan dunia digital sebagai satu platform penglibatan, sangat kritikal memandangkan dunia hari ini tidak lagi mengenai perhubungan satu sama satu malah sama rata di ruang siber, yang melibatkan semua pihak, termasuk generasi muda,yang kehidupan mereka kini banyak berkait rapat dengan media digital," kata Lai.
Kejayaan memacu negara keluar daripada kemelesetan, beliau bagaimanapun menghadapi cabaran yang lebih besar - mengangkat ekonomi negara yang bergantung kepada pekerja asing, keluar daripada negara berpendapatan sederhana dan merealisasikan gagasan 1Malaysia serta aspirasi negara berpendapatan tinggi, kata Yeah.
"Cabaran ini dijangka membuktikan bakat kemahiran kepimpinan pengurusan dan politik Perdana Menteri,” katanya.
Yusli berkata tumpuan berterusan perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang tepat dari sistem sekolah hingga pendidikan tinggi memandangkan tumpuan adalah terhadap industri berpendapatan dan bernilai tambah yang tinggi.
Pong berkata pelaksanaan Model Ekonomi Baru merupakan langkah penting oleh Perdana Menteri dalam memastikan arah tuju ekonomi Malaysia yang lebih jelas.
Mengikut sektor, beliau berkata negara perlu membuat pelaburan yang lebih banyak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui serta farmaseutikal, terutama dalam peneylidikan dan pembangunan modal insan.
Pasaran khusus
Negara memerlukan produk yang mampu menjadi pasaran khusus, dan dapat mewujudkan kekayaan. Inilah antara bidang baharu pertumbuhan terutama dari segi pembuatan, katanya.
Sektor awam mesti bekerjasama dengan sektor swasta bagi merealisasikan program yang dibentangkan oleh Najib dalam Model Ekonomi Baru, kata Pengerusi Perbadanan Hak Harta Intelektual Malaysia, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton.
“Beliau memerlukan sokongan padu daripada rakyat, yang akan menjayakan program seperti Model Ekonomi Baru, terutama sektor awam,” katanya.
Datuk Seri Najib Razak dikatakan kini di kedudukan yang lebih mantap berbanding 12 bulan yang lalu ketika dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.
Menurut Merdeka Center, 68 peratus rakyat di
negara ini berpuas hati dengan kepemimpinan beliau sebagai Perdana Menteri berbanding hanya 44 peratus yang menyokongnya ketika mengambilkan tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah April tahun lalu.Keputusan itu berdasarkan kajian dan tinjauan yang dijalankan ke atas 883 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia sekitar 11 Mac hingga 27 Mac lalu.
Langkah drastik, berani
Sementara itu Bernama melaporkan sepanjang setahun menerajui negara, Najib berjaya memperkenal pelbagai langkah drastik dan berani untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan menggerakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Kepimpinan beliau yang diuji dengan krisis ekonomi yang belum pernah berlaku, selain kisah politik dalaman, dalam banyak cara meningkatkan profil negara di kalangan pelabur tempatan dan asing, terutama menerusi gagasan 1Malaysia.Menurut Bernama, Malaysia berjaya menarik pelaburan asing yang besar - RM22.1 bilion tahun lalu dalam persekitaran yang sangat kompetitif, selain mencatatkan pertumbuhan
yang diluar jangkaan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.6 peratus pada suku keempat 2009, hasil daripada pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion.
Peringkat pertama pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Selasa lalus, diterima baik oleh pelbagai pihak walaupuun ada bidang berkepentingan tertentu, memerlukan penjelasan lanjut, yang dijangka lebih jelas semasa peringkat kedua pengumuman yang dijangkakan Jun ini.
MEP akan digabungkan dengan Rancangan Malaysia Ke-10.
“Pelabur mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat hasil MEB memandangkan pengumuman
peringkat kedua akan dibuat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata MEB menyediakan langkah yang lebih jelas dalam transformasi ekonomi kepada pengurus dana pada persidangan Invest Malaysia 2010 yang baru berlalu.
Malaysia bersungguh-sungguh
"Ia memberikan mereka lebih keyakinan dan menunjukkan kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh merealisasikan perancangannya," katanya.
Yusli berharap pelabur tidak lagi mempunyai pandangan skeptikal selepas pelaksanaan fasa MEB yang seterusnya.
“Pelaksanaan pakej rangsangan kedua dan siri reformasi dasar ekonomi dan pelan transformasi,
meningkatkan persepsi umum dan tahap kejayaan di kalangan komuniti perniagaan semasa krisis,” kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng (kanan).Usaha menggerakkan pasaran modal dan liberalisasi sektor kewangan merupakan antara langkah pertama, terutama Kewangan Islam dan industri Parbankan, yang diterima baik oleh pelabur," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asian Finance Bank, Datuk Mohamed Azahari Kamil.
“Kami melihat perkembangan dan minat asing yang besar untuk membangunkan perniagaan mereka dan menggunakan Kuala Lumpur sebagai hab Kewangan Islam," katanya.
Pengumuman yang dibuat sejak setahun lepas, terutama perubahan yang dibuat terhadap Jawatankuasa Pelaburan Asing, sangat positif untuk pasaran modal, kata Yusli.
Pengurangan saham bumiputera
“Pengurangan saham Bumiputera bagi syarikat untuk penyenaraian dan struktur baharu lembaga pengarah, telah membantu menjadikan pasaran lebih cekap dan memudahkan syarikat mengumpul wang dan membuat penawaran awam permulaan (IPO)," katanya.
Walaupun banyak inisiatif disediakan semasa krisis, baru kini syarikat lebih bersedia mengumpul lebih banyak tunai dan modal dan oleh itu "kami menjangkakan lebih banyak dana akan dikumpul sekarang bersesuaian dengan kerangka kerja yang sudah tersedia."
Ketua
Penyelidik Jupiter Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata walaupun impak sepenuhnya
langkah liberalisasi belum dapat dilihat kerana baru setahun dilaksanakan, namun ia sudah menunjukkan kemajuan.”Kita perlu tunggu kerana inisiatif ini tidak membuahkan hasil semalaman tetapi mengambil masa dalam tempoh beberapa tahun," katanya.
Presiden Coca-Cola Company Pacific Group, Glenn Jordan, berkata syarikat multinasional itu sangat yakin terhadap kemajuan negara dan perniagaannya di Kuala Lumpur.
"Pelaburan RM1 bilion membuktikan komitmen kukuh Coca-Cola terhadap Malaysia dan pelanggannya dalam menawarkan pilihan minuman segar, mewujudkan peluang pekerjaan dan membantu membangunkan komuniti yang baik.
Selain gagasan 1Malaysia, yang bermatlamat merapatkan hubungan sesama masyarakat, Najib juga menggariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang jelas berbanding Indeks Prestasi Utama (KPI), yang akan membantu menyediakan penanda aras untuk bersaing di peringkat dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Michael Lai.“Perbadanan seperti kita sentiasa mempunyai objektif dan KPI yang jelas setiap tahun. Saya berpendapat ia sangat baik dari segi sejauh mana seriusnya PM kita untuk mencapai objektif dan matlamat dalam menggerakkan negara ke tahap yang lebih tinggi, dan mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh 10 tahun yang akan datang," katanya.
Najib ada Facebook, twitter
Najib yang juga Menteri Kewangan, ialah Perdana Menteri yang terlibat secara langsung dalam
medium sosial, selari dengan inisiatif jalur lebar.Perdana Menteri mempunyai Facebook -- rangkaian sosial, akaun twitter serta blognya sendiri.
Penggunaan dunia digital sebagai satu platform penglibatan, sangat kritikal memandangkan dunia hari ini tidak lagi mengenai perhubungan satu sama satu malah sama rata di ruang siber, yang melibatkan semua pihak, termasuk generasi muda,yang kehidupan mereka kini banyak berkait rapat dengan media digital," kata Lai.
Kejayaan memacu negara keluar daripada kemelesetan, beliau bagaimanapun menghadapi cabaran yang lebih besar - mengangkat ekonomi negara yang bergantung kepada pekerja asing, keluar daripada negara berpendapatan sederhana dan merealisasikan gagasan 1Malaysia serta aspirasi negara berpendapatan tinggi, kata Yeah.
"Cabaran ini dijangka membuktikan bakat kemahiran kepimpinan pengurusan dan politik Perdana Menteri,” katanya.
Yusli berkata tumpuan berterusan perlu diberikan terhadap pembangunan modal insan yang tepat dari sistem sekolah hingga pendidikan tinggi memandangkan tumpuan adalah terhadap industri berpendapatan dan bernilai tambah yang tinggi.
Pong berkata pelaksanaan Model Ekonomi Baru merupakan langkah penting oleh Perdana Menteri dalam memastikan arah tuju ekonomi Malaysia yang lebih jelas.
Mengikut sektor, beliau berkata negara perlu membuat pelaburan yang lebih banyak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui serta farmaseutikal, terutama dalam peneylidikan dan pembangunan modal insan.
Pasaran khusus
Negara memerlukan produk yang mampu menjadi pasaran khusus, dan dapat mewujudkan kekayaan. Inilah antara bidang baharu pertumbuhan terutama dari segi pembuatan, katanya.Sektor awam mesti bekerjasama dengan sektor swasta bagi merealisasikan program yang dibentangkan oleh Najib dalam Model Ekonomi Baru, kata Pengerusi Perbadanan Hak Harta Intelektual Malaysia, Datuk Dr Mohd Ariffin Aton.
“Beliau memerlukan sokongan padu daripada rakyat, yang akan menjayakan program seperti Model Ekonomi Baru, terutama sektor awam,” katanya.
Thursday, October 29, 2009
MOOD MENJELANG PRU13 BERPIHAK KEPADA BN?
Oleh Ahmad Lutfi Othman
AIDILFITRI yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.
Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya-Allah.
Pengajaran pilihan raya kecil Bagan Pinang dan iktibar 'kekalahan besar' masih diperkatakan. Begitu juga dengan impak perhimpunan UMNO dan pergolakan politik semasa, termasuk kemungkinan sidang Dun Perak dibubarkan.
Bedah-siasat kegagalan di Bagan Pinang secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan niat mahu meletakkan kesalahan ke bahu pihak lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.
Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.
Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.
Perangi rasuah
Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.
Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang.
Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.
Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.
Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah - dengan bantuan tukang-tukang spinnya - menambat hati rakyat?
Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. UMNO-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?
Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.
Saya masih ingat keluhan seorang Adun UMNO Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN.
Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"
Bimbang dengan rentak sokongan
Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.
Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanya tidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan? (Saya tidak mahu kita mengambil mudah dengan petanda kecil di hadapan kita).
Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam UMNO, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?
Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.
Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.
Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.
Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua.
Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan terhadap kerajaan negeri Pakatan akan terus bertindan-tindih.
AIDILFITRI yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.
Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya-Allah.Pengajaran pilihan raya kecil Bagan Pinang dan iktibar 'kekalahan besar' masih diperkatakan. Begitu juga dengan impak perhimpunan UMNO dan pergolakan politik semasa, termasuk kemungkinan sidang Dun Perak dibubarkan.
Bedah-siasat kegagalan di Bagan Pinang secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan niat mahu meletakkan kesalahan ke bahu pihak lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.
Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.
Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.
Perangi rasuah
Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.
Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang.
Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.
Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.
Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah - dengan bantuan tukang-tukang spinnya - menambat hati rakyat?
Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. UMNO-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?
Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.
Saya masih ingat keluhan seorang Adun UMNO Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN.
Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"
Bimbang dengan rentak sokongan
Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.
Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanya tidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan? (Saya tidak mahu kita mengambil mudah dengan petanda kecil di hadapan kita).
Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam UMNO, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?
Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.
Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.
Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.
Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua.
Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan terhadap kerajaan negeri Pakatan akan terus bertindan-tindih.
Friday, September 11, 2009
IRI DI BELAKANG KEMENANGAN BESAR PAKATAN PEMBANGKANG & ANWAR IBRAHIM
http://analisisringan.blogspot.com/ September 10, 2009
Analisis Kumbang..
Analisis ini ditujukan kepada semua jentera anti Anwar di luar sana. Samada anda adalah ahli
parti PAS,UMNO,DAP,Komponen BN dan dalam PKR sendiri. Anda perlu mengetahui perkara-perkara di bawah supaya anda tidak sentiasa leka dengan politik di kalangan anda sendiri dan bangkit bersatu menentang Anwar Ibrahim.
Sila ambil perhatian terhadap apa yang akan Kumbang tulis ini.
Melihat kepada kemenangan terbesar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu dan rentetan kemenangan Pilihan Raya yang kecil yang digapai oleh Pakatan Pembangkang. Ramai tertanya-tanya kenapa kemenangan secara mendadak boleh diperolehi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya-pilihanraya yang mereka sertai.
Jika kelemahan UMNO sebagai faktor, kenapa pada tahun 1999 Barisan Nasional mampu mempertahankan majoriti dua pertiga dan begitu juga pada pilihanraya pada tahun 1990 selepas krisis penubuhan UMNO baru, Barisan Nasional mampu menang besar walaupun pada tahun 1999 dan 1990 UMNO berpecah dan mengalami krisis.
Faktor kedua yang sering dimomokkan penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang dan Barisan Nasional sendiri ialah faktor ketokohan Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu kepada sokongan dan kemenangan besar Pakatan Pembangkang. Tetapi pertikaiannya kenapa Anwar Ibrahim sendiri tidak mensasarkan kemenangan besar pada PRU ke-12 lalu dan hanya mensasarkan kemenangan 30 kerusi parlimen bagi Pakatan Pembangkang kerana Kumbang yakin beliau sendiri tidak yakin dirinya mampu membuatkan Pakatan Pembangkang menang besar pada PRU ke-12. Disebabkan itu Kumbang diberitahu oleh rakan-rakan dari dalam PKR, Anwar Ibrahim dikatakan terlalu gembira dengan kemenangan besar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu sehingga melompat-lompat di atas kerusi seperti budak-budak.
Bukan sahaja Anwar Ibrahim, ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang pun tidak yakin mereka akan menang besar dan meletakkan calon tangkap muat di kebanyakkan kawasan. Kerana ramai yang tidak mahu bertanding disebabkan tidak yakin akan menang jika dicalonkan. Hal ini yang menyebabkan ramai calon tangkap muat menang dan menyebabkan krisis di dalam PKR sendiri iaitu kebanyakkan calon tangkap muat yang menang dikatakan kurang bersedia menjalankan komitmen dalam parti dan kawasan mereka.
Disebabkan dua faktor di atas ini ternyata bukan faktor konkrit terhadap kemenangan besar Pakatan Pembangkang di PRU ke-12 dan Pilihanraya kecil kebelakangan ini, Kumbang dan rakan-rakan di AIDC telah mengkaji 'tangan-tangan' yang terlibat di sebalik tsunami politik dan kebangkitan Pakatan Pembangkang.
Antara faktor dan 'tangan-tangan' yang membantu kebangkitan Pakatan Pembangkang ialah satu pertubuhan di Amerika Syarikat iaitu IRI atau International Republican Institute.
IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.
Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.
Menurut Bush lagi IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya dan tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.
Sejarah awal penubuhan IRI adalah untuk merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.
Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.
Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.
Maka NED adalah badan induk 'demokrasi' dan manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.
Sumbangan IRI dikatakan sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya. Ini dibuktikan dengan MAFREL(badan pemantau pilihanraya) dan Merdeka Center(badan penyelidikan) di Malaysia yang ditaja IRI. Kedua-dua badan ini mengisytiharkan diri mereka sebagai badan bebas tetapi sebenarnya mereka dikatakan lebih berat sebelah kepada Anwar Ibrahim. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.
Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah "kemerdekaan" tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan. Oleh itu di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup dan bantuan-bantuan lain seperti yang dinyatakan di atas untuk membantu proses menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan setelah Anwar naik sebagai Perdana Menteri mereka pula akan menjalankan agenda mereka di Malaysia dan menjadikan Anwar Ibrahim hanya sebagai boneka.
Jadi tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim boleh menang besar pada PRU ke-12 dan setiap pilihanraya kecil kerana segalanya telah disediakan oleh IRI dari segi kewangan hinggalah strategi kempen. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang hanya menjalankan strategi yang dirancang oleh pertubuhan Amerika ini dan menikmati kemenangan yang menandakan penjajahan semula yang bakal tiba jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.
Persoalan di atas semua ini, adakah jentera anti Anwar di luar sana hanya duduk diam dan sibuk berpolitik di kalangan mereka serta bergaduh sesama sendiri di kala bantuan besar secara konsisten diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh IRI?
Adakah mereka tidak menyedari yang ancaman kian besar dan keadaan semakin runcing hari demi hari?
Naiknya Anwar Ibrahim sebagai bukan hanya menyebabkan kekalahan kepada parti lawan mereka tetapi bermulanya era penjajahan semula di negara kita.
Analisis Kumbang..
Analisis ini ditujukan kepada semua jentera anti Anwar di luar sana. Samada anda adalah ahli
parti PAS,UMNO,DAP,Komponen BN dan dalam PKR sendiri. Anda perlu mengetahui perkara-perkara di bawah supaya anda tidak sentiasa leka dengan politik di kalangan anda sendiri dan bangkit bersatu menentang Anwar Ibrahim.Sila ambil perhatian terhadap apa yang akan Kumbang tulis ini.

Thursday, December 11, 2008
MALAYSIA TETAP PILIHAN PELABUR
Ada orang mengatakan ekonomi Malaysia menghadapi zaman suram kalau Barisan Nasional (BN) terus memenrintah.
Kijang mahu tunjukkan betapa pendapat sedemikian silap.
Kesatuan Eropah (EU) tetap percaya negara ini masih merupakan destinasi terbaik untuk melabur dan berdagang walaupun dunia dijangka mengalami kemelesetan pada tahun depan.
Duta Perancis ke negara ini, Marc Baretty berkata, ia disebabkan langkah Malaysia yang membuat persedian rapi bagi menghadapi kemelesetan dan kebolehan negara ini untuk menghadapinya.
Beliau berkata, keupayaan Malaysia diyakini oleh negara-negara EU dan masyarakat pedagang benua itu yang berminat untuk menjalankan perniagaan dengan negara ini disebabkan pendekatannya yang mesra pelabur.
"Banyak perkara perlu dilakukan di seluruh dunia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun depan.
"Tetapi Malaysia telah membuat persediaan terbaik untuk menghadapinya dan negara ini adalah tempat terbaik untuk melabur dan berdagang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kunjungan hormat duta negara-negara EU ke atas kerajaan negeri di Kota Darulnaim di Kota Bharu semalam.
Delegasi tersebut disertai seramai 18 orang duta semalam. Perancis mengetuai negara-negara EU di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum ia digantikan oleh negara Eropah yang lain.
Utusan Malaysia memetik Baretty sebagai berkata, EU menjadi negara pengeksport utama Malaysia pada bulan Februari lalu, sekali gus mengatasi eksport Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama.
"Biarpun dalam siri lawatan ini kami tidak membincangkan mengenai ekonomi tetapi kami tetap akan melihat peluang ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Kami memerlukan sebuah unit perancangan ekonomi dalam masa terdekat, baru isu ini akan dibincangkan.
"Negara Eropah adalah penyumbang utama eksport negara ini dan ia akan terus berkembang di masa akan datang," katanya.
Selain itu, sikap dedikasi dan kesetiaan yang tinggi terhadap kerjaya di kalangan pekerja tempatan telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi syarikat asing.
Ketua Pasaran bagi Malaysia dan Singapura, Towers Perrin, Michael Drawhorn berkata, faktor itu membantu para pekerja akan memiliki kadar motivasi, kreativiti dan pengetahuan yang tinggi dalam kerjaya masing-masing.
Malah, kata Drawhorn, mereka sanggup meluangkan lebih masa untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan itu, kata beliau, ia dilihat sebagai penyumbang positif kepada operasi perniagaan dan keputusan kewangan syarikat berkenaan.
''Berdasarkan kepada faktor tersebut, pasaran Malaysia kini lebih kompetitif untuk menarik pelaburan terus asing," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Drawhorn berkata, keputusan itu diperoleh hasil kajian Tower Perrin Global Workforce Study 2007/2008 yang kini diedarkan kepada umum.
Kajian yang dimulakan pada akhir tahun lalu itu adalah projek penyelidikan pengurusan sumber manusia global terbesar yang membabitkan 90,000 responden dari 21 buah negara termasuk 800 kakitangan dari Malaysia yang meliputi pelbagai sektor.
Mengulas lanjut, Drawhorn menerangkan bahawa, antara faktor yang menyebabkan pekerja tempatan setia kepada syarikatnya adalah kerana peluang kerjaya yang lebih baik bakal ditawarkan pada masa depan.
''Bagaimanapun, mereka masih akan mencari peluang pekerjaan baru sekiranya peluang peningkatan kerjaya itu adalah terhad,'' ujarnya.
Katanya, penyumbang lain pula ialah pekerja tersebut mengetahui mengenai hala tuju perniagaan syarikat masing-masing dan mengetahui mengenai komitmen pihak pengurusan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat termasuk prestasi kewangannya.
''Ini sekali gus akan memberi kesan kepada pembayaran gaji dan pelbagai insentif kepada mereka,'' katanya.
Tambah beliau, pekerja yang berdedikasi ini akan setia kepada organisasi masing-masing sekiranya pihak pengurusan sentiasa berusaha menyediakan latihan dan pelbagai program ilmiah kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja mereka.
''Kesungguhan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat juga adalah salah satu faktor yang turut diambil kira bagi menentukan kesetiaan pekerja kepada syarikat,'' terangnya.
Tower Perrin adalah firma global yang terkemuka dalam bidang pengurusan pembangunan sumber manusia yang menyediakan perkhidmatan profesional global.
Firma tersebut membantu organisasi meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing melalui pengurusan kakitangan yang efektif, kawalan risiko serta pengurusan kewangan.
Kijang mahu tunjukkan betapa pendapat sedemikian silap.
Kesatuan Eropah (EU) tetap percaya negara ini masih merupakan destinasi terbaik untuk melabur dan berdagang walaupun dunia dijangka mengalami kemelesetan pada tahun depan.Duta Perancis ke negara ini, Marc Baretty berkata, ia disebabkan langkah Malaysia yang membuat persedian rapi bagi menghadapi kemelesetan dan kebolehan negara ini untuk menghadapinya.
Beliau berkata, keupayaan Malaysia diyakini oleh negara-negara EU dan masyarakat pedagang benua itu yang berminat untuk menjalankan perniagaan dengan negara ini disebabkan pendekatannya yang mesra pelabur.
"Banyak perkara perlu dilakukan di seluruh dunia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun depan.
"Tetapi Malaysia telah membuat persediaan terbaik untuk menghadapinya dan negara ini adalah tempat terbaik untuk melabur dan berdagang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kunjungan hormat duta negara-negara EU ke atas kerajaan negeri di Kota Darulnaim di Kota Bharu semalam.
Delegasi tersebut disertai seramai 18 orang duta semalam. Perancis mengetuai negara-negara EU di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum ia digantikan oleh negara Eropah yang lain.
Utusan Malaysia memetik Baretty sebagai berkata, EU menjadi negara pengeksport utama Malaysia pada bulan Februari lalu, sekali gus mengatasi eksport Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama.
"Biarpun dalam siri lawatan ini kami tidak membincangkan mengenai ekonomi tetapi kami tetap akan melihat peluang ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Kami memerlukan sebuah unit perancangan ekonomi dalam masa terdekat, baru isu ini akan dibincangkan.
"Negara Eropah adalah penyumbang utama eksport negara ini dan ia akan terus berkembang di masa akan datang," katanya.
Selain itu, sikap dedikasi dan kesetiaan yang tinggi terhadap kerjaya di kalangan pekerja tempatan telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi syarikat asing.
Ketua Pasaran bagi Malaysia dan Singapura, Towers Perrin, Michael Drawhorn berkata, faktor itu membantu para pekerja akan memiliki kadar motivasi, kreativiti dan pengetahuan yang tinggi dalam kerjaya masing-masing.
Malah, kata Drawhorn, mereka sanggup meluangkan lebih masa untuk memastikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan baik.
Sehubungan itu, kata beliau, ia dilihat sebagai penyumbang positif kepada operasi perniagaan dan keputusan kewangan syarikat berkenaan.
''Berdasarkan kepada faktor tersebut, pasaran Malaysia kini lebih kompetitif untuk menarik pelaburan terus asing," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Drawhorn berkata, keputusan itu diperoleh hasil kajian Tower Perrin Global Workforce Study 2007/2008 yang kini diedarkan kepada umum.
Kajian yang dimulakan pada akhir tahun lalu itu adalah projek penyelidikan pengurusan sumber manusia global terbesar yang membabitkan 90,000 responden dari 21 buah negara termasuk 800 kakitangan dari Malaysia yang meliputi pelbagai sektor.
Mengulas lanjut, Drawhorn menerangkan bahawa, antara faktor yang menyebabkan pekerja tempatan setia kepada syarikatnya adalah kerana peluang kerjaya yang lebih baik bakal ditawarkan pada masa depan.
''Bagaimanapun, mereka masih akan mencari peluang pekerjaan baru sekiranya peluang peningkatan kerjaya itu adalah terhad,'' ujarnya.
Katanya, penyumbang lain pula ialah pekerja tersebut mengetahui mengenai hala tuju perniagaan syarikat masing-masing dan mengetahui mengenai komitmen pihak pengurusan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat termasuk prestasi kewangannya.
''Ini sekali gus akan memberi kesan kepada pembayaran gaji dan pelbagai insentif kepada mereka,'' katanya.
Tambah beliau, pekerja yang berdedikasi ini akan setia kepada organisasi masing-masing sekiranya pihak pengurusan sentiasa berusaha menyediakan latihan dan pelbagai program ilmiah kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja mereka.
''Kesungguhan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat juga adalah salah satu faktor yang turut diambil kira bagi menentukan kesetiaan pekerja kepada syarikat,'' terangnya.
Tower Perrin adalah firma global yang terkemuka dalam bidang pengurusan pembangunan sumber manusia yang menyediakan perkhidmatan profesional global.
Firma tersebut membantu organisasi meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing melalui pengurusan kakitangan yang efektif, kawalan risiko serta pengurusan kewangan.
Monday, November 24, 2008
DUNIA TERSILAP TIDAK IKUT MALAYSIA
Oleh Baharom Mahusin
(Utusan Malaysia, 24 November)
LIMA 23 Nov. – Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”
Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”
Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem
Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.
“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.
“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.
Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.
“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.
“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam pemukiman pemimpin-pemimpin APEC di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan Peru di sini yang dikawal ketat, Najib duduk bersebelahan Presiden Mexico, Felipe Calderon Hinojosa dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.
Acara itu yang dipengerusikan oleh Presiden Peru, Alan Garcia Perez turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Presiden China, Hu Jintao serta ketua negara dan kerajaan dari 21 buah negara anggota APEC. Malam tadi para pemimpin APEC itu diraikan dalam satu jamuan gala dan persembahan kebudayaan Peru.
Najib menjelaskan, sidang kemuncak APEC itu yang pertama kali disertainya berjalan dalam suasana yang terbuka dan positif dengan krisis kewangan dunia menjadi sesuatu yang menarik perhatian semua pemimpin pertubuhan serantau itu.
“Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan APEC sebagai satu forum (berkesan) dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan nanti boleh menggambarkan kepimpinan APEC dalam soal menangani krisis kewangan global,” ujarnya.
Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.
“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.
“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.
Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”
Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan.
Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”
Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna.
“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.
Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia.
“Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.
Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas.
(Utusan Malaysia, 24 November)
LIMA 23 Nov. – Krisis kewangan global yang berlaku sekarang menunjukkan komuniti ekonomi dunia telah tersilap langkah kerana tidak menerima cadangan Malaysia sejak 10 tahun lalu untuk membuat pembaharuan kepada struktur sistem kewangan yang dikawal selia oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan institusi-institusi Bretton Woods lain.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas hari pertama sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memberitahu perbincangan para pemimpin APEC itu bahawa kawal selia sistem kewangan dunia kali ini, seperti juga yang diperlihatkan dalam krisis kewangan Asia 1997-1998, telah gagal mengesan “lebihan belanja yang keterlaluan dalam sistem kewangan antarabangsa.”Katanya, hakikat bahawa kegawatan tersebut berulang lagi dalam skala dan impak yang lebih besar hingga mengakibatkan negara-negara dunia terjebak dalam kemelesetan menunjukkan “pemikiran lama IMF sudah tidak sah lagi.”
Mengulangi gesaannya supaya wujud respons yang boleh membawa kepada pembaharuan dalam arkitektur kewangan bagi mencipta Bretton Woods 2, Najib yakin kesedaran telah muncul di kalangan negara-negara maju, misalnya seperti ketetapan mengenai isu keberkesanan sistem
Bretton Woods yang dimasukkan dalam Deklarasi Washington Kumpulan 20 (G-20) baru-baru ini dan dicerminkan juga dalam kenyataan para pemimpin APEC pada sidang kemuncak di sini.“Sekarang ini ekonomi mereka yang kena, jadi mereka sedar bahawa mereka sebenarnya telah tersilap langkah.
“Sekarang ini mereka sedar penyusunan semula kepada struktur kewangan dunia perlu dilakukan. Pembaharuan struktur kewangan ini perlu diambil kira sekiranya kita hendak membendung kemungkinan perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangaan berkata, kegagalan sistem kewangan sedia ada mengawal gejala seperti pinjaman berlebihan, masalah urus niaga produk derivatif baru khususnya Credit Default Swap (CDS) dan masalah pasaran gadai janji subprima yang tidak dikawal dengan rapi merupakan punca tercetusnya krisis kewangan dunia yang dihadapi sekarang.
Najib juga memberi satu lagi contoh kelemahan besar sistem Bretton Woods yang tidak mengawal CDS yang nilai transaksinya berjumlah beberapa trilion dolar Amerika.
“Tidak diketahui banyak mana yang sebenarnya yang telah diurus niaga setakat ini.
“Untuk mengelak perkara ini berlaku lagi, satu bentuk arkitektur kewangan baru perlu digubal untuk menentukan segala lebihan belanja daripada sistem ini dapat dipantau dan diambil tindakan dengan kawal selia yang lebih berkesan,” ujarnya.
Dalam pemukiman pemimpin-pemimpin APEC di Pusat Konvensyen Kementerian Pertahanan Peru di sini yang dikawal ketat, Najib duduk bersebelahan Presiden Mexico, Felipe Calderon Hinojosa dan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak.Acara itu yang dipengerusikan oleh Presiden Peru, Alan Garcia Perez turut dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, Presiden China, Hu Jintao serta ketua negara dan kerajaan dari 21 buah negara anggota APEC. Malam tadi para pemimpin APEC itu diraikan dalam satu jamuan gala dan persembahan kebudayaan Peru.
Najib menjelaskan, sidang kemuncak APEC itu yang pertama kali disertainya berjalan dalam suasana yang terbuka dan positif dengan krisis kewangan dunia menjadi sesuatu yang menarik perhatian semua pemimpin pertubuhan serantau itu.
“Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadikan APEC sebagai satu forum (berkesan) dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan nanti boleh menggambarkan kepimpinan APEC dalam soal menangani krisis kewangan global,” ujarnya.
Krisis kewangan global setakat ini menyebabkan pakej menyelamat AS$750 bilion terpaksa diumumkan di AS manakala banyak bank dan syarikat di AS dan Eropah terpaksa diambil alih oleh kerajaan.
“Asas krisis itu ialah kurang keyakinan terhadap sistem kewangan dunia. Apa yang berlaku sekarang boleh menyebabkan pihak yang mempunyai kemampuan pun tidak akan membuat sesuatu dan berasa bimbang untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.
“Oleh itu, sidang kemuncak APEC ini mencadangkan rangsangan fiskal dilakukan secara terselaras antara negara-negara APEC dan bukan APEC,” jelas Najib.
Beliau menambah, beberapa negara APEC seperti China dan Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal masing-masing tetapi “kita mengambil langkah ini berdasarkan keputusan domestik.”
Menurut Najib, terdapat kebimbangan para pemimpin pertubuhan itu yang menyuarakan tiada satu ketetapan dibuat berdasarkan kepada apa yang diperlukan oleh ekonomi global untuk mengelakkan dunia tergelincir dalam kemelesetan.
Katanya: “Kalau ada satu perancangan yang lebih terselaras, maka suntikan daripada setiap negara APEC itu boleh dilihat dalam konteks menyelamatkan dunia daripada kemelesetan global.”
Para pemimpin pertubuhan yang mengamalkan dasar tidak terikat itu, kata Najib, bersetuju dengan saranan tersebut dan bersedia menyelaraskan pakej rangsangan fiskal anggota ekonomi masing-masing bagi menambah perbelanjaan selain meningkatkan kecairan dan pinjaman kepada para pengguna.
“Para pemimpin APEC telah memutuskan bahawa rangsangan fiskal dalam bentuk satu bajet pengembangan perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan,” katanya.
Najib juga berkata, apa yang menarik dalam sidang kemuncak itu ialah setiap pemimpin negara APEC yang bercakap, tiada seorang pun yang tidak menyentuh mengenai bahaya dasar perlindungan terhadap ekonomi dunia.
“Dalam menghadapi keadaan ini, apa yang perlu dilakukan adalah menentukan perdagangan dunia merupakan sistem yang bebas dan terbuka. Sehubungan itu sidang kemuncak ini juga menetapkan supaya segala usaha dilakukan bagi memastikan rundingan perdagangan bebas Pusingan Doha dapat dimuktamadkan pada bulan Disember,” katanya.
Rundingan Pusingan Doha yang dimulakan pada 2001 mencapai kebuntuan pada Julai lalu berikutan pertelagahan antara AS dan India berhubung perdagangan kapas.
Saturday, November 1, 2008
MAMAT INI GILA BENDERA TERBALIK!

Sah dia gila Bendera Terbalik.
Jenguk sahaja blognya mesti ada gambar bendera terbalik.
Kerana itu dia menganjurkan supaya rakyat Malaysia kibar bendera terbalik.
Tahu-tahulah siapa dia.
Dia penganjur Bendera Terbalik dan selepas dicekup polis kerana kibar bendera Malaysia terbalik kini dia sokong orang yang bawa bendera Amerika Syarikat dan Cina secara terbalik.
Subscribe to:
Posts (Atom)