Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Dr Awang Adek…Jangan Kena Main Sekali Lagi Dah


Datuk Dr Awang Adek Hussin melahirkan hasrat untuk kembali aktif dalam politik.

Ok jugak tu..tapi kena bantu Tok Pa (datuk Mustapa Mohamed) dan kali ini jangan kena main dengan Tan Sri Annuar Musa sekali lagi.

Kena ingat, Annuar kini kembali jadi panglima sejak dilantik Ketua Penerangan UMNO. Annuar akan mematikan siapa juga pesaingnya. Politiknya kejam!

Once bitten, twice shy, kata orang putih. Main politik bijak Dr Awang Adek!

Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat semalam menyatakan bertekad meneruskan perjuangannya selagi mendapat sokongan rakyat di peringkat akar umbi terutama di bahagian Bachok.

"Saya akan kembali menemui rakyat di peringkat akar umbi dan memberi perkhidmatan kepada mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Bersama Pemimpin di kediamannya di Kampung Perupuk, Bachok.

Beliau menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 31 Mac 2014 dan menamatkan tugas tersebut pada 7 April lepas.

Dr Awang Adek sebelum itu berkhidmat sebagai timbalan menteri kewangan selama tujuh tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepanjang berkhidmat sebagai duta besar, beliau masih merupakan Ketua Umno bahagian Bachok namun jawatan itu dipangku oleh Timbalannya, Datuk Dr Ilias Hussain.


Mengenai jawatan Gabenor Bank Negara yang nama beliau turut disebut-sebut untuk dilantik menyandangnya, Dr Awang Adek berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan negara.

Monday, September 12, 2011

Episod-episod pembohongan Pas & Mengkafirkan Orang Yang Sudah Islam

Oleh DATUK DR MASHITAH IBRAHIM (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Bagi menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu.

Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.

Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng.

Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu.

Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu.

Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu.

Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini?

Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain?

Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya.

Sunday, December 26, 2010

SAIDI - SAYA TERIMA HUKUMAN POLITIK...

"Saya tidak pernah menuduh ADUN berkenaan berzina. Ia tidak keluar daripada mulut saya. Apa yang saya dedahkan kepada umum adalah saya pernah menangkap ADUN berkenaan berkhalwat dalam koc VIP kereta api dengan menyatakan nama-nama saksi yang ada bersama. Tuduhan berzina itu hanya paparan blog tertentu yang menghangatkan isu berkenaan," - Saidi Husin

Bekas anggota bahagian keselamatan Pas Pasir Puteh, Saidi Husin mendakwa dia sudah menerima 'hukuman politik' berikutan tindakannya mededahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas ditangkap khalwat.

Katanya, kejadian keretanya dirempuh kenderaan lain di Kampung Dalam Ru dan diserang oleh orang yang tidak dikenali di rumahnya malam kelmarin mungkin amaran awal supaya dia tidak meneruskan pendedahan berkaitan.



"Orang yang melakukan tindakan sedemikian adalah tidak rasional kerana membelakangi perundangan. Kalau saya membuat fitnah, samanlah di mahkamah dan biarkan pihak berkenaan menghukumnya.

"Saya memang mengesyaki kejadian yang berlaku ini ekoran tindakan saya yang berucap dalam beberapa siri ceramah berkaitan isu berkenaan.
"Tindakan dan hukuman sudah diambil terhadap saya tetapi tidak mengikut undang-undang. Ini tindakan jahiliah, tidak profesional dan sedikit pun tidak mengikut tuntutan Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Gali semalam.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan dakwaan Saidi dia diserang oleh sekumpulan lelaki di rumahnya kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) tanpa mukim mendakwa dia tidak mengalami kecederaan namun bajunya terkoyak akibat libasan yang dilakukan tiga lelaki.
Saidi bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak atau mengaitkan dengan politik dalam aduan polis berkaitan kejadian dia diserang kerana memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan penyiasatan.

"Saya juga tidak membuat laporan polis apabila kereta saya dirempuh kerana menganggap ia boleh diselesaikan di luar mahkamah. Namun, sehingga hari ini orang yang melanggar kereta saya tidak pun kelihatan ataupun membuat aduan kemalangan di mana-mana balai polis," katanya.

Menurutnya, ekoran paparan laman blog berkaitan pendedahan isu khalwat yang didedahkan itu, menyebabkan dia sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dapat diduga sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh ADUN berkenaan berzina. Ia tidak keluar daripada mulut saya. Apa yang saya dedahkan kepada umum adalah saya pernah menangkap ADUN berkenaan berkhalwat dalam koc VIP kereta api dengan menyatakan nama-nama saksi yang ada bersama.

"Tuduhan berzina itu hanya paparan blog tertentu yang menghangatkan isu berkenaan," katanya. Beliau dukacita dengan kenyataan ADUN berkenaan yang membuat penafian bahawa orang yang membuat fitnah berzina dosanya sama dengan orang yang berzina.

"Saya tidak membuat fitnah kes zina. Apa yang saya cakap adalah kebenaran yang membabitkan kes khalwat dan menyatakan kes tangkapan itu diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tindakan lanjut.

"Itu sahaja dan saya tahu dosa dan hukuman memfitnah di sisi agama dan undang-undang," katanya.

Tambahnya, pihak tertentu tidak sepatutnya mengaitkan laporan yang disiarkan dalam blog tertentu sebagaimana 'ayat' yang diucapkan dalam ceramah sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar batas perundangan terhadap dirinya.

Monday, August 2, 2010

GURU BERPOLITIK BAKAL LAHIR PEMIMPIN BERKALIBER - MUSTAPA

Keputusan kerajaan membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bakal melahirkan pemimpin berkaliber untuk negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata "suara guru" dalam iklim politik negara sangat diperlukan kerana mereka sangat diterima masyarakat dan langkah itu sebenarnya memberikan kesan positif kepada negara.

"Ia bakal melahirkan politik kepimpinan dan keputusan kerajaan ini telah memberikan kesan yang sangat positif ketika kita ketandusan pemimpin berkaliber, berintegriti, dihormati dan disegani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pameran Karya Seni Visual STPM dan Program Usahawan Sosial untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) di Universiti Malaysia Kelantan pada hari Ahad.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri berkata demikian ketika mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Julai 2010.

Beliau bagaimanapun menasihati guru terbabit agar mementingkan kerjaya dan tidak menjejaskan prestasi di sekolah kerana jika itu berlaku ia boleh menjejaskan pelajar.

Mustapa juga mengingatkan pembangkang yang mendakwa kononnya keputusan kerajaan itu bagi membolehkan guru berpolitik untuk menyokong kerajaan semata-mata dan bukannya untuk pembangkang.

"Kerajaan putuskan guru boleh berpolitik dan dakwaan pembangkang yang karut marut ini tidak harus berbangkit. Ini tidak berasas dan mereka (pembangkang) tidak patut buat begini," katanya.

Friday, July 30, 2010

GURU HARUS BEZAKAN POLITIK & PROFESIONAL

Oleh NANA (Kota Bharu)

Pengumuman berhubung kebenaran untuk guru siswazah gred DG41 hingga DG48 berpolitik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sewajarnya disambut baik dengan fikiran yang positif.

Hal ini secara tidak langsung menjadi lampu hijau yang diberikan kepada guru siswazah untuk menceburkan diri dalam dunia siasah yang kian mencabar pada hari ini.

Keprihatinan dan keikhlasan Perdana Menteri menghargai jasa dan sumbangan guru amat wajar disokong oleh guru siswazah di seluruh pelosok tanah air.

Kita semua sedia maklum bahawa sebelum pengumuman ini dibuat, ada sesetengah guru siswazah yang sudah sekian lama membabitkan diri dalam parti politik sama ada sebagai setiausaha, naib pengerusi atau ahli biasa.

Guru siswazah perlu diingatkan bahawa sebagai penjawat awam yang menikmati gaji bulanan daripada kerajaan dan membabitkan diri dalam dunia politik tanah air seharusnya menyokong 100 peratus parti yang memerintah negara sekarang.

Dalam hal ini, pesanan dan nasihat mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, adalah tepat dan relevan. Beliau bersetuju agar guru siswazah menceburkan diri dalam dunia politik semasa negara tetapi perlu membetulkan niat dan hala tuju masing-masing bahkan tidak sekali-kali menangguk di air yang keruh berikutan pelbagai krisis politik semasa negara.

Selain itu, guru siswazah tidak boleh sama sekali mengabaikan tanggungjawab mereka yang utama, iaitu mendidik dan mengajar muridnya di sekolah. Kementerian Pelajaran semestinya tidak akan memaafkan guru siswazah yang sengaja membiarkan anak muridnya terabai apabila guru mereka sibuk berpolitik.

Usahlah guru menjadi seperti Pak Kaduk kerana anak murid pada ketika ini adalah modal insan negara yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara pada masa hadapan.

Sejarah negara membuktikan bahawa guru pada zaman pramerdeka begitu banyak menabur bakti baik dari segi wang, tenaga, mahupun wang demi memastikan kemerdekaan negara dapat dicapai.

Persoalannya, adakah guru sekarang sanggup berjuang bermati-matian demi maruah bangsa dan negara daripada dijajah semula? Sukar dikenal pasti guru yang benar-benar ikhlas berjuang demi memastikan martabat negara terus kekal terpelihara.

Ini kerana ada guru siswazah yang menjadi penjawat awam tetapi pada masa sama amat cenderung untuk menyokong parti pembangkang bahkan ada pula yang secara terang-terangan menghentam kepemimpinan negara sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Dalam hal ini, peranan pengetua, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri sekali lagi akan dituntut untuk memantau mana-mana guru yang antikerajaan sebaik-baik saja kerajaan mewartakan arahan untuk membenarkan guru siswazah aktif berpolitik.

Semua guru siswazah harus bersama-sama kerajaan untuk turun padang bertemu orang kampung dan menyelami hati budi mereka secara kolektif. Setiap guru memainkan peranan yang cukup besar untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Berita Harian (28 Julai 2010)

Monday, June 21, 2010

BAIAH POLITIK PARTI PEMBANGKANG

Keshvinder Singh ADUN Malim Nawar yang mengumumkan keluar daripada DAP menyebabkan terbongkar perjanjian ganti rugi RM5 juta jika wakil rakyat PKR melompat parti.

TIDAK berapa dahulu kita didedahkan mengenai bagaimana wujudnya amalan baiah cerai talak tiga dalam Pas bagi memastikan tidak ada wakil rakyatnya melompat parti.

Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak kerana sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam adalah tidak wajar baiah yang menuntut cerai taklik dilakukan.
Walaupun tidak semua wakil rakyat Pas melakukan baiah tersebut tetapi apa yang pasti ia diakui dilaksanakan.

Malahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu mempunyai rahsia tersendiri dalam menyekat wakil rakyatnya daripada melompat parti.

Hujah Abdul Hadi, rahsia tersebut ialah baiah yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah SWT dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon.

‘‘Perbezaan kekuatan Ahli Dewan Undangan Negeri Pas ialah baiah berjanji dengan Allah SWT jika kami menipu, khianat dan menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah SWT, oleh malaikat dan segala yang melaknat,’’ katanya.

Rupa-rupanya selain Pas, rakan baiknya, DAP juga akan mewujudkan perjanjian bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.

Jika Pas melibatkan sumpah, DAP Perak pula melibatkan soal kewangan apabila akan mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta jika bertindak keluar daripada parti itu.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, semua wakil rakyat DAP sebelum ini telah menandatangani perjanjian tersebut selepas Pilihan Raya Umum 2008, bagaimanapun ia tidak dikuatkuasakan.

Persoalannya, apakah wajar Pas dan DAP mewujudkan baiah sedemikian hanya semata-mata untuk menghalang mereka kehilangan kerusi apabila wakil rakyatnya melompat parti?

Yang manakah lebih utama, terus berada di dalam parti tanpa melakukan apa-apa yang diamanahkan atau dijanjikan kepada rakyat atau keluar parti bagi membolehkan nasib rakyat dibela?

Kalau dikaji, kesemua wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti adalah disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti dan merasakan tidak mampu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan berkesan selagi berada dalam pembangkang.

Sebelum ini mereka bertindak menjadi calon kepada pembangkang kerana merasakan parti mereka akan menjadi lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Tetapi setelah memenangi kerusi dalam pilihan raya ternyata mereka mendapati kepimpinan parti mereka lebih banyak mahu berpolitiking dan mengabaikan harapan rakyat.

Oleh itu daripada terus dilihat mengkhianati amanah rakyat adalah lebih baik mereka mencari laluan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Apakah hasrat seperti ini dilihat salah sehingga perlu ‘dihukum’ RM5 juta atau dianggap akan dilaknat akibat melompat parti?

Dalam Islam yang manakah lebih berdosa, terus menikmati segala keistimewaan sebagai wakil rakyat tanpa melakukan apa-apa untuk kesejahteraan rakyat serta bersekongkol dengan kepimpinan yang lemah atau keluar parti untuk demi memastikan nasib rakyat terbela?

Apa yang dilakukan oleh Pas dan DAP dalam soal baiah ini adalah jelas demi kepentingan dan survival politik mereka sahaja. Walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak mampu memberikan peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan tetapi itu tidak penting.

Apa yang lebih mustahak bagi mereka ialah memiliki kerusi sama ada di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, soal wakil rakyat mereka membuat kerja untuk rakyat atau tidak, ia soal kedua.

Lebih malang lagi, sebahagian pemimpin pembangkang tidak pula menganggap ia satu pengkhianatan atau dilaknat jika ada wakil rakyat BN ingin menyertai pembangkang.

Ada antara pemimpin utama mereka berhujah bahawa tindakan itu tidak salah dari sisi Islam kerana kononnya keluar dari perjuangan yang tidak baik bagi menyertai perjuangan yang baik.
Malahan ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menguar-uarkan rancangan 16 September, hampir kesemua pemimpin pembangkang menyokongnya.

Ketika itu semuanya ghairah untuk melihat pembangkang menguasaikerajaan pusat melalui pintu belakang.

Tetapi apabila rancangan itu gagal dan menyaksikan semakin ramai wakil rakyat pembangkang menjadi wakil rakyat bebas, maka keluarlah pelbagai hujah bagi mengutuk tindakan tersebut.

Inilah permainan politik yang ada kepada pembangkang di negara kita sekarang. Apa sahaja yang menguntungkan mereka tidak apa tetapi kalau merugikan mereka tidak boleh.

Justeru adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin pembangkang berfikiran terbuka dalam soal melompat parti ini. Kita bukanlah menyokong perbuatan melompat parti tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh membiarkan sahaja mana-mana wakil rakyat dituduh ‘makan gaji dan elaun buta’ .

Apabila rakyat mengundi seorang calon, mereka menaruh harapan bahawa wakil rakyat yang dipilih itu mampu membela nasib mereka. Tetapi apabila keadaan sebaliknya berlaku, sudah tentu wakil rakyat yang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat tidak mahu duduk diam.

Mereka menjadi wakil rakyat bukan semata-mata untuk mencari kuasa politik tetapi hendak berkhidmat untuk rakyat.

Bagi kepimpinan Pas dan DAP tidak apa kalau wakil rakyat mereka tidak buat kerja atau tidak menunaikan janji untuk rakyat yang penting jangan lompat parti.

Ia kerana jika perbuatan itu dilakukan maka ia akan mengurangkan kuasa politik mereka. Ertinya, apa sahaja yang hendak dilakukan oleh parti pembangkang bukanlah semata-mata untuk rakyat tetapi segalanya melibatkan kuasa politik dan merebut kuasa.

Justeru daripada Pas dan DAP membuat baiah atau perjanjian yang bukan-bukan adalah lebih baik mereka memperbaiki kelemahan yang ada pada mereka.

ZULKIFLEE BAKAR (pengarang@utusan.com.my)

Monday, November 23, 2009

Lawan Umno tapi fikrah sendiri bonsai

Oleh Hishamuddin Rais

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan, mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakkan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini, kita ditakut-takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir sekali dengan api neraka.

Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.


Kalau anak kecil banyak bertanya, dia akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar, kita terima sebagai fakta. Apabila telah bersunat, bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai berasmara dan berinternet, maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah daripada pandangan karut-marut yang didengari ketika membesar.

Membuang dan membakulsampahkan segala karut-marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan menyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat, keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah seseorang bonsai.

Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.

Dalam suasana politik kita, budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya proses monolog – jalan sehala – apabila si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali.

Pelbagai sumpah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita di zaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk
menapis atau bertanya.

Sayugia diingatkan, ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat, untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau pengembangan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ia menjadi ejen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolog sehala tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong.

Lihat bagaimana monolog televisyen sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil daripada budaya mendengar ini, ramai warga terlali dan terlalai daripada membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir daripada susuk yang tidak lagi menggerakkan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah, maka mamai akan menyerang. Gejala ini tidak menghairankan.

Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai, maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion, bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan, bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk mengenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa-apa kerja politik.

Gagal mengenal kontradisi sosial, maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi. Justeru dalam kerja politik, wajib diketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekunder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa-larau dan porak-peranda – raba sana, pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan dibaca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud, berapa ratus kali pun diklik, yang muncul hanya angka 404. Inilah dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, ujikaji di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul.

Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang daripada mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama.

Begitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita, banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya, rakyat Sabah dan Sarawak ingin bebas daripada cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini kontradiksi di kalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita eksploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika sedang
mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru-harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak, maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan.

Semua ini adalah asas taktik dan strategi politik yang paling minimum.

Inilah pentingnya memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji, bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama.

Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika, bukan pendukung utama. Dalam politik, yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup.

Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama daripada sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digodam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu daripada kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan - tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu.

Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan burger kerana terdengar cerita adanya gelatin tidak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan MacDonald dan Burger King. Inilah tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tidak kesampaian untuk berfikir.

Thursday, October 29, 2009

MOOD MENJELANG PRU13 BERPIHAK KEPADA BN?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

AIDILFITRI yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.

Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya-Allah.

Pengajaran pilihan raya kecil Bagan Pinang dan iktibar 'kekalahan besar' masih diperkatakan. Begitu juga dengan impak perhimpunan UMNO dan pergolakan politik semasa, termasuk kemungkinan sidang Dun Perak dibubarkan.

Bedah-siasat kegagalan di Bagan Pinang secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan niat mahu meletakkan kesalahan ke bahu pihak lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Perangi rasuah

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang.

Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.

Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.

Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah - dengan bantuan tukang-tukang spinnya - menambat hati rakyat?

Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. UMNO-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?

Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.

Saya masih ingat keluhan seorang Adun UMNO Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN.

Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"
Bimbang dengan rentak sokongan

Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.

Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanya tidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan? (Saya tidak mahu kita mengambil mudah dengan petanda kecil di hadapan kita).

Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam UMNO, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?

Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.

Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua.

Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan terhadap kerajaan negeri Pakatan akan terus bertindan-tindih.

Thursday, September 24, 2009

spesis APAKAH MUBIN INI?

Entri oleh rakan Kijang semalam sangat menarik untuk mengetahui seorang blogger yang ‘sakit’ dan tidak dapat menerima kepimpinan orang lain selain Datuk Seri Idris Jusoh, di negeri jiran- Terengganu.

Zainal Yusoff mengupas dengan jelas bagaimana ‘Jarang Anak Melayu’ itu kini meratap hiba dan semakin tenat, lebih-lebih lagi apabila politik Terengganu sudah tenang.

Jelas manusia jenis Mubin Ismail ini tidak boleh cari makan kalau politik Terengganu tidak bergelora.

Ikuti tulisan Zainal melalui blog citra-bangsa:

Mubin…Jarang Anak Terengganu hiba seperti ini!

Oleh Zainal Yusof

MEMBACA tulisan Abdul Mubin Ismail dalam blognya Jarang Anak Melayu atau JAM, yang entri tulisan itu bertarikh 17 September 2009, saya membayangkan penulis yang pernah menjadi pembantu peribadi atau PA, atau di Selangor di panggil Setiausaha Politik kepada Exco, sedang berduka nestapa menjelang fajar Aidil Fitri.

Terima kasih juga kepada blog Citra-Bangsa yang memetik tulisan Abdul Mubin Ismail ini kerana, mudah untuk menatapnya sekaligus membaca komen pembaca-pembaca lain terhadap keletah budak Mubin ini yang nampaknya dia tidak dapat memahami bahawa kepimpinan kerajaan di Terengganu sudah bertukar tangan, dari YAB Datuk Seri Idris Jusoh kepada YAB Datuk Ahmad Said.

Budak Mubin ini bukan sahaja tidak dapat memahami, malahan dia mengajak pembaca-pembaca yang melayari blognya, menghina Datuk Ahmad Said sebagai mana dia menghinanya. Baca semula tulisannya mengenai tindakan Datuk Ahmad Said yang pernah mencabar seorang ADUN Pas, berjumpa seorang dengan seorang – bagi mempertahankan tuduhan ADUN Pas itu kononnya kerajaan BN di bawah kepimpinan Idris Jusoh lebih teruk dari Yahudi.

Saya tidak mahu percaya, ada kawan memberitahu kononnya budak Mubin ini amat-amat sedih hingga hilang selera makan, cukup-cukup merana hingga kurang bercakap dan cukup-cukup kecewa hingga kurang mesra dengan saudara-mara dan jiran tertangga kerana bekas boss yang dipujanya selama ini, Datuk Din Adam kelihatan sudah meninggalkan Geng 10 atau budak Mubin gelarkan mereka sebagai 10 Budak Hitam.

Cerita kawan saya itu lagi, khabarnnya budak Mubin macam rasa nak demam. Dedar badannya, pedih tekaknya kerana dapat tahu yang Datuk Din Adam, yang dikatakannya sebagai pendek dan tidak cukup saiz sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Kenapa budak Mubin jadi macam ni ya? Kenapa dalam berbalah, kita tidak pernah memikirkan ruang untuk berbaik. Kalau tidak bersetuju, bukan bermakna kita menentang. Kalau menentang, bukan bermakna kita bermusuh. Kalau bermusuh, bukan bermakna kita selama-lamanya bermusuh.

Sebagai orang politik, mungkin semua percaya, dalam politik penuh dengan permainan yang serba mungkin. Dalam Islam, mana mungkin kita dibenarkan memutuskan sirahtulrahim.

Kenapa budak Mubin, diakhir tulisannya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YAB Datuk Ahmad Said dan mohon maaf zahir sahaja? Kenapa sampai perkara begini pun masih buat main-main. Adakah ini perangai budak-budak? Kenapa tidak mahu memohon maaf zahir dan bathin? Bukankah ini cara yang dituntut agama kita, bermaaf-maafan antara satu dengan yang lain.

Saya tidak berhasrat menulis soal dosa dan pahala. Saya berhajat mengulas tulisan budak Mubin ini kerana budak Mubin ini mengelarkan Geng 10 atau Kumpulan 10 sebagai 10 Budak Hitam.

Saya percaya, bila Abdul Mubin berani menggunakan perkataan ‘budak’ dalam tulisannya, bererti dia sudah merasakan dirinya sebagai lebih dewasa dari budak-budak.

Ingat seloka yang biasa kita dengar…makan dengan budak, lauk habis dulu, mandi dengan budak, air keruh dulu…. Jadi, bila berhujah dengan budak seperti Abdul Mubin, kena berhati-hati, bukan kerana takut terkena bidasannya tetapi takut dia tidak faham kerana budak-budak biasanya belum cukup akal.

Kalau budak Mubin sudah dewasa, tentunya dia tumpang seronok apabila mendengar dua saudara yang berbalah, kembali bertaut. Betul seperti tulisan Hambali Abd Latif dalam blognya…carek-carek bulu ayam, lama-lama bercantum semula. Atau air dicincang tak akan putus.

Kalau budak Mubin membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa beliau sanggup jadi orang tengah untuk membantu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelesaikan kemelut politik Terengganu, bermakna Muhyiddin mengharapkan perdamaian dua kumpulan yang bertelagah.

Dengan lain perkataan, sebagai seorang Islam, kita kenalah berusaha mendamaikan kumpulan atau mana-mana pihak yang berbalah dan bukan mengharapkan perbalahan itu berpanjangan.

Maka, tanpa ada menggunakan khidmat orang tengah, tiba-tiba mereka kelihatan berdamai, sepatutnya kita bersyukur.

Malangnya, budak Mubin yang selalunya menulis dalam blognya dengan tulisan-tulisan pendek, tiba-tiba menulis panjang lebar menghina ‘perdamaian’.

Jenis apakah budak Mubin ini. Spesis apakah budak Mubin ini?

Friday, September 11, 2009

IRI DI BELAKANG KEMENANGAN BESAR PAKATAN PEMBANGKANG & ANWAR IBRAHIM

http://analisisringan.blogspot.com/ September 10, 2009

Analisis Kumbang..

Analisis ini ditujukan kepada semua jentera anti Anwar di luar sana. Samada anda adalah ahli parti PAS,UMNO,DAP,Komponen BN dan dalam PKR sendiri. Anda perlu mengetahui perkara-perkara di bawah supaya anda tidak sentiasa leka dengan politik di kalangan anda sendiri dan bangkit bersatu menentang Anwar Ibrahim.

Sila ambil perhatian terhadap apa yang akan Kumbang tulis ini.

Melihat kepada kemenangan terbesar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu dan rentetan kemenangan Pilihan Raya yang kecil yang digapai oleh Pakatan Pembangkang. Ramai tertanya-tanya kenapa kemenangan secara mendadak boleh diperolehi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya-pilihanraya yang mereka sertai.

Jika kelemahan UMNO sebagai faktor, kenapa pada tahun 1999 Barisan Nasional mampu mempertahankan majoriti dua pertiga dan begitu juga pada pilihanraya pada tahun 1990 selepas krisis penubuhan UMNO baru, Barisan Nasional mampu menang besar walaupun pada tahun 1999 dan 1990 UMNO berpecah dan mengalami krisis.

Faktor kedua yang sering dimomokkan penyokong dan ahli Pakatan Pembangkang dan Barisan Nasional sendiri ialah faktor ketokohan Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu kepada sokongan dan kemenangan besar Pakatan Pembangkang. Tetapi pertikaiannya kenapa Anwar Ibrahim sendiri tidak mensasarkan kemenangan besar pada PRU ke-12 lalu dan hanya mensasarkan kemenangan 30 kerusi parlimen bagi Pakatan Pembangkang kerana Kumbang yakin beliau sendiri tidak yakin dirinya mampu membuatkan Pakatan Pembangkang menang besar pada PRU ke-12. Disebabkan itu Kumbang diberitahu oleh rakan-rakan dari dalam PKR, Anwar Ibrahim dikatakan terlalu gembira dengan kemenangan besar Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu sehingga melompat-lompat di atas kerusi seperti budak-budak.

Bukan sahaja Anwar Ibrahim, ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang pun tidak yakin mereka akan menang besar dan meletakkan calon tangkap muat di kebanyakkan kawasan. Kerana ramai yang tidak mahu bertanding disebabkan tidak yakin akan menang jika dicalonkan. Hal ini yang menyebabkan ramai calon tangkap muat menang dan menyebabkan krisis di dalam PKR sendiri iaitu kebanyakkan calon tangkap muat yang menang dikatakan kurang bersedia menjalankan komitmen dalam parti dan kawasan mereka.

Disebabkan dua faktor di atas ini ternyata bukan faktor konkrit terhadap kemenangan besar Pakatan Pembangkang di PRU ke-12 dan Pilihanraya kecil kebelakangan ini, Kumbang dan rakan-rakan di AIDC telah mengkaji 'tangan-tangan' yang terlibat di sebalik tsunami politik dan kebangkitan Pakatan Pembangkang.

Antara faktor dan 'tangan-tangan' yang membantu kebangkitan Pakatan Pembangkang ialah satu pertubuhan di Amerika Syarikat iaitu IRI atau International Republican Institute.

IRI atau International Republican Institute adalah 'nonprofit organization', kerajaan Amerika.Term 'nonprofit organization' bermaksud organisasi yang tidak mementingkan keuntungan. Maksud 'badan yang tidak mementingkan keuntungan' adalah badan itu mendapat saluran dana daripada kerajaan Amerika yang digunakan untuk tujuan tertentu.

Menurut Presiden Bush semasa berucap di IRI (2005) IRI merupakan instrumen paling berkesan menyebarkan agenda 'demokrasi' di dunia.

Menurut Bush lagi IRI berfungsi melatih kader-kader baru (pro-Amerika) melalui proses pilihanraya dan tiga kaedah digunakan oleh Amerika untuk menyebarkan "demokrasi" ke negara-negara luar iaitu pertama menggunakan kaedah 'penyusupan masuk',kedua menaja parti dan individu tertentu dalam pilihanraya dan ketiga 'peperangan'.

Sejarah awal penubuhan IRI adalah untuk merealisasikan ucapan Presiden Amerika Ronald Reagan pada tahun 1983.

Menurut Ronald Reagan, kaedah lama Amerika 'menawan' dunia sebelum ini menggunakan Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID) dianggap sudah ketinggalan zaman kerana kedua-dua agensi itu sudah dicop berwajah 'hitam'.

Jadi menurut Reagan, Amerika perlu memikirkan satu kaedah baru yang berwajah 'putih' bertemakan 'demokrasi' yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan dua badan penyumbang dana demokrasi iaitu NED dan IRI pada tahun 1983.

Maka NED adalah badan induk 'demokrasi' dan manakala IRI pula cabang NED yang berfungsi khusus dalam pilihanraya.

Sumbangan IRI dikatakan sangat besar membantu Anwar dalam pilihanraya Malaysia. Sumbangan tersebut dari segi pemberian dana, pemantauan pilihanraya dan kajian sikap,strategi kempen pilihanraya,latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi isu pilihanraya. Ini dibuktikan dengan MAFREL(badan pemantau pilihanraya) dan Merdeka Center(badan penyelidikan) di Malaysia yang ditaja IRI. Kedua-dua badan ini mengisytiharkan diri mereka sebagai badan bebas tetapi sebenarnya mereka dikatakan lebih berat sebelah kepada Anwar Ibrahim. Kesungguhan IRI ini membayangkan kerajaan Amerika telah mensasarkan Anwar bakal diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang pernah diramalkan oleh akhbar Israel, The Jerusalem Post.

Tidak seperti di Afghanistan, Amerika terpaksa menghantar tentera untuk mengangkat Hamid Karzai sebagai Presiden, tetapi di Malaysia, sejarah "kemerdekaan" tidak melibatkan kuasa peperangan, tetapi sebaliknya melalui proses rundingan. Oleh itu di Malaysia, Amerika tidak memerlukan kuasa tentera, sebaliknya perlu menyuntik dana yang cukup dan bantuan-bantuan lain seperti yang dinyatakan di atas untuk membantu proses menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan setelah Anwar naik sebagai Perdana Menteri mereka pula akan menjalankan agenda mereka di Malaysia dan menjadikan Anwar Ibrahim hanya sebagai boneka.

Jadi tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim boleh menang besar pada PRU ke-12 dan setiap pilihanraya kecil kerana segalanya telah disediakan oleh IRI dari segi kewangan hinggalah strategi kempen. Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang hanya menjalankan strategi yang dirancang oleh pertubuhan Amerika ini dan menikmati kemenangan yang menandakan penjajahan semula yang bakal tiba jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.

Persoalan di atas semua ini, adakah jentera anti Anwar di luar sana hanya duduk diam dan sibuk berpolitik di kalangan mereka serta bergaduh sesama sendiri di kala bantuan besar secara konsisten diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh IRI?

Adakah mereka tidak menyedari yang ancaman kian besar dan keadaan semakin runcing hari demi hari?

Naiknya Anwar Ibrahim sebagai bukan hanya menyebabkan kekalahan kepada parti lawan mereka tetapi bermulanya era penjajahan semula di negara kita.

Saturday, September 5, 2009

NIZAR ISTIHARKAN SAHAJA BAHAWA KAMU MAHU PERANGI RAJA-RAJA MELAYU !

Daripada http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com
























nizar jamaludin, sang bangsat dari pimpinan partai islam semalaysia . kami memerhati gerak kelakukan kamu. kamu semakin hebat beraksi. aksi kamu hari ini semakin kami fahami. istiharkan sahaja bersama rakan komunis kamu itu, bahawa kamu sememangnya mahu berkelakuan biadap terhadap raja-raja melayu.

istiharkan sahaja bahawa kamu mahu raja-raja melayu melutut di kaki kamu. istiharkan sahaja ayat penderhakaan itu.

ketahui lah bahawa raja-raja melayu punyai ramai laskar dan mujahidnya. aku tiada mahu menulis panjang menghurai persoalan. pakatan rakyat karya lahanat anwar,pas,pkr dan dap sedang merencakan sesuatu.

tak perlu kamu sembunyi niat dihati. istiharkan sahaja kamu punyai niat menghaposkan kuasa kesultanan melayu. inilah batu penghalang terakhir untuk kamu melunaskan hajat besar kamu, sebuah negara malaysia baru,ketuanan rakyat..ketuanan negara republik.

tapi percayalah, walau bagaimana pun keadaan hidup kami, raja-raja melayu selaku amir islam di tanah bertuah ini, akan kami pertahankan. sekali kami bermola, sukar untuk kami berpatah balik.kepada pakatan pas,pkr,dap istiharkan sahaja hajat dihati bahawa kamu ingin memerangi institusi raja, agar mudah kami melakukan kerja.

Friday, June 12, 2009

MUBIN ORANG PALING GEMBIRA HARI INI...

Melompat-lompat kawan saya di Mubin Ismail dari negeri jiran, Terengganu seperti dipapar dalam blognya.
Mubin yang terkenal di Terengganu sebagai orang kuat KAWAT, Pelita dan sebagainya memang seronok kalau ada benda dia nak ‘ampu Deris Jusoh dan Geng 10’.

Kerana apa? Sebab hari ini ada dua Datuk kena siasat kes rasuah.
Tanya Mubin: “Siapa dua Datuk nin? Orang negeri mana? Selangor? Kedah? Perak? Pulau Pinang? Kelantan? Orang politik ke? Kalau orang politik, mereka nin orang UMNO/BN atau orang Pakatan?
Kalau orang politik UMNO/BN, tak kiralah dari negeri mana pun, sah mereka nin ‘jeneral Deris Jusoh’… oooppp !!!”
Lantas Mubin perturunkan laporan Utusan Malaysia ini:

Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan – Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu.

Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Turut difahamkan, siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut telah dijalankan selepas media pada Ogos 2004 membuat pendedahan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.

Sementara itu, Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang meneliti kertas siasatan terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

Dalam pada itu, salah seorang daripada Datuk yang dikaitkan dengan kes tersebut, enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Mubin selanjutnya berkata: “Syyyyyy….. Tak boleh komen. Tak boleh ulas panjang-panjang – SEDIH, TERHARU, SEBAK…”

Tak boleh marahkan Mubin sebab Kijang tahu dia memang ‘berperang’ dengan salah seorang Datuk yang kena dakwa tu.

Walaupun seronok, Mubin tidak boleh nak kaitkan isu ini dengan Ahmad Said sebab kerja ni kalau benar, mereka lakukan pada 2004.

Apapun, baru kena tuduh. Macam Dr Ramzilah, kena tuduh hantar ‘sms ugut bunuh’ tapi tidak mengaku salah.

Tidak apa apa yang Mubin boleh gembira sangat. Seperti kes ini, kedua-dua Datuk itu kini bebas.

Cuma hairan Mubin tidak melompat bila isu bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh.
Kenapa ya Mubin? Tolong jawab sikit Kijang nak dengar.

Tuesday, June 2, 2009

KELEMUT TERENGGANU - CAMPURTANGAN SULTAN MIZAN PERLU

Kijang naik angin dengan kumpulan 10/18 Terengganu apabila menilai dan memerhatikan apa yang dilakukan oleh mereka.

Biarpun saya orang Kelantan, tetapi jadi panas hati sebab satunya kita negeri berjiran dan keduanya ketika UMNO dah OK. jangan pula buat hal tidak tentu hala.

Kijang baca komen yang dihantar terhadap posting hambali1.blogspot.com di atas tajuk “POLITIK TERENGGANU - HISHAMUDDIN JADI PELERAI” semalam 1 Jun 2009.
Kijang setuju sangat dengan komen berkenaan. Kijang seronok apabila ada penjenguk yang meminta Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong panggil mereka yang buat onar itu.
Selain itu Kijang pun nak tau apa jadi dengan siasatan polis terhadap Datuk Dr Ramzi mengenai ‘sms ugutan bunuh terhadap wakil 3 wakil rakyat”. Apa dah jadi?

Ikuti komen-komen berikut:

1. Seseorang yang menamakan dirinya insan berkata: Aku mencadangkan agar SPB Yang Dipertuan Agong panggil je mengadap semua semua ni. Beri kata dua. Tanya mereka ni masih berminat jadi ADUN lagi ke tak. Kalau minat baik buat kerja. Fokus ke pembangunan negeri. Dengar masalah rakyat. Kalau tak minat berhenti je. Letak jawatan je. Ramai lagi orang lain yang boleh dan mahu jadi pemimpin. Saya rasa campurtangan SPB Yang Di Pertuan Agong adalah perlu kerana negeri kini sangat memerlukan semua wakil rakyat bekerjasama dengan YAB MB untuk membangunkan negeri. Kita dah tak ada masa nak main dengan benda2 macam ni. Rakyat tak mahu dah benda2 macam ni. Kita semua nasihatkan mana2 ADUN yang dah tak berminat nak jadi ADUN dan yang gilakan kuasa tu letak jawatan je la terutama kepada rosol yang haritu beria-ia sangat nak letak jawatan. Daulat Tuanku!

Selain itu insan juga bertanya: “Apa kes pula dengan sms ugutan selepas polis menangkap Dr Ramzi?Adakah polis nak proceed dengan pendakwaan?Bila nak dakwa?Kenapa senyap saja”ni?

2. Seseorang yang menamakan dirinya sebagai budakkualalumpur2 pula berkata: “Kumpulan 10/18 - jangan jadi kacang lupakan kulit” sambil meminta penjenguk membaca posting melalui malaysia-hariini.com. Secara ringkas, Kijang perturunkan pendapat beliau:

“Tindakan yang dikatakan diketuai oleh bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, YB Dato Rasol Wahid bukan sahaja mencetuskan rasa tidak senang rakyat Terengganu secara keseluruhannya tetapi tindakan beliau bersama kumpulannya yang menyokong bekas Menteri Besar sebelum ini, Idris Jusuh disifatkan juga menghina institusi Kesultanan Terengganu, bagaikan melempar najis ke muka Tuanku Mizan yang berkenan melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar menggantikan Idris Jusuh. Mereka langsung hilang rasa hormat kepada Tuanku Mizan. Kumpulan 18 ini bukan lagi pemimpin berjiwa rakyat. Bukan lagi seorang pejuang tulen yang meletakkan UMNO itu sebagai roh ataupun jiwa yang perlu mereka pertahankan. Mereka hanya mahu menjadikan UMNO itu sebagai alat semata-mata dalam usaha mereka mengejar pangkat, harta dan kedudukan. Mereka sudah tidak malu alah bukan sahaja kepada diri mereka sendiri tetapi mereka langsung mengenepikan peranan Sultan Terengganu dalam perlantikan seseorang Menteri Besar.

3. Penjenguk rakyattranung pula berpendapat: Mereka mendakwa YAB Menteri Besar tidak berkeupayaan mentadbir negeri. Jika benar, ketidakupayaan ini sebenarnya bukan berpunca sepenuhnya dari YAB Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tetapi kelemahan cara berfikir (cap ayam) dan tahap kesetiaan "tentera-tenteranya" yang komang spanar. Cuba kita ingat kembali, bagaimana Datuk Ahmad sentiasa mempertahankan kerajaan pimpinan Datuk Seri Idris ketika sidang DUN. Sepatutnya kini giliran mereka pula mempertahankan Datuk Ahmad. Namun tidak berlaku. Yang berlaku ialah usaha-usaha untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Ahmad Said yang dirancang teliti oleh pihak-pihak tertentu. Nampaknya, golongan ADUN-ADUN ini telah menetapkan bahawa apa cara sekali pun mereka tidak akan memberi kerjasama kepada Datuk Ahmad. Yang paling penting, niat untuk menjatuhkan Menteri Besar bukan pilihan mereka mesti dilaksanakan segera. Mungkin juga mereka berfikir kalau diteruskan kepimpinan Datuk Ahmad Said, masa depan politik mereka (sebagai YB) tidak akan selamat.

Selanjutnya budakkualalumpur2 berkata: “Namun harus diingatkan, rakyat sudah mula bosan dengan tingkahlaku ADUN-ADUN ini. Persepsi rakyat Terengganu termasuk yang atas pagar dan pembangkang terhadap kepimpinan Datuk YAB MB tidaklah teruk namun mereka selesa dengan kesederhanaan dan ketulusan beliau. Percayalah jika silap pencaturan dan pilihanraya terpaksa diadakan semula sekarang, rakyat pasti akan menghukum kita. Namun jika semua ADUN BN dan YAB MB ini duduk semeja berbincang, menghasilkan "win win situation" dan membina semula "jambatan yang sudah runtuh" pasti rakyat akan memberi peluang kepada kita selepas terhakisnya keyakinan mereka akibat isu ini.”

Lihatlah betapa rakyat meluat dengan apa yang berlaku di Terengganu. Kijang rasa benar juga pendapat supaya Yang Dipertuan Agung sendiri campurtangan dalam soal ini.

Friday, May 29, 2009

POLIS BODYGUARD PARTI?

Kijang membaca sebuah posting menarik memperkatakan apa akhbar Cina perkatakan mengenai kerja polis.

Kijang mahu pelayar dan penjenguk baca da kemudian nilai sendiri.

APA AKHBAR CINA TULIS TENTANG KERJA POLIS ?
dari blog bypass308.blogspot.com

Kami menerima laporan MEDIA PRESS kami dari Perak dengan beberapa petikan dari sebuah artikel kolumnis sebuah akhbar berbahasa Cina yang wajar untuk renungan dan pertimbangan kita, khususnya ketika kekalutan politik masa kini.

Baik buruk intipatinya, anda nilai sendiri kerana siaran semula artikel ini tanpa prejudis.

Ikuti terjemahan yang walaupun ala kadar tetapi kami yakin ia tidak lari dari maksud asal penulisnya tanpa ada sebarang tokok tambah. Harap baca sampai habis dan luangkan masa untuk komen pro dan kontra artikel ini.

Jika anda ingin tahu nama akhbar atau melihat keratan asal, sila emel kami. Wasalam - FAUZI IRWAN SHAH.


"Pada 27 Mei, muka surat 2 akhbar kami, melaporkan 3 kes jenayah rogol. Wanita kini tidak kira tua muda, tidak kira di rumah atau luar, berdepan pelbagai ancaman jenayah.

Pada hari yang sama, muka surat 30, melaporkan kumpulan polis dan FRU menahan pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong yang sedang lancarkan mogok lapar.

Gerakan polis menangkap si baju hitam, si memekik slogan, perhimpunan pasang lilin, malah nyala lilin sambut hari jadi. Sampaikan pekerja pasang khemah pun disapu.

Tangkap dan lepas, dah lepas tangkap lagi. Seolah sudah menjadi rutin kerja polis.
Persoalannya ialah kenapa yang ditangkap semua muka selamba dan tersenyum saja, tiada riak takut? Dan mereka menjadi objek tumpuan akhbar?

Rakyat sangka keselamatan kian terjejas akibat kurangnya tenaga polis, tak cukup anggota polis. Tapi manalah tahu, begitu ramai polis datang "memeriahkan" Perak, sertai permainan politik bersama penyokong PR.

Perhimpunan kurang lebih 10 orang, tapi hantar 100 anggota buat kawalan. Mogok lapar yang bersifat negatif tu pula, polis kerah 200 anggota dan anggota FRU, campur lagi lima atau enam trak polis.

Begitu sekali jadinya, kalau bukan kerana bimbangkan rakyat,tentu polis kurang yakin pada diri, hinggakan penguatkuasaan yang "terlebih".

Akibat dari "terlebih" kuatkuasaan, menjejaskan imej BN, dari yang baik menjadi sebaliknya.

Langkah yang membazir sumber tenaga manusia itu membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang pada masa ini merasakan keselamatan diri terancam.

Rompakan di merata tempat, di ibu kota sahaja dari januari hingga april, kes ragut dan rompakan masing-masing meningkat 99% dan 80%, ia merupakan 31% daripada keseluruhan kes jenayah. Rompakan berkumpalan tanpa senjata meningkat 80.5%, dari 1029 kes meningkat kepada 2254 kes. Fakta angka ini membimbangkan, menggambarkan tahap keselamatan merosot.

Sikap kesungguhan sebagaimana tanngkap si baju hitam atau mengheret mereka yang terlibat perhimpunan lilin, kalau polis boleh gunakan sikap seperti itu untuk tangkap perompak dan peragut, tentu sekali polis akan beroleh pujian dan tepukan gemuruh seluruh rakyat negara ini.

Tuan polis, ayuhlah tangkap penjenayah bersenjata. Tak kiralah mat rempit ke samsing jalan raya, tak kira juga penjenayah gila seks atau perompak, tak kira penculik atau pembunuh, mereka inilah yang wajar dikejar dan tangkap.

Anda hanya sesuai sebagai penjaga kepada rakyat, tidak sesuai jadi body guard parti."

Thursday, May 14, 2009

IDRIS JUSOH, AHMAD SAID BERSEMUKA?

hambali1.blogspot.com (Wednesday, May 13, 2009)

TIDAK FAHAM. Apa makna bersemuka?

Bersemuka membawa tanggapan negatif seolah-olah wujud pertelingkahan besar.

Bersemuka maknanya dua pihak duduk semeja untuk mengatasi kekusutan.
Sementara kekusutan adalah disebabkan pertelingkahan dua pihak.
Di Terengganu kekusutan bukan diakibatkan oleh kedua-dua pihak.

Kekusutan disebabkan oleh satu pihak ‘menyerang’ satu pihak yang lain. Pihak yang kena serang itu tidak pun respons kepada serangan oleh pihak yang tidak berpuashati terhadapnya.

Contohnya dalam isu pemulauan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) gara-gara wujudnya ‘sms ugut bunuh’ yang membawa kepada kenyataan meminta Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Kita boleh memikirkan semula tindakan berkenaan:

1. Apakah wajar DUN Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang DUN Kerajaan BN sendiri walaupun polis memberikan jaminan keselamatan di DUN berkenaan;

2. Kenapa berlindung di hotel, iaitu kawasan lebih terbuka berbanding DUN yang dikawal ketat. Apakah ada ‘pembunuh’ dalam DUN berkenaan?

3. Kenapa pada sidang DUN kali ini, tiada soalan daripada ADUN BN yang seolah-olah sudah dirancang awal untuk tidak hadir persidangan berkenaan (saya ulangi, seolah-olah); dan

4. Sehingga diarah oleh Perdana Menteri, baru ADUN yang memulaukan persidangan hadir pada hari ketiga – tidakkah perbuatan memboikot sidang DUN itu sebagai satu perbuatan sabotaj kepada kerajaan BN dan UMNO?; dan,

5. Gara-gara memboikot, perbahasan terhadap ucapan perasmian Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud tidak lakukan oleh mereka yang memboikot - apa tujuan tidak membahaskan ucapan berkenaan?

Tidak tahulah, mungkin benar sesetengah orang menuduh saya tidak faham politik Terengganu!
Jadi apabila tersiar berita seperti dilaporkan oleh Berita Harian Online hari ini bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) serta ketua bahagian Umno akan bersemuka bagi mengakhiri kemelut politik di negeri ini, timbul tanda tanya.

Tidakkah, Pengerusi Perhubungan UMNO itu memulakan langkah pertamanya berasaskan premis yang salah?

Menurut laporan, pertemuan itu sedang diatur oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengumumkan inisiatif itu, hari ini.

Pertemuan itu bakal menyusul sehari dua lagi dan Idris serta Ahmad sudah menyatakan persetujuan masing-masing untuk bertemu.

Apa yang cuba diusahakan Hishamuddin ialah mengajak semua pihak dalam UMNO duduk semeja.

Hakikatnya ada dua perkara yang perlu difahami.
Pertama ialah penentangan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuashati dengan Ahmad Said. Mereka ini adalah ‘askar yang dipilih Idris untuk bertanding dalam pilihan raya ke 12’; dan
Kedua ialah Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang majoritinya menyokong Ahmad Said walaupun mungkin Bahagian Besut yang kuat menentang kepemimpinan Ahmad Said dalam konteks UMNO.


Jika tidak, jentera UMNO Terengganu pasti sudah ‘membuat bising’ seperti yang dilakukan oleh ADUN. Malah, di kalangan ADUN, hanya dua sahaja yang menjadi Ketua Bahagian, iaitu Bahagian Besut dan Marang.

Kedatangan Hishamuddin ke Terengganu wajar dilihat sebagai untuk tujuan ‘mereda atau menyejukkan’ bukannya untuk menghukum atau mencari kesalahan pihak-pihak yang terbabit dalam kemelut.

Walaupun apa juga perkataan dikeluarkan sama ada – undi tidak percaya, ugutan atau juga paranoid – soal pokok ialah, kepimpinan Ahmad Said tidak disenangi banyak pihak sejak beliau dilantik.

Walaupun pihak-pihak yang menentangnya seakan ‘merestui’ perlantikannya tetapi perkara asas perlu diteliti semula.

1. Ahmad Said dilantik bukan melalui persetujuan asal Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO tetapi selepas ‘terpaksa’;

2. Majoriti ADUN Barisan Nasional Terengganu ‘terpaksa menerima Ahmad Said’ selepas Datuk Seri Idris Jusoh ditolak; dan

3. Ahmad Said mendapat kepercayaan istana dan walaupun ADUN BN menerimanya, ia bagaikan ‘izin dalam paksa’.

Berpaksikan kedudukan ini Hishammuddin yang juga menteri dalam negeri perlu adil kepada kedua-dua pihak, jangan hanya melihat faktor ‘kenapa dan mengapa Ahmad Said ditentang atau disingkirkan’.

Amat tidak adil membandingkan tempoh pentadbiran Ahmad Said dan Idris kerana Ahmad Said baru mengambil alih setahun dalam kedudukan kewangan yang terhad sementara Idris mempunyai tempoh hampir 10 tahun.

Sebabnya? Idris menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO antara 1999-2004 di mana boleh dikatakan beliau ‘berkuasa dalam banyak perkara’ walaupun Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Pengerusinya.

Dengan peruntukan perbelanjaan melalui wang ehsan yang ‘mewah ketika itu’ dan kemudian menjadi Menteri Besar 2004 hingga 2008, Idris ditatang ‘bagai minyak yang penuh’.

Sedangkan Ahmad Said perlu membentangkan Bajet Tahunan yang terhad dan terpaksa meminta wang royalti yang sehingga kini dikatakan Kerajaan Pusat masih ‘teragak-agak menyerahkannya’, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib sudah berjanji untuk menyerahkannya.

Tidak mengapa dengan kekurangan wang tetapi pentadbiran Ahmad Said sudahpun merangka pelan lima tahun 2009-2014 untuk Terengganu dengan meletakkan kepentingan membasmi kemiskinan, meningkatkan mutu pendidikan, menyemarakan aktiviti pelancongan serta projek-projek infratruktur yang kesannya terus kepada rakyat.

Ahmad tidak mahu mengulangi melaksanakan projek yang menjadi kemarahan rakyat kerana Terengganu adalah antara kubu BN dan jika kubu BN goyah, kuasa pusat juga goyah.
Tidak ada gunanya pemimpin di Pusat berbangga dengan kedudukan tinggi dalam UMNO tetapi kuasa BN semakin mengecil.

Hishamuddin memang perlu melaporkan hasil pertemuan yang dirangkakan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan sewajarnya.

Selepas mengadakan perjumpaan dengan bekas menteri besar, Idris Jusoh dan menteri besar sekarang, Ahmad Said berhubung isu tersebut, Hishamuddin mungkin sudah boleh mencium kelemahan di Terengganu dan punca pertelingkahan.

Selain itu Hishammuddin juga mengesahkan bahawa beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung isu tersebut dan pastinya tahu ‘ arah dan angin’ yang wajar beliau halakan.

Kita hanya mengharapkan agar selaku pengerusi Umno Terengganu, Hishamuddin dapat memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi konflik politik di Terengganu.

Bak kata Hishamuddin: "Saya percaya, jika mereka sayangkan Umno Terengganu, mereka juga harus sama-sama berbincang dengan ikhlas” dan itulah juga diharapkan daripada pemimpin Pusat.

Mereka jangan berat sebelah hanya kerana mempunyai ‘orang-orang sekeliling’ mereka yang kadang kalanya memberi dan memaklumkan maklumat yang mempunyai kepentingan tertentu.

Betul kata Hishamuddin mengenai desakan dari kalangan ADUN BN Terengganu yang mahu menteri besar ditukar, apabila berkata:

"Saya tidak berhak untuk menukar menteri besar, tetapi saya hendak dengar dahulu apakah masalah yang dihadapi dalam politik Terengganu, “ kata Hishamudddin.

Sejauh ini sah atau sebaliknya berita ini, Tuanku Mizan dikatakan memberi jaminan Ahmad Said akan terus menjadi menteri besar Terengganu.

Monday, February 16, 2009

APA JADI ZIN?

Ahli politik jangan buat janji. Begitu juga Menteri.

Jangan berdiam diri. Orang yang terdesak akan melakukan apa saja.

Inilah yang berlaku kepada Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
Kijang terkejut apabila seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember tahun lalu kelmarin dilaporkan bersemuka dengan Menteri Kerjaraya itu pada satu majlis rasmi.

Ir. Mohd Zin ‘diterpa’ pada satu majlis rasmi semalam dan ‘rakyat’ yang menanti laporan mengenai tanah runtuh mempersoalkan laporan kejadian itu yang masih belum diumumkan.

Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman, mencuri peluang pada sidang media selepas majlis perasmian seminar ‘Tatacara Pembangunan Cerun Yang Selamat’ anjuran Lembaga Jurutera Malaysia untuk bertanyakan hal itu menyebabkan sidang akhbar itu dihentikan serta merta.
Perbuatan Dr Mohamaed Rafick itu sewajarnya ditegur oleh Mohd Zin.

“Ini sidang akhbar saya untuk pemberita, awak harus menghormati majlis orang lain. Ini (laporan kejadian tanah runtuh) bukan perkara main-main, saya perlu jelaskan kepada Kabinet terlebih dulu sebelum membuat kenyataan.

“Perkara ini membabitkan banyak agensi kerajaan lain dan saya akan membuat kenyataan mengenai laporan ini apabila tiba masanya. Saya tidak perlu melayan permintaan semacam ini,” katanya menurut laporan Berita Minggu.

Ir. Mohd Zin terus mengakhiri sidang media dan meninggalkan dewan.

Dr Mohamed Rafick, ketika ditemui pemberita selepas itu, berkata beliau nekad bertanya kepada menteri sendiri selepas usaha mendapatkan jawapan daripada pegawai Kementerian Kerjaraya menemui jalan buntu.

Laporan itu sepatutnya diumumkan tiga minggu lalu, dakwa Dr Mohamed Rafick.

Sebelum ini, pada 14 Disember 2008, Ir. Mohd Zin dipetik berkata, laporan penuh mengenai tahap keselamatan di kawasan tanah runtuh sekitar Bukit Antarabangsa akan diketahui dalam tempoh tiga bulan manakala laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Jelas, apa yang dijan jikan Menteri berkenaan, laporan sepatutnya diumumkan pada 14 Januari lalu.

Ini suatu pengajaran. Kini tidak wajar lagi ada janji politik.

Rakyat mahukan tindakan. Jika ‘belum siap’ atau tergendala, nyatakan. Beranilah berdepan dengan masyarakat!

Rakyat kini tahu bagaimana ‘mendapatkan’ Menteri.

Kijang dah tau, mereka juga tahu apa akan dipersoalkan.