Friday, February 10, 2012

Orang Macam Zaid Pun, PAS Mahu Terima...

Pecat Dr Hasan Ali....nak ambil Zaid Ibrahim. Kelakar Pas ni.

"Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri di Balai Islam di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu bagaimanapun akan diputuskan pucuk pimpinan parti.

Anihkan?

Selepas Zaid sudah tidak ada haluan lagi, Nik Aziz akhirnya membuka jalan untuk Zaid.

Persoalan yang mahu dikatakan di sini ialah, bagaimana Nik Aziz boleh menerima seorang Islam seperti Zaid dan tidak mahu bekerjasama dengan Islam lain dari UMNO.

Apakah Zaid ini juga manusia pilihan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap ‘sahabat’ oleh Nik Aziz?

Bukan mahu mengatakan peribadi Zaid disamakan dengan Anwar tetapi maksudnya beliau ialah orang Islam biasa yang bukan uztaz atau Tok Guru dan begitu mudah dijadikan sahabat sedangkan orang Islam lain di Malaysia yang menyokong UMNO dianggap sebagai lebih teruk dari ‘syaitan’.

Entahlah apa nak jadi kepada PAS dan pendokongnya…Macam tidak ada orang lain...

http://ohsedapnya.blogspot.com/

Pas Kelantan Sengaja ‘Halau’ Salahuddin?

Usaha meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 membuktikan ada perancangan dalam parti tersebut yang mahu ‘menghalau’ Ahli Parlimen Kubang Kerian itu daripada bertanding di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ura-ura Salahuddin akan bertanding di Johor menggambarkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sudah tidak ada tempat di Kelantan kerana dianggap orang luar.

“Orang Kelantan sudah bising, kalau hendak memerintah negara kenapa mesti ada calon luar bertanding di Kelantan. Takkan hendak memerintah negara ini, orang luar tidak sanggup hendak bertanding di tempat masing-masing.

“Macam mana hendak memerintah negara kalau semua hendak tumpu di Kelantan. Jadi, kerana adanya fikiran begitu, mereka tuntut orang luar yang bertanding di Kelantan seperti Dr. Mohd. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Salahuddin dan Nasharudin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok) ini dikeluarkan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bertemakan Transformasi Pendidikan di Ipoh, semalam.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat diminta mengulas spekulasi Salahuddin akan bertanding di Johor dan akan dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri itu nanti.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menyifatkan impian pakatan pembangkang untuk menawan Johor sebagai angan-angan kosong kerana Barisan Nasional (BN) cukup bersedia untuk mengekalkan negeri itu sebagai benteng kuatnya.

Apatah lagi, katanya, pembangkang di Johor sedang bergelut dengan masalah dalaman termasuk persengketaan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng selain isu masalah parasit dalam Pas.

Saturday, February 4, 2012

Umno Akan Minta Pandangan Ku Li Untuk Rampas Kelantan



Umno bukan parti 'kacang lupakan kulit'. Ia tetap menagih pandangan mereka yang lebih berpengalaman.

Kerana itu Umno Kelantan akan meminta pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," katanya selepas menutup Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Pasir Puteh, hari ini.

Mengulas kehadiran Tengku Razaleigh pada mesyuarat badan perhubungan itu dua hari lalu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata ia memberi impak dan semangat kepada anggota Umno untuk bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum itu nanti.

Beliau berkata Umno Kelantan akan menjadikan amanat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat Kelantan dua hari lalu sebagai perangsang untuk terus melipatgandakan usaha menawan Kelantan.

"Saya ada berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri tentang beberapa perkara seperti sokongan golongan muda yang perlu diberi perhatian termasuk kawasan-kawasan tertentu," kata Mustapa.

Beliau berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan Timbalan Perdana Menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Mengulas desakan agar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Mustapa berkata Umno Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan parti lain.

"Terpulanglah kepada Nik Abdul Aziz membuat pendirian berdasarkan tahap kesihatannya yang pastinya akan dinilai rakyat," katanya.

Sementara itu, Mustapa berterima kasih kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang telah banyak berjasa kepada rakyat dalam usaha membantu golongan Bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang termasuk melahirkan usahawan baru.