Thursday, June 11, 2009

AHMAD SAID BAWA BENCANA KEPADA TERENGGANU?

Benarkah akan menjadi bencana besar kepada Barisan Nasional (BN) di Terengganu?

Kijang terkial-kial mencari jawapan apa kena dengan Terengganu?
Ahmad Said membawa ‘sial’ menurut sebuah blog.

Bolehkah kita meramalkan sedemikian?

Apakah beliau tidak berbuat sesuatu untuk memajukan Terengganu sejak mengambil alih kuasa?

Mana orang-orangnya yang boleh membantu? Siapa Ahmad Said lantik?

BENCANA BESAR BUAT BN JIKA AHMAD SAID TERUS JADI MENTERI BESAR TERENGGANU

Besut Lo Nih (6 Jun 2009)

Bencana besar akan berlaku pada Barisan Nasional di Terengganu jika terus memberi kepercayaan kepada Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu, bencana itu lebih dasyat daripada 'tsunami politik' yang melanda Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Kebanyakkan rakyat Terengganu tidak gemar dengan corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ahmad Said. Perpecahan yang berlaku di dalam UMNO Terengganu hari ini juga berpunca daripada Ahmad Said.

Penulis khuatir jika khidmat Ahmad Said diteruskan kelak satu masa nanti ia akan membawa malapetaka besar buat Barisan Nasional di Terengganu dan berkemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 Barisan Nasional akan menjadi pembangkang di Terengganu sekiranya kepimpinan Ahmad Said tidak 'dicantas' segera.

Penulis sekadar memberi peringatan kepada Barisan Nasional agar mereka tidak tersalah langkah. Rata-rata rakyat Terengganu yang dijumpai mengutuk Kepimpinan Ahmad Said di Terengganu dan tiada apa-apa perkara yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Kepimpinan Ahmad Said lebih kepada "Kerajaan Cuci Kaki" daripada "Kerajaan Pembangunan", ketokohan langsung tiada bersinar di dalam diri Ahmad Said untuk menerajui Terengganu jika dibandingkan dengan Kepimpinan terdahulu.

Jika UMNO khasnya dan Barisan Nasional umumnya bertindak mengekalkan Ahmad Said bermakna mereka sudah menempah tiket untuk kalah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 dan Terengganu bakal diperintah pembangkang kembali sepertimana dulu.

Jika UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali adalah lebih baik mereka mengugurkan Kepimpinan Ahmad Said di Terengganu kerana Kepimpinan Beliau memang tidak diperlukan di Terengganu malah beliau hanya layak menjaga orang utan di hutan belantara kerana spesies tersebut menyerupai dengan rupa beliau.

Rakyat Terengganu tidak mahu kepimpinan Ahmad Said sebaliknya Ahmad Said yang beriya-riya nak mempromosikan kepimpinan beliau di Terengganu sedangkan kepimpinan beliau telah ditolak rakyat.

Tunggulah kalau-kalau boleh Kijang dapatkan jawapan daripada mulut Ahmad Said atau orang-orangnya.

Sunday, June 7, 2009

ADA YANG DAPAT DURIAN RUNTUH?

Oleh: ning (6 Jun 2009)

Assalamualaikum, Geram ada, seronokpun ada dan sedihpun ada.

Itulah gambaran perasaan apabila membaca kisah kisah yang dicerita mengenai kejadian stadium Tengku Mizan yang runtuh tempoh hari. NIOSH menerusi ketuanya, Lim Lam Thye mendesak kejadian ini disiasat kerana ianya melibatkan kepentingan awam.

Radio IKIM pula ketika melapurkan kenyataan Lim Lam Thye ini antara lain menyebut stadium yang berharga RM3juta ini runtuh ketika tidak ada pengunjung dan dianggap bernasib baik kerana tidak melibatkan kerugian nyawa rakyat.

Biasanya Radio IKIM memetik laporan dari Bernama dalam siaran beritanya.Ini bermakna Bernama yang melapurkan bahawa stadium itu hanya berharga RM3 juta.
Menyeronokkan apabila ada pihak pihak tertentu mempertikaikan angka RM3 juta ini dengan berbagai ulasan sehingga ada yang menyatakan ianya merupakan lawak malah ada penulis yang turut merujuk kepada angka yang dilapurkan oleh radio IKIM ini dianggap membuat lawak di TKO.

Apa yang seronoknya ialah timbulnya pertikaian mengenai kos sebenar stadium tersebut sehingga ada yang menyatakan ianya berharga RM300 juta dan ada pula yang menyebut lebih RM200 juta.Tetapi tidak ada angka yang khusus yang disahkan mengenai harga sebenar stadium yang runtuh itu.
Sehingga kini, kos stadium yang runtuh terus dipersoalkan dan kerajaan Terengganu yang bertanggungjawab atas pembinaannya masih membisu mengenai kos sebenar stadium tersebut.Turut menjadi persoalan ialah siapakah kontraktor yang 'bangang' yang terlibat dalam projek mega kerajaan derih natang jusoh itu?

Nama yang sinonim dengan projek derih natang jusoh(tidak layak ditulis dengan huruf besar) tidak lain dan tidak bukan ialah patrick lim atau patrik badawi(tidak layak ditulis dengan huruf besar) dan dalang yang berada di belakang patrik ialah adik iparnya, khairy jamaludin(juga tidak layak ditulis dengan huruf besar).

Sebelum kejadian stadium itu, sudah berlaku kejadian yang merugikan ramai rakyat Terengganu ia itu kejadian banjir besar di kawasan Gong Badak dan Kuala Nerus.Banjir ini yang kemudiannya dikenalpasti berpunca dari lapangan terbang Sultan Mizan yang tidak mempunyai longkang.Ini yang geramnya, kerana kedua dua musibah yang menimpa rakyat Terengganu dinamakan dengan nama sultan yang disayangi rakyat.Kemudian tidak kedengaran apa apa tindakan yang diambil terhadap kontraktor lapang terbang tersebut yang menyebabkan ramai rakyat Terengganu kerugian.

Lapang Terbang ini juga dikaitkan dengan patrik badawi dan adik iparnya khairy sementara badutnya ialah derih natang jusoh.Sudah tidak ada rahsia lagi penglibatan 3 ekor ini dalam kejadian banjir dan kejadian stadium runtuh yang mana kedua duanya membawa nama sultan Terengganu.

Kini, timbul pula persoalan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Terengganu?Apakah tindakan tegas akan dikenakan kepada kontraktor terbabit atau tindakan pembetulan yang merupakan projek membaiki stadium yang dilapur sejak awal lagi tidak selamat untuk digunakan?Kalau tindakan kedua yang diambil, bermakna akan ada pihak yang bakal mendapat 'DURIAN RUNTUH' hasil dari keruntuhan stadium tersebut.Cuma bezanya, orang yang bakal mendapat durian runtuh itu bukan lagi patrick badawi dan adik iparnya khairy.

Mana tahu kali ini nama 'AGU' yang menurut sejarah ialah seorang yang dibuang daerah ke Kemaman akan mendapat durian runtuh ini.
Sama samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya.......

KOLAM RENANG BATU BUROK BERISIKO?

Apabila Datuk Ahmad Said bersuara mengenai Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di Kuala Terengganu, mesti ada sebabnya.

Ia antara tiga projek yang tahap keselamatannya menjadi persoalan sekarang selain terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Kebimbangan kerajaan negeri terhadap tahap keselamatan projek mega yang baru siap di negeri ini berasas apabila Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terenggannu (MBKT) di Batu Burok di Kuala Terengganu menunjukkan tanda-tanda bermasalah.

Laporan Utusan Malaysia (5 Jun 2009) dan sebuah portal berita minggu lalu mengatakan air dari kolam renang di pusat itu dikesan meresap masuk ke lorong yang memisahkan kolam renang dengan 13 buah kedai di sisi pusat itu menyebabkan air bertakung lalu memasuki premis perniagaan itu.

Masalah itu didedahkan oleh peniaga kedai berkenaan yang melahirkan kebimbangan keadaan akan bertambah buruk jika ia tidak ditangani dengan segera.
Seorang peniaga, Siti Hajar Nadia Abdullah, 23, berkata, air mula meresap masuk ke dalam kedainya sejak sebulan lalu. ''Masalah ini tidak berlaku bila saya mula berniaga di kedai ini pada April lalu.''Bagaimanapun, sejak bulan lalu, saya dapat lihat air dari kolam renang meresap masuk ke kedai menyebabkan air bertakung di lantai," katanya.

Katanya, pekedai bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini ketika mereka sedang berniaga.
Seorang lagi peniaga, Abdul Rashid Abdul Wahab, 44, berkata, air meresapi dinding hingga memasuki lorong yang memisahkan kedai dan kolam renang.

Dia bimbang jika masalah itu dibiarkan, keretakan akan berlaku dan membahayakan nyawa peniaga. Beliau meminta kerajaan negeri segera mengambil tindakan sekurang-kurangnya terhadap masalah air meresap ini supaya melegakan peniaga.

Berikutan itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said semalam melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak mengawasi daripada awal pembinaan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di sini.

Katanya, beliau sering menegur JKR supaya memantau projek yang menelan belanja RM18 juta itu terutama daripada segi reka bentuk dan bahan yang digunakan kerana ia kurang sesuai.

"Besi yang digunakan untuk membina pusat akuatik ini ada sesetengahnya sudah berkarat dan hampir tercabut. Ini baru setahun, kalau setahun atau dua tahun akan datang, benda ini boleh runtuh.

"Nasib baik bumbung pusat akuatik ini diperbuat daripada kanvas, kalau diperbuat daripada benda berat, suatu masa nanti ia akan jatuh," katanya selepas meninjau pusat akuatik berkenaan hari ini.

Isu pusat akuatik ini timbul selepas berlaku runtuhan pada sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini beberapa hari lalu.
Sementara itu sebuah blog melaporkan satu sumber yang dipercayai memberitahu MEDIA BYPASS bahawa struktur bumbung Kompleks Akuatik Negeri di Batu Buruk, Kuala Terengganu mungkin akan menerima nasib yang sama jika tidak diperiksa dan diselenggara dengan baik mulai sekarang.

Menurut sumber itu, Persatuan Renang Terengganu sejak tahun lepas sudah memaklumkan kepada kontraktor pembinaan terbabit mengenai kewujudan banyak aspek yang tidak menepati spesifikasi yang diperlukan.

"Projek menelan belanja RM18 juta itu mula menampakkan kecacatannya selepas beberapa bulan digunakan, termasuk bumbung bocor sekitar musim tengkujuh November tahun lalu menyebabkan beberapa kelengkapan komputer rosak. Score board yang disimpan dalam bilik stor turut rosak terkena air.

"Masalah teknikal yang amat jelas ialah papan anjal bahagian atas lebih pendek berbanding yang di bahagian bawah. Ini boleh mendatangkan kecederaan kepada perenang.
"Penggunaan bahan binaan tanpa mengambil kira lokasi kompleks di kawasan berhampiran pantai turut menyebabkan banyak palang besi sudah berkarat, Ini baru setahun usia kompleks ini," kata sumber tersebut.

Agak megejutkan ialah pihak persatuan telah banyak kali mengadu kepada kontraktor sejak Mei tahun lalu, tetapi langsung tidak diendah.
Satu siasatan menyeluruh dicadangkan, bukan sahaja menyiasat mutu pembinaan, tetapi juga siasat siapa di belakang kontraktor tersebut.

KUALA TERENGGANU, 6 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Said hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak mengawasi daripada awal pembinaan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok di sini. Katanya, beliau sering menegur JKR supaya memantau projek yang menelan belanja RM18 juta itu terutama daripada segi reka bentuk dan bahan yang digunakan kerana ia kurang sesuai.

"Besi yang digunakan untuk membina pusat akuatik ini ada sesetengahnya sudah berkarat dan hampir tercabut. Ini baru setahun, kalau setahun atau dua tahun akan datang, benda ini boleh runtuh.
"Nasib baik bumbung pusat akuatik ini diperbuat daripada kanvas, kalau diperbuat daripada benda berat, suatu masa nanti ia akan jatuh," katanya selepas meninjau pusat akuatik berkenaan hari ini. Isu pusat akuatik ini timbul selepas berlaku runtuhan pada sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini beberapa hari lalu. Ahmad meminta JKR melihat semula pusat akuatik itu kerana banyak struktur binaannya mengalami kerosakan dan bagi mengelak berulang kejadian yang menimpa stadium berkenaan.

Beliau berkata JKR sepatutnya menerima teguran itu dengan hati terbuka dan berasa malu kerana projek berkenaan menelan belanja berpuluh juta ringgit dan tidak sempurna. Ahmad turut menafikan dakwaan bahawa pusat akuatik tersebut bocor sehingga menyebabkan air daripada kolam renang mengalir ke premis-premis perniagaan di sebelahnya. "Dakwaan ini tidak betul, sebab kalau kita lihat paras air kolam adalah stabil. Kalau bocor, tentu parasnya surut," katanya.

Beliau berkata air yang dikatakan bocor itu sebenarnya ialah air hujan yang turun melalui tangga dan mengalir ke kawasan premis perniagaan tersebut. "Kita perlu pasang paip besar di setiap penjuru untuk mengalirkan air dari atas bumbung ke longkang," katanya.