MALANG tidak berbau: Mangsa kebakaran, Noraini Deraman, 43, bersama lima daripada 11 anak-anaknya sedih melihat rumahnya yang hangus terbakar dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Tiong, pagi tadi. - Foto Berita Harian
Pemimpin UMNO Kota Bharu sudahkah melawat 17 penghuni duia rumah papan yang tinggal sehelai sepinggang?
Bantulah apa yang patut!
Seramai 17 penghuni dua rumah papan yang bersaudara, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman yang didiami mereka sejak lebih 20 tahun lalu musnah akibat kebakaran, pagi semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi di Kampung Tiong itu, kebanyakan penghuni rumah terbabit tiada di rumah kerana keluar bekerja, manakala anak-anak ke sekolah.
Suri rumah, Noraini Deraman, 43, berkata kebakaran itu berlaku sejurus dia bersama anak bongsunya, Siti Nor Aishah Sofea, tiga bulan, kembali daripada membeli ikan yang dijual di hadapan rumah mereka.
"Akibat kebakaran ini, saya dan adik tinggal sehelai sepinggang. Malah 200 guni benih padi bernilai hampir RM60,000 yang disimpan di depan tangga rumah turut musnah kerana terbakar, sedangkan ia adalah mata pencarian saya sekeluarga," katanya dalam nada sedih.
No comments:
Post a Comment