Thursday, July 8, 2010

KEMALANGAN JALAN RAYA DI KELANTAN MENINGKAT

Kelantan mencatatkan sebanyak 3,092 kes kemalangan jalan raya dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Mohd Aslisham Ab Rahman berkata jumlah itu meningkat sebanyak 204 kes berbanding 2,888 kes kemalangan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

"Peningkatan sebanyak 204 kes tahun ini berbanding tahun 2009 itu jumlah yang agak tinggi dan membimbangkan pihak kita," katanya semalam.

Bagaimanapun katanya bagi kes kemalangan maut di negeri ini secara keseluruhan dari Januari hingga April tahun ini telah menurun kepada 138 kes berbanding 144 kes yang berlaku dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Justeru katanya pihaknya kini giat mencari inisiatif melaksanakan pelbagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kes kemalangan yang berlaku.

"Sehingga kini pihak kita menjalankan kempen keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada golongan sasaran berusia 16 hingga 25 tahun kerana golongan di usia itu kebanyakannya lebih ramai menunggang motosikal dan langkah keselamatan diberikan melalui Operasi Advokasi Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya kepada sekolah-sekolah di negeri ini.

Mohd Azlisham berkata JKJR Kelantan juga turut mensasarkan golongan majikan antaranya Perkeso dan Plus.

Antara program yang dianjurkan bersama Plus bagi memberi fokus terhadap pemandu kenderaan berat dan kenderaan komersial, katanya.

No comments: