Thursday, August 19, 2010

TESCO EDAR RACUN SERANGGA DI KELANTAN

Tesco (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar racun serangga, merancang mengedarkan bahan itu ke setiap rumah dalam kawasan panas denggi di Selangor, Kelantan, Perak dan Johor.

Langkah ini bertujuan membantu kempen kerajaan menentang denggi yang telah meragut 95 nyawa sebagaimana dicatatkan dari Januari hingga 14 Ogos tahun ini, satu peningkatan berbanding 67 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Menurut Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Undang-undang Tesco Azlam Shah Alias, pada peringkat awal kempen itu akan menerangkan tentang bahaya denggi dan mempersiapkan penduduk dengan alat yang wajar bagi menghapus nyamuk aedes.

"Selepas itu kami akan menyumbangkan satu tin semburan Sheildtox aerosol 270ml kepada penduduk di kawasan-kawasan yang dikenalpasti," kata beliau selepas pelancaran Kempen Kesedaran Denggi Tesco-Reckitt Benckiser di Kuala Lumpur semalam.

Kempen sebulan itu akan diadakan di semua 35 stor di seluruh Semenanjung Malaysia bermula semalam.

No comments: