Saturday, August 7, 2010

KENAPA DAP MAHU HALAU MELAYU, BUMIPUTERA DARI BANDAR

"Apa maknanya jika orang Melayu tidak dapat tinggal di bandar-bandar besar? Ini bermakna tidak akan kedengaran lagi azan dan masjid pun semakin lengang. Ingatkah sebelum ini ada pemimpin DAP di Selangor dan Pulau Pinang yang mahukan azan Subuh diperlahankan? Dengan berkurangnya orang Melayu dan bumiputera ‘dihalau dari bandar’ dengan tiadanya diskaun untuk membeli rumah, agama Islam berjaya ‘dialihkan’ ke tempat lain dan semakin berkurangnya pengundi Melayu dan slam. Siapa rugi? Orang Melayu itu 100 peratus UMNO kah? Bukankah sebahagiannya orang PAS?"

Oleh Abdul Latiff Muda

Apabila Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu tampil melahirkan pendirian masing-masing sama ada menyokong atau sebaliknya cadangan supaya UMNO dan PAS duduk semeja bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu, ia mempunyai signifikannya sendiri.

Pandangan yang dikemukakan pada 25 Julai itu meminta pihak yang terbabit secara langsung ini termasuk golongan ulama, profesional, persatuan, pihak universiti dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) kerana ia pentin g untuk agama dan survival bangsa Melayu.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata mereka boleh melahirkan pendirian itu menerusi forum dan resolusi serta konvensyen untuk diserahkan kepada kedua-dua pemimpin parti berkenaan untuk dipertimbangkan.

Sehingga hari ini hanya segelintir sahaja yang berani tampil untuk membuat pendirian tetapi ia jauh daripada mencukupi, kata Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

"Soal perpaduan Melayu dan masa depannya tidak boleh diserahkan kepada pemimpin kedua-dua parti politik itu (sahaja)," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan veteran Umno di Bachok itu.

Menghairankan kerana NGO di negeri-negeri yang mempunyai penduduk Melayu dan Islam bagaikan selesa pada ketika rakan mereka di Selangor dan Pulau Pinang semakin terhimpit.

Mereka seolah-oleh tidak melihat bagaimana orang Islam dan Melayu semakin ‘dianianya’ oleh Kerajaan Negeri yang diterajui pakatan pembangkang begitu ‘sombong’ dan ‘angkuh’ membuiat saranan dan tindakan di depan mata orang Melayu dan Islam.

Contohnya, pada 26 Julai lalu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Pemimpin DAP Selangor itu mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

Kenyataan itu mendorong Pergerakan Pemuda UMNO Selayang dan Gombak membuat laporan polis semalam, supaya pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas mengenainya.

Sehingga ini, tiga persatuan perniagaan Bumiputera semalam menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk pembelian hartanah bernilai RM500,000 ke atas di Selangor.

Tiga persatuan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (GAPUMS) dan anggota Majlis Perniagaan dan Ekonomi Melayu Malaysia.

Timbalan Pengerusi DPMMS, Datuk Mohd Karim Abdullah Omar, berkata cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berhubung perkara itu masih tidak sesuai dilaksana.

"Ini kerana ekuiti pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera masih di paras rendah," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.

Beliau berkata, setakat ini pemilikan rumah di kalangan Bumiputera tidak melebihi 14 peratus manakala pemilikan premis perniagaan tidak melebihi tiga peratus dan unit industri tidak lebih satu peratus daripada jumlah hartanah di seluruh negara.

Malaysiakini melaporkan, Mohd Karim berkata, jika cadangan memansuhkan diskaun itu dilaskanakan, sukar bagi Bumiputera untuk memiliki hartanah terutama premis untuk perniagaan dan industri.

"Cadangan itu mungkin boleh dipertimbang jika pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera telah meningkat," katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga persatuan berkata kerajaan negeri perlu serius dalam mengawal selia pelupusan kuota hartanah Bumiputera oleh pemaju untuk mengelakkan proses pelupusan dibuat dengan tujuan mengaut keuntungan berlebihan.

Ahli Parlimen DAP itu dianggap menimbulkan provokasi dan mencabar Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Apa maknanya jika orang Melayu tidak dapat tinggal di bandar-bandar besar?

Ini bermakna tidak akan kedengaran lagi azan dan masjid pun semakin lengang. Ingatkah sebelum ini ada pemimpin DAP di Selangor dan Pulau Pinang yang mahukan azan Subuh diperlahankan?

Dengan berkurangnya orang Melayu dan bumiputera ‘dihalau dari bandar’ dengan tiadanya diskaun untuk membeli rumah, agama Islam berjaya ‘dialihkan’ ke tempat lain dan semakin berkurangnya pengundi Melayu dan islam.

Siapa rugi? Orang Melayu itu 100 peratus UMNO kah? Bukankah sebahagiannya orang PAS?

Memandangkan kita di Kelantan dan Terengganu belum menerima kesan ini secara terus berhati-hatilah.

Saranan Dr Awang ini besar maknanya untuk pengekalan Melayu dan Islam. Jangan kita jadi macam Luncai yang seronok ‘terjun dengan labu-labunya’ nanti kita memang sorak, tanah kita tergadai.

Saya hairan bagaimana pemimpin PAS Kelantan boleh berdiam diri mengenai soal Islam dan bumiputera ini.

Saya lega kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata PAS berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.

Ini kerana majoriti penduduk yang miskin adalah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.

"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin adalah bumiputera, yang bukan bumiputera tidak lah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila semalam.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, pada masa yang sama, kaum lain yang miskin juga wajib mendapat hak dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan. Menurutnya, ketika keistimewaan kaum bumiputera dijaga dan dibela, kaum lain tidak boleh diabaikan atau dizalimi.

Abdul Hadi menjelaskan, buat masa ini, tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan pakatan pembangkang dan kenyataan itu dianggapnya lebih bersifat peribadi.

Jadi apabila Abdul Hadi menegaskan begini, apakah beliau seorang asabiyah dan cauvanis?

Walaupun Presiden PAS itu menyifatkan pandangan Tony sebagai peribadi tetapi hakikatnya inilah pandangan cauvanis Cina yang tidak sudah-sudah mahu menyakiti hati orang Melayu.

Apakah PAS yang hampir keseluruhan ahlinya Melayu boleh bertahan dengan sikap dan perangai pemimpin DAP sedemikian rupa?

Masihkkah PAS sanggup ‘tepek’ dengan DAP bagi memenuhi impian ke Putrajaya?

Dengan kedudukan yang semakin terhimpit sekarang, wajarlah orang Melayu bersatu bukan sahaja dalam konteks perpaduan bangsa tetapi juga agama Islam.

Saya petik sedikit catatan daripada blog http://hambali1.blogspot.com/ untuk difahami oleh yang bukan mengaji sekolah agama atau pondok. Kata-kata Rasulullah SAW apabila eorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: "Apakah asabiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya?" Rasulullah SAW bersabda: "Tidak, tetapi asabiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim, " bolehlah dijadikan pegangan.

No comments: