Monday, January 3, 2011

KIK Bukit Bunga Beroperasi Mulai Kelmarin

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Bunga yang bernilai RM37 juta beroperasi sepenuhnya mulai semalam.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pembukaan KIK itu di sempadan Jeli dan Buketa di Selatan Thailand itu bakal merapatkan hubungan antara penduduk dua negara serta menjana iklim ekonomi yang menggalakkan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melawat KIK itu semalam dan mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Buketa, Hamdan A-Mad, di Buketa serta melawat Jambatan Persahabatan yang menghubungkan dua kawasan itu.

Kompleks Imigresen itu beroperasi dari jam 6 pagi hingga 7 malam dan menempatkan kira-kira lebih 100 kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

KIK Bukit Bunga mencipta sejarah tersendiri apabila ia menjadi tempat pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan rakan sejawatannya dari Thailand, Abhisit Vejjajiva, ketika menjalin kerjasama hubungan diplomatik Malaysia-Thailand.

Kehadiran kedua-dua pemimpin itu di sini pada 9 Disember dua tahun lalu adalah juga untuk menamakan Jambatan Persahabatan itu.

No comments: