Tuesday, October 1, 2013
Kerajaan BN Komited Tunai Aku Janji Sedia Satu Juta Rumah Mampu Milik
Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited menunaikan akujanji menyediakan sehingga satu juta rumah mampu milik untuk rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah di seluruh negara selepas diberikan mandat pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan telah diminta berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi mengenal pasti tapak tanah yang sesuai selain menentukan dana diperlukan untuk tujuan itu.
"Cabaran utama kita ialah untuk mendapatkan tanah yang strategik, dan dalam hal ini, kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sangat penting bagi merealisasikan wawasan kerajaan itu. "Kerjasama seumpama ini sudahpun dibuat sebelum ini, namun keadaan sekarang agak kritikal kerana kerajaan mahu membina lebih banyak rumah mampu milik untuk faedah rakyat," katanya.
Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kepayan Ridge, dekat Kota Kinabalu hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas perancangan kerajaan untuk menyediakan sehingga satu juta rumah mampu milik untuk rakyat seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto BN pada pilihan raya umum lepas.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata kerjasama kerajaan negeri penting bagi menyediakan tapak tanah yang sesuai agar pembinaannya dapat dirancang dengan baik.
"Dalam manifesto kerajaan BN pada pilihan raya lalu, antara aspek yang diberikan perhatian ialah penyediaan rumah mampu milik yang harus dibina untuk rakyat di seluruh negara. "Jumlahnya hampir satu juta yang harus dibangunkan dalam tempoh tahun-tahun akan datang," katanya sambil menegaskan ia memerlukan suatu komitmen yang besar. Muhyiddin berkata walaupun peruntukan disediakan oleh kerajaan Persekutuan namun "kalau tapak membina rumah itu tidak ada atau perlu dibiayai dengan mengambil wang yang disediakan untuk membina rumah untuk membeli tapak tanah, pastinya sasaran itu tidak akan terlaksana".
"Maka itu, kita harap pihak kerajaan negeri boleh menyediakan tapak, bukan sahaja di kawasan Kota Kinabalu tetapi di kawasan lain di seluruh Sabah," katanya. Beliau berkata Sabah akan diberikan keutamaan untuk membina rumah mampu milik, sekali gus memberi manfaat kepada ramai golongan berpendapat rendah.
"Di mana rumah diperlukan, maka di situlah kita bina supaya rakyat yang menunggu sekian lama dapat memiliki atau menyewa rumah dengan kadar yang berpatutan. Ini salah satu daripada agenda besar kerajaan BN untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya.
Muhyiddin berkata peningkatan mendadak harga rumah dalam tempoh setahun lalu yang menyaksikan sebahagian besarnya dijual dengan harga lebih setengah juta ringgit, menyukarkan rakyat memiliki rumah. "Misalnya, kalau dahulu harganya RM140,000 hingga RM200,000 (seunit) tetapi kini sudah meningkat hampir setengah juta.
Siapa yang mampu membeli rumah semahal itu, walaupun mungkin pendapatan mereka RM10,000 dengan tanggungan tertentu tidak mungkin mereka mampu membayar balik pinjaman bank yang tentunya setiap bulan jumlahnya juga besar.
"Maka ini sudah menjadi perkara yang perlu kita beri perhatian. Dengan adanya program PPR dan juga peruntukan besar yang kerajaan pusat sediakan untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, didukung bersama oleh pihak-pihak kerajaan negeri untuk menyediakan tapak dan prasarana utama yang diperlukan, saya kira masalah kritikal itu dapat kita atasi dalam tempoh akan datang," katanya.
Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu berani dan tegas untuk melaksanakan program transformasi negara walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu.
Katanya dalam keadaan di negara-negara lain berhadapan dengan kemelut dan kemerosotan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat tidak meningkat, ekonomi Malaysia masih mampu berkembang antara 4 hingga 5 peratus.
"Selain itu, peluang pekerjaan juga banyak kita sediakan sehingga orang asing datang ke Malaysia untuk mencari nafkah kerana di Malaysia ada peluang untuk mereka hidup dan mendapat pendapatan," katanya.
Mengenai projek PPR di Kepayan Ridge, Muhyiddin berkata kerajaan akan membelanjakan RM80 juta bagi pembinaan 500 unit rumah yang dijangka bermula awal tahun depan dan siap tahun 2017 di tapak seluas kira-kira 2.7 hektar.
Keluasan setiap unit rumah adalah 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan ruang jemuran kain.
Projek itu bertujuan menyediakan kemudahan perumahan kepada warganegara Malaysia berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah kos rendah dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan golongan setinggan di sekitar Kota Kinabalu.
Wednesday, April 25, 2012
BN Sediakan Manifesto Khas Pilihan Raya Untuk Kelantan
Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto khas pilihan raya untuk Kelantan, yang mengandungi janji-janji 'hitam putih' yang akan dikotakannya jika negeri ini kembali diterajui BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan PAS sejak memerintah negeri ini pada 1990.
"Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto). Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan.
"Ini tidak seperti manifesto pembangkang yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah lakukan apa yang dijanjikan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, warga pendidik, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat di Tumpat.
Kira-kira 10,000 warga pendidik, anggota Rela, SRS dan masyarakat pelbagai kaum menghadiri majlis itu. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata terdapat sisi kosong yang boleh dimajukan di Kelantan jika BN menguasai negeri ini selaras dengan hasrat BN membawa Kelantan menjadi negeri maju bersama negeri lain dalam tempoh lapan tahun lagi.
"Negara sudah berganjak menjadi negara paling pesat membangun dan kira-kira lapan tahun lagi kita akan menjadi negara maju dan semua negeri adalah sebahagian untuk bersama-sama merealisasikannya.
"Ini soal bersama. Kita tidak mahu ada negeri yang ketinggalan dan sebab itu saya mahukan Kelantan bersama-sama kita yang seiring dengan aspirasi iaitu di bawah BN," katanya.
Beliau berkata ramai rakyat Kelantan yang menemuinya bertanya bila pilihan raya akan diadakan kerana mereka mahu memilih BN untuk melaksanakan pembangunan dan kemajuan yang gagal dilakukan PAS.
"Lihatlah apa yang berlaku sejak 21 tahun ini. Banyak masalah tanah, air, surau, pelaburan dan perniagaan yang gagal dilakukan," katanya.
Beliau memuji kesungguhan Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, yang disifatkannya sebagai individu yang sangat sibuk menguruskan Kelantan semata-mata tidak mahu melihat negeri itu mundur dan membawa rakyat kembali memilih BN.
Sementara itu, Muhyiddin menyelar PAS yang sanggup bersekongkol dengan individu yang sama sekali mempunyai nilai bertentangan dengan agama Islam seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk S. Ambiga.
"Puak-puak ini sudah bercanggah dengan nilai Islam dan kenapa PAS mahu bersama jamaah ini. Ini jamaah songsang namanya.
Jangan kerana politik kita ketepikan agama dan kerajaan BN sama sekali tidak berkompromi dengan individu begini," katanya.
Beliau berkata PAS perlu sedar siapa Anwar, yang kini ditentang habis-habisan oleh rakan karibnya sendiri, yang sudah tentu mempunyai bukti jelas apa yang dilakukan pemimpin pembangkang itu selama ini.
Pada majlis itu,Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM75,000 kepada Rela Kelantan, SRS Kelantan (RM50,000), Majlis Permuafakatan Guru-guru Tumpat (RM30,000) dan menaik taraf padang Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat (RM300,000).
Friday, November 5, 2010
BN Tidak Boleh Selesa Biarpun Menang 2-0
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu memotong kek Deepavali semasa hadir di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di PWTC. 5 Nov. 2010. - UtusanBarisan Nasional (BN) tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang PRU-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.
"Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya kepada pada sambutan Hari Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.
Kira-kira 5,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan latar belakang hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu.
Dengan pelbagai juadah popular kaum India serta kaum lain yang dihidangkan, majlis rumah terbuka MIC tidak putus-putus menerima kehadiran tetamu, baik di kalangan rakyat jelata mahupun orang kenamaan.
Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk meraikan Deepavali bersama rakan-rakannya termasuk presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan Naib Presiden Datuk Dr S.Subramaniam.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi PRU-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.
Friday, October 22, 2010
MUHYIDDIN LAWAT GALAS LUSA
ke Galas di Gua Musang Ahad ini.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dijangka tiba di Gong Kedak, Terengganu pada 10 pagi dan dijadualkan menghadiri tiga program di daerah Gua Musang selepas itu.
"Timbalan Perdana Menteri akan memulakan program pertama iaitu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Mukim Bandar, Gua Musang pada 12 tengahari," menurut kenyataan itu.
Muhyiddin selepas itu akan menghadiri Mesyuarat Tertutup Bersama Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan UMNO Gua Musang di Bukit Chekati pada 3 petang.
Selepas itu Muhyiddin akan menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Barisan Nasional Kelantan dan Barisan Nasional Gua Musang, di tempat yang sama.
Wednesday, September 29, 2010
DUN GALAS - UMNO YAKIN RAMPAS KEMBALI
dan BN Kelantan sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.Menurutnya BN pernah menang di situ dan pastinya pengundi BN yang setia masih ada.
.jpg)
"Kita pernah menang di DUN itu pada pilihan raya 2004 dengan lebih seribu majoriti dan hanya tewas pada 2008 disebabkan tsunami politik ketika itu."Apa pun kita akan berusaha sebaik mungkin untuk merampas kembali kerusi DUN itu," katanya.
Sementara itu, UMNO akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil dun Galas, yang bakal diadakan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata UMNO sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi DUN Galas kini kosong berikutan penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, dari PAS meninggal dunia semalam akibat kanser kolon.
"Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh (Tengku Hamzah).
"Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (UMNO Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya," katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama di International Herald Tribune Forum di Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin berkata peluang BN untuk merampas kembali kerusi tersebut adalah 50-50.
"Bagaimanapun, kita tidak akan ambil ringan terhadap perkara ini," katanya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak menolak bahawa parti itu akan menghadapi cabaran besar dalam pilihan raya nanti berikutan DUN Galas terletak dalam kawasan Parlimen yang sama dengan Nenggiri dan Paloh yang dimenangi BN.
"Kita tidak akan memandang rendah dan meremehkan kekuatan pihak lawan dan apa yang penting parti mesti dalam kedudukan yang cukup kuat untuk bertarung dan mempertahan kerusi DUN Galas ini," katanya.
"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 3 Oktober ini dan antara agenda penting yang akan dibincangkan adalah mengenai persiapan dan persediaan kita untuk menghadapi pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di sini pada Selasa.
Tarikh pilihan raya kecil itu akan diumumkan SPR sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.
Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.
Penasihat jentera pilihan raya Pas Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata isu semasa dan sentimen tempatan dijangka menjadi tumpuan pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas yang bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyat di situ.
Katanya kemenangan Pas pada pilihan raya umum sebelum inipun banyak bergantung kepada kedua-dua isu itu.
"Sebab itu, kita menganggap pilihan raya kecil kali ini adalah suatu medan ujian penting kepada Pas dan Barisan Nasional," katanya.
Wan Abdul Rahim berkata sentimen setempat di Galas berdasarkan kepada komposisi pengundi kerana kawasan itu mempunyai ramai pengundi daripada kalangan Orang Asli.
Tuesday, August 3, 2010
PRU 13 AMAT GETIR BAGI BN
Rasanya kelantan lebih perit lagi.
Timbalan Perdana Menteri berkata situasi hari ini adalah berbeza dari segi
mengurus parti dan kerajaan kerana rakyat kini banyak membuat penilaian serta pertanyaan terhadap dasar-dasar dan tindakan yang dibuat kerajaan.Menurutnya, jika transformasi besar yang diharapkan rakyat mampu dilaksanakan dengan jayanya, maka BN dapat mempertahankan sokongan rakyat di masa akan datang.
Muhyiddin berkata senario politik masa kini serta perubahan dalam lanskap politik negara sejak pilihan raya umum Mac 2008 menuntut kepimpinan Barisan Nasional (BN) daripada semua peringkat untuk melakukan suatu perubahan yang ketara serta proses transformasi yang boleh diterima rakyat.
Jika ini gagal dilakukan oleh kepimpinan BN, maka parti itu akan menghadapi masalah menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Kalau itu tidak kita lakukan dalam tempoh yang agak segera...maka pasti bila menjelang pilihan raya akan datang kita akan menghadapi masalah agak besar (yang boleh) mencabar keutuhan kuasa politik," katanya pada majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Kebangsaan (Mubarak) Malaysia malam Sabtu lalu.
Majlis makan malam ini yang turut dihadiri oleh isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman diadakan sempena Perhimpunan Agung Mubarak ke-7.
Muhyiddin berkata cabaran politik hari ini yang merupakan rentetan daripada tsunami politik yang melanda pilihan raya umum lepas adalah amat besar, lebih-lebih lagi dengan pendedahan terhadap maklumat-maklmat terkini di dalam mahupun di luar negara, terutamanya di kalangan anak-anak muda.
Katanya, dengan mindset baru di kalangan anak-anak muda ini, maka wujud tuntutan yang memerlukan urusan dan pentadbiran kerajaan serta hal ehwal parti dilakukan dengan lebih efektif dan telus.
Lantaran itu, Mubarak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan dalam membantu BN menghadapi cabaran masa kini, katanya.
Beliau mengajak kepimpinan Mubarak dari semua peringkat berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu menjelaskan pelbagai gagasan, dasar serta pendekatan yang sedang dilakukan kerajaan untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
Muhyiddin berkata walaupun anggota-anggota Mubarak tidak memegang jawatan pada masa ini, tetapi pengalaman mereka sebagai bekas wakil rakyat amat berguna dalam usaha memajukan negara.
"Pengalaman lama mereka masih boleh dimanfaatkan dalam situasi hari ini yang amat mencabar," kata beliau.
Wednesday, May 20, 2009
SEORANG BERNAMA MUBIN – ANAK MELAYU
Entahlah mungkin ini guru jenis ‘ketam’ yang cuba mengajar orang lain berjalan betul.
Kijang mahu anda semua membaca posting ini.

MUBIN ISMAIL : APA LAGI ‘SETAKAT INI’ PULA?
Oleh Abdul Wahab Idrus
www.citra-bangsa.blogspot.com (17 Mei 2009)
BUKAN niat saya untuk menyerang blogger Abdul Mubin Ismail (lihat http://jaranganakmelayu.blogspot.com/) lewat tulisannya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai Menteri Besar (MB) Terengganu kekal ketika mengadakan siding akhbar di Kuala Terengganu, Sabtu 16 Mei 2009.
Ada perkataan ‘setakat ini’ menjadi ulasan panjang lebar blogger berasal dari Terengganu itu kerana jelas niatnya, menyamai niat Kumpulan 10 ADUN yang digelar ‘budak hitam’ oleh Abdul Mubin lewat tulisannya.
Memetik kenyataan Muhyiddin, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno memberitahu, isu pertukaran jawatan Menteri Besar tidak berbangkit malah tiada perbincangan mengenainya dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
“Siapa kata (ada pertukaran), setakat ini saya tak dengar apa-apa pun tentang perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu.
Muhyiddin mengulas desas-desus kononnya Menteri Besar Terengganu akan ditukar berikutan kemelut politik melanda negeri ini.
Isu itu timbul berikutan ura-ura undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, namun ia tidak berlaku.
Bagaimanapun , pada hari kedua persidangan, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tidak hadir atas alasan keselamatan selepas tiga daripada mereka iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima sistem pesanan ringkas (SMS) ugutan dipercayai berikutan polemik itu.
ADUN-ADUN berkenaan selepas itu turut melahirkan rasa tidak percaya terhadap kepimpinan Ahmad dan mahu beliau ditukarkan.
Muhyiddin menegaskan, beliau mahu melihat situasi politik di Terengganu menjadi bertambah baik dengan semua pihak mengutamakan perhatian untuk membina kekuatan Umno dan BN di negeri itu.
Beliau percaya semua kepimpinan Umno negeri termasuk wakil rakyat dan kepimpinan bahagian akan cuba mengorak langkah baru untuk mengujudkan satu persefahaman yang lebih baik di kalangan mereka.
“Kita sayangkan Terengganu. Rakyat telah beri kepercayaan dan kita kena tumpukan perhatian untuk membangunkan negeri ini kerana Terengganu mempunyai banyak sumber, hasil negeri banyak, minyak pun ada.
“Saya kira rakyat masih mahu lihat pembangunan yang lebih banyak, jadi ia mesti diutamakan,” ujarnya.
Katanya, walaupun ada perselisihan faham sesama sendiri, mereka perlu memberi keutamaan untuk menyelesaikannya.
“Sama ada ADUN, bukan ADUN, pemimpin parti, berjawatan atau tidak, jika berganding bahu, kalau pentingkan rakyat dan mahu pertahankan kedudukan di Terengganu, jangan abaikan rakyat yang beri keyakinan kepada kita untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya.
Blogger Abdul Mubin membayangkan, setakat ini sahaja jaminan Muhyiddin terhadap kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, tetapi selepas ‘setakat ini’ mungkin, ada perkembangan lain, yang akan menyebabkan Ahmad Said tidak akan kekal sebagai Menteri Besar.
Kesihan kita tengok penyu menangis ketika bertelur, begitulah kesihannya banyak pihak terhadap Abdul Mubin kerana, sedaya upaya dia mahukan juga Perdana Menteri menukarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Selagi Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar, Abdul Mubin mungkin boleh ‘sesak nafas’ dan susah nak bernafas. Itulah sebabnya, setiap kali dia ‘up-date’ blog nya, dia akan menyerang Datuk Ahmad Said yang dibencinya. Dia juga tidak habis-habis menyerang Datuk Rosli Mat Hassan yang dianggapnya sebagai ‘orang yang patutnya mengundurkan diri’ dari jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.
Maka, dari banyak-banyak perkataan yang keluar dari mulut Muhyiddin ketika berada di Terengganu, Abdul Mubin hanya mahu menganalisis apa maknanya ‘setakat ini’ yang katanya ada dilaporkan dalam beberapa media, tetapi bukan Mingguan Malaysia.
Dari apa yang diulas oleh Abdul Mubin, jelaskan ‘budak ini sakit’. Kalau adalah mana-mana bomoh di Terengganu yang boleh menjampinya, jampikanlah. Kesihan dia kalau dibiarkan dia terus begitu, mencari perkataan-perkataan yang boleh diputar belitnya bagi mengesahkan kononnya Datuk Ahmad Said akan gugur dari kedudukan Menteri Besar.
Saturday, November 15, 2008
SEMPAT LAGI KE?
“Abdullah nak pancong anak Pak Yassin?”
Bukan apa, macam itu sekalikah marahnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin?Benarkah beliau akan digugurkan daripada Kabinet?
Baca dulu apa yang diperkatakan oleh blog berkenaan:
ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN
http://politica-net.blogspot.com (12 November 2008)
Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini. Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin.
Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009. Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul! Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.
La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera. Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat.
Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala! Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku. Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib.
Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!
Ada beberapa pertanyaan di sini. Pertama, wajarkah ada rombakan Kabinet ketika ini?
Pada 24 Oktober 2008 lalu, Abdullah berkata, rombakan Kabinet mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan perubahan kepada pucuk kepemimpinan dalam MCA selepas pemilihan parti minggu sebelumnya.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat, perlu berjumpa dengannya untuk memaklumkan sebarang cadangan perubahan wakil parti itu dalam Kabinet yang mahu dilakukan.
Soalnya apakah Abdullah sudah memutuskan demikian atau ini hanya ‘berita angin’ yang sengaja disebarkan oleh orang Abdullah? Kedua, dengan pancong Muhyiddin, ia tidak akan merugikan beliau kerana akan memberikan ‘sdvantage’ kerana simpati terhadap Muhyiddin akan melonjak.
Dengan itu, cita-cita Abdullah untuk menjamin kemenangan Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak akan berjaya. Harap-harap apa yang diramalkan ini tidak benar!

