KOTA BHARU (24 Januari 2014) - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan Jumaat membuat laporan polis terhadap kenyataan seorang peguam berhubung titah Yang di-Pertuan Agong tentang hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.
Ketua Wira Perkasa Kelantan Azman Yazid bersama 50 anggota pertubuhan itu membuat laporan di Balai Polis Kota Baharu, di sini bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peguam Edmund Bon berhubung kenyataan itu.
Ahad lepas, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah kalimah Allah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.
Sebagai reaksi kepada titah itu, Bon mengeluarkan kenyataan di portal bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam dan oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Azman turut memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar dan memperlekehkan kedudukan yang melibatkan kepentingan Melayu, Islam serta kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Turut hadir ketika laporan dibuat ialah Yang Dipertua Perkasa negeri, Fauzi Mohamad dan Pengerusi Pertubuhan Barisan Darul Naim (Badar) Kamarudin Kassim.
Sementara itu, Kamarudin berkata tindakan peguam terbabit boleh mencetuskan kemarahan umat Islam serta mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
"Tindakan mengeluarkan kenyataan bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong merupakan tindakan halus yang dilakukan untuk menggambarkan bahawa selepas ini mereka tidak perlu hormat atau mendengar titah ketua negara itu," katanya.
Showing posts with label polis. Show all posts

Sunday, January 26, 2014
Monday, January 3, 2011
Polis Buru Suspek Buang Mayat Bayi
Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pembuangan
mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.
"Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan," katanya di Bachok, semalam.
Yahya tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka.
"Pihak kita sedang menjalankan siasatan dan mengumpul bukti yang boleh dijadikan petunjuk bagi membantu siasatan kes berkenaan. Pihak klinik dan hospital juga diminta memaklumkan sekiranya ada pesakit mereka dalam keadaan mencurigakan menerima rawatan seperti sakit selepas bersalin," katanya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di talian 09-7788222 bagi membantu mengesan suspek," katanya.
Yahya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, pekerja di tapak pelupusan sampah Beris Lalang gempar apabila menemui mayat seorang bayi perempuan dalam longgokan sampah berkenaan.
Ini merupakan kejadian kedua berlaku di tapak pelupusan sampah berkenaan, sejak dibuka awal Mac lalu.
Kejadian pertama berlaku pada 26 Disember lepas, apabila seorang pemungut sampah menemui mayat seorang bayi lelaki di dalam satu plastik hitam di tapak pelupusan sampah yang sama.
mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.
"Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan," katanya di Bachok, semalam.
Yahya tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka.
"Pihak kita sedang menjalankan siasatan dan mengumpul bukti yang boleh dijadikan petunjuk bagi membantu siasatan kes berkenaan. Pihak klinik dan hospital juga diminta memaklumkan sekiranya ada pesakit mereka dalam keadaan mencurigakan menerima rawatan seperti sakit selepas bersalin," katanya.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di talian 09-7788222 bagi membantu mengesan suspek," katanya.
Yahya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, pekerja di tapak pelupusan sampah Beris Lalang gempar apabila menemui mayat seorang bayi perempuan dalam longgokan sampah berkenaan.
Ini merupakan kejadian kedua berlaku di tapak pelupusan sampah berkenaan, sejak dibuka awal Mac lalu.
Kejadian pertama berlaku pada 26 Disember lepas, apabila seorang pemungut sampah menemui mayat seorang bayi lelaki di dalam satu plastik hitam di tapak pelupusan sampah yang sama.
Wednesday, September 29, 2010
KEKOSONGAN KERUSI DUN GALAS SUDAH DIMAKLUM KEPADA SPR
(Terkini)Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
untuk tindakan lanjut.
Katanya, surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.
"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks,” katanya di Rantau Panjang hari ini.
Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus.
Sementara itu, Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan k
etenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar kiri), berkata terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya semalam.
Abdul Rahim berkata polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni.
untuk tindakan lanjut.Katanya, surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.
"Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks,” katanya di Rantau Panjang hari ini.
Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat barah usus.
Sementara itu, Polis Kelantan bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan k
etenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar kiri), berkata terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya semalam.
Abdul Rahim berkata polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni.
Wednesday, September 15, 2010
SUSPEK BUNUH USTAZAH, ANAK DIHADAP KE MAHKAMAH HARI INI
Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah
mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.
Jirannya itu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.
mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.Jirannya itu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.
Anggota polis mengangkat mayat Norliza Ishak dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd. Yusof yang ditemui mati dipercayai dibunuh penjenayah yang memasuki rumah mereka di sebuah flat di Jalan Sutera Lama di Port Dickson, Negeri Sembilan, 2 September lalu."Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit.
Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 Sept lalu.
Osman berkata, lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa.
"Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.
"Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tidak diendahkan," katanya.
Osman berkata, kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air.
Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas.
Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.
Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian.
Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara.
Tuesday, August 24, 2010
DUA KENDERAAN DIBAKAR DIPERCAYAI PERBUATAN KHIANAT
Sebuah keluarga di Kampung Jelawat, di Bachok, dikejutkan dengan bunyi letupan pada awal pagi kelmarin daripada dua buah kereta yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Api yang marak daripada kenderaan itu turut menyebabkan dinding hadapan rumah dan garaj kereta itu terbakar.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika tujuh anggota keluarga itu sedang tidur.
"Saya terkejut kerana tiba-tiba terdengar satu bunyi letupan yang agak kuat lalu bangun untuk melihat apa yang berlaku di luar rumah...sebuah Toyota Wish dan Perodua Myvi milik ahli keluarga saya sedang hangus terbakar," kata seorang anggota keluarga itu, Siti Nor Farhana Ahmad Fatani.
Siti Nor Farhana, 23, berkata dia kemudian bergegas mengejutkan kesemua anggota keluarganya termasuk suaminya kerana bimbang api itu merebak ke rumah.
Beberapa penduduk kampung turut keluar melihat keadaan itu dan mereka yang menghubungi bomba, katanya semalam.
Beliau berkata hasil pemeriksaan awal keluarganya di kawasan rumah itu menemui bekas petrol dan satu bekas plastik.
Katanya mengesyaki bahawa kejadian itu mungkin perbuatan khianat, mereka membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.

Saturday, August 7, 2010
ANGGOTA POLIS MENINGGAL SELEPAS CEDERA PARAH KEJAR SUSPEK
Anggota polis yang cedera parah di kepala akibat dirempuh sebuah treler ketika sedang mengejar seorang suspek yang melarikan diri dari sekatan polis di Sentul semalam, meninggal dunia hari ini.
L
/Kpl Nik Hafizie Nik Din, 25, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di kepala akibat kemalangan itu.
Dalam insiden semalam, Nik Hafizie mengalami kecederaan parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler ketika beliau sedang mengejar seorang suspek bersenjatakan parang berhampiran bulatan di Segambut.
Zakaria yang ditemui pemberita di surau kuarters HKL di Kuala Lumpur hari ini berkata suspek dalam kes itu masih bebas.
"Suspek berjaya melarikan diri, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap suspek dan polis masih meneruskan siasatan," katanya.
Zakaria berkata ketika hayatnya Allahyarham seorang yang berdisiplin dan berperibadi baik serta disenangi oleh kesemua anggota pasukan.
"Dia juga seorang yang berani dan rajin. Allahyarham menemui ajal sebagai seorang pahlawan dan saya bangga dengan keberaniannya ketika menjalankan tugas," katanya.
Ayah mangsa, Nik Din Wan Muda, 49, berkata mangsa merupakan anak tunggal lelaki dari enam adik beradik serta seorang anak yang manja dan bertanggungjawab.
"Sejak kecil lagi dia telah diasuh dengan seni mempertahankan diri dan saya memberi sokongan penuh ketika mangsa menyatakan hasratnya ingin menyertai pasukan polis," katanya.
Jenazah Nik Hafizie dimandi dan disembahyangkan di surau HKL itu kira-kira 1 petang tadi sebelum dibawa dengan van jenazah polis untuk dikebumikan di kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang ini.
L
/Kpl Nik Hafizie Nik Din, 25, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 10.45 pagi.Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di kepala akibat kemalangan itu.
Dalam insiden semalam, Nik Hafizie mengalami kecederaan parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler ketika beliau sedang mengejar seorang suspek bersenjatakan parang berhampiran bulatan di Segambut.
Zakaria yang ditemui pemberita di surau kuarters HKL di Kuala Lumpur hari ini berkata suspek dalam kes itu masih bebas.
"Suspek berjaya melarikan diri, setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap suspek dan polis masih meneruskan siasatan," katanya.
Zakaria berkata ketika hayatnya Allahyarham seorang yang berdisiplin dan berperibadi baik serta disenangi oleh kesemua anggota pasukan.
"Dia juga seorang yang berani dan rajin. Allahyarham menemui ajal sebagai seorang pahlawan dan saya bangga dengan keberaniannya ketika menjalankan tugas," katanya.
Ayah mangsa, Nik Din Wan Muda, 49, berkata mangsa merupakan anak tunggal lelaki dari enam adik beradik serta seorang anak yang manja dan bertanggungjawab.
"Sejak kecil lagi dia telah diasuh dengan seni mempertahankan diri dan saya memberi sokongan penuh ketika mangsa menyatakan hasratnya ingin menyertai pasukan polis," katanya.
Jenazah Nik Hafizie dimandi dan disembahyangkan di surau HKL itu kira-kira 1 petang tadi sebelum dibawa dengan van jenazah polis untuk dikebumikan di kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang ini.
Friday, May 29, 2009
POLIS BODYGUARD PARTI?
Kijang membaca sebuah posting menarik memperkatakan apa akhbar Cina perkatakan mengenai kerja polis.
Kijang mahu pelayar dan penjenguk baca da kemudian nilai sendiri.
APA AKHBAR CINA TULIS TENTANG KERJA POLIS ?
dari blog bypass308.blogspot.com
Kami menerima laporan MEDIA PRESS kami dari Perak dengan beberapa petikan dari sebuah artikel kolumnis sebuah akhbar berbahasa Cina yang wajar untuk renungan dan pertimbangan kita, khususnya ketika kekalutan politik masa kini.
Baik buruk intipatinya, anda nilai sendiri kerana siaran semula artikel ini tanpa prejudis.
Ikuti terjemahan yang walaupun ala kadar tetapi kami yakin ia tidak lari dari maksud asal penulisnya tanpa ada sebarang tokok tambah. Harap baca sampai habis dan luangkan masa untuk komen pro dan kontra artikel ini.
Jika anda ingin tahu nama akhbar atau melihat keratan asal, sila emel kami. Wasalam - FAUZI IRWAN SHAH.
"Pada 27 Mei, muka surat 2 akhbar kami, melaporkan 3 kes jenayah rogol. Wanita kini tidak kira tua muda, tidak kira di rumah atau luar, berdepan pelbagai ancaman jenayah.
Pada hari yang sama, muka surat 30, melaporkan kumpulan polis dan FRU menahan pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong yang sedang lancarkan mogok lapar.
Gerakan polis menangkap si baju hitam, si memekik slogan, perhimpunan pasang lilin, malah nyala lilin sambut hari jadi. Sampaikan pekerja pasang khemah pun disapu.
Tangkap dan lepas, dah lepas tangkap lagi. Seolah sudah menjadi rutin kerja polis.
Persoalannya ialah kenapa yang ditangkap semua muka selamba dan tersenyum saja, tiada riak takut? Dan mereka menjadi objek tumpuan akhbar?
Rakyat sangka keselamatan kian terjejas akibat kurangnya tenaga polis, tak cukup anggota polis. Tapi manalah tahu, begitu ramai polis datang "memeriahkan" Perak, sertai permainan politik bersama penyokong PR.
Perhimpunan kurang lebih 10 orang, tapi hantar 100 anggota buat kawalan. Mogok lapar yang bersifat negatif tu pula, polis kerah 200 anggota dan anggota FRU, campur lagi lima atau enam trak polis.
Begitu sekali jadinya, kalau bukan kerana bimbangkan rakyat,tentu polis kurang yakin pada diri, hinggakan penguatkuasaan yang "terlebih".
Akibat dari "terlebih" kuatkuasaan, menjejaskan imej BN, dari yang baik menjadi sebaliknya.
Langkah yang membazir sumber tenaga manusia itu membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang pada masa ini merasakan keselamatan diri terancam.
Rompakan di merata tempat, di ibu kota sahaja dari januari hingga april, kes ragut dan rompakan masing-masing meningkat 99% dan 80%, ia merupakan 31% daripada keseluruhan kes jenayah. Rompakan berkumpalan tanpa senjata meningkat 80.5%, dari 1029 kes meningkat kepada 2254 kes. Fakta angka ini membimbangkan, menggambarkan tahap keselamatan merosot.
Sikap kesungguhan sebagaimana tanngkap si baju hitam atau mengheret mereka yang terlibat perhimpunan lilin, kalau polis boleh gunakan sikap seperti itu untuk tangkap perompak dan peragut, tentu sekali polis akan beroleh pujian dan tepukan gemuruh seluruh rakyat negara ini.
Tuan polis, ayuhlah tangkap penjenayah bersenjata. Tak kiralah mat rempit ke samsing jalan raya, tak kira juga penjenayah gila seks atau perompak, tak kira penculik atau pembunuh, mereka inilah yang wajar dikejar dan tangkap.
Anda hanya sesuai sebagai penjaga kepada rakyat, tidak sesuai jadi body guard parti."
Kijang mahu pelayar dan penjenguk baca da kemudian nilai sendiri.
APA AKHBAR CINA TULIS TENTANG KERJA POLIS ?
dari blog bypass308.blogspot.com
Kami menerima laporan MEDIA PRESS kami dari Perak dengan beberapa petikan dari sebuah artikel kolumnis sebuah akhbar berbahasa Cina yang wajar untuk renungan dan pertimbangan kita, khususnya ketika kekalutan politik masa kini.Baik buruk intipatinya, anda nilai sendiri kerana siaran semula artikel ini tanpa prejudis.
Ikuti terjemahan yang walaupun ala kadar tetapi kami yakin ia tidak lari dari maksud asal penulisnya tanpa ada sebarang tokok tambah. Harap baca sampai habis dan luangkan masa untuk komen pro dan kontra artikel ini.
Jika anda ingin tahu nama akhbar atau melihat keratan asal, sila emel kami. Wasalam - FAUZI IRWAN SHAH.
"Pada 27 Mei, muka surat 2 akhbar kami, melaporkan 3 kes jenayah rogol. Wanita kini tidak kira tua muda, tidak kira di rumah atau luar, berdepan pelbagai ancaman jenayah.
Pada hari yang sama, muka surat 30, melaporkan kumpulan polis dan FRU menahan pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong yang sedang lancarkan mogok lapar.
Gerakan polis menangkap si baju hitam, si memekik slogan, perhimpunan pasang lilin, malah nyala lilin sambut hari jadi. Sampaikan pekerja pasang khemah pun disapu.
Tangkap dan lepas, dah lepas tangkap lagi. Seolah sudah menjadi rutin kerja polis.
Persoalannya ialah kenapa yang ditangkap semua muka selamba dan tersenyum saja, tiada riak takut? Dan mereka menjadi objek tumpuan akhbar?
Rakyat sangka keselamatan kian terjejas akibat kurangnya tenaga polis, tak cukup anggota polis. Tapi manalah tahu, begitu ramai polis datang "memeriahkan" Perak, sertai permainan politik bersama penyokong PR.
Perhimpunan kurang lebih 10 orang, tapi hantar 100 anggota buat kawalan. Mogok lapar yang bersifat negatif tu pula, polis kerah 200 anggota dan anggota FRU, campur lagi lima atau enam trak polis.
Begitu sekali jadinya, kalau bukan kerana bimbangkan rakyat,tentu polis kurang yakin pada diri, hinggakan penguatkuasaan yang "terlebih".
Akibat dari "terlebih" kuatkuasaan, menjejaskan imej BN, dari yang baik menjadi sebaliknya.
Langkah yang membazir sumber tenaga manusia itu membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat yang pada masa ini merasakan keselamatan diri terancam.
Rompakan di merata tempat, di ibu kota sahaja dari januari hingga april, kes ragut dan rompakan masing-masing meningkat 99% dan 80%, ia merupakan 31% daripada keseluruhan kes jenayah. Rompakan berkumpalan tanpa senjata meningkat 80.5%, dari 1029 kes meningkat kepada 2254 kes. Fakta angka ini membimbangkan, menggambarkan tahap keselamatan merosot.
Sikap kesungguhan sebagaimana tanngkap si baju hitam atau mengheret mereka yang terlibat perhimpunan lilin, kalau polis boleh gunakan sikap seperti itu untuk tangkap perompak dan peragut, tentu sekali polis akan beroleh pujian dan tepukan gemuruh seluruh rakyat negara ini.
Tuan polis, ayuhlah tangkap penjenayah bersenjata. Tak kiralah mat rempit ke samsing jalan raya, tak kira juga penjenayah gila seks atau perompak, tak kira penculik atau pembunuh, mereka inilah yang wajar dikejar dan tangkap.
Anda hanya sesuai sebagai penjaga kepada rakyat, tidak sesuai jadi body guard parti."
Subscribe to:
Posts (Atom)