Kijang tidak pasti apa sebenarnya berlaku di negeri jiran terdekat.
Benarkah semua ini? Kijang sendiri tidak pasti. Yang baiknya tunggu komen Kerajaan Negeri Terengganu atau Kerajaan Pusat.
Apapun baca dulu posting daripada blog penyokong PAS ini.
UMNO?BN Terengganu menyerahkan pelaburan hasil royalti kepada kerajaan persekutuan
KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi telah menggadai maruah rakyat Terengganu dengan memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan menguruskan pelaburan hasil royalti minyak.
Ketua Lujnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat berkata penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA) sepatutnya dibincangkan dan diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“TIA adalah pemegang amanah rakyat Terengganu, yang menggunakan sumber dari royalti minyak, ia sepatutnya di tubuhkan di bawah kerajaan Terengganu, bukan kerajaan Persekutuan,”
“Dana dari jualan Bon sebanyak RM5 bilion yang diumumkan baru-baru ini adalah menggadai rakyat Terengganu, dengan menyandarkan hasil minyak pada masa depan, yang belum diperolehi lagi,”katanya ketika ditemui selepas ceramah penerangan yang diadakan disini semalam. (Gambar Hisasan - Ahmad telah berpakat dengan Najib?)
Sebelum itu, dalam ceramahnya beliau berkata, sepatutnya kerajaan UMNO/BN Terengganu menggunakan salah satu anak syarikat negeri dibawah Terengganu Incorporated (TI).
Katanya penstrukturan anak-anak syarikat yang dibuat di zaman bekas Menteri Besar, telah memakan belanja yang besar.
Namun setelah penyusunan semula siap, katanya, sebuah syarikat lain pula ditubuhkan bagi menjadi syarikat pelaburan kepada negeri Terengganu.
Beliau mendakwa, kerajaan Persekutuan sengaja menyembunyikan penubuhan syarikat TIA daripada pengetahuan rakyat Terengganu kerana ada tujuan tertentu.
“(Asalnya) cadangan TIA adalah dari Tuanku Sultan, tetapi Najib telah dengan cepat memintas (memotong trip) lalu diputuskan dibawah kabinet,”
“selepas Najib mengumumkan sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu (14 Disember) lalu, secara senyap-senyap dan tidak ada berita,
“tiba-tiba pada 18 Mei baru-baru ini, CEO (ketua Pegawai Eksekutif) TIA telah mengumumkan penjualan Bon sebanyak RM5 bilion,”ujar beliau.
Menurutnya, Menteri Besar Ahmad Said dan para Exconya telah menyerahkan hak menguruskan hasil royalti itu tanpa pengetahuan rakyat.
Kemudian katanya, pada 27 Februari 2009 Terengganu Investment Authority (TIA) telah ditubuhkan secara rasmi.
“Rupa-rupanya Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar negeri Terengganu dan puak-puak Exconya telah secara senyap bermesyuarat di Kuala Lumpur,
“mereka menyerahkan royalti minyak ini, kepada kerajaan Pusat, pada 27 Februari (dengan rasminya) TIA ditadbir oleh (kerajaan) Pusat,”katanya.
Menurutnya, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir telah merampas royalti daripada kerajaan PAS dahulu, kini anak didiknya, Najib mengikut jejak langkah Mahathir dengan kembali menguruskan hasil minyak Terengganu.
No comments:
Post a Comment