Tuntutan Yang Dipertua PAS kawasan Rantau Panjang, Abdul
Fatah Haron yang memohon mahkamah membekukan bayaran berjumlah RM5 juta oleh
Syarikat Perumahan Negara (PRIMA) kepada Gallery Tani Sdn. Bhd. yang
dijadualkan pagi semalam dibatalkan.
Malah Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan perbicaraan
kes ini pada 12,13 dan 14 Mac tahun hadapan.
Deklarasi yang melibatkan Abdul Fatah sebagai plaintif
dan defendan, Galeri Tani Sdn Bhd yang dimiliki oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul
Halim Abdul Rahman dan anak-anak bekas Bendahari Pas Kelantan, Allahyarham
Cikgu Wan Osman sepatutnya didengar dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dato Ahmad
bin Bache dalam kamar makhamah tinggi Kota Baru jam 9 pagi semalam.
Bagaimanapun, oleh kerana tiada persetujuan kedua-dua
pihak pendaftar mahkamah menetapkan kes ini akan dibicarakan seperti ditetapkan
oleh pihak mahkamah.
Peguam kedua-dua pihak hadir mewakili defendan dan
plaintif.
Kes ini dikatakan berkait
dengan sebidang tanah seluas 200 ekar di Rantau Panjang.
Menurut laporan, tanah yang
menjadi pertikaian antara Abdul Fatah dengan Mustapa, Abdul Halim Abdul Rahman bekas
ADUN Tendong dan anak-anak kini sedang dibangunkan projek perumahan mampu
milik.
Syarikat Galeri Tani Sdn Bhd ditubuhkan pada 23 Ogos
1995, menyebut bidang perniagaanya sebagai Property Investment dan Developer,
ia dimiliki oleh tiga pemimpin Abdul Halim, (memegang syer sebanyak 330,000
unit, Mustapa Ali (170,000 unit syer), manakala seorang lagi Wan Othman Wan
Yusuf berserta enam wanita yang dikatakan anak-anak arwah Wan Othman, bekas
bendahari Pas Kelantan.
Projek itu dikendali oleh Syarikat Perumahan Negara
1Malaysia (PR1MA).
Dilaporkan juga, sekiranya projek ini terlaksana maka
kawasan Lubuk Jong akan jadi pusat bandar baharu menggantikan bandar lama Pasir
Mas yang lesu dan terbiar.
Daripada pelan projek itu menunjukkan tanah itu
berkedudukan bertentangan dengan Kolej Komuniti Lubuk Jong. Ia berdekatan
dengan Taman Tengku Anis serta bandar baharu Lubuk Jong.
Sumber dari Pejabat Tanah dan Jajahan di Pasir Mas,
projek perumahan rakyat mampu milik itu mempunyai lebih 1,669 unit pelbagai
jenis. Tanah yang melibatkan pembinaan projek itu hampir 100 hektar.
PR1MA dikatakan sudah pun membuat bayaran ke atas tanah berkenaan bernilai kira-kira RM19
juta. Wang untuk bayaran itu bagaimana pun tidak diserahkan kepada pemilik
tanah berkenaan, masih dalam pegangan amanah peguam.
Bagaimaanaapun, wang sebanyak kira-kira RM19 juta masih
dipegang oleh pihak peguam yang menguruskan jualbeli tanah berkenaan di antara
syarikat Gelari Tani dengan PR1MA.
Dipercayai, Abdul Fatah membuat bantahan itu kerana
bimbang wang hasil jualan tanah berkenaan diselewengkan.
Bagai mana pun kenapa timbul masalah sehingga terheret ke
mahkamah apabila tanah itu dibeli PR1MA, indivdu penama dalam syarikat
meemiliki tanah berkenaan mengakui ia adalah milik mereka dan tidak ada kena
mengena dengan parti.
Abdul Fatah dikatakan berusaha beruding cara baik tetapi
gagal.
Beliau yang ditemui sebaik keputusan mahkamah semalam berkata, beliau akur dengan keputusan itu.
"Bagi pihak saya memang kes ini kita mahu
menyesaikan di luar mahkamah seperti yang dinasihati oleh hakim.
"Oleh kerana pihak plaintif mahu perkara ini
dibicarakan mengikut proses biasa, saya akan membuat persiapan yang perlu bagi
menegakkan keadilan," katanya.