Tuesday, January 31, 2012

3 CIRI MUNAFIK YANG ADA PADA PAS!

Menurut hadis Nabi sesungguhnya ada tiga sifat seorang munafik itu, apabila berjanji ia mungkir, apabila diamanahkan ia khianat, apabila berkata ia dusta. Sifat ini ada pada pemimpin PAS, iaitu apabila berjanji sejak 1999 untuk bina pasar baru Pasir Putih bagi menggantikan pasar lama tersebut yang kian dimamah usia, tidak dilaksanakan.

Janjinya pemimpin PAS pada piihanraya pada waktu itu untuk menyediakan tempat perniagaan selesa kepada peniaga kecil, tetapi nampanya hanya tinggal janji.. Janji itu diungkit lagi bagi menunjukkan kononnya kerajaan PAS buat kerja dengan memaparkan banner besar dihadapan pasar mengenai pembinaan pasar baru itu ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan pada bulan Julai tahun lepas.

Namun setakat hanya memaparkan banner tapi tapak pembianaan tidak kelihatan sehingga kini, ia jelas membuktikan sikap PAS sebagai parti yang paling MUNAFIK dalam Islam. Apakah hukumnya janji dimungkiri? dan melibatkan soal kebajikan rakyat. Adakah wajar rakyat menghukum PAS ini kerana KEMUNAFIKANNYA..?

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat pun tidak tahu apa sudah berlaku dinegerinya kerana umur sudah 80 tahun sedangkan ramai peniaga kecil ditindas serta rakyat tertipu akibat janji MUNAFIK PAS.

Sumber: Papagomo

Wednesday, January 25, 2012

Najib Yakin BN Akan Kembali Memerintah Kelantan Selepas PRU13

Datuk Seri Najib Razak, menepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO di pekarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini sambil diperhatikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa semalam, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi 'pengundi atas pagar' yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.

"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang, jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

BR1M RM150 Juta Untuk Rakyat Kelantan - Hargailah Sumbangan Kerajaan Pusat

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata semalam, kira-kira 300,000 keluarga di negeri ini dijangka layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diagihkan 15 Januari lalu.

Ini bermakna hampir 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu.

Sehingga kini, agihan kepada 5,000 keluarga melibatkan lima kawasan dilaksanakan dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

”Walaupun setakat ini sudah diagihkan kepada 5, 000 orang, tetapi yang diluluskan kepada Kelantan banyak, dan kita jangka tidak kurang 300, 000 keluarga akan menerima BRIM ini.

”Mana-mana yang belum menerimanya, diharap bersabar kerana sebenarnya kita masih ada masa sehingga penghujung Mac ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 347 penerima dalam Parlimen Kubang Kerian, di Sekolah Kebangsaan Mulong dekat Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, jika terdapat halangan pada proses agihan, kerajaan pasti akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh agihan, dan di Kelantan kita harap akan dapat diselesaikan seperti ditetapkan, Mac ini.

Rakyat diharap akan menghargai kesungguhan kerajaan pusat dalam membantu meringankan beban mereka walaupun ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil kini.

Mengulas mengenai Program Bantuan Nelayan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, Mustapa berkata, pihaknya kini dalam perbincangan untuk mengenal pasti kawasan- kawasan terlibat.

“Pihak berkenaan ada yang berbincang dengan saya untuk mengenal pasti kawasan yang perlu diberi perhatian, dan insya-Allah rakyat Kelantan akan turut mendapat manfaat di sebalik program berkenaan,” katanya.

Melalui bantuan itu kerajaan Pusat menyediakan RM150 juta untuk jumlah 300,000 penerima di Kelantan, itupun jika jumlahnya tidak bertambah.