Nik Aziz telah menzalimi ramai pihak dengan mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam di negara ini. Nik Aziz menzalimi PAS kerana sebagai Mursyidul Am PAS yang merupakan pemimpin tertinggi parti “ala-ala Ayatollah Khomieni”, Nik Aziz telah memecah belahkan umat Islam di antara parti PAS dan UMNO. Meskipun ahli PAS dan UMNO berlainan parti politik, siapa yang dapat menafikan hakikat bahawa kedua-duanya adalah beragama Islam? Adakah Melayu Islam di dalam UMNO itu “kafir”? Atau apakah “Arab” Islam di dalam PAS itu “kafir” juga?
Kini segalanya sudah jelas! Pengakuan Nik Aziz kelmarin yang mengakui bahawa segala “fatwa” dan kenyataannya semua siri pilihanraya mampu untuk memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Malah Nik Aziz bangga dengan peranannya yang memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan menyatakan bahawa isu pepecahan umat Islam sudah lama bermula sejak di zaman Nabi Adam A.S dan Rasulullah S.A.W lagi. Maka dengan alasan itu, maka Mursyidul Am PAS itu meng”halal”kan tindakannya memecah belahkan umat Islam di Malaysia.
Pengakuan Nik Aziz sempena PRK Merlimau dan Kerdau ini mengesahkan segala yang didakwa oleh kita selama ini iaitu “Nik Aziz tidak mahu perpaduan berlaku kepada umat Islam di negara ini”. Selain itu, Nik Aziz juga telah mengakui secara tidak langsung bahawa dia mempunyai tujuan yang sama dengan Yahudi dan Nasrani dan sedang melaksanakan cita-cita dan perjuangan mereka dengan memecah belahkan umat Islam di Malaysia.
Negarawan Ulung Negara, Tun Dr. Mahathir pantas membidas Musyidul Am itu dengan menyatakan bahawa Nik Aziz bahawa Mursyidul Am itu hanyalah memperjuangkan POLITIK semata-mata dan BUKANnya memperjuangkan Islam. Walaupun Tun M tidak berlatar belakangkan pendidikan Islam secara khusus, ternyata kata-katanya itu logik, berfakta dan boleh diterima akal manusia waras. Penulis bersetuju 100% dengan dakwaan Tun M terhadap Nik Aziz itu.
Menggunakan alasan bahawa isu pepecahan umat Islam berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan Nabi Adam A.S sebagai “jawapan munasabah” bagi tindakannya memecah belahkah umat Islam di Malaysia, seakan-akan menyamakan tindakannya itu sebagai “sunnah Rasulullah”. Benarkah “memecah belahkan umat Islam itu “sunnah”? Dan wajarkah menyatakan bahawa memecah belahkan umat Islam di negara ini bersamaan dengan apa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan para Anbiya A.S?
Memang benar peristiwa pepecahan umat Islam berlaku sejak di zaman Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S. Namun, Rasulullah S.A.W dan para Rasul A.S yang diutuskan Allah S.W.T tidak sama sekali diutuskan untuk memecah belahkan umat mereka. Malah sebaliknya, semua Rasul yang diutuskan Allah termasuklah Rasulullah S.A.W menggesa agar umat mereka bersatu padu di dalam semua perkara. Sebagai umat Islam, umat Muhammad S.A.W, kita juga diajar untuk berkasih sayang di antara satu sama lain dan diseru agar bersatu padu.
Firman di dalam Al-Quran juga menyeru kita begitu dan Allah S.W.T menghantar utusanNya untuk menyatu padukan umat dibawah satu kalimah iaitu Islam.
Firmannya “Waqtasimuu bi hablillahi wala tafarraquu…” menjelaskan seruan Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah S.A.W yang mahu umat Islam di akhir zaman ini untuk bersatu padu. Firman ini juga cuba dijelaskan oleh Profesor Mohd Nor Idris (bekas AJK Dewan Ulama PAS) kepada Nik Aziz tempohari, namun Nik Aziz dengan angkuh menolak pelawaan debat perbincangan itu dengan mengatakan bahawa Profesor Mohd Nor Idris tidak layak berdebat dengannya dan tidak “muqtaraf” sebagai ulama.
Pada penulis, Nik Aziz telah menzalimi ramai pihak dengan mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang memecah belahkan umat Islam di negara ini. Nik Aziz menzalimi PAS kerana sebagai Mursyidul Am PAS yang merupakan pemimpin tertinggi parti “ala-ala Ayatollah Khomieni”, Nik Aziz telah memecah belahkan umat Islam di antara parti PAS dan UMNO. Meskipun ahli PAS dan UMNO berlainan parti politik, siapa yang dapat menafikan hakikat bahawa kedua-duanya adalah beragama Islam? Adakah Melayu Islam di dalam UMNO itu “kafir”? Atau apakah “Arab” Islam di dalam PAS itu “kafir” juga? Oleh itu, menuduh mereka-mereka yang mengundi BN itu sebagai “jahiliyyah” adalah terma yang tidak sesuai digunakan oleh Nik Aziz untuk menarik sokongan politik.
Terma “Jahiliyyah” yang digunakan oleh Nik Aziz itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran. “Jahiliyyah” boleh dirujuk kepada zaman “jahiliyyah” bangsa Arab sebelum era nubuwwah. Perkataan itu juga boleh dirujuk sebagai sifat jahil, tidak tahu, tidak berilmu, tidak berpengetahuan dan seumpamanya. Nik Aziz cuba mempergunakan kalimah Arab ini untuk memberikan persepsi buruk terhadap pengundi BN, khususnya yang beragama Islam. Wajarkah tindakannya itu?
Penulis ragu-ragu dengan niat Nik Aziz, apakah motif sebenar Mursyidul Am PAS itu memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Apakah dengan pepecahan perpaduan umat Islam itu maka Islam dan perjuangan agama itu akan mendapat keuntungan? Apa untungnya pepecahan umat Islam itu? Ternyata Nik Aziz hanya berkiblatkan POLITIK busuk! Politik sebegini tidak dianjurkan pun di dalam Islam. Tahalluf siyasi dari agama manakah yang dirujuk oleh Nik Aziz? Dari Yahudi atau Nasrani?
Penulis mencadangkan agar semua umat Islam tanpa mengira parti, sama ada dari PAS, PKR, UMNO dam mahupun DAP supaya membuka mata luas-luas terhadap agenda dan pengakuan Nik Aziz ini. Lihatlah betapa Nik Aziz sudah terpesong jauh dari perjuangan Islam sebenar. Lihatlah bagaimana rupanya “true colours” niat hati Nik Aziz. Usahlah kita terus terpengaruh dengan dakyah busuk dari Mursyidul Am PAS “palsu” ini.
Hakikatnya PAS patut malu dengan pengakuan Nik Aziz ini. Nik Aziz sepatutnya dipecat dari jawatan Mursyidul Am PAS dan digantikan dengan Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz yang lebih layak! Hanya keberanian dan kebenaran saja yang dapat menurunkan Nik Aziz dari kekhilafan umat Islam di negara ini. Ayuh kepimpinan PAS, ada berani?
http://www.mykmu.net/ (Sunday, March 6th, 2011)