Selepas dituduh berniat
jahat kerana mendedahkan projek penanaman Durian Kunyit di hutan simpan kekal,
AADUN AMANAH Salor, Datuk Husam Musa membuat penjelasan balas dengan
mengemukakan bukti-bukti berdokumen untuk menpertahankan dakwaannya.
"Saya mengajak
Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya merujuk kepada kembaran yang saya
sertakan iaitu surat dari Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengenai
kelulusan penanaman DURIAN KUNYIT dan menguruskan tanaman kelapa sawit dalam
HSK Ulu Galas dan Batu Papan, bertarikh 20 April 2016," katanya..(sila baca kenyataan penuh Husam di sebelah kiri, bertajuk 'DURIAN KUNYIT DAN HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI KELANTAN).
Ali Omar,pemilik Syarikat Gunong Basor Enterprise
|
Kata Husam, kepala surat Pengarah
Perhutanan kepada Syarikat AA Pavilion Mining itu katanya, berbunyi:
‘PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN TANAMAN POKOK DURIAN KUNYIT DALAM KAWASAN
PEMBANGUNAN LADANG HUTAN DAN MENGEKALKAN POKOK SAWIT YANG TELAH DITANAM DALAM
KAWASAN TEROKA HARAM DI HSK ULU GALAS DAN HSK BATU PAPAN’.
"Jumlah keluasan
kawasan yang diluluskan bagi kedua-dua maksud itu adalah 1,697 ha atau
bersamaan 4,192 ekar!
"Mungkin SUP terlupa
ilmu campur dalam matematik, sehingga kelulusan lain selain 100 ha kepada
Gunung Basor Enterprise tidak diambil kira.
"Angka ini
membuktikan saya tidak berbohong, bahkan saya telah meletakkan angka keluasan
yang lebih rendah dari yang sebenar.
"Juga membuktikan
bukan hanya ada satu kelulusan penanaman durian kunyit dalam Hutan Simpan Kekal
Negeri Kelantan!
"Kenapa SUP tidak
memasukkan kelulusan ini dalam penjelasan beliau? Niat berbohong?" soal
Datuk Husam.
Memang benar katanya,
durian disenaraikan sebagai spesis hutan dalam Enakmen Perhutanan.
"Namun, seingat saya,
durian tidak disenaraikan sebagai spesis untuk tanaman Ladang Hutan walaupun ia
adalah spesis hutan.
"Ini adalah dua
perkara yang berbeza.
"Apa lagi Durian
Kunyit," katanya.
Sebab itu kata beliau,
sekali pun getah disenaraikan sebagai tanaman Ladang Hutan, tetapi getah untuk
susu semata-mata tidak termasuk dalam senarai.
"Getah yang
disenaraikan adalah Timber Latex Clon.
"Perkataan
"timber" itu sendiri membezakannya dari getah biasa," katanya.
Menurutnya, Durian Kunyit
adalah spesis klon yang mempunyai batang yang kecil.
"Penanamannya
bertujuan mendapatkan buahnya dan bukan batangnya sebagai kayu.
"Sedangkan jika
Ladang Hutan adalah tujuan, keutamaannya adalah untuk penghasilan kayu dan
bukan buahnya," katanya.
Ladang durian kunyit
katanya, sudah bermakna ladang komersial buah-buahan dalam Hutan Simpan Kekal.
"Bagi tujuan
perladangan, sudah pasti semua pokok hutan yang ada akan ditebang.
"Kawasan ini yang
asalnya adalah Hutan Simpan Kekal, akan berubah menjadi ladang komersial dalam
Hutan Simpan Kekal," katanya.