Selasa, 17 Ogos 2010
Jangan babitkan Tun Dr Mahathir! Jika ingin menggunakan idea negarawan terulung itu maka merujuk terus kepada beliau. Jangan gunakan nama beliau sekiranya berhasrat untuk mengelirukan rakyat dan apabila menemui kegagalan maka Tun akan dipersalahkan.
Sebahagian daripada posting ini aku ambil semula daripada komen-komen yang aku berikan di blog House PK (Klik Di Sini). Terima kasih kepada House PK kerana menyiarkan komen aku. Oleh kerana komen itu dibuat dipentas terhad berkemungkinan berlaku salah faham. Oleh itu aku buat semula komen tersebut dalam posting yang ini dengan beberapa pembetulan.
Mengikut pemahaman aku:
Dinar emas yg dimaksudkan oleh Tun M dahulu sebenarnya bukanlah matawang baru untuk menggantikan ringgit tetapi nilai sandaran ringgit yang selama ini bersandarkan kepada Dollar Amerika. Sebab itu banyak negara tidak bersetuju kerana kebergantungan terhadap perdagangan dan pertukaran wang asing dengan Amerika.
Tun mengajak negara-negara lain terutama dari benua Arab/Timur Tengah untuk menjadikan Dinar Emas yang berasaskan harga emas di pasaran dunia sebagai nilai pertukaran matawang setiap negara. Ini disebabkan nilai emas tidak boleh dimanupulasi oleh penyangak ekonomi/matawang kerana naikturun nilai emas lebih kukuh berbanding Dolar, Euro ataupun Yen.
Apa yang Nik Aziz lakukan hanyalah menukar wajah matawang bukan nilai sandaran.
• Apakah dinar emas itu benar-benar diperbuat daripada emas tulin? Mungkin tidak atau menggunakan emas terpakai.
• Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri?
• Apakah penggunaan dinar emas/perak ini telah mendapat perkenan Ke Bawah Duli Paduka Sultan Kelantan?
Dan seperti terdapat unsur-unsur penghinaan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung yang memperkenankan penggunaan ringgit semenjak daripada almarhum DYMM Yang Di Pertuan Agung yang pertama.
Cuma aku tak faham bagaimana beliau memberikan nilai dinar emas/perak sedangkan setiap negara/negeri yang mempunyai matawang sendiri perlu mempunyai simpanan emas di Bank Dunia untuk menentukan nilainya. Sekiranya matawang tersebut hanya digunakan di dalam negeri maka Kelantan perlu mempunyai simpanan di BANK NEGARA untuk penentuan nilai berbanding ringgit. Sekiranya tiada maka dinar emas/perak yang diterima oleh kakitangan kerajaan sebagai gaji pun TIDAK BOLEH diperlakukan di negeri-negeri lain dalam Malaysia kerana matawang tersebut tidak diakui termasuk dari segi nilai. Siapakah yang akan menjadi mangsa? Adakah ADUN-ADUN di Negeri Kelantan juga dibayar elaun mereka menggunakan dinar termasuk Menteri Besar?
Ini macam ilmu buat duit pokok pisang zaman Jepun. Yang untung ialah:
• Syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana menggunakan duit rakyat untuk membuat dinar!
• Penggurup Wang tak bertauliah yang mungkin mengenakan caj berlebihan kerana mereka tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia
• Sekiranya syarikat yang mengilangkan wang tersebut berdaftar dan beroperasi di dalam negara maka syarikat tersebut juga mungkin didakwa di bawah Akta Mesin Cetak.
Aku pernah dengar sebuah syarikat yang pernah mencuba memperkenalkan e-Dinar di zaman Tun M tetapi ditolak oleh kerajaan. Ini disebabkan cadangan syarikat tersebut untuk menggunakan ringgit Malaysia dan ditukar ke dalam jongkong emas yang disimpan di dalam bank persisir pantai seperti di Kepulauan Carribean (yang berkemungkinan adalah bank penjenayah). Bukannnya di Bank Dunia. Sekiranya Kelantan menggunakan khidmat yang sama maka dapatkah dijamin keselamatan simpanan emas tersebut? (Atau adakah Negeri Kelantan telah dipengaruhi oleh syarikat yang sama?)
Apa yang aku risaukan ialah apabila pengeluaran dinar emas/perak ini tidak dibuat bersandarkan mana-mana simpanan maka pengeluarannya akan jadi berlebihan dan jatuh nilai. Di samping itu pihak kerajaan negeri boleh terus mengeluarkan matawang tersebut untuk membayar gaji kakitangan mereka walaupun matawang tersebut sudah susut nilai atau tidak laku kerana kemungkinan ketika itu pendapatan kerajaan negeri merosot.
Dapatkah anda bayangkan apakah nasib kakitangan kerajaan yang menerima gaji menggunakan dinar tetapi tidak boleh menggunakannya di negeri-negeri lain SELAIN dari KELANTAN sahaja? Dapatkah anda bayangkan nasib peniaga-peniaga yang menerima dinar tersebut dari urusan jualbeli tetapi tidak boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan atau bekalan perniagaan dari negeri-negeri lain?
Apakah anda yang menggunakan ringgit mahu mendapat tukaran dinar ketika berbelanja di Kelantan? Apa akan jadi dengan sektor perlancungan di sana? Bagaimana dengan orang Kelantan sendiri yang ingin mengirim wang perbelanjaan untuk anak-anak mereka yang belajar di luar Kelantan? Mahukan pejabat pos menerima sebagai kiriman wang? Mahukan Bank-Bank Perdagangan menerima untuk simpanan/pemindahan wang?
Sememangnya terdapat di negeri China yang mempunyai dua matawang. Satu matawang antarabangsa (Renminby) dan matawang dalam negeri (Yuan). Penggunaan dua matawang ini dilakukan untuk mengawal pengaliran keluar matawang negara. Tetapi kedua-dua matawang tersebut dikeluarkan dan dikawal oleh Bank of China. Nilai Yuan pula bersandar kepada matawang Renminby maka pertukarannya dengan Renminby adalah sah walaupun ianya tidak boleh ditukar dengan matawang antarabangsa yang lain.
Persoalan Pengurusan:
1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap nilai dinar?
2. Apakah negeri Kelantan mempunyai Bank Negeri sendiri yang mempunyai Gabenor?
3. Bolehkah matawang tersebut ditukar kepada ringgit/matawang asing di luar Kelantan sekiranya Bank Negara tidak memperakuinya seperti ketika membeli bekalan di Thailand?
4. Bolehkah dinar digunakan untuk membuat pembelian keperluan import?
5. Bolehkah dinar digunakan untuk membayar bil-bil semasa seperti TNB, Air, Cukai Jalan, Cukai Pendapatan dan sebagainya?
6. Bolehkah dinar digunakan untuk membeli minyak petrol/tiket kapalterbang ke umrah?
7. Bolehkah dinar digunakan di kedai/syarikat franchise?
Mangsa-mangsa yang terlibat:
1. Kakitangan kerajaan negeri
2. Peniaga-peniaga yang memerlukan bahan yang tidak diperolehi dari dalam negeri.
3. Petani-petani yang perlu membeli baja dan racun serangga.
4. Rakyat jelata.
Tidak terlintas di hati aku untuk mengatakan orang Kelantan itu bodoh kerana beberapa tokoh dari Kelantan sendiri pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan sedangkan aku hanya seorang bingai lulusan SPM sekolah kampung.
Ada 4 jenis kelemahan manusia dalam keilmuan:
1. Orang yang bodoh
2. Orang yang tak tahu
3. Orang yang tak mahu tahu
4. Orang yang leka.
TGNA bukanlah seorang pakar ekonomi lalu bolehlah kuanggap sebagai orang yang tak tahu. Bagi seorang pemimpin seperti ini dia sememangnya memerlukan 'ThinkTank'.
Dan terdapat dua jenis 'ThinkTank' yang perlu kita amati:
1. Berfikir untuk sejagat
2. Berfikir untuk diri sendiri.
Tun M juga pernah terleka dalam merealisasikan matawang dinar untuk dunia Islam. Kerana itu dia memerlukan 'ThinkTank' seperti Kakitangan Kementerian Kewangan, Penasihat Ekonomi dan Pasukan Bank Negara Malaysia untuk melakukan penyelidikan.
Jadi, sebagai rakyat yang perihatin terhadap masa depan rakyat DAN diri sendiri, sebaiknya anda cuba menjawab soalan bangang yang si Bingai ini utarakan di atas. Untuk mentafsirkan perkataan 'methodology' sendiri tak mampu aku huraikan. Persoalan yang lebih hebat bukan layak si Bingai ini untuk bertanya kerana terdapat pakar-pakar yang lain. Dari sudut perundangan adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk memberikan penerangan.

Mungkin beberapa akta perlu dirujuk seperti:
1. Akta pengubahan wang haram
2. Akta sistem pembayaran
3. Akta Pertukaran Wang
4. Akta mesin cetak
5. Pengiriman Wang
6. Penerimaan Deposit
7. Penerbitan/pengedaran wang palsu
Jangan sampai dinar emas menjadi seperti matawang Saidina/Monopoly lalu kita menyalahkan kerajaan Pusat kerana tidak mengiktirafkannya. Semua rakyat harus memahami isu ini kerana sekiranya kita tidak memperdulikannya maka kita seolah-olah ingin membiarkan Rakyat Kelantan terperangkap.
Sekiranya kerajaan Kelantan mempunyai peruntukkan kewangan yang begitu banyak untuk dijadikan cagaran/sandaran terhadap dinar berbanding matawang asing, adalah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membangunkan semula KOHILAL. Sebagai sebuah koperasi berdaftar (masih lagi berdaftarkah?) KOHILAL boleh menggunakannya sebagai modal untuk melaksanakan beberapa projek. Mungkin KOHILAL boleh dijadikan PEMBEKAL SETEMPAT untuk Negeri Kelantan dan mengeluarkan dinar seperti sistem baucer tunai (Cash Voucher). Dengan cara ini lebih mudah untuk kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat di samping membantu KOHILAL untuk mendapat keuntungan yang juga akan diagihkan kepada pelabur/ahli.
Rujuk:

House PK: Dinar Emas - Idea Siapakah Yang PAS Guna?
Kijang Jantan: Dinar, Dirham - Pergeseran baru Kelantan dengan Pusat?
Kijang Jantan: Nik Aziz Terpaksa 'Telan' Kata-Kata Dr. Mahathir
Kijang Jantan: Kerajaan PAS Kelantan Akhirnya Akan Persalahkan Kerajaan Pusat
Aspirasi Bangsa: "Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!"
Jutawan Emas: kenapa-dinar-emas-kelantan-susah-untuk-didapati
Malaysia Today: DAP diminta jelaskan isu perdangan dinar emas Kelantan
Wikipedia: Dinar Emas Kelantan
Utusan Malaysia: Duit emas, perak Kelantan boleh dianggap memalsukan matawang?