"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut, tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) lima tahun pun tak takut, sebat enam kali lagi tak takut," - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata orang Islam,
kecuali Kelantan lebih taat kepada agama Islam.
Orang Islam Selangor misalnya lebih taat mengikut ajaran
Islam dan ia tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.
Sebaliknya Kelantan mahukannya demi melaksanakan
undang-undang syariah lebih tegas kerana penganut Islam di negeri itu tidak
takut dengan hukuman sedia ada.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata orang Kelantan juga tidfak
takut dengan denda.
"Kelantan (digelar) Serambi Mekah (tetapi) berlaku
banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).
"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut,
tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) lima tahun pun tak takut,
sebat enam kali lagi tak takut," katanya kepada media di Sungai Besar semalam.
Beliau mengulas langkah Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dibenarkan membawa usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu
selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina
Othman Said.
Menurut PAS usul berkenaan - yang dibawa melalui rang
undang-undang persendirian - adalah untuk memperkasa mahkamah syariah terutama
di Kelantan.
Bagaimanapun Abdul Hadi memohon rang undang-undang itu
dibentangkan dan dibahas pada sesi parlimen akan datang.
Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang
syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka.
"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak
dialah," katanya.