Wednesday, February 17, 2010

MICHAEL DANBY PEJUANG GAY AUSTRALIA SOKONG ANWAR


Michael Danby, seorang berbangsa Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen Australia bersama Anwar Ibrahim

Oleh Pochongmenulis, AIDCclub

Bagi menyelamatkan karier politik yang semakin menjunam dan mengekalkan sokongan penyokong parti kepada dirinya, Anwar Atarturk cuba meraih sokongan antarabangsa bagi menunjukkan bahawa dirinya menjadi mangsa fitnah.Akhir-akhir ini di laman blognya setiap hari di siarkan sokongan dan simpati dari pihak luar ke atas dirinya dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan.

Semua surat dan sokongan tersebut memberi mesej bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik. Namun yang anehnya hampir kesemua penyokong-penyokong Anwar di luar negara tersebut terbabit dalam lingkaran memperjuangkan hak kebebasan gay / lesbian dan mempromosi pluralisme agama di seluruh dunia.l
Kini dilaporkan 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar . Klik Sini dan sini.

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

Pernah menjadi presiden Presiden Mahasiswa Universiti Melbourne dan juga sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Yahudi Australia.Pernah menjadi Penolong Setiausaha Peribadi Barry Cohen, seorang menteri dalam kerajaan Bob Hawke 1983-84, dan Editor akhbar Australia-Israel Review pada 1986-93.Pernah menjadi penasihat menteri Alan Griffiths, Menteri Perindustrian dalam kerajaan Paul Keating, 1993-94.

Beliau dikatakan banyak memberi dorongan kepada Paul Keating dan Bob Hawke untuk menyerang Mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed disebabkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang banyak membela Palestin dan mengecam Israel.Danby merupakan satu-satunya ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi sehingga tahun 2007 apabila semakin ramai orang Yahudi Australia dipilih sebagai pewakilan seperti Mark Dreyfus.Beliau sering bercakap dan memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menengtang tindakan Anti semitik.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

Dalam ucapan beliau di Parlimen Persekutuan pada Disember 2008, ekoran terjadinya peristiwa serangan Mumbai November 2008, Danby menyatakan adalah penting untuk mengingati nama-nama mangsa dan kematian Rabi Gavriel Noach Holtzberg, Rivka Holtzberg dan yang lainnya kerana mereka adalah Yahudi."saya bangun bersuara di dewan parlimen ini dan memuji memori kematian orang-orang tidak berdosa yang terkorban di di Mumbai Ch hanya kerana mereka adalah orang Yahudi" kata Danby sewaktu sidang Parlimen tersebut.

Ketaksuban beliau terhadap agama Yahudi menyebabkan majlis perkahwinan Yahudi diadakan buat pertama kalinya di bangunan Parlimen Australia.Di Australia beliau dan Mike Kelly dianggap sebagai orang yang bertangungjawab melobi Kerajaan Australia agar memberikan sokongan kepada Israel dan Zionis. klik sini

Melalui lobi-lobi Yahudi yang diusahakan oleh Danby dan Kelly dan termasuk La Gilladine orang Yahudi di Australia dapat mengawal politik Australia mengikit apa yang diingin zionis, begitu juga dengan dasar luar negeri Australia. Klik sini. Danby juga banyak memberi dokongan dan sokongan keatas tindakan kekejaman Israel kepada Palestin di Gaza.

Selain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II .

Dia telah meminta kerajaan meluluskan pencen dari pasangannya yang telah gagal diberikan oleh pihak kerajaan.Michael Danby lancarkan Tahun 2003 bagi menunjukkan sokongannya kepada kelompok hubungan Gay/lesbian beliau telah melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.

Bagi menunjukkan beliau komited memperjuangkan nasib kelompok Gay Australia beliau telah melantik seorang wartawan dan aktivis dari kelompok gay sebagai pegawai pembantunya."Saya gembira Adam sudi berkerjasama dengan saya bagi pemilihan akan datang,
“Saya tahu bahawa komuniti gay dan lesbian merupakan kelompok penting daripada bilangan pengundi di Melbourne Port, dan Adam mempunyai pengalaman hebat dalam memperjuangkanhak-hak gay dan lesbian, dan saya percara dia akan dapat membantu membantu saya mewakili komuniti lebih berkesan. " kata Michael Danby.

Adam Carr telah menjadi aktivis gay dan wartawan sejak akhir tahun 1970. Pernah menjadi editor majalah homoseksual Australia. Bagi memenangi kelompok Gay di Australia, Danby juga pernah mengambil bahagian dalam perarakakan gay di Sydney dan Melbourne, bagi mendesak masyarakat mengiktiraf kelompok tersebut dalam masyarakat.

Berdasarkan fakta ini sebenarnya adalah tidak menjanggalkan jika ahli Parlimen Australia mengambil tindakan membuat bantahan terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa Anwar Ibrahim.

Anwar dan Danby sebenarnya saling mengenali, sewaktu dialog antara agama di Australia Disember 2009 sebelum ini yang membincangkan pentingnya pluralisme agama, kedua tokoh ini sempat berbincang dan bersua muka antara satu sama lain.

Bukanlah suatu yang janggal sebenarnya apabila seorang pejuang gay dan Yahudi membela Anwar Ibrahim, tetapi adalah suatu yang janggal jika ada kelompok masyarakat islam sanggup bersama-sama bertakbir membela keburukan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

sumber - pochong

Monday, February 15, 2010

RAJA DINISTA HANYA KERANA TIDAK DAPAT JADI MB

(http://teganukini.blogspot.com)

Keputusan Mahkamah Persekutuan 5-0 mengekalkan keputusan Sultan Perak yang telah melantik Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak, mengesahkan kuasa Sultan yang sebelum ini dijelaskan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim.

Tindakan membawa kes ini ke Mahkamah jelas satu penderhakaan kepada Sultan Perak kerana perlantikan Menteri Besar merupakan kuasa Sultan dan bukannya kuasa Mahkamah. Undang-Undang Negeri amat jelas apabila memperuntukan Sultan boleh mengenepikan mana-mana peruntukan perlembagaan sekiranya menghalang baginda daripada melantik seorang ADUN yang baginda perkenan.

Amalan ini jelas, bukan sahaja berlaku di Perak, malah berlaku di Perlis dan Terengganu. Manakala di Johor, Tuanku Sultan menitahkan Perdana Menteri mencalonkan orang yang baginda perkenan bagi dilantik sebagai Menteri Besar sebagai calon ADUN dalam pilihanraya.

Berikut ulasan Hambali Abdul Latif dalam blognya Rakyat Malaysia:

Selepas mendengar keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan minggu lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak boleh membawa kepada 'sistem pemerintahan beraja mutlak'.

Beliau juga mendakwa keputusan berkenaan merupakan petanda 'hitam' dalam sejarah Malaysia serta memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh.

Beliau menyifatkan keputusan berkenaan seolah-olah telah mengetepikan prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. "Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy.”

Dengan kata lain Mohd Nizar beranggapan kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara.

Sesuaikah kenyataan sebegini dibuat oleh seorang rakyat yang bernaung di bawah Perlembagaan yang menetapkan kuasa raja sedemikian.

Juga persoalan apakah benar Tun Dr Mahathir Mohamad dan UMNO yang melucutkan kuasa raja?

Benarkah kata-kata bahawa selepas krisis Perlembagaan yang diakibatkan oleh haramnya UMNO pada 1988 menyebabkan terhakisnya kuasa raja?

Kemarahan Mohd Nizar dan mereka yang menentang keputusan Mahkamah Persekutuan, selain istana melantik Menteri Besar di Perlis dan Terengganu semata-mata kerana mereka gagal mendapat jawatan.

Dengan kata lain kegagalan Tan Sri Shahidan Kassim, Datuk Seri Idris Jusoh serta juga Mohd Nizar untuk kembali menjadi Menteri Besar menyebabkan penyokong mereka mengkritik, malah ada yang sampai mencerca Raja.

Baru-baru ini, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Mohammad Nizar daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mohd Nizar menyifatkan keputusan berkenaan merupakan petanda 'hitam' dalam sejarah Malaysia kerana beliau mendakwa institusi kehakiman di negara ini masih belum bebas daripada sebarang pengaruh."Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman di beri ruang sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan. Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh," katanya.

Jelasnya kemelut politik di Perak tidak akan selesai sehingga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan.

Bagi saya, tiada siapa yang mampu mempertikaikan bahawa pilihan raya semula akan menentukan siapa akan berkuasa sama ada di Perak, Terengganu atau juga Perlis.

Cumanya, di Perak adalah kes straightforward apabila Barisan Nasional (BN) akan berdepan pembangkang.

Bagaimana di Terengganu dan Perlis?

Rasanya kedua-dua negeri ini bukan sahaja akan BN akan berdepan pembangkang tetapi juga sabotaj daripada ahli UMNO sendiri.

Di Terengganu, pada pilihan raya kali ini dijangkakan akan ada permainan cah keting khususnya di kalangan yang belum-belum puashati dengan Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Antara perkara-perkara yang dijangka akan menyebabkan berlakunya kejadian berkenaan termasuklah siapa calon yang akan bertanding. Calon yang dipilih akan mencerminkan kehendak parti dan kepimpinan negeri.

Persoalannya apakah wakil rakyat yang menentang kepimpinan negeri sekarang akan dipilih semula atau akan digantikan?

Juga siapakah penentu calon nanti? Apakah Ketua-ketua Bahagian mempunyai kuasa melantik atau semata-mata ditentukan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri?

Apakah Ahmad Said akan dicalonkan semula atau digugurkan seperti berlaku sebelum pilihan raya 2008? Apakah aka nada bantahan-bantahan terhadap calon yang akan dipilih?

Di Perlis, soal pemilihan calon dan apakah menteri besar sekarang akan dikekalkan juga menjadi persoalan. Beberapa akhbar mingguan sedang memainkan cerita kononnya menteri besar akan ditukar dalam tempoh terdekat.

Seperti Ahmad Said juga, kedudukan mereka sering dipersoal dan tempoh berapa lama akan menjawat jawatan berkenaan sering diperkatakan.

Persoalan di sini ialah apakah pemimpin UMNO dan sekumpulan yang menentang kepimpinan negeri ketika ini sanggup berdepan dan ‘mempersoalkan’ keputusan istana dalam melantik mereka itu?

Bagaimana kita mengharapkan kaum lain menghormati Raja-Raja Melayu sendiri jika pemimpin Melayu sendiri mempertikaikan keputusan Raja?

Saya juga hairan bagaimana orang seperti Mohd Nizar serta kumpulan yang menyokong pihak tertentu di Terengganu dan Perlis yang menganggap dirinya Melayu tetapi terus menerus mempersoalkan keputusan Sultan Perak.

Apakah hanya kerana bos mereka tidak dapat menjadi Menteri Besar dan sebab-sebab politik sanggup terus mencerca dan mempersoalkan keputusan Raja Melayu?

Lebih menyedihkan ketiga-tiga yang dinista itu adalah dua bekas Yang DiPertuan Agong dan Sultan Mizan Zainal Abidin ketika ini adalah masih Yang DiPertuan Agong.

Jenis Melayu apakah mereka ini?

Tuesday, February 9, 2010

ANWAR KAKI PENIPU?

Daripada hambali.blogspot.com

Benarkah Anwar Ibrahim kaki penipu atau kelentong?

“Ya...” kata Ezam Mohd Nor. Bukan orang lain yang kata Anwar kaki kelentong. Bekas orang kuatnya.

Sudah berapa lama Anwar kaki penipu?

Apabila Ezam Mohd Nor mengatakan ‘Anwar jangan tipu rakyat lagi’, apakah bermaksud selama ini Anwar kaki penipu?

“Dulu saya merupakan orang yang berada di barisan hadapan menyokong dan membela beliau.
Tetapi hari ini, ramai yang semakin sedar, nampak kebenaran dan tahu siapa sebenarnya Anwar.

Anwar adalah seorang pemimpin yang meletakkan cita-cita dan masalah peribadinya, mengatasi cita-cita, wawasan dan masalah Negara.”

Demikian tegas Ezam. Apakah juga bermakna mereka yang ‘melarikan atau menjauhkan diri” daripada Anwar kerana tidak mahu bersubahat menipu rakyat?

Semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberi nasihat agar tidak terus menipu atau mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau hingga menyusahkan mereka.

Siapa yang memberikan nasihat?

Beliau ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri.

Ezam berkata, ramai rakyat yang tertipu dengan helah Anwar sebelum ini termasuklah dirinya sendiri sehingga mempercayai segala pembohongannya.

Beliau mengulas mengenai kurangnya sokongan rakyat terhadap siri demonstrasi yang diadakan sebagai bantahan terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu berbanding sewaktu Ezam mengetuai demonstrasi pada tahun 1998.

Menurut Ezam, Anwar mungkin seorang yang hebat berpidato sehingga mampu meyakinkan rakyat untuk berdemonstrasi tetapi tindakannya itu hanya untuk memenuhi kepentingan peribadinya semata-mata.

Ezam mengingatkan rakyat Malaysia supaya membiarkan masalah peribadi Anwar diselesaikan oleh beliau sendiri.

“Jangan kita rosakkan dan musnahkan masa depan hanya kerana membela pemimpin yang tidak ada ciri kenegarawan dan mempunyai moral yang tidak baik seperti itu,” katanya.

“Saya nasihatkan Anwar, jangan heret rakyat lagi. Masalah peribadi beliau, selesaikanlah sendiri. Mengapa perlu pengaruh rakyat untuk turun berdemonstrasi. Ia akhirnya akan menyusahkan rakyat.

“Apabila ditangkap, (rakyat) perlu bayar wang ikat jamin, bahkan ada yang kehilangan kerja sehingga ke hari ini sedangkan Anwar bersenang-lenang. Anwar harus hentikan semua ini,” katanya di Pelabuhan Kelang semalam.

Sebelum ini Ezam meminta umat Islam dan rakyat negara ini supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Anwar dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Beliau mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak. Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pada 5 Januari 2010, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.

Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.

HALAL BUKAN ISU REMEH

SESEKALI masyarakat Islam di negara ini digemparkan dengan dakwaan sesuatu produk itu diragui status halalnya, dan mereka akan menjadi begitu cemas serta menjadi berhati-hati dalam membuat pembelian makanan atau produk berkaitan.

Tidak kurang juga yang menjadi jaguh debat, pantas menuding jari kepada pelbagai pihak yang dipertanggungjawabkan dengan penguatkuasaan halal.

Pihak ini bagaimanapun gagal menuding jari kepada diri sendiri, gagal melihat kepada kelemahan dalam membuat penilaian dan pemilihan sebelum membuat transaksi pembelian.

Daripada roti kepada sosej, ubat gigi dan pinggan mangkuk, itu ialah antara produk yang dikaitkan dengan isu halal beberapa ketika dulu.

Terdapat juga laporan mengenai beberapa produk kesihatan yang diuji dan didapati tidak halal kerana mengunakan kapsul gelatin daripada babi.

Cuma apabila 'ribut' berakhir, sesetengah pengguna Islam kembali ke takuk lama. Soal keliru atau terpedaya tidak lagi menjadi polemik menghiasai ruangan berita atau surat pembaca.

Keprihatinan mereka tentang halal tidak ubah seperti 'ribut di dalam cangkir'!

TIDAK PERSOAL

Mereka tidak lagi memberatkan status halal haram dan kembali makan apa sahaja yang sedap pada tekak meskipun di premis yang tidak memaparkan logo atau sijil halal.

Mereka juga membeli apa yang menarik perhatian tanpa ada rasa tanggung jawab untuk meluangkan masa, membaca label produk, meneliti kandungan ramuan mahu pun memeriksa nama atau identiti pengilang!

"Masa belajar di luar negara, saya memang teliti kalau nak membeli barang makanan. Balik ke Malaysia, saya beli apa sahaja, lagi pun produk buatan Malaysia tak mungkin tak halal," Nor, seorang pekerja swasta memberitahu penulis apabila ditanya pandangannya tentang isu halal.

"Ada tulis halal, mesti halalkan?" soal seorang makcik peniaga yang rata-rata barang yang dijualnya makanan ringan dan pembelinya kebanyakan kanak-kanak sekolah.

Satu daripada produk yang begitu laris dijual ialah serbuk pelbagai warna perasa yoghurt yang diisi di dalam sampul plastik panjang. Produk dari Filipina ini mempunyai perkataan 'halal'.

Sikap Nor dan peniaga ini mungkin juga dikongsi sebahagian besar masyarakat pengguna Muslim di negara ini. Antara tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, ramai yang akhirnya dikhuatiri terpedaya dan tertipu!

PANDANG REMEH

Menurut Saimah Mukhtar, Pengarah Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), meskipun perkataan halal itu sendiri tidak wajar dipandang remeh tetapi keadaan itulah yang banyak berlaku sekarang.

"Di premis makanan bukan Islam, letak sahaja perkataan halal atau lihat juruwang atau pelayan bertudung, ramai orang Islam yang masuk makan.

"Begitu juga jika penjual itu pakai kopiah putih, terus buat andaian orang Muslim dan beli apa yang dijualnya.

"Inilah sikap sesetengah orang Islam kita yang pandang ringan soal halal," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau turut menarik perhatian kepada sesetengah pengguna Islam yang sanggup berkunjung ke sesebuah premis makanan bukan Islam hanya kerana ia mempamerkan perkataan "bebas babi" atau "bebas alkohol".

"Ini amat mengelirukan. Tak ada babi atau tak ada alkohol tak bermakna halal," tegas Saimah.
Beliau menegaskan sesetengah pengguna Islam juga tidak memberatkan aspek 'thoyiban' yang boleh dikaitkan dengan semua aspek positif seperti berzat, bersih, berkualiti, selamat dan tidak membawa kemudaratan kepada manusia.

Dalam sesetengah kes, ada juga orang Islam yang sanggup berkunjung ke premis makanan bukan Islam meskipun tiada jaminan halal hanya kerana makanan yang dijual sedap.

Amri Abdullah, Penolong Pengarah, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal Jakim memberitahu Bernama, beliau pernah mengajukan soalan kepada pelanggan Islam ketika membuat operasi di sebuah premis makanan.

Pelanggan berkenaan, katanya dengan wajah yang selamba menjawab "makanan sedap ustaz" meskipun beliau maklum pengusaha restoran tersebut bukan orang Islam.

DALIL HALAL

Di samping gaya hidup yang sihat, makanan sering dikaitkan sebagai faktor penting yang menentukan tahap kesihatan dan kesejahteraan minda serta tubuh badan seseorang individu.
Bagi masyarakat Islam, pemilihan makanan sewajarnya bukan sahaja mengutamakan kandungan khasiat atau zat.

Ini kerana Islam mempunyai piawaian atau standard tersendiri iaitu 'halalan thoyiban' (halal, baik dan selamat) dalam soal makanan dan pemakanan.

Perkara ini banyak ditekankan melalui firman-firman Allah SWT serta hadis Rasulullah SAW.
Antara firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud "Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Di dalam surah al-Nahl ayat 114-115 pula Allah berfirman, antaranya bermaksud "Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja di dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

PENGARUH HALAL KEPADA PERIBADI

Kehalalan makanan mengikut syariat agama mempunyai pengaruh besar kepada pembentukan serta perkembangan peribadi seseorang Muslim.

Seperti yang disabdakan Rasulullah (Hadis riwayat at-Tarmizi)yang bermaksud "Setiap daging yang tumbuh daripada benda atau makanan yang haram maka nerakalah yang lebih utama baginya."

Ini bermakna setiap makanan yang tidak halal yang dimakan oleh seseorang Muslim akan menjadi menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan serta perkembangan peribadinya.

Justeru, mulia atau buruknya peribadi serta pekerti seseorang Muslim itu ternyata bersandar kuat kepada halal atau haram makanan yang masuk ke dalam perutnya. Jika haram makanan yang dimakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ketakwaan dan nilai ibadat seseorang individu Muslim itu tetapi juga akan mengakibatkannya dicampak ke dalam api neraka sebagaimana sabda Rasululullah di atas.

Rasululullah juga bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga terang dan jelas dan antara kedua-duanya ada perkara-perkara syubhat (sesuatu yang hukumnya tidak diketahui dengan jelas hukum halal haramnya). "Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesunggunya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya."

MAKSUD HALAL

Halal berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna 'dibenarkan' atau 'dibolehkan' oleh Hukum Syarak. Jakim menggariskan 'Hukum Syarak' bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafie atau dalam mana-mana Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Undang-undang itu juga telah dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana Negeri dikuatkuasakan di dalam Negeri berkenaan.

Konsep Halalan Thoyiban juga bukan hanya terbatas kepada bersih dan suci daripada babi atau najis tetapi juga mengambil kira aspek yang lebih meluas untuk apa sahaja yang hendak dimakan, diminum atau digunakan.

Antaranya halal dalam cara memperolehnya yang tidak melalui cara haram seperti mencuri, merompak atau rasuah dan piawaian ketat Islam ini juga mencakupi cara pemprosesan serta penyimpanan. Bermula dari ladang sampai ke meja.

TAKRIF DI BAWAH AKTA PERIHAL DAGANGAN

Di samping itu, takrif 'Halal' juga diperjelas di dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975, takrif 'Halal' bukan terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.

Ia juga bermaksud tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Ia juga tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengkut Hukum Syarak.

IMPAK PERBAHASAAN

Perintah tersebut juga menggariskan peraturan membabitkan penyediaan pemprosesan serta penyimpanan yang tidak bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak di atas atau apa-apa benda yang dihukum najis mengikut Hukum Syarak.

Takrif 'Halal' di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan)mempunyai implikasi yang mungkin tidak disedari pengguna lebih-lebih lagi pengilang. Menurut Saimah, ia mempunyai kesan yang cukup besar meskipun tidak ada akta setakat ini yang mewajibkan produk atau industri menggunakan perkataan halal sama ada dalam bentuk logo atau perkataan.

Beliau memberi contoh 'perbahasaan' termasuk perkataan halal (Rumi atau Jawi), ayat Quran, perkataan Allah, Muhammad atau Bismillah, gambar Kaabah, perempuan bertudung, lelaki bersongkok yang boleh ditafsirkan sebagai halal.

"Apabila pihak industri atau premis atau apa mana-mana pihak menggunakan perbahasaan itu, terbukti tidak halal, atau sebaliknya, tindakan boleh di ambil di mana denda sehingga RM250,000 boleh dikenakan.

"Peranan Jakim ialah sebagai badan pensijilan yang memberi pengesahan halal melalui sijil logo, sementara tindakan boleh diambil sama ada oleh KPDNKK atau Kementerian Dalam Negeri," jelas Saimah.

Rencana BERNAMA