Islam
ajar jangan terburu buru kata Husam.
ADUN Salor, Datuk Husam Musa malam 13 Mei mengakui telah
jatuh cinta kepada satu parti setelah di"cerai"kan oleh parti asal
beliau tetapi tidak dapat umumkan sekarang kerana masih dalam edah.
"Masa dalam edah ni tak boleh sesiapa masuk meminang
apa lagi di khalayak ramai macam ni," kata Husam merujuk kepada pelawaan
Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di majlis makan
malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh di sebuah resort di Tok
Bali, dekat Pasir Puteh.
Wan Rahim yang berucap sebelum itu mencadangkan supaya
beliau segera menyarung sut oren sebagai tanda menyertai Amanah dan meminta
sehelai baju berlogo Amanah dihadiahkan kepada Husam.
Seorang peserta makan malam kemudian membawa baju warna
oren untuk diserah kepada Husam namun beliau hanya mengambil baju tersebut tapi
tidak memakainya.Lebih seribu hadir di makan malam
pertama kehadiran Husam selepas dipecat Pas.
Dalam ucapannya beliau terus menyatakan belum menerima
sebarang surat berhubung pemecatannya dan hanya mengetahui hal tersebut
daripada media atau pihak lain.
"Ada orang minta saya merayu, tapi apa yang saya nak
rayu kerana kesalahan saya pun sehingga ini tidak diberitahu," kata
beliau.
Berkenaan tuduhan beliau juga kononnya menerima rasuah
berkaitan balak beliau mencabar mana-mana pemimpin negeri untuk mendedahkan
akaun masing-masing untuk dinilai rakyat.
"Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar Abdullah atau
mana-mana pemimpin boleh umum akaun bank masing-masing untuk tunjuk kedudukan
kewangan masing-masing.
.
"Saya boleh dedahkan akaun saya, mereka buka akaun
mereka, kita tengok berapa banyak duit saya ada sehingga terus menerus buat
fitnah," kata beliau.
Amanah Pasir Puteh mendapat pujian
penasihat Amnah atas kejayaan mengerakkan parti peringkat akar umbiBerkenaan
kempen turunkan Najib melalui gerakan Selamatkan Malaysia, beliau yakin
sokongan besar akan diberi oleh rakyat.
"Sekarang dah dapat 1.27 juta tandatangan dan kita
akan serah kepada Yang Dipertuan Agong dan selepas ini kita akan menggerakkan
banyak lagi usaha sehingga gerakan ini menjadi kenyataan," katanya.
Tajuk asal - Saya jatuh cinta kepada satu parti tapi tak boleh sebut kerana dalam edah, kata Husam