Tuesday, July 6, 2010

UMNO BUKAN PARTI MEMUJA PEMIMPIN

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata UMNO bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama.

"Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan anggotanya berpaling tadah kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno empat peringkat di Kompleks UMNO Bukit Nangka, dekat Jeli, semalam.

Mustapa yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli, berkata gabungan parti dalam pakatan pembangkang, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP adalah rapuh dan bukan merupakan ikatan yang kuat.

"Tetapi oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (pilihan raya umnum 2008) menyebabkan rakyat menolak Umno atau BN.

"Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat daripada parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka," katanya.

350,000 RAKYAT KELANTAN GAGAL DAPATKAN AIR BERSIH

Daripada www.lawi-ayam.blogspot.com

Apakah nasib yang akan menimpa kepada 30 peratus atau 350,000 lagi penduduk Kelantan yang tidak mungkin dapat bekalan air bersih?

Bukankah mereka dengan sendirinya menjadi kumpulan rakyat yang terpinggir?

Kenapa baru sekarang Kerajaan PAS Kelantan mengakui tidak mampu untuk membekalkan air bersih dengan alasan tinggal di pedalaman dan bahagian selatan Kelantan?

Juga wajarkah kerajaan negeri member alasan kononnya terpaksa menangung kos yang tinggi untuk membekalkan air bersih di kawasan pedalaman?.

Kerajaan PAS Kelantan semalam mengakui hanya mampu memenuhi keperluan bekalan air bersih kepada 70 peratus daripada 1.5 juta penduduk negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Infrastruktur, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman dan bahagian selatan Kelantan belum dapat menikmati bekalan air bersih yang disalurkan syarikat di bawah kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Menurutnya, kos yang tinggi untuk penyediaan sistem bekalan ke lokasi yang berjauhan dari paip utama menjadi antara faktor bekalan air bersih gagal disalurkan sepenuhnya.

"Kegagalan ini wujud berikutan kedudukan rumah-rumah penduduk yang berjauhan. Biasanya kita dapat selesaikan masalah bekalan air penduduk yang tinggal di kawasan 'kompak' seperti taman perumahan di bandar Gua Musang.

"Tetapi untuk menyediakan sistem paip ke beberapa rumah di lokasi-lokasi yang terasing dari penempatan utama akan memakan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Jajahan dan Loji Rawatan Air Terbaik di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu 4 Julai lalu.

Hakikatnya, isu bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan tidak usahlah memperkatakan sama ada rakyat tinggal di Gua Musang atau sebagainya.

Lihatlah sendiri bagaimana kawasan sekitar Kota Bharu, umpamanya di sekitar Wakaf Che Yeh, penduduk terpaksa menggunakan pam sendiri.

Harapkan air paip AKSB? Sudah lebih sepuluh tahun syarikat itu gagal membekalkannya.
Bagaimana Kerajaan PAS Kelantan boleh menganugerahkan Loji Rawatan Air Terbaik sedangkan masih banyak kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.