Friday, March 2, 2012

Perdana Menteri Janji Selesai Masalah Rakyat Jika BN Perintah Kelantan


Rakyat Kelantan kena fikir masak-masak jangan ada sentimen.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat Kelantan memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi membolehkan BN menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan PAS.

Perdana Menteri berkata kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, masalah ladang rakyat, masalah kemudahan asas dan masalah perumahan rakyat.

"Di bawah kerajaan Barisan Nasional, InsyaAllah jika diberi mandat nanti, kita jamin masalah air selesai, kita akan jamin masalah ladang rakyat selesai, kita akan jamin kemudahan asas selesai, kita jamin perumahan rakyat akan kita laksanakan," katanya.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli hari ini.

Ucapan Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh kira -kira 20,000 orang yang hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini turut melaungkan "Gelombang Merah" dalam mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini.

Najib berkata kerajaan BN akan mengubah landskap negeri ini dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

"InsyaAllah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan," katanya.

Beliau berkata PAS terbukti tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah negeri ini, sejak 1990.

Katanya PAS tidak mempunyai agenda untuk membangunkan rakyat dan negeri ini, sebaliknya apa yang diutamakan pemimpin itu ialah hanya kemenangan pilihan raya.

"Kelantan...kita nak maju, orang Kelantan ramai cerdik pandai, inilah tempat kita nak majukan umat Islam," katanya, sambil meminta rakyat memberi sokongan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam membawa perubahan di Kelantan.

Mustapa adalah anggota Parlimen Jeli dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

"Oleh itu, adik kakak sekelian, ambo (saya) nak pesan, kalau sayangkan ambo, kena sokong Datuk Pa ini, Datuk Pa orangnya jurus dan rajin, Datuk Pa, siang malam kerja," katanya sambil menyatakan bahawa Mustapa gigih membawa pelaburan ke Malaysia di mana tahun lepas sebanyak RM105 bilion.

Perdana Menteri juga berkata penubuhan Universiti Malaysia Kelantan, yang mendapat sokongan kuat daripada beliau, menunjukkan kerajaan BN mengutamakan ilmu untuk rakyat.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk di Parlimen Jeli.

Isu Yahudi - Haha...Nik Aziz Dah Kena Kelentong Oleh Anwar

Daripada hambali1
Tajuk asal "SOKONG YAHUDI - ANWAR SEMAKIN MENGKHIANTI ALLAH, RASULULLAH & ISLAM?"

"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar kantoi lagi.

Pengkhiantannya kepada RAKYAT PALESTIN semakin jelas!


Apakah Anwar kini semakin terserlah mengkhianati Allah, Rasul dan Islam (mengambil kata-kata Pengerusi Pentadbirasn Yayasan Al Qurds Malaysia , Nasharuddin Mohd Isa) apabila kenyataannya sebelum ini kononnya Hamas sudah difahami dengan kenyataannya 'menyokong negara Yahudi' sebenarnya tidak berlaku?


Semalam, Hamas menafikan pihaknya menyokong penubuhan negara Yahudi sambil menempelak Anwar'berbohong' dalam perkara ini.

Anwar cuba mempergunakan gerakan menuntut kemerdekaan Palestin, Hamas untuk menyokongnya dalam isu kenyataannya menyokong penubuhan negara Yahudi.

Namun ternyata Hamas tidak berpendirian seperti Anwar. Amat jelas pendirian mengatakan Hamas memahami penjelasannya tersasar jauh.

Semalam Hamas secara rami menafikan pendirian pertubuhan itu selari dengan yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

Kenyataan itu adalah tamparan hebat kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Apakah makna kenyataan ini?


Laporan NST hari ini mengenai kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook.

Apakah Dr Mousa tidak sealiran dengan Khalid Mashal?

Tidak mungkin sama sekali
.
Kata Dr Mousa : "Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Malah menurutnya, kewujudan negara Yahudi itu menyebabkan campur tangan dan mengancam keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.

“Ketamakan Israel tidak akan berhenti, Ia akan diteruskan untuk memperluaskan wilayah taklukannya di bumi Palestin dan Hamas akan meneruskan perjuangan suci membebaskan Palestin,” tegas Dr Mousa.

Amat jelas pendirian Anwar itu bertentangan dengan hasrat dan pendirian umat Islam seluruh dunia dan pemimpin pembangkang itu mengkhianati Islam!