"Destinasi sebenar pelancong yang masuk ke Kelantan sekarang adalah Pulau Perhentian di Terengganu serta pusat pelancongan di Thailand seperti Songkla, Hat Nyai, Krabi, Phuket dan lain-lain."
Oleh Zulkifli Sulong
KOTA BHARU (10
Oktober 2016): Melancong ke Kota Bharu 20 atau 30 tahun lalu merupakan
pengalaman berbeza. Pelawat akan mendapati ramai pelancong asing berkeliaran di
bandar itu terutama di stesen bas dan juga pasar malam.
Namun keadaan itu
kini sudah bertukar. Tidak ramai pelancong di bandar Kota Bharu, walaupun ramai
masih boleh ditemui di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Satu daripada
puncanya ialah Kelantan kini hanya menjadi transit pelancongan, bukan destinasi
pelancong sebenarnya , disebabkan kekurangan promosi dan produk pelancongan di
negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Akibatnya, walaupun
lebih 4 juta pelancong memasuki Kelantan setiap tahun dan terus meningkat,
pendapatan industri pelancongan tidak sepadan dengannya, kata pengusaha industri ditemui FMT.
Ke Terengganu
Ke Terengganu
Penggiat industri
pelancongan Mohd Hishamudin Ghazali berkata destinasi sebenar pelancong yang
masuk ke Kelantan sekarang adalah Pulau Perhentian di Terengganu serta pusat
pelancongan di Thailand seperti Songkla, Hat Nyai, Krabi, Phuket dan lain-lain.
“Mereka lebih senang
turun di lapangan terbang Pengkalan Chepa di Kota Bharu kerana ia lebih dekat
dengan destinasi itu berbanding Bangkok yang lebih jauh ke utara atau Kuala
Terengganu yang jauh ke selatan,” kata Hishamudin kepada FMT.
Sebab itu, katanya,
ramai yang masuk Kelantan tetapi bukan berbelanja di negeri ini.
Katanya, sebelum ini
ramai pelancong ditemui di Kota Bharu kerana menggunakan sistem pengangkutan
awam seperti bas dan teksi untuk ke destinasi sebenar.
Bagaimanapun, dengan
wujudnya sistem penerbangan tambang murah, mereka terus ke destinasi dari
lapangan terbang dengan menggunakan van dan bas yang disediakan hotel ke tempat
destinasi pelancongan sebenar mereka.
Kelantan pernah
digemari pelancong kerana makanannya, dan ramai berkunjung ke gerai makan
seperti Padang Bas yang terletak di tengah pusat bandar, bersebelahan stesen
bas Kota Bharu.
Tetapi selepas pasar
malam itu dipindahkan untuk pembinaan pusat membeli belah, ia tidak menarik
perhatian pelancong lagi kerana tempatnya yang tersorok di samping bau busuk
kerana terletak di sebelah pusat pengumpulan sampah.
“Kalau pelancong
menjadikan Kelantan sebagai destinasi, maka akan penuhlah pantai Irama dan
Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khatijah, pasar malam dan lain-lain dengan
pelancong, tetapi mereka tidak ada di situ lagi.
“Puncanya Kelantan
tiada produk pelancongan di samping masalah jalan raya yang teruk serta
kebersihan yang tidak terjaga dengan baik,” kata Hishamudin.
Tiada usaha
Tiada usaha
Menyedari Kelantan
sebagai transit saja, kerajaan negeri sebelum PAS cuba mengikat mereka dengan
pelbagai persembahan kebudayaan untuk menarik mereka kekal di Kelantan.
Namun selepas
kemenangan PAS mulai tahun 1990, sedikit demi sedikit persembahan kebudayaan
sebegini dihentikan kerana dianggap bertentangan dengan dasar Islam yang dibawa
parti itu.
Timbalan menteri
besar Kelantan pada awal pemerintahan PAS-Semangat 46, Rozali Isohak
(1990-1995) menyedari hal ini, begitu juga exco pelancongan dari Semangat 46,
Zianon Abdin Ali.
Kedua-duanya cuba
menyelesaikannya dengan memberikan alternatif menerusi produk pelancongan lain
termasuk memajukan Air Terjun Gunung Stong di Jeli. Persembahan kebudayaan khas
untuk pelancong juga diperkenalkan.
Selepas mereka, ia
terbiar dan kemudahannya mula rosak dan reput.
Hishamudin bersetuju,
agrotourisme boleh membawa balik pelancong ke negeri ini namun ia perlukan
kesungguhan dari semua pihak yang terlibat khasnya pihak kerajaan dan pengusaha
industri pelancongan.
Beliau sendiri sedang
mengusahakan produk sebegini dengan membangunkan pulau di negeri itu untuk
menarik pelancong transit ini dengan menjadikan produk pelancongan tempatan
sebagai destinasi.
Menurut Hishamudin,
hutan Kelantan juga masih cantik untuk menjadi tarikan pelancong tetapi
sekarang sedikit terganggu akibat pembalakan yang terlalu agresif.
“Air Terjun Gunung
Stong di Jeli antara produk pelancongan terbaik di Asia Tenggara kerana ia
dijolok sebagai air terjun tertinggi tetapi tidak ada kemudahan yang mencukupi
untuk pelancong jadikan ia sebagai destinasi mereka.
Pulau Perhentian...lebih dekat dari Pengkalan Chepa. |
“Isunya adalah
kelemahan pengurusan untuk menjadikan produk pelancongan kita kompetitif. Tak
mampu bersaing. Produk bagus tetapi pengurusan lemah,” katanya.
Kekurangan hotel besar
Hishamudin berkata,
ia antara sebab Hotel Perdana yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri sebelum
ini kini sudah dijual dan Perdana Resort di PCB juga akan dijual, katanya.
Menurut beliau, 5-10
tahun lalu, Kelantan mula menjadi pusat tumpuan umat Islam dari negara Arab dan
juga Asia Tenggara khasnya Thailand, Cambodia, Myanmar dan Laos serta Singapura
dan Brunei untuk datang dan berbelanja.
“Tarikan utama ketika
itu adalah kerana banyaknya sekolah pondok dan menteri besarnya Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat. Tetapi selepas Tok Guru meninggal, sekolah pondok juga mula pupus
terutama pondok kecil, mereka juga kurang datang,” katanya.
Kelantan juga,
katanya, lemah dari segi kemudahan hotel untuk pelancong yang mampu berbelanja
lebih.
“Kita ada da saja
hotel bertaraf 5 bintang iaitu Hotel Perdana dan Renaissance,” katanya.
Sebelum ini, katanya,
Bandar Baru Lojing yang sejuknya sama dengan Cameron Highlands juga dikira
bakal menjadi produk pelancongan yang menarik di Kelantan.
“Namun sejak
akhir-akhir ini, Lojing sudah menjadi pusat penerokaan haram mereka yang lari
dari Cameron Highland pula,” dakwa Hishamudin.