Thursday, May 31, 2012

CadanganSupaya PAS Bincang Dengan Kerajaan Pusat Bina Lebuh Raya Tidak Akan Ke Mana-Mana

Nak harapkan Kerajaan Kelantan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan? Jauh panggang dari api!

Saranan anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya  kerajaan Kelantan pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan berbincang bagi pembinaan lebuh raya antara Kota Baharu ke Kuala Krai pasti tidak akan sampai ke mana-mana.

Kalau Ku Li nak bawa duit atau bincangkan isu petroleum, mungkin laju je langkah pemimpin PAS Kelantan.

Memang benar kebimbangan Ku Li bahawa tujuan perbincangan ialah untuk mengelak pertindihan dalam pelaksanaan projek itu.

Namun bagi pemimpin PAS khususnya Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa, tak usah haraplah.

Mereka bina lebuh raya berkenaan dengan niat untuk dapatkan kredit dan kebanggaan.

Mereka mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra bagaimana Kerajaan Kelantan tanpa bantuan kerajaan Pusat bina jambatan itu.

Ku Li timbulkan perkara ini kerana terdapat cadangan supaya kerajaan persekutuan membina lebuh raya yang menghubungkan Kota Baharu, Kuala Krai, Gua Musang di Kelantan hingga ke Bentong di Pahang.

Menurut Ku Li: "Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gua Musang pada 4 Mei lepas, saya mencadangkan supaya kerajaan persekutuan membina lebuh raya itu dan mendapat respon baik daripada perdana menteri,”

Ku Li timbulkan perkara ini selepas majis perjumpaan dengan Anggota Jawatankuasa MCA bahagian Gua Musang di Gua Musang semalam.

Beliau mengulas mengenai Menteri Besar Kelantan yang merasmikan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya rakyat tanpa tol dari Kota Baharu ke Kuala Krai dua hari lepas.

Lebuh raya dua lorong sehala itu yang melibatkan kos kira-kira RM1.8 bilion dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, dan kos bagi projek itu turut melibatkan kutipan sumbangan daripada orang ramai.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata memang jika tidak ada wang yang mencukupi amat susah untuk membina lebuh raya yang membabitkan perbelanjaan besar.

Apapun beliau akui pembinaan lebuh raya itu amat penting bagi kemudahan penduduk terutama rakyat Kelantan yang berulang alik ke Kuala Lumpur, yang kerap menghadapi kesesakan teruk lalu lintas.

Thursday, May 24, 2012

Nik Aziz Tetap Mahu Muzakarah Dengan UMNO?

Apa pula aku nak kenakan UMNO nih...

UMNO jangan cepat menyahut ajakan ini!

Kita tengoklah dulu apa permainan baru Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini.

Selepas menetapkan syarat macam-macam dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak muzakarah itu, Nik Aziz mengatakan beliau tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan muzakarah dengan Umno dan bukan dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak bersetuju dengan pendiriannya itu namun beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya.

"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, semalam.

Abdul Hadi, pada Isnin lepas, dilaporkan berkata PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan NGO.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata Umno sedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO yang berasaskan Islam dan Melayu, sekiranya PAS tidak bersedia berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS.