Wednesday, July 1, 2009

PELIWAT & PERASUAH TERIMA PEMINUM ARAK

http://anwarisme.blogspot.com (Wednesday, June 17, 2009)

Apa yang dihairankan dengan kemasukan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat?

Sesiapa mengenali Zaid mengetahui bahawa peminum arak tegar ini hanya mementingkan wang, kuasa dan pengaruh (kepentingan mengikut urutan).

Beberapa tahun kebelakangan ini Zaid mahu bercakap soal kebebasan kehakiman yang kononnya telah tercemar akibat daripada peristiwa pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1998.

Generasi hari ini mungkin lupa apa peranan Zaid ketika itu. Zaid adalah antara sekumpulan peguam yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abas. Zaid begitu berdedikasi membawa para peguam muda dan menubuhkan kumpulan-kumpulan peguam untuk memberi sokongan moral kepada kerajaan ketika itu.

Mengapa? Kerana Zaid ketika itu melihat ada peluang untuk beliau mengaut keuntungan.

Dengan sikap prokerajaannya maka banyaklah kerja-kerja guaman perjanjian kerajaan jatuh ke tangan beliau.

Dari seorang peguam yang tiada apa-apa Zaid menjadi kaya raya dan mempunyai firma guaman besar. Sukar sekali penuntut undang-undang membaca sebarang rujukan kes membabitkan beliau sebagai peguambela.

Dengan kata lain Zaid hanyalah peguam "rubber stamp".

Mengapa Zaid membela Tun Salleh Abas dan lima lagi hakim yang dipecat hampir 20 tahun lalu? Kuasa! Zaid diberi kuasa oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memulihkan imej kehakiman negara.

Lalu beliau pun mencadangkan diberikan imbuhan bernilai jutaan ringgit kepada hakim-hakim yang dipecat 20 tahun lalu. Beliau juga mencadangkan kerajaan membiayai makan malam Majlis Peguam Malaysia dan mencadangkan penganugerahan Datuk kepada Presiden Majlis Peguam.

Apabila hilang kuasa dan hilang peluang membuat wang, beliau hanya tinggal satu lagi iaitu mencari pengaruh.

Zaid tidak popular di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). Justeru beliau mencari satu jalan baru iaitu masuk kepada parti yang belum matang dan kekurangan pemimpin seperti PKR.

Keluarnya Zaid Ibrahim dari UMNO sebenarnya menyelamatkan UMNO Kelantan.

Zaid secara semberono tanpa restu UMNO menyaman kerajaan kelantan atas isu Hudud. Ia menjejaskan imej UMNO di kalangan orang Melayu dan Islam di kelantan serta negeri-negeri Melayu "tidak bersekutu" lain.

Selamat maju jaya Zaid Ibrahim bersama PKR. UMNO diselamatkan dari seorang lagi pemimpin yang rosak akhlaknya.